Showing posts with label syok sendiri. Show all posts
Showing posts with label syok sendiri. Show all posts

Apr 12, 2016

Pernah Terkecewa

Salam semua

Ada yang sembunyi susahnya dibalik senangnya
Ada yang sembunyi sedihnya dibalik gembiranya
Ada juga hanya diam seribu bahasa
Malah ada pula yang berbicara kerana nampak segalanya

Semuanya terletak pada hati
Sama ada belajar atau tidak
Dari segala penyesalan dan pengalaman

Apakah semakin hidup atau mati
Untuk menghadapi esok kelak
Yang semakin menuju pengakhiran

Jangan jari menari menunggu orang faham
Jangan jari menari mengharap orang datang

Biar jari menari untuk menginspirasi
Biar jari menari memperbaiki diri

Kejarlah apa yang dicita
Kejarlah apa yang didamba
Kejar kejar mengharap redha
Kejar kejar tak hilang jiwa

Nanti di saat betulnya
Takdir kan muncul dirinya
Takdir itu pelbagai rupa
Takdir itu takdir gembira
Takdir itu dari tuhan yang Esa

Mulalah lembut hati jiwa berbicara
Rupanya kita semua sama cerita
Kita semua pernah terduga
Kita semua.. <baca tajuk>

.....

Calu

Damn dolah, kau sungguh cool...

Jan 21, 2015

Dengki

Seraya aku di pembaringan untuk melenakan minda
Kali ini 2, 3 jam lebih awal dari yang biasa

Tetapi apakan daya

Minda ligat mengasah dirinya

"sial kenapa tak boleh tidur!" raung hati

Ke kanan

Ke kiri

Ke kanan

Ke kiri

Perjuangan yang tiada henti

" eh zam tak tidur lagi?"

" tak boleh tidur lah, susah"

Jawab aku kepayahan

3 minit 28 saat kemudian :

"krooooihhhh kroihhhh"  bunyi dengkur si penanya


....


aku dengkikan mereka yang senang lena

Calu

May 9, 2014

Bebel

Salam semua

Walaupun aku tahu untuk menarik minat kalian membaca sampai habis bukanlah dengan menulis tentang diri sendiri tetapi menulis perkara yang boleh dikaitkan dengan diri kalian, tetapi biarlah post kali ini aku bercerita tentang diri sendiri. Plus, aku juga ingin mencuba sesuatu ; perenggan ini adalah perangkap.

Ya masih menulis. (menaip) screw the other bloggers who quit!

Or the other reason is, who grew up.

Kerana kita tiada masa untuk melayan hajat otak yang sentiasa ingin memberi tahu, bermanja dan berkomunikasi melalui penulisan. Sekuat daya mereka adalah dengan bercakap menggunakan facebook mahupun twitter, seperti biasa.

Aku masih lagi berusaha. Untuk meneruskan, menghidupkan dunia 'blog' yang kian malap ini. Ya, berusaha. Kerana tiada lagi norma seperti dahulu di mana aku menulis setiap hari dengan mudah dan sepenuh hati. 


Untuk pengetahuan, sejak awal tahun ini aku telah mengubah suai beberapa interface di dalam blog ini. Tiada lagi side section, link - link tempat chat malah ruangan komen juga aku telah buang. Kini sepenuhnya dengan hasil syok sendiri aku (mehehe). Kalian tidak boleh berinteraksi dengan aku dan aku juga tidak akan ada harapan untuk menunggu interaksi kalian.

rumusan blog yang sudah berumur 7 tahun (actual followers:9k)


Kau datang, kau baca, kau calu.

Antara salah satu sebab aku suka mengenai 'blog' adalah actually ianya platform yang independent. Ia adalah privacy. Is seakan rumah, yang terbuka untuk dilawati. Makanya jika ingin dibandingkan dengan facebook mahupun twitter, mereka menggunakan konsep newsfeed dan timeline. Dimana semua orang dikumpulkan didalam satu stream dan masing masing berebut-rebut untuk syok sendiri. Secara tidak langsung perbandingan akan berlaku, tiada penghayatan dalam membaca status/tweet mereka. Sesak bukan?

(Relaks, aku juga pengguna facebook dan twitter. )

Oleh itu 'blog' adalah lebih personal di mana jika kau masuk ke sini kau akan lebih fokus kepada semua yang berada di dalam ini kerana ia adalah 100% milik aku. Kau juga akan lebih mempunyai 'sense of respect', 'curiousity'  dan juga lebih fokus kepada syok sendiri aku. 

Dan aku juga rasa, the closest thing in being myself is by blogging. Seperti yang aku kata sebelum ini, lain orang lain topeng kita pakai. Begitu juga di internet, lain site lain juga kita punya perangai. 



Alhamdulillah berakhir sudah semester itu hari (aku tak ingat yang keberapa) dan kembali aku kepada dunia latihan industri.

Jap, damn, aku nak bebel apa tah tadi. Dalam jamban punyalah geliga otak fikir panjang.

.
.
.

Damn...
.

Ohh ya. Baik. Kisah semester 6(dah ingat semester berapa)

Aku dulu pernah menulis sepotong ayat tentang cita aku untuk menjadi ketua. Dan ianya berlaku ketika semester ini. Dan rumusannya adalah, tugas seorang ketua tidak mudah. Sangat susah. Fakletihsyal jadi ketua ni!

ketua rumah atau hamba rumah?

Bukan kerana dipilih, tetapi sengaja. Hanya kerana matlamat aku untuk belajar cara untuk memimpin. Belajar untuk memikul amanah. Sengaja membebankan diri dengan menggenggam nasib dan masa depan orang orang yang dipimpin.


ketua kumpulan projek filem pendek

mengurusi sesuatu majlis juga boleh dianggap ketua

Walaupun susah, tetapi alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Dari perspektif aku, aku rasa aku bukanlah calon ketua yang terbaik. 

Kemudian sempat juga aku ponteng seminggu untuk pergi ke Jepun melunaskan impian keramat. Daddy minta maaf , dolah ponteng sebenarnya. Minggu tu bukan cuti midterm.

memang aku ambil gambar cun, Mun

Satu satunya perkara yang aku kesal adalah tidak dapat membuat video seperti yang aku inginkan. Pertamanya, tidak membawa tripod untuk dslr( egois diri untuk berhenti merakam menggunakan iphone) Keduanya terlalu menghayati kehidupan (ayat sebenar : terlalu life / life terok) sehingga tiada masa untuk merakam. Ketiganya, kasut parkour hilang (padahal tertinggal)

Klip memang ada tetapi biarlah untuk sendiri. Inspirasi boleh tunggu lain kali. 

Itulah aku punya cerita. Boring?? Give me a break. Sebelum ni dah banyak beritahu biarlah bercerita pula. ( ada beza beritahu dan bercerita. beritahu adalah tentang ilmu, bercerita pula tentang kita)

Gaya penulisansyok sendiri aku pun kian hambar. Macam makin gelap pun ade..

Tsk.


Sebagai pengakhirannya, kini, aku kembali ke Melaka untuk latihan industri aku. 

Doakan. 

Pap!

Calu.
From now on i decided leadership is overrated. Why people so proud of  having an authorities over others? 

Feb 27, 2014

Malap

Salam semua

Bila aku sedih aku benci. Dan aku selalu ingin lari dari sedih. Dan aku sedar kalau aku lari dari sedih ia akan sentiada ada. Jadi aku harus mencari jalan untuk menjadikan sedih itu sebagai pendorong.

Masalahnya bila aku ingin mendorong diri untuk bergembira menghayati kehidupan. Kawan kawan aku datang dgn sombongnya menunjukkan mereka caring. Mereka tahu aku sedih. Mereka ingin menolong aku dengan memaksa aku bercerita mengapa aku sedih. 

Dan aku pelik. Kerana aku tiada lagi cerita ingin diberitahu kerana kesedihan itu telahpun berubah mnjadi dorongan. Dan mereka berusaha dgn memaksa aku untuk sedih. 

Aku pening kepala. Apakah mereka sedar apa yg mereka sedang lakukan atau mereka memang sengaja tidak mmbenarkan aku pulih kesedihan itu. Kerana apa yang aku lihat mereka ingin aku mengaku yg aku sedih. Mengaku aku dlm kesakitan. Dan aku keliru. Maka utk tidak menyakitkan lagi kepala. Baik, aku sedih. Dan mereka tersenyum. 

"Oh kau sedih. Kenapa?"

Dan aku sedar. Mereka hanyalah penonton yg menonton drama dan memberi ulasan setelah mnontonnya. Mereka tidak kisah dgn apa yg berlaku selepas drama itu. Mereka hanya menghiburkan diri dgn drama. Perkataan sahabat yang mngambil berat tidak layak mereka pegang jika mereka hanya ingin mndengar drama aku dan tidak ingin membawa aku pergi dari kesedihan itu.


- Keyrana , May 2011


Calu

Nov 16, 2013

Graffiti

Salam semua

Sudah 2 minggu aku tidak keluar train parkour. Akibatnya? 

Sakit kepala. Kerana?

Study.

Efyu assignments, efyu! (mencarut comel)


Dalam kehidupan yang penuh cabaran lagi maha susah ini aku mengeluh. Aku guling guling kan badan ke dinding, menggeliat mencari keselesaan. Dinding ini aku cium, aku peluk. Aku sayang dinding ini. Lagi lagi time pagi. Fuh, kedinginan dinding ini tika pagi kau takkan tahu kalau tak reti menghargai. 

Sayangilah dinding bilik anda ya. 

Maka sedang asyik aku beranjang dengan dinding, ingin aku luahkan rasa kasih aku terhadap dinding ini. Malahan, bukan dinding ini sahaja, dinding dinding di dunia luar sana akan aku tidak lupakan.

Oleh itu,

Dalam masa terdekat ini akan aku make up kan dinding dinding mana yang layak dengan hiasan tidak terperi! 

Maka akan bermulah pengembaraan abang key sensaci macho mashaAllah ini untuk menghiasi dinding dinding ini.

Nantikan ya!



Ring ding dong ding ding dong digeding digeding!


Calu

Oct 13, 2013

Indah

Salam semua


Setelah sekian lama, aku dapat lihat pelangi di siang tadi. Pelangi tersebut penuh berbentuk separa bulatan, kedua-dua hujungnya menyentuh bumi.

Kadangkala apabila berpeluang melihat benda-benda sebeginilah hati aku jadi aman dan tenang. Seakan-akan tiada masalah, walaupun sudah lewat 4 jam bertemu janji sambil mengharungi rintikan hujan.


Aku pasti tiada orang di atas dunia ini yang boleh lari 100% dari masalah.


Betapa kompleksnya hidup dan masalah seseorang itu, sama kompleks dan rumitlah keadaan yang membolehkan pelangi berbentuk separa bulatan berlaku. (Jangan hirau, pelangi berbentuk bulatan penuh juga boleh berlaku.) Memang jarang dapat dilihat, dan kamu bertuah jika kamu berpeluang saksikan dengan mata sendiri, dan kata orang Ireland jika kamu cari hujung pelangi akan ada sebelanga emas yang dijaga oleh seekor leprechaun comel.


Jadi sebab itu dari dahulu lagi, kalau ada musibah melanda aku, aku pasti selepas semuanya berlalu, akan ada pelangi untuk aku. Macam jika mulut kamu ada ulser, pasti mulut kamu akan sakit, dan kamu akan teringat bagaimana rasanya bila mulut kamu bebas dari ulser. Dan kamu akan tenang sebab kamu tahu bila ulser kamu sembuh nanti, mulut kamu akan jadi seperti biasa semula.

K


Calu

Mar 28, 2013

Bagaimana Hendak Menangani Kelaparan

salam semua

aku lihat 5 ke 6 nukilan terbaru aku penuh dengan kegelapan, depresi dan negativiti! hokaloh..

oleh itu aku ingin tunduk meminta maaf kepada diri aku sendiri kerana aku telah mengecewakan diri sendiri. dolah sakai. tiada pengkhiatan yang lebih kejam selain dari mengkhianati diri sendiri!

baik! aku akan luangkan masa untuk melukis orang tunduk minta maaf.

presenting!

______________________________________


                                                pppppppppppppppppp
                                          ppp                                    ppp
                                          ppp                                    ppp
                                     pp ppp         ppp            ppp   ppp pp
                                pp         ppp                               ppp      pp
                          pp                   ppp                          ppp            pp
                                                                                               ppp
                                                    p                      p             pppp
                                                     pppppppppppp       pppp

______________________________________

okay nyata aku tak boleh hilangkan lapar begini.

bye nak makan

calu
tak payah nak fahamkan atas tu. aku main buat 

Jan 12, 2013

Cuti Dah Habis Yey

salam semua


baru aku perasan. tidak pernah aku menulis ketika cuti semester ini.

cuti well spent, overall.

pembuka tirai 2013 agak memberangsangkan jiwa. beberapa projek macam biasa masuk. (berlagak). penutup 2012 pula agak sakai. well aku rasa secara keseluruhan 2012 wasn't my favourite. banyak aku belajar. banyak kecewa dari gembira. banyak hampa dari gembira. banyak duka dari gembira.


walau apa pun. maju ke depan. terus hidup. sang penikam belakang, sang pemberi duka, sang konon mangsa, sang palsu, sang semua yang tidak kena, sila pergi dari minda. aku rayu.


here's to 2013!



calu.
naharom isnin ni dah start kelas!

Nov 19, 2012

Esok

Esok adalah permulaan baru. Kehidupan baru. Penentuan baru.


Hari ini aku tidak diterima oleh dunia.


Aku akan tinggalkan dunia yang sesat. Dunia perselisihan. Dunia terencat. Dunia penuh dengan tafsiran yang angkuh lagi auta.


Esok dunia tidak akan kenal aku. Diantara aku dan ia, hanya janji sebagai pemacu.

Jul 3, 2012

Random

Salam semua


Tatkala menunggu mata berat untuk merehatkan diri nakal pula perut meragam meletupkan ketul ketul angin tanda sistem pencernaan sedang mengamuk.


Dan kini aku di temani lampu putih...lantai yang kering..sunyi sepi memekakkan telinga...


Ya, aku di dalam tandas... Ibu segala pencetus fikiran tentang kehidupan...


Kedengaran ibu dolah yang sibuk mengemas dapur pada 2.30 pagi ini...sungguh besar pengorbanan seorang ibu untuk keluarga dan anak..


Ah. Lancar~ cebok jap.



.



.......



(kembali ke katil)



.........




Ah kau tengok! Sungguh baik ibu dolah! Aku naik tangga kebilik pun sempat tanya lapar ke tidak! Ahh sungguh baik ummiiiii T^T


Dolah sayang gila dekat ummi! Maafkan dolah yang keparat ini! Dolah janji akan potong rambut suatu hari nanti! T^T




Selamat malam.




Calu.
Cheer up kopitan

May 15, 2012

Tinta Yang Gagal

Salam semua


Pelbagai perkara sedang berlaku di akal fikiran aku sekarang ini. Takdir semester pendek. Kondisi kereta. Kasut baru. Seluar baru. Anak buah pertama yang sakan tidur. Kawan minta tumbuk. Anak anak kucing yang sangat tak perlu kisah apa hanya perlu cakar cakar almari baju. Masa depan. Parkour. Berat badan. Kawan kawan lama. Kekasih kekasih hati. Masa depan. Masa depan. Masa depan....


Apabila semua perkara ini bermain di dalam fikiran kita tidak mampu fokus akan satu perkara sekali pun. Nyata kita sedang serabut. Aku sedang serabut.


Dan aku mula terfikir dengan ayat


"life engkau yang entah macam mana aku pun tak tahu"


Jujur nya aku pun tidak tahu apa sedang berlaku sekarang ini. Yang aku tahu segenap peluk tubuh aku hanya tidur dan makan. Persetankan semua perkara. Itu lah apa yang aku rasa sekarang ini. Sedang menuju kegagalan. Sedang menuju kelemahan. Dan mula lah aku cuba mengetuk hari inspirasi untuk bangun dan meneruskan perjalanan yang sedang sedia cool dan sensasi ini.


Jika ingin bermuhasabah diri pasti ada mereka yang mencela ;

"hah! Gagal! Bilang berapa kali kau seperti ini? Tak berubah dan sedia gagal seperti kala"


Baiklah kali ini biar aku mencela mereka yang setan di dalam akal fikiran aku yang serabut ini.


....


Tidak.


Some things are better left unsaid. Silence is golden.



Calu.

Mar 7, 2012

Gurindam lolol

I cant sleep

...

Sedang aku kira berapa jam lagi yang mampu aku dapat untuk tidur sebelum bangun untuk ke kelas esok, tiba - tiba aku ter-sentimental.


Alahai....!


Sedih kan bila menyedari hakikat jiwa kita kosong


Mulo dah...


Mungkin dari anak mata sekeliling melihat kita sebagai seorang yang riuh. Mungkin juga ada yang melihat kita sebagai seorang yang tenang. Dan apa lagi kemungkinan.


Kerana anak mata tidak mampu melihat jauh ke dalam. Kerana itulah gunanya mulut mahupun bahasa badan yang cuba menjentik keluar apa yang tersirat di isi hati.


Namun jika hati sendiri pun keliru dengan kejujuran situasi, apakah benar yang diungkapkan?


Apakah benar apa yang kalian dengar?


Egois sesetengah mereka tidak ingin mengajukan soalan yang berterus terang. Bermain bunga ungkapan dengan menyelit maksud ; "faham faham je lah kan.."


Egois aku pula menjawab dengan memberi kekeliruan. Aku juga berharap mereka faham dengan situasi aku sendiri. Tetapi sayang, mereka hanya ingin dengar apa yang ingin didengar. Tidak faham, mereka fahamkan dengan mentaliti sendiri.


Aku pun membiarkan tanpa rasa bersalah. Kerana sejujurnya aku memanipulasikan mereka untuk menipu diri sendiri.


Hakikatnya malam ini aku hanya mampu berserah. Tidak mampu lagi bermain dengan fikiran ini.


Aku letih.


Ya, Hakikat nya aku kosong.

.......


Nampak sangat dah lama tak berjemaah fardu dekat masjid.

.......


Haizzzzzz.

..


Fakta 6,7 tahun menunggu tak perlu diulang. Itu hanya permainan kononnya ingin menunjukkan aku setia. Biarlah kita tukarkan kepada fakta 6,7 tahun menipu sendiri yang aku sedang jalani.


Memang berlebihan kalau aku ingin kan yang terbaik jika aku sendiri tidak berubah menjadi yang terbaik.


Minta maaf sebulan dua ini menjadi seakan terdesak. Aku kira inilah masanya untuk dikemuncakkan. Sayang nya aku hanya menjadi bayang yang membebankan.


Selamat sihat tubuh badan. Selamat berbahagia. Selamat dunia akhirat.


Selamat tinggal, sumber gembira aku.


No strings attached anymore.


....


This is like, the most romantic writing evaaaaar


Calu


Feb 22, 2012

Challenge Accepted

setelah gagal menunggu nasi selama 1 jam setengah

setelah gagal menunggu burger selama 1 jam

berkain pelikat turun ke bawah membeli maggie cup

di temani Ruq sementara menunggu maggie kembang

terima kasih.

roda kehidupan agak kecil malam ini. buruk menjadi baik secara sekelip mata.

walaupun agak janggal. kerana sudah lama tidak di teman.



eeeeeeeeeeee

Sep 3, 2011

Bila Tak Boleh berSMS

salam semua


baju aku cantik cantik.


aku semakin rajin berfikir tentang fashion sendiri.


baca : semakin. bermakna meningkat. dari dulu memang berfikir tentang fashion sendiri, tetapi sekarang semakin berfikir tentang fashion sendiri. jelas kenapa tiada kemas kini blog. otak dok fikir duniawi ajew~!


(selesai sudah alasan untuk mengelakkan maki hamun stalker aku. muahaha.)


tidak.


no no! no!


tipu tipu tipu!


ya, yang sebenarnya manusia memang berubah kerana komitmen ya. nyata inspirasi hanya datang ketika belajar dan bukannya bekerja...


.


..


bencilah.


well. cukup sudah syok sendiri aku.


fikiran selama 49 hari (sejak nukilan terakhir) terbuang begitu sahaja.


manusia lemah.



aku nak bayar bil telefon esok.mesti.


calu



May 17, 2011

Nota Untuk Hari Ini

salam semua


cuba untuk menulis beberapa perkara


yang pertamanya, jangan menongkat dagu sambil marathon apa apa drama jepun. esok esok kau akan sedar rahang kau senget dan jika bersin haram jadah sakit.


yang keduanya, hilangkan perasaan syok sendiri berganda gedik. jangan perasan. nanti kau malu muka nak sorok dah tak boleh sebab dah merah gila.


ketiga, jangan menangguh untuk makan. lagi lagi bila kau kesempitan wang dan berkawan dengan orang orang muka mekdi. mak bapak dah suruh makan kau turun cepat dan makan. makan makan makan!


keempat, lantak manja mana emak sendiri kita kena cool! jangan turut manja sama lagi lagi bila dia suruh urut tangan kanan. jangan bergelak tawa mahupun bergurau senda. nanti dia akan hulur tangan kiri dia pula. dan jangan kau bergossip dan bermesra dengan dia. nanti dia akan angkat kaki kiri seterusnya. muka kena sombong, muka kena stress kalau tidak dia hulur kaki kanan untuk satu pakej. unless kau anak yang baik.


kelima, jangan terpedaya dengan iklan gula gula strepsils. aku dah telan 2 paket mulut dah naik gila sekarang tapi tekak masih sakit.


keenam, tak kisah apa fesyen kau bersweater rompt mahupun baju darjah enam, ketiak tidak sapu deodorant, berselipar diadora kaler hitam mahupun, yang penting keyakinan diri untuk hidup. kebolehan bersuara jujur dari segi falsafah mahupun bidang ilmu pengetahuan. teknik bergaul penting.


ketujuh, jangan dengki dengan kakak sendiri walau dia dapat peti ais untuk bilik sendiri dan kita masih menggunakan laptop tahun lewat 90an.


kelapan, rajin rajin balas poke orang dekat facebook. nanti orang tak nak poke kita dah.


kesembilan, teruskan berusaha. untuk segala perkara agama masa depan keluarga mahupun kawan. lagi lagi wang. tidak salah untuk kepentingan.


kesepuluh, aku perlukan inspirasi baru untuk memotivasikan diri. tetapi ramai nukilan sekarang tiada originaliti. plagiarisma berleluasa. manga one piece pula tengah rajin main flashback. grr


kesebelas, sakit tekak dan migrain peringkat awal terasa.


keduabelas, esok usaha untuk result! call call call! mak dah offer nak pinjamkan duit dah tu! jangan malu guna duit mak bapak untuk pelajaran. itu tanggungjawab mereka. walaupun ummi kata nak pinjamkan, kita anggap dia bayarkan. yeah!


ketigabelas, drama malcolm in the middle season 5 tercopy sekali masuk ke season 6. damn itt!


keempatbelas, harus kembali ke zaman sentiasa membawa buku catatan ketika ke mana mana. gajet kesayangan tidak akan mampu untuk menggalas tanggunjawab bila 'flash of genius' berlaku. kita kena pantas.


kelimabelas, aku masih menunggu meehoon sup aku. lowt baliklah cepat..zzzzz


calu

Apr 27, 2011

Draft 01

salam semua


boring..nyew


sudah lebih kurang 3 minggu aku hidup dengan penuh kebebasan. tiada komitmen bangun pagi, tiada lagi menunggu sesak jalan raya, tidak lagi sibuk tentang dokumen dokumen, kerja kerja komputer, meeting, melayan karenah datin. semua itu sudah tiada lagi. saya sudah free! dan aku mengambil kesempatan masa bebas aku untuk menyelesaikan beberapa perkara di kolej, merapatkan hubungan dengan sahabat handai(melepak) dan paling penting, menyusahkan mak bapak aku.


tidak sangka kerja menganggur ini sebenarnya boleh menyusahkan hati ibu bapa kita ya?


atau mereka yang menyusahkan diri sendiri?


ummi : dolah bangun subooh
dolah : hrm...ok..worewa...lao pui pui..

ummi : ape mamai2 ni?bangun suboooh
dolah : hrmmm haa...kk..tengahh semayang la ni...

ummi : ummi cakap bangung subuhhhh! kaa meeee!
dolah : yerla yerla kejap la...sabar la ummi niiii...hisshh

ummi : sabar ape kalau makin peluk bantal tuh! bangunn!! haaa meeeeeeeeee!!
dolah : alaaaa 5 minit pleasseeeeee

ummi : hhaaaaaaaaa!!!!!
dolah : adoi! zzzzz


begitulah norma norma pagi aku as a freeman. tidak. kita tidak pernah bebas. kita selamanya hamba Allah.

selepas aku berlakon naik turun tangga 5 minit sambil bajet bajet kononnya tengah sembahyang sempat aku makan sarapan. tanpa cuci mulut. uekk.

kemudian aku tidur balik.

Jan 23, 2011

Serba Sedikit

salam semua


its been awhile i haven't been blogging so passionately...*tengok post bawah* wtf, latest post 12 Januari? takdela lama sangat! booooo!


aku tak fikir lagi tajuk yang sesuai untuk nukilan kali ini. biarkan. akan keluar idea ini sepanjang ketak ketuk aku nanti.


baiklah.


aku sekarang masih lagi berstatus 'opis boy' yang sensasi di walaupun tempoh practical aku telah tamat. kerana ketulusan dan daya produktifi aku yang extreme, telah menjentik idea bos aku untuk menawarkan kontrak untuk aku meneruskan pekerjaan di sana. kini aku sedang dilemma sama ada untuk meneruskan bekerja di situ, atau menukar haluan ke arah peluang lain yang juga sedang menunggu.


"hati kau ke arah mane zam?"


supervisor aku bertanya kepada aku. (sebenarnya dia bukan supervisor aku, aku tak tahu apa peranan dia dalam syarikat itu, so letak je supervisor, pfft)


aku pun, oro? oh shit. hati aku ke mana ek.. pertama kali aku dituju soalan seperti itu. soalan yang sangat matang, dewasa, dan sangat Nur Kasih...tapi berterima kasih juga kepada dia aku berjaya menetapkan jawapan. mungkin aku akan terus menghabiskan kerja untuk bulan ini. dan berhenti di awal bulan 2. berehat. dan kemudian fokus ke projek bersama 3run Malaysia. :)


ya, aku sudah dewasa...21 tahun ini...wuu! jadi aku layak dilayan sebagai seorang dewasa yang sah! aku kini ABANG key yang legal!


tahun 2011 juga merupakan tahun untuk aku mencari jawapan, identiti diri sendiri yang telah lama aku cari. jika ada stalker yang mengikuti perkembangan aku yakni membaca segala nukilan aku yang terdahulu, tidak kira sama ada ber'kategori'(lihat di section kanan) syok sendiri ka...kolej ka..parkour ka...atau apa apa, aku sedang mencari jawapan kepada soalan yang aku sendiri tidak tahu. jadi semua ini mampu dikecapi dengan pelbagai cara. dan aku pilih untuk bermusafir. ya, this very year i'll be an awesommme travellllerrrr!! i'm dead serious.


definisi travel bagi aku adalah melihat dunia orang yang berbeza dengan kebiasaan dunia sekeliling kita. dengan ini kita akan melihat suasana, budaya yang berbeza, loghat yang belit2, perspektif yang baru dan lain lain. tak semestinya aku harus pergi ke luar negara untuk menjadi seorang pengembara. visi aku adalah untuk menjelajah Malaysia terdahulu sepertimana yang telah aku mulakan di JB pada 2 minggu yang lepas (alhamdulillah) dan insyaAllah aku akan ke Kuching, Sarawak pada awal bulan 3. (maybe sminggu akan clash dengan projek 3RunMy, tapi i think i can manage it) ya, aku tahu! bapak bersepah negeri ko pergi. kejap JB, kejap Sarawak? South to East woot? lantak, asalkan ada peluang untuk ke negeri orang aku akan genggam dan gunakan sepenuhnya.. biarlah bersepah koordinat aku dari JB ke Sarawak ke..kemudian ke Kedah ke..lepas tu Kelantan and then Perlis ke...asalkan, janji, aku dapat berpijak ke setiap negeri di Malaysia. and lastly, ke Jepun. ooopppsss.


tidak perlu detail semua ini. nanti akan menjadi malas. aku hanya bagi berita ringkas.


dan mungkin ada yang still bingung wtf is this 3RunMy project? sorry, i can't tell you guys right now. it's still early to write about it. aku cuma terlalu excited. mungkin sebab perkara yang aku lakukan dengan penuh minat, fokus akhirnya mampu untuk menunjukkan hasil.aku mampu membuktikan kepada mak bapak dolah, kawan-kawan aku, mereka-mereka yang mengutuk parkour, kalau kita bersungguh-sungguh dengan ikhlas, akan ada juga nilai hasilnya. looks like 5years(almost) of hard work is gonna be paid offfff.


menyebut tentang bapak dolah. aku lupa kelmarin dia suruh aku update blog aku tentang kebodohan aku sebab repeat kokurikulum di kolej. yewwr~~~~ nah, dolah dah beritahu dah satu dunia.. yes. selain menjalankan kursus practical di hulu ukm, aku sebenarnya masih sedang repeat 2 subjek yang '0' kredit hour. kokurikulum(sem4) dan usrah(sem1). aku sedang masih berusaha untuk menjadi seorang anak yang dibanggekan. comel kan?

___________________________________________________________________


itulah serba sedikit(oho! i've found my title post!) latar cerita aku untuk semenjak dua menjak ini. tuntas nya aku semakin sibuk atas dasar komitmen , kehidupan aku yang semakin mengenal dunia dewasa, erti tanggungjawab, dan mungkin semakin menjadi serius lalu menelan diri ke arah seorang dewasa yang tipikal. nooooaaahhh!! :( kini aku semakin faham kenapa blog2 yang menyengat seperti blog penanya(?) dan melayuminimalis semakin jarang di kemas kini. mereka juga telah ditelan tanggungjawab dan kesibukan. begitu juga aku agaknya. idea dan inspirasi sentiasa ada di dalam minda, cuma kita tak mampu berlayar bersama masa malah kita akan sentiasa mengejar masa. kalau ada masa free pon dok pekena Teh O Suam dekat Tepian Bangi. huahuahua~(aku nak cakap aku makin malas sebenarnyewr~~)


baiklah. itu sahaja yang aku nak syok sendiri. nukilan yang sangat fail dan kosong agaknya. kerana tiada apa yang boleh dibuat input ke dalam otak. sorry baby.



calu

Dec 13, 2010

Aku Akan Jadi Begini Bila Susah Menerima Kenyataan

salam semua


sedang aku stalk stalk stalk di facebook kerana free time yang ekstreme, sempat aku menjenguk profile fans aku yang jarang aku jenguk. 3/50. dan kezutan demi kezutan, ketidak sangkaan, pendedahan, konspirasi, freemason, semua banjir masuk ke kepala.


ingin aku amarkan pada kalian, tajuk memang nampak menarik, isi sumpah wa cakap lu, not as expected. macam keropok paket besar beg, isi dapat segenggam je.


baiklah, ketika dalam proses menstalking , setiap kali perihal baru yang aku berjaya dedahkan kepada diri sendiri adalah sangat menge'shock'kan. aku terperanjat sehingga melatah "haaaah??" 3, 4 kali pun ada. serius, benar.


ketak ketuk aku diinspirasikan dengan maklumat baru beberapa minit sahaja tadi. selepas melihat gambar, selepas melihat caption, aku terus "haaaah?? nak kahwin??!" ketika itu segala persoalan, segala kenangan, gedik gedik keluar melayang mengelingi otak kepala. kerana perkahwinan memang memberi aku perasaan seribu satu macam. seram sejuk ada. blues pun ada. macam nak panjat bumbung bercakap dengan bintang sekarang.


apa yang mengeraskan lagi latah "haaaah??nak kahwin??!" aku adalah kerana aku sudah berjuta celik tidak mendengar berita dia, sang perempuan yang merupakan kawan aku. begitu juga sang pria. tetapi yang membuat aku bingung adalah sang pria memang aku kenal, tapi di maaanaaaa ya? yes, perasan itu sangat wtf lagi lagi bila di campur adukkan dengan perasaan perkahwinan. dan menambahkan lagi perasaan wtf aku adalah apabila persepsi aku terhadap sang perempuan pula dia adalah comel comel nakal. yes. membawa maksud 'dianiakurasakahwin24tahunkeataspalingcepat' tetapi nyata segenius mana pun aku, aku tetap kecundang.


dan tidak lupa juga penutup latah aku. adalah "haaaa!?nak kawin?! WTF!" kerana bukan sahaja aku angin tidak bertiup kepada aku, tetapi gambar yang di bina oleh adik sang pria itu sendiri itu sangat mengkagumkan dan pada masa yang sama sangat wtf. dan tarikh yang sangat cantik
"11022011" (sudah, aku ter cadangkan tarikh power utk wedding kalian kah?) ahhhh aku nak ape sebenarnya niiiii


sebenarnya aku masih tidak tahu berita. jadi aku tidak ingin memetik nama. siapa yang terasa, maaf la ya?


selain cerita di atas. aku baru tahu ada seorang kawan yang aku anggap(was) sebagai rakan sehidup semati delete aku daripada list friend facebook. wuuuuu~ sedih kan? hah! pfft. apa boleh buat. maruah dia sangat tebal. maruah ya kalian, baca: MARUAH. not ego not childish. but MARUAH~


and now, the best part is, i don't feel anything. why a? bukan ke aku patut rasa bersalah atau rasa sedih atau panik memikirkan cara penyelesaian? atau memang sebab aku tak tahu mana satu kesalahan aku? ketika aku berfikir di puncak broga, aku disedut arus masa silam. habis pecah kaca yang hampir 3 tahun aku bina untuk dia. setiap serpihan melantunkan kesusahan aku bersama dia. dan baki nya adalah usaha aku untuk mengekalkan ikatan. di sini rasionaliti aku mengambil peranan. mungkin aku jumpa punca keretakan kali ini. (walaupun sangat busuk) secantik mana bunga mawar, ingin kau genggam sampai ke akhirat pun, tetapi kalau dia tetap berduri, apa gunanya menyakitkan diri. jadi what the hell. bencilah aku selama mana yang kau mahu sahabatku, aku di sini meneruskan perjalanan sendiri, sambil mengharapkan yang terbaik untuk kamu. sampai bila kau nak menggelapkan hati, hanya kerana aku taip CHELSEA CHELSEA. (ada rhyme tu bai. lolz.)


jangan risau jika pembaca berasa wtf. yes, itu lah perasaan penulis.penulis menjadi begini ketika sedang menelan kenyataan. penulis menjadi abstrak bila susah menerima kenyataan.



calu.

Sep 7, 2010

Lowt Sorok Buku Dia

so baca kat chatbox sebelah tu...dia dah sorok buku dia. so aku tak boleh nak publish karangan dia dalam blog ni. sorry. :/










calu.
fak u lowt!

Jun 5, 2010

Melalut

salam semua


memang tak sangka aku akan cakap begini. tapi, aku bosan der!? hari ni, semalam, kelmarin...merupakan hari yang membosankan. tiada perkara baru, tiada benda buat aku gelak ternganga, hanya routin biasa sebagai pelajar. masuk kelas, keluar kelas, balik bilik, keluar bilik, memasak..(aku sekarang tukang masak rasmi bilik aku, yo.)


senang cakap, tiada LIFE. ah...usah maki hamun cakap aku ni muslim tak guna. pergi sembahyang sunat la, baca quran, ikuti perkembangan konvoi Life Line Gaza ke pe..demonstrasi penyerahan memorandum, aku tahu semua itu. tapi kalau dah memang bosan tu, bosan jugak.


jadi apa salahnya jari jemari aku menari-nari ni paparan blogosfera.


so sekarang ini aku meniarap atas katil, ( memang pemalas, online pun baring..heh.) berjemur di bawah angin kipas mengeringkan peluh selepas selesai bermain badminton dengan keadaan topless. paling kurang ada jugak aktiviti tadi....kan? sebelum kalian jijik euu euu sama aku sebab basah berpeluh pun baring atas katil, aku dah pun lap ok. depan cermin. nak tahu tak? pergh, bukan main lawa badan aku depan cermin...dayum son! macam model2 seluar jeans tu, yang dia orang apply minyak zaitun kat badan sebab nak kasik otot kilat2, ha macam tu lah badan aku.


"ah ko, badan kedeng. perasan lebih"


so what? kau nak aku kutuk diri sendiri? komen2 merungut tentang hasil pemberian ciptaan Allah yang flawless ni? itulah, kadang kadang aku tengok manusia tak bersyukur dengan apa yang ada. merungut kening bersambung la...tangan panjang la...gigi terabur la..buncit la...badan pendek la..kulit hitam la...peha besar la.. dah besar tu besar jela. siapa suruh tak kecikkan.


aku lagi suka tengok orang yang bersyukur dengan apa yang ada. macam Paris Hilton, kononlah dia tengok cermin pastu cakap "damn, im so hot." and then dia jilat jari letak dekat punggung lepas tu buat sound effect "pssstttt" konon nak tunjuk dia tu memang 'panas' gila gaban. ok, mungkin dia tak bersyukur kepada Allah sebab she's a bitch, kapir. tapi, dia menghargai apa yang ada. walaupun dia tu tak se-hot mana, kaki pun tulang je, tapi dia tetap convince diri dia hot. contoh lain yang kita boleh guna...ok. seorang lelaki. Farid Kamil. pelakon yang agak popular kan. tapi, perasan tak perasan, hensem hensem dia pun muka dia pun ada juga jerawat. jadi, apa rahsia dia? mestilah kesyukuran dia dengan pemberian tuhan. lalu ia membuahkan satu sifat keyakinan diri untuk berani menjadi pelakon. alah, tipu punya kalau takde satu hari dalam hidup dia tu, dia pandang cermin and then cakap, "hensem kaw sat hang nih! anak hagham sunggoh!" eh..jangan kata orang orang macam dia riak pulakk...dia orang just being grateful.


senang cakap macam ini lah. kalian lepas mandi, sebelum keluar ke mana, mesti bersolek-solek depan cermin. nak tahu tak? sebenarnya depan cermin adalah salah satu tempat pahala kita naik paling banyak tau? sebab mesti kita secara batil, time tengah letak make up, letak minyak rambut, sikat rambut, pakai tudung, pakai oxy, pakai baju, bau ketiak or whatever, we look deeeep in our eyes, to our face...we convinced to ourselves, "youuu areee fineeee". dari situ kita dapat keyakinan untuk keluar pintu rumah. berbeza orang berbeza cara ok. mungkin ada yang membuat-buat reaksi muka untuk mencari pose yang paling comel. ada juga yang ternganga-nganga mulut, muncungkan bibir, ada yang yang angkat-angkat kening, senyum tersengih...eksperimen stail2 rambut, buat muka serius, muka gembira, muka gelak, muka minta tumbuk, muka horny....dan macam macam lagi. walau apapun reaksi korang depan cermin, sebenarnya, mengaku jela, kita semua bersyukur dan (bangga) untuk mendapat wajah di dalam cermin tu.


well, surely it is not a bad thing. dapat pahala bai~


sebab tu aku suka cakap diri aku cool, awesome, sensasi, cute, sasa dan pelbagai pujian keramat yang lain. sama seperti semua orang, tetapi, aku cuma menzahirkan perkara itu. sebab memang walaupun kebanyakannya kontra, tetapi sekurang-kurangnya aku juga bersyukur dengan apa yang ada. dan ia juga merupakan doa. sebab mana tahu, secara tak sedar aku bakal jadi orang paling sensasi satu hari nanti? aku lagi suka berperangai masuk bakul angkat sendiri daripada aku masuk bakul and then susahkan orang minta tolong angkatkan. so, fikirlah sendiri.



.....





apa tujuan sebenar post ni der?


calu
(aku masih tengah bosan)