Jan 23, 2011

Serba Sedikit

salam semua


its been awhile i haven't been blogging so passionately...*tengok post bawah* wtf, latest post 12 Januari? takdela lama sangat! booooo!


aku tak fikir lagi tajuk yang sesuai untuk nukilan kali ini. biarkan. akan keluar idea ini sepanjang ketak ketuk aku nanti.


baiklah.


aku sekarang masih lagi berstatus 'opis boy' yang sensasi di walaupun tempoh practical aku telah tamat. kerana ketulusan dan daya produktifi aku yang extreme, telah menjentik idea bos aku untuk menawarkan kontrak untuk aku meneruskan pekerjaan di sana. kini aku sedang dilemma sama ada untuk meneruskan bekerja di situ, atau menukar haluan ke arah peluang lain yang juga sedang menunggu.


"hati kau ke arah mane zam?"


supervisor aku bertanya kepada aku. (sebenarnya dia bukan supervisor aku, aku tak tahu apa peranan dia dalam syarikat itu, so letak je supervisor, pfft)


aku pun, oro? oh shit. hati aku ke mana ek.. pertama kali aku dituju soalan seperti itu. soalan yang sangat matang, dewasa, dan sangat Nur Kasih...tapi berterima kasih juga kepada dia aku berjaya menetapkan jawapan. mungkin aku akan terus menghabiskan kerja untuk bulan ini. dan berhenti di awal bulan 2. berehat. dan kemudian fokus ke projek bersama 3run Malaysia. :)


ya, aku sudah dewasa...21 tahun ini...wuu! jadi aku layak dilayan sebagai seorang dewasa yang sah! aku kini ABANG key yang legal!


tahun 2011 juga merupakan tahun untuk aku mencari jawapan, identiti diri sendiri yang telah lama aku cari. jika ada stalker yang mengikuti perkembangan aku yakni membaca segala nukilan aku yang terdahulu, tidak kira sama ada ber'kategori'(lihat di section kanan) syok sendiri ka...kolej ka..parkour ka...atau apa apa, aku sedang mencari jawapan kepada soalan yang aku sendiri tidak tahu. jadi semua ini mampu dikecapi dengan pelbagai cara. dan aku pilih untuk bermusafir. ya, this very year i'll be an awesommme travellllerrrr!! i'm dead serious.


definisi travel bagi aku adalah melihat dunia orang yang berbeza dengan kebiasaan dunia sekeliling kita. dengan ini kita akan melihat suasana, budaya yang berbeza, loghat yang belit2, perspektif yang baru dan lain lain. tak semestinya aku harus pergi ke luar negara untuk menjadi seorang pengembara. visi aku adalah untuk menjelajah Malaysia terdahulu sepertimana yang telah aku mulakan di JB pada 2 minggu yang lepas (alhamdulillah) dan insyaAllah aku akan ke Kuching, Sarawak pada awal bulan 3. (maybe sminggu akan clash dengan projek 3RunMy, tapi i think i can manage it) ya, aku tahu! bapak bersepah negeri ko pergi. kejap JB, kejap Sarawak? South to East woot? lantak, asalkan ada peluang untuk ke negeri orang aku akan genggam dan gunakan sepenuhnya.. biarlah bersepah koordinat aku dari JB ke Sarawak ke..kemudian ke Kedah ke..lepas tu Kelantan and then Perlis ke...asalkan, janji, aku dapat berpijak ke setiap negeri di Malaysia. and lastly, ke Jepun. ooopppsss.


tidak perlu detail semua ini. nanti akan menjadi malas. aku hanya bagi berita ringkas.


dan mungkin ada yang still bingung wtf is this 3RunMy project? sorry, i can't tell you guys right now. it's still early to write about it. aku cuma terlalu excited. mungkin sebab perkara yang aku lakukan dengan penuh minat, fokus akhirnya mampu untuk menunjukkan hasil.aku mampu membuktikan kepada mak bapak dolah, kawan-kawan aku, mereka-mereka yang mengutuk parkour, kalau kita bersungguh-sungguh dengan ikhlas, akan ada juga nilai hasilnya. looks like 5years(almost) of hard work is gonna be paid offfff.


menyebut tentang bapak dolah. aku lupa kelmarin dia suruh aku update blog aku tentang kebodohan aku sebab repeat kokurikulum di kolej. yewwr~~~~ nah, dolah dah beritahu dah satu dunia.. yes. selain menjalankan kursus practical di hulu ukm, aku sebenarnya masih sedang repeat 2 subjek yang '0' kredit hour. kokurikulum(sem4) dan usrah(sem1). aku sedang masih berusaha untuk menjadi seorang anak yang dibanggekan. comel kan?

___________________________________________________________________


itulah serba sedikit(oho! i've found my title post!) latar cerita aku untuk semenjak dua menjak ini. tuntas nya aku semakin sibuk atas dasar komitmen , kehidupan aku yang semakin mengenal dunia dewasa, erti tanggungjawab, dan mungkin semakin menjadi serius lalu menelan diri ke arah seorang dewasa yang tipikal. nooooaaahhh!! :( kini aku semakin faham kenapa blog2 yang menyengat seperti blog penanya(?) dan melayuminimalis semakin jarang di kemas kini. mereka juga telah ditelan tanggungjawab dan kesibukan. begitu juga aku agaknya. idea dan inspirasi sentiasa ada di dalam minda, cuma kita tak mampu berlayar bersama masa malah kita akan sentiasa mengejar masa. kalau ada masa free pon dok pekena Teh O Suam dekat Tepian Bangi. huahuahua~(aku nak cakap aku makin malas sebenarnyewr~~)


baiklah. itu sahaja yang aku nak syok sendiri. nukilan yang sangat fail dan kosong agaknya. kerana tiada apa yang boleh dibuat input ke dalam otak. sorry baby.



calu