Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

May 9, 2014

Bebel

Salam semua

Walaupun aku tahu untuk menarik minat kalian membaca sampai habis bukanlah dengan menulis tentang diri sendiri tetapi menulis perkara yang boleh dikaitkan dengan diri kalian, tetapi biarlah post kali ini aku bercerita tentang diri sendiri. Plus, aku juga ingin mencuba sesuatu ; perenggan ini adalah perangkap.

Ya masih menulis. (menaip) screw the other bloggers who quit!

Or the other reason is, who grew up.

Kerana kita tiada masa untuk melayan hajat otak yang sentiasa ingin memberi tahu, bermanja dan berkomunikasi melalui penulisan. Sekuat daya mereka adalah dengan bercakap menggunakan facebook mahupun twitter, seperti biasa.

Aku masih lagi berusaha. Untuk meneruskan, menghidupkan dunia 'blog' yang kian malap ini. Ya, berusaha. Kerana tiada lagi norma seperti dahulu di mana aku menulis setiap hari dengan mudah dan sepenuh hati. 


Untuk pengetahuan, sejak awal tahun ini aku telah mengubah suai beberapa interface di dalam blog ini. Tiada lagi side section, link - link tempat chat malah ruangan komen juga aku telah buang. Kini sepenuhnya dengan hasil syok sendiri aku (mehehe). Kalian tidak boleh berinteraksi dengan aku dan aku juga tidak akan ada harapan untuk menunggu interaksi kalian.

rumusan blog yang sudah berumur 7 tahun (actual followers:9k)


Kau datang, kau baca, kau calu.

Antara salah satu sebab aku suka mengenai 'blog' adalah actually ianya platform yang independent. Ia adalah privacy. Is seakan rumah, yang terbuka untuk dilawati. Makanya jika ingin dibandingkan dengan facebook mahupun twitter, mereka menggunakan konsep newsfeed dan timeline. Dimana semua orang dikumpulkan didalam satu stream dan masing masing berebut-rebut untuk syok sendiri. Secara tidak langsung perbandingan akan berlaku, tiada penghayatan dalam membaca status/tweet mereka. Sesak bukan?

(Relaks, aku juga pengguna facebook dan twitter. )

Oleh itu 'blog' adalah lebih personal di mana jika kau masuk ke sini kau akan lebih fokus kepada semua yang berada di dalam ini kerana ia adalah 100% milik aku. Kau juga akan lebih mempunyai 'sense of respect', 'curiousity'  dan juga lebih fokus kepada syok sendiri aku. 

Dan aku juga rasa, the closest thing in being myself is by blogging. Seperti yang aku kata sebelum ini, lain orang lain topeng kita pakai. Begitu juga di internet, lain site lain juga kita punya perangai. 



Alhamdulillah berakhir sudah semester itu hari (aku tak ingat yang keberapa) dan kembali aku kepada dunia latihan industri.

Jap, damn, aku nak bebel apa tah tadi. Dalam jamban punyalah geliga otak fikir panjang.

.
.
.

Damn...
.

Ohh ya. Baik. Kisah semester 6(dah ingat semester berapa)

Aku dulu pernah menulis sepotong ayat tentang cita aku untuk menjadi ketua. Dan ianya berlaku ketika semester ini. Dan rumusannya adalah, tugas seorang ketua tidak mudah. Sangat susah. Fakletihsyal jadi ketua ni!

ketua rumah atau hamba rumah?

Bukan kerana dipilih, tetapi sengaja. Hanya kerana matlamat aku untuk belajar cara untuk memimpin. Belajar untuk memikul amanah. Sengaja membebankan diri dengan menggenggam nasib dan masa depan orang orang yang dipimpin.


ketua kumpulan projek filem pendek

mengurusi sesuatu majlis juga boleh dianggap ketua

Walaupun susah, tetapi alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Dari perspektif aku, aku rasa aku bukanlah calon ketua yang terbaik. 

Kemudian sempat juga aku ponteng seminggu untuk pergi ke Jepun melunaskan impian keramat. Daddy minta maaf , dolah ponteng sebenarnya. Minggu tu bukan cuti midterm.

memang aku ambil gambar cun, Mun

Satu satunya perkara yang aku kesal adalah tidak dapat membuat video seperti yang aku inginkan. Pertamanya, tidak membawa tripod untuk dslr( egois diri untuk berhenti merakam menggunakan iphone) Keduanya terlalu menghayati kehidupan (ayat sebenar : terlalu life / life terok) sehingga tiada masa untuk merakam. Ketiganya, kasut parkour hilang (padahal tertinggal)

Klip memang ada tetapi biarlah untuk sendiri. Inspirasi boleh tunggu lain kali. 

Itulah aku punya cerita. Boring?? Give me a break. Sebelum ni dah banyak beritahu biarlah bercerita pula. ( ada beza beritahu dan bercerita. beritahu adalah tentang ilmu, bercerita pula tentang kita)

Gaya penulisansyok sendiri aku pun kian hambar. Macam makin gelap pun ade..

Tsk.


Sebagai pengakhirannya, kini, aku kembali ke Melaka untuk latihan industri aku. 

Doakan. 

Pap!

Calu.
From now on i decided leadership is overrated. Why people so proud of  having an authorities over others? 

Jan 10, 2014

Travelogue

salam semua

masih tak dapat menulis dengan panjang

cuma nak beritahu

sebelum masuk nya semester baru ini sempat aku edit 2 video traveling aku

here it is

South Korea


Vietnam



bagi kawan kawan atau sesiapa yang setia atau masih ada singgah blog ini (even setahun sekali) mungkin sedia tahu akan resolusi aku 3 tahun lepas untuk berjalan di bumi asing (traveling)

hint - hint mahupun kronologi mengenai resolusi itu boleh dibaca di sini (link)

dan alhamdulillah 3 tahun resolusi berjaya dicapai.

handphone sendiri
kereta sendiri
traveling (masih berjalan)

"nak ada handphone sendiri pun boleh jadi resolusi ke?ellehhh"

kesah apa aku. kecik besar mana pun impian kau itu semua tak penting. asalkan ianya jadi kenyataan. bukan hanya angan angan! dan aku bukan orang orang yang jenis mempunyai pendapatan tetap. aku mengumpul. aku mengumpul untuk sesuatu. aku punya matlamat.

makanya...

apa resolusi aku tahun ini? macam biasa akan aku rahsiakan kerana pendirian aku yang syok sendiri ini. apa yang boleh diberitahu ia ada kaitan dengan negara China.

hahaha.

hampeh

...


nantikan video yang akan datang inshaAllah Jepun bulan Mac ini dan Australia tidak lama lagi. sementara itu boleh tengok video2 kompilasi travel aku yang lain di akaun youtube aku link : Keyrana


banyak tajuk video aku tukar paling ketara adalah 'lifestyle' ditukar kepada 'keyrana' sebab dulu ada orang komen la kan. letak video tajuk 'lifestyle' tapi apa la life sangat sambil compare dengan video orang lain. yep..video orang lain. bukan video dia..

kuikui

..

semester baru yo


calu

May 9, 2011

Untuk Raider

salam semua


idea


idea


idea


idea

........................


demmit amin! aku blur nak tulis apa!


last time nukilan adalah pada 27 April. padahal ia adalah draft tahun lepas.defak?


baiklah. aku akan cuba tulis apa yang berada di dalam fikiran aku ketika aku mandi tadi


yang pertama, mengenai kelab Chelsea yang kalah malam tadi. aku tak ingin menjadi freak mode atau terlalu fanatik. kalau kalah, kalah juga. Hernandez memang ada sengat semalam. Luiz tak berapa gangster seperti yang aku harapkan. tetapi dia gangster dekat Ancelotti pulak? memang salah dia tetapi tak nak mengaku. Torres macam biasa muka stok isi padang. Drogba dah tua freekick tak masuk masuk.


well.


sekali lagi, kalau kalah, kalah juga. maki hamun la kau dekat wall aku sekali pun, news feed ke what's app ke, sms ke apa. aku tak boleh buat apa. dah serik nak berhujah panjang. kang ada yang merajuk. yang sepatutnya merajuk comel comel aku! tetapi orang yang menang tu merajuk, kita yang gedik gedik pujuk. haih?


itu cerita dulu.


ada cerita baru.


yang kedua pula.


soal 'ex-girlfriend'


pertama sekali biar aku tekankan, yang facebook, is a social site. well memang sekarang dah boleh jadi tempat pertukaran maklumat, bisnes dan macam macam tetapi pertama sekali kita fikir facebook adalah laman sosial. pertama sekali kita fikir laman sosial adalah facebook.


dan apabila kita berfikir laman sosial, yakni bukan realiti, hanya menggunakan mata dan jari untuk berinteraksi, dan otak pemikiran sebagai diri, dont take it as serious as fuck. (!) aku boleh tukar nama jadi TOP , tuka jadi gambar dia, cakap korea guna google translate and still orang boleh percaya, kan?


so bila kau nampak sesuatu yang berlaku di facebook. please. gunakan kematangan masing masing untuk berfikir secara waras.


facebook is just a game. it is a switch to change yourself wholefully. kau huduh kau boleh jadi cantik hensem. kau happening, tak semestinya happening kau terasa dekat facebook. kau pendiam, tapi kau gedik gedik comel(aku la ni) dekat facebook. begitu juga sebaliknya. you get the point. people these days suka judge orang guna facebook masing-masing. (?) hey! bes gak ayat tu, confirm banyak like kalau aku update status macam tu. heee.


dah bersambung ke soal the so called the 'ex girlfriend' . ada member tanya aku. "bam, ex aku dah ada bf lain. macam mana ni?" aku pun tengah pekena sup ekor time tu terbahak. buhahahk!

"camanoi koi boleyh break oip dengoin dioi?"

"i was being a jerk"

"well then your lost"

she's you ex. kau dah takde hak. kau gedik kalau emo pasal ni! dan kau sangat naif. couple2 pun nak melodrama. konon.


tak salah kita gedik gedik dekat facebook meh. makin kau gedik makin kau famous kot. macam main game meh. aku pun gedik dekat facebook. tapi kita kena tahu, kita tak boleh gedik serius. cuma gedik main main. gedik main main adalah bila tengah bosan dan masuk air kau masuk ke profile seseorang kau wallpost benda yang kononnya gedik dan 5 minit lepas tu kau lupa apa kau buat. kalau gedik serius kau gedik dengan dia setiap hari sampai kalau kau gedik wallpost , kau tunggu macam 3 tahun nak dia balas, padahal dia stop typing nak hembus hingus je.


dan ketiga. video. the main reason why i have been really busy. tak boleh blog dengan ikhlas dan gentle. semua terjawab dengan video ini. mostly scene aku travel ke Kelantan and some backstage randoms during performances and tv show.

..

aku rasa aku dah start rindukan aku yang dulu. (?)








calu

Mar 30, 2011

Don't Hate Others If You Don't Know How To Live Your Lives

salam semua





3 bulan dalam 3 minit.




kehidupan selama 3 bulan aku di dalam 3 minit. scene travel aku ke Singapore dan Langkawi. its been a blast. dan minta maaf jika ada yang sedih gedik gedik muka tak dapat masuk. terlalu banyak clips dan ini yang termampu untuk aku edit.


ramai yang bertanya kepada aku dari mana aku dapat duit pergi ke sana sini. dan ramai juga berkata kepada aku, tak habis habis jalan, bergembira, apa aku akan buat dengan hidup aku, bagaimana dengan masa depan aku.


bla bla bla.


sejak bila masa depan kita tak boleh berseronok? apakah kita kena hidup tension, busy frust baru boleh menjamin masa depan kita?


tidak. ini semua terletak pada pilihan sendiri.


inilah masa depan aku. yang sebenarnya.


jika kalian perasan setiap tahun baru aku akan nukilkan post khas untuk menyambut tahun baru. tapi tidak tahun ini. mungkin kerana tiada idea (memang pun) . atau mungkin aku simpan keazaman aku untuk diri sendiri (bajet coverrrr)


jadi sebenarnya ada 3 resolusi aku tahun ini.


jap. ambik diari sat na.


..


eheh. silap. bukan resolusi tahun ini. tetapi target aku dalam 3 tahun ini. (2011-2013) aku ade diari so what??


- own phone
- travel
- own car


yeah. i said it. confirm own car tak dapat punya.


kajian menyatakan almost 70% daripada orang-orang yang berimpian gagal untuk mencapai impian mereka hanya kerana mereka menceritakan impian mereka kepada orang lain. true research wo. jadi oleh sebab aku dah dapat iphone, dan telah travel (walaupun masih belum habis lagi), jadi potensi besar untuk mendapatkan kereta mungkin agak susah.


atleast itu orang yang lemah akan cakap. not me. i willll freakingg go to japan and get myself a BMW x6!!!!!!


dan untuk menjawab persoalan mereka dan caci maki orang yang mengutuk life aku. kehidupan 2011 aku ini (walaupun baru 3 bulan) sebenarnya telah aku impikan sejak aku menjawab soalan kertas Biology SPM lagi. ya, Biology sangat memeningkan, aku amek kesempatan itu untuk berangan. sorry Mualimah Rohida!


aku telah merangka perjalanan aku. bagaimana aku akan mencapai semua itu. dari segi kewangan, masa, dan sebagainya.


jadi secara teknikalnya, tahun ini adalah masa depan bagi tahun 2007 aku. dan ia sedang berjalan seperti apa yang aku rancangkan. alhamdulillah.


jadi bila aku dipersoalkan dan dicaci maki "dolah banyak main" "camne la mase depan ko ni" aku akan tersenyum. they don't know a shit about me. dan giliran aku pula lihat mereka. dan aku bertanya, "are you happy with your lives?" "is this what you imagine 4,5 years back?"


kalau aku sekarang ini pun still menghidupkan plan aku 4 tahun lepas, tak mustahil aku akan mampu menjaga masa depan aku 4 tahun lagi sebagaimana yang aku telah rangka sekarang ini.


our future is important. we can't see it. that's why we have to dream for it. we have to build it.


tapi baru 3 bulan aku sedang berusaha menjalankan impian, bapak dolah dah petik topik study. yohohohoiii~~~ well, thanks daddy sebab ingatkan bahawa tinggal seminggu lagi untuk apply universiti.


.....



noooooooooooaaaahhhhh!!



calu

Mar 14, 2011

Duit Dah Habis



salam semua


hampir 3 minggu aku tidak berada di rumah. (3 minggu je pun kecoh ape) aku sibuk menjalankan resolusi 2011 aku, traveling. ( sebenarnya bapak aku halau aku dari rumah). sudah 4 negeri aku lawat dalam tahun ini iaitu Johor(Johor Bharu), Melaka, Sarawak(Kuching dll), Kedah(Langkawi) dan masih ada negeri yang menanti. dalam 2 minggu baru baru ini aku diizinkan tuhan untuk ke Sarawak dan Pulau Langkawi(Kedah). syukur, semuanya berjalan dengan lancar walaupun permulaan yang tidak cool iaitu dihalau oleh bapak dolah pada malam aku bersinglet dan seluar pendek, dem.


sepanjang perjalananku aku baru tahu bahawa diri sendiri seorang yang minat kepada pemandangan alam semula jadi, flora dan fauna. dan dalam tidak sedar meyakinkan bahawa aku adalah seorang yang spontan, kadang kala aku cenderung untuk merangka perjalanan atau perkara yang akan dilakukan di waktu kemudian. hrm, aku semakin kenal diri sendiri. yatta.


di sebalik perjalanan aku yang sangat cool dan awesome ini, hati aku tidak dapat sembunyi dari bersedih setelah mengetahui seorang yang aku sayang, harapkan, telah bertunang...


sial lah facebook!


aku tak suka membesar. benda-benda macam ni confirm datang punya. grr.


apakah ada wanita untuk membimbing aku kelak?


اَللَّهُمَّ سَهِّلْنِيْ زَوْجًةً صَالِحَةً وَتَكُوْنُ زَوْجَةً لِيْ فِيْ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ


well. jangan susah hati. abg key tetap cool. muda lagi kott. walaupun dia sendiri tak tahu cool itu benar atau palsu. nah! antara gambar gambar yang aku nak share dengan kalian.






terfikir untuk mula membuat video instead of gambar. hm hm


..


sekarang kumpul duit untuk Singapore dan Perak(Pulau Pangkor)



calu

Jan 23, 2011

Serba Sedikit

salam semua


its been awhile i haven't been blogging so passionately...*tengok post bawah* wtf, latest post 12 Januari? takdela lama sangat! booooo!


aku tak fikir lagi tajuk yang sesuai untuk nukilan kali ini. biarkan. akan keluar idea ini sepanjang ketak ketuk aku nanti.


baiklah.


aku sekarang masih lagi berstatus 'opis boy' yang sensasi di walaupun tempoh practical aku telah tamat. kerana ketulusan dan daya produktifi aku yang extreme, telah menjentik idea bos aku untuk menawarkan kontrak untuk aku meneruskan pekerjaan di sana. kini aku sedang dilemma sama ada untuk meneruskan bekerja di situ, atau menukar haluan ke arah peluang lain yang juga sedang menunggu.


"hati kau ke arah mane zam?"


supervisor aku bertanya kepada aku. (sebenarnya dia bukan supervisor aku, aku tak tahu apa peranan dia dalam syarikat itu, so letak je supervisor, pfft)


aku pun, oro? oh shit. hati aku ke mana ek.. pertama kali aku dituju soalan seperti itu. soalan yang sangat matang, dewasa, dan sangat Nur Kasih...tapi berterima kasih juga kepada dia aku berjaya menetapkan jawapan. mungkin aku akan terus menghabiskan kerja untuk bulan ini. dan berhenti di awal bulan 2. berehat. dan kemudian fokus ke projek bersama 3run Malaysia. :)


ya, aku sudah dewasa...21 tahun ini...wuu! jadi aku layak dilayan sebagai seorang dewasa yang sah! aku kini ABANG key yang legal!


tahun 2011 juga merupakan tahun untuk aku mencari jawapan, identiti diri sendiri yang telah lama aku cari. jika ada stalker yang mengikuti perkembangan aku yakni membaca segala nukilan aku yang terdahulu, tidak kira sama ada ber'kategori'(lihat di section kanan) syok sendiri ka...kolej ka..parkour ka...atau apa apa, aku sedang mencari jawapan kepada soalan yang aku sendiri tidak tahu. jadi semua ini mampu dikecapi dengan pelbagai cara. dan aku pilih untuk bermusafir. ya, this very year i'll be an awesommme travellllerrrr!! i'm dead serious.


definisi travel bagi aku adalah melihat dunia orang yang berbeza dengan kebiasaan dunia sekeliling kita. dengan ini kita akan melihat suasana, budaya yang berbeza, loghat yang belit2, perspektif yang baru dan lain lain. tak semestinya aku harus pergi ke luar negara untuk menjadi seorang pengembara. visi aku adalah untuk menjelajah Malaysia terdahulu sepertimana yang telah aku mulakan di JB pada 2 minggu yang lepas (alhamdulillah) dan insyaAllah aku akan ke Kuching, Sarawak pada awal bulan 3. (maybe sminggu akan clash dengan projek 3RunMy, tapi i think i can manage it) ya, aku tahu! bapak bersepah negeri ko pergi. kejap JB, kejap Sarawak? South to East woot? lantak, asalkan ada peluang untuk ke negeri orang aku akan genggam dan gunakan sepenuhnya.. biarlah bersepah koordinat aku dari JB ke Sarawak ke..kemudian ke Kedah ke..lepas tu Kelantan and then Perlis ke...asalkan, janji, aku dapat berpijak ke setiap negeri di Malaysia. and lastly, ke Jepun. ooopppsss.


tidak perlu detail semua ini. nanti akan menjadi malas. aku hanya bagi berita ringkas.


dan mungkin ada yang still bingung wtf is this 3RunMy project? sorry, i can't tell you guys right now. it's still early to write about it. aku cuma terlalu excited. mungkin sebab perkara yang aku lakukan dengan penuh minat, fokus akhirnya mampu untuk menunjukkan hasil.aku mampu membuktikan kepada mak bapak dolah, kawan-kawan aku, mereka-mereka yang mengutuk parkour, kalau kita bersungguh-sungguh dengan ikhlas, akan ada juga nilai hasilnya. looks like 5years(almost) of hard work is gonna be paid offfff.


menyebut tentang bapak dolah. aku lupa kelmarin dia suruh aku update blog aku tentang kebodohan aku sebab repeat kokurikulum di kolej. yewwr~~~~ nah, dolah dah beritahu dah satu dunia.. yes. selain menjalankan kursus practical di hulu ukm, aku sebenarnya masih sedang repeat 2 subjek yang '0' kredit hour. kokurikulum(sem4) dan usrah(sem1). aku sedang masih berusaha untuk menjadi seorang anak yang dibanggekan. comel kan?

___________________________________________________________________


itulah serba sedikit(oho! i've found my title post!) latar cerita aku untuk semenjak dua menjak ini. tuntas nya aku semakin sibuk atas dasar komitmen , kehidupan aku yang semakin mengenal dunia dewasa, erti tanggungjawab, dan mungkin semakin menjadi serius lalu menelan diri ke arah seorang dewasa yang tipikal. nooooaaahhh!! :( kini aku semakin faham kenapa blog2 yang menyengat seperti blog penanya(?) dan melayuminimalis semakin jarang di kemas kini. mereka juga telah ditelan tanggungjawab dan kesibukan. begitu juga aku agaknya. idea dan inspirasi sentiasa ada di dalam minda, cuma kita tak mampu berlayar bersama masa malah kita akan sentiasa mengejar masa. kalau ada masa free pon dok pekena Teh O Suam dekat Tepian Bangi. huahuahua~(aku nak cakap aku makin malas sebenarnyewr~~)


baiklah. itu sahaja yang aku nak syok sendiri. nukilan yang sangat fail dan kosong agaknya. kerana tiada apa yang boleh dibuat input ke dalam otak. sorry baby.



calu