May 9, 2014

Bebel

Salam semua

Walaupun aku tahu untuk menarik minat kalian membaca sampai habis bukanlah dengan menulis tentang diri sendiri tetapi menulis perkara yang boleh dikaitkan dengan diri kalian, tetapi biarlah post kali ini aku bercerita tentang diri sendiri. Plus, aku juga ingin mencuba sesuatu ; perenggan ini adalah perangkap.

Ya masih menulis. (menaip) screw the other bloggers who quit!

Or the other reason is, who grew up.

Kerana kita tiada masa untuk melayan hajat otak yang sentiasa ingin memberi tahu, bermanja dan berkomunikasi melalui penulisan. Sekuat daya mereka adalah dengan bercakap menggunakan facebook mahupun twitter, seperti biasa.

Aku masih lagi berusaha. Untuk meneruskan, menghidupkan dunia 'blog' yang kian malap ini. Ya, berusaha. Kerana tiada lagi norma seperti dahulu di mana aku menulis setiap hari dengan mudah dan sepenuh hati. 


Untuk pengetahuan, sejak awal tahun ini aku telah mengubah suai beberapa interface di dalam blog ini. Tiada lagi side section, link - link tempat chat malah ruangan komen juga aku telah buang. Kini sepenuhnya dengan hasil syok sendiri aku (mehehe). Kalian tidak boleh berinteraksi dengan aku dan aku juga tidak akan ada harapan untuk menunggu interaksi kalian.

rumusan blog yang sudah berumur 7 tahun (actual followers:9k)


Kau datang, kau baca, kau calu.

Antara salah satu sebab aku suka mengenai 'blog' adalah actually ianya platform yang independent. Ia adalah privacy. Is seakan rumah, yang terbuka untuk dilawati. Makanya jika ingin dibandingkan dengan facebook mahupun twitter, mereka menggunakan konsep newsfeed dan timeline. Dimana semua orang dikumpulkan didalam satu stream dan masing masing berebut-rebut untuk syok sendiri. Secara tidak langsung perbandingan akan berlaku, tiada penghayatan dalam membaca status/tweet mereka. Sesak bukan?

(Relaks, aku juga pengguna facebook dan twitter. )

Oleh itu 'blog' adalah lebih personal di mana jika kau masuk ke sini kau akan lebih fokus kepada semua yang berada di dalam ini kerana ia adalah 100% milik aku. Kau juga akan lebih mempunyai 'sense of respect', 'curiousity'  dan juga lebih fokus kepada syok sendiri aku. 

Dan aku juga rasa, the closest thing in being myself is by blogging. Seperti yang aku kata sebelum ini, lain orang lain topeng kita pakai. Begitu juga di internet, lain site lain juga kita punya perangai. 



Alhamdulillah berakhir sudah semester itu hari (aku tak ingat yang keberapa) dan kembali aku kepada dunia latihan industri.

Jap, damn, aku nak bebel apa tah tadi. Dalam jamban punyalah geliga otak fikir panjang.

.
.
.

Damn...
.

Ohh ya. Baik. Kisah semester 6(dah ingat semester berapa)

Aku dulu pernah menulis sepotong ayat tentang cita aku untuk menjadi ketua. Dan ianya berlaku ketika semester ini. Dan rumusannya adalah, tugas seorang ketua tidak mudah. Sangat susah. Fakletihsyal jadi ketua ni!

ketua rumah atau hamba rumah?

Bukan kerana dipilih, tetapi sengaja. Hanya kerana matlamat aku untuk belajar cara untuk memimpin. Belajar untuk memikul amanah. Sengaja membebankan diri dengan menggenggam nasib dan masa depan orang orang yang dipimpin.


ketua kumpulan projek filem pendek

mengurusi sesuatu majlis juga boleh dianggap ketua

Walaupun susah, tetapi alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Dari perspektif aku, aku rasa aku bukanlah calon ketua yang terbaik. 

Kemudian sempat juga aku ponteng seminggu untuk pergi ke Jepun melunaskan impian keramat. Daddy minta maaf , dolah ponteng sebenarnya. Minggu tu bukan cuti midterm.

memang aku ambil gambar cun, Mun

Satu satunya perkara yang aku kesal adalah tidak dapat membuat video seperti yang aku inginkan. Pertamanya, tidak membawa tripod untuk dslr( egois diri untuk berhenti merakam menggunakan iphone) Keduanya terlalu menghayati kehidupan (ayat sebenar : terlalu life / life terok) sehingga tiada masa untuk merakam. Ketiganya, kasut parkour hilang (padahal tertinggal)

Klip memang ada tetapi biarlah untuk sendiri. Inspirasi boleh tunggu lain kali. 

Itulah aku punya cerita. Boring?? Give me a break. Sebelum ni dah banyak beritahu biarlah bercerita pula. ( ada beza beritahu dan bercerita. beritahu adalah tentang ilmu, bercerita pula tentang kita)

Gaya penulisansyok sendiri aku pun kian hambar. Macam makin gelap pun ade..

Tsk.


Sebagai pengakhirannya, kini, aku kembali ke Melaka untuk latihan industri aku. 

Doakan. 

Pap!

Calu.
From now on i decided leadership is overrated. Why people so proud of  having an authorities over others?