Mar 14, 2011

Duit Dah Habis



salam semua


hampir 3 minggu aku tidak berada di rumah. (3 minggu je pun kecoh ape) aku sibuk menjalankan resolusi 2011 aku, traveling. ( sebenarnya bapak aku halau aku dari rumah). sudah 4 negeri aku lawat dalam tahun ini iaitu Johor(Johor Bharu), Melaka, Sarawak(Kuching dll), Kedah(Langkawi) dan masih ada negeri yang menanti. dalam 2 minggu baru baru ini aku diizinkan tuhan untuk ke Sarawak dan Pulau Langkawi(Kedah). syukur, semuanya berjalan dengan lancar walaupun permulaan yang tidak cool iaitu dihalau oleh bapak dolah pada malam aku bersinglet dan seluar pendek, dem.


sepanjang perjalananku aku baru tahu bahawa diri sendiri seorang yang minat kepada pemandangan alam semula jadi, flora dan fauna. dan dalam tidak sedar meyakinkan bahawa aku adalah seorang yang spontan, kadang kala aku cenderung untuk merangka perjalanan atau perkara yang akan dilakukan di waktu kemudian. hrm, aku semakin kenal diri sendiri. yatta.


di sebalik perjalanan aku yang sangat cool dan awesome ini, hati aku tidak dapat sembunyi dari bersedih setelah mengetahui seorang yang aku sayang, harapkan, telah bertunang...


sial lah facebook!


aku tak suka membesar. benda-benda macam ni confirm datang punya. grr.


apakah ada wanita untuk membimbing aku kelak?


اَللَّهُمَّ سَهِّلْنِيْ زَوْجًةً صَالِحَةً وَتَكُوْنُ زَوْجَةً لِيْ فِيْ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ


well. jangan susah hati. abg key tetap cool. muda lagi kott. walaupun dia sendiri tak tahu cool itu benar atau palsu. nah! antara gambar gambar yang aku nak share dengan kalian.






terfikir untuk mula membuat video instead of gambar. hm hm


..


sekarang kumpul duit untuk Singapore dan Perak(Pulau Pangkor)



calu