Feb 10, 2011

Manusia Berubah

salam semua





hiperaktif, curiosity yang kuat, pendek, itulah abang key di zaman 90an



ok. sebenarnya aku pun tidak pasti budak depan sekali memang diri aku atau tidak. 90% aku memang rasa itu aku. (gila tak kenal diri) yang pasti belah kanan aku yang pose gedik itu Icad. still contact, still rakan sehidup semati, alhamdulillah. sebelah kiri bersongkok diri tegak itu Hanep. kerek gila amek jurusan nursing dekat kolej aku, tapi aku tegur buat bodoh! ukhwah bro! ukhwah mana? . belakang aku, putih bersikat tepi kemas ala anak-anak cina dalam cerita Stephen Chou itu Capek Bulan. ditambah bulan sebab kepala dia bulat putih yang berseri. minta maaf Capek, ini semua kenangan.(huhe). Still study, di UKM dan seorang skuba diver yang berjaya. aku tidak tipu. dan yang kirii sekali sebelah kanan Icad adalah Hasif. belajar di MIAT, status update dia dekat facebook tak habis habis pasal dota memanjang. sabar jer la. 3 belakang tu aku tak dapat cam muka.


sorry.


baiklah.


dalam kehidupan kita akan melalui pelbagai fasa yang akan mengubah perangai sikap, dan pendirian kita. siapa sangka kanak-kanak di atas akan menjadi seorang yang berjaya? (bagi aku kita dapat hidup sampai sekarang kira berjaya la tuh) siapa dapat agak salah satu dari muka muka atas akan menjadi seorang mekanik kapal terbang? saintis hidupan laut? jururawat? walhal ketika di zaman itu bila masing-masing ditanya kita mahu jadi ahli bomba, askar, angkasawan, doktor dan pelbagai lagi aliran kerja-kerja yang ketika itu kita tidak terfikir pun apa tugas sebenar pekerjaan tersebut.


dengan minda yang comel dan innocent kita akan beranggap wow! jadi bomba. helmet besar! baju merah naik lori besar! weeheuuu~ wow! jadi askar. baju hijau.muka conteng conteng, pegang pistol, pegang machine gun tembak orang bunuh orang. wow! jadi angkasawan. pakai topeng keluar bumi terapung-apung. wow! jadi doktor. selamatkan nyawa. baju putih. cool~~!


itu yang kita fikirkan ketika kecil. dan sekarang tanya diri kita. apakah proses untuk menjawat pekerjaan tersebut. apa perspektif kita tentang pekerjaan tersebut. mungkin segelintir sudah memikirkan kerja bomba dan askar sangat susah dan tidak berbaloi. bayaran rendah, kerja dan latihan yang payah dan seksa, lagi tugasan yang membahayakan nyawa. angkasawan, rakyat Malaysia baru seorang je dapat pergi itu pun tak jejak bulan, so dah mengalah awal awal. doktor? kena bijak pandai, kalau tak bijak pun takpa, kena rajin study jadi pandai. kalau still tak pandai pun takpa, kena ada banyak duit. still boleh belajar swasta. doktor kerja tak tentu. bedah itu bedah ini siang malam pagi petang. tapi yang positif adalah bayaran yang masyhuk, mungkin.


ini lah topik yang aku terfikir sepanjang aku berangan satu hari di bilik aku yang langsung tiada feng shui.bilik aku buat aku sangat malas untuk bergerak. nak kuatkan kipas dari 3 ke 5 pun boleh menangguh! wtf.


bukan walhal kerja. malah lain-lain perihal lagi. perangai dan sikap. seperti aku sendiri yang mulanya hiperaktif, curiosity kuat dan sering mempersoalkan sesuatu. pernah aku berada didalam kelas agama (Aqidah) darjah satu, guru aku mengajar tentang sifat-sifat Allah. and then dia bagi setiap murid sebiji guli, dan suruh sorok ditempat yang paling ceruk kami rasa. punyalah aku lari ke hujung padang bawah pokok nak sorok guli tersebut. patah balik ke kelas. dan kami semua tanya lepas tu apa jadi? cikgu aku dengan cool menjawab : " Guli-guli yang antum sorok tu, Allah tahu setiap celah mana yang antum sorok" . and then semua kelas like woooahhhhh soo cooool.. tanpa apa apa bantahan, dan aku penuh curiosity tanpa banyak fikir dan penuh kecomelan lagi innocent bertanya, "camnew nak tawu Allah tawu guli tuw kat manew muallimah?" 'w' tu untuk lebih kecomelan..kot. tak ingat apa yang dijawab tapi yang penting pengajaran dia itulah pentingnya kita harus ada kepercayaan. kita akan ada pegangan. kita akan ada matlamat.


dan contoh lain seperti Icad. yang sekarang macho, casanova, pemain futsal yang gerek, penuh life sana sini. siapa sangka dulu dia cumalah kanak kanak hingusan yang manja. ya, Icad, dulu kau manja, kau bongsu.


aku ingat lagi ketika darjah 4, dia berkata kat aku "azzam, aku lantik kau jadi kawan baik aku" i was like huh? time zaman jambu fikir apa. "okeh! jom icad! kita kawan baik!" bermula la setiap perjalananku icad akan follow. tak kira ke tandas ke, ke kelas lain ke. dia folllowww~~ je. dah macam sidekick aku pula kan. ada satu masa pelajar perempuan semua sibuk mengorat aku , Icad dengan tebal nye sound. "diam la banat!" and then diorang tak puas hati "asal azzam bising boleh?" Icad dengan coool nye jawab "biar r! dia kawan baik aku!" weeeheheheheh~~ comel gila kan. sorry Icad, ini semua kenangan. weekend belanja shisha. tenkiu.


dan walaupun jarang dah lepak bersama. kami still contact. aku dah anggap dia kawan sehidup semati( kenal dari darjah satu kot~). dia ada komitmen dia. aku ada komitmen aku. itu kehidupan. kita akan tetap harus jalan di landasan yang ditetapkan.


dan lihat kami sekarang. aku, abg key, dolah, telah menjadi seorang yang tak malu dan poyo dengan menggelar diri cool, sensasi lagi awesome dan selesa dengan perangai ini. malah ada yang kata aku sombong, kerek dan macam - macam. langsung tidak comel seperti dahulu. Icad pula telah menjadi seorang gentle, romantik, sentimental dan bab bab menolong kawan dia paling laju. sebab itu banyak perempuan suka lepak dengan dia.


memang tak boleh agak masa depan masing masing. manusia memang sering berubah. kerana kita sering lupa. kita sengaja lupa. malah ada yang mahu lupa. kita lupa asal usul kita. kepercayaan kita. matlamat kita. kerana itulah kita berubah. untuk berjaya dalam kehidupan ini kunci dia satu je. kepercayaan. kerana kepercayaan membawa kepada pegangan iaitu pendirian diri, perspektif diri. lalu membawa kepada matlamat dan cita-cita kita.


kalau kalian membaca nukilan ini dengan khusyuk, apa kata dok pikiaq sat kalian sedang berbuat apa. are you on the right track of achieving your dreams? atau masih belum menentukan haluan hidup? kalau belum, ini kerana kamu masih belum mempunyai matlamat, kamu masih belum mempunyai pegangan. kamu tiada kepercayaan kepada diri sendiri.



ini semua kerana kamu telah melupakan diri sendiri.



teehe!


calu