Showing posts with label buah fikiran. Show all posts
Showing posts with label buah fikiran. Show all posts

May 1, 2014

State of Mind

Salam semua

State of mind ataupun perspektif kita berubah mengikut arus masa, gaya kehidupan dan komitmen. Setiap bullet point yang ditulis di bawah sebenarnya mempunyai peringkat - peringkat kehidupan yang tertentu dan mempunyai penjelasan kenapa, bila dan bagaimana is berlaku. 

Tetapi biarlah aku tidak menulisnya kerana penjelasan nya semua bergantung juga pada diri kita juga. Makanya terimalah, fasa-fasa (phase) pemikiran manusia yang berubah-ubah. Daripada muda sehingga ke tua.

Bahasa rojak boleh bukan?

_______________


You hate everyone even your bestfriends

You think you are popular

You think you are better

You think everyone is stupid

Your priorities is your dream

Everything is gonna be better

You don't put much thinking in a certain thing

Everything is a competition

You want everyone to be jealous of you

You learn new vocabs

You started to give life advice

You think you are superior

You learn something new but too shy (ego) to admit it

Love is a sensitive topic 

Rebellious while finding your own identity

You started to join politics

You started to feel lonely as your friends becoming more busy due to commitments but you don't want to express it


You started to think you are the most experienced one within your group of friends. You deny all of their opinions

You finally to know(admit) the true meaning of life

You becoming more religious

You becoming non religious at all

_____________

Which one is your current state of mind?


Calu


Feb 6, 2014

Deep

Salam semua

Memory can change the shape of a room; it can change the color of a car. And memories can be distorted. They're just an interpretation, they're not a record, and they're irrelevant if you have the facts.
Leonard Shelby

Menonton semula filem 'Memento' karya Christopher Nolan menemukan aku mesej terbaru yang cuba di sampaikan olehnya ; mengenai memori.

Memori boleh diubah memori boleh mengelirukan. Oleh itu pentingnya fakta ditulis dan dirakamkan. Itu yang difokuskan di dalam cerita ini dimana Leonard sentiasa menulis nota untuk memastikan fakta baru yang ditemuinya tidak berubah dan tidak dilupak kerana dia tidak mampu membuat memori yang baru.

Dan babak terakhir filem tersebut menunjukkan Leonard mengetahui sebuah kebenaran yang amat pahit untuk dia menerima. Lalu dia membuat keputusan untuk mengubah kebenaran tersebut dan menulis fakta yang diubah itu di dalam notanya. Hakikatnya itu adalah penipuan dan dia sengaja menulis tersebut kerana dia tahu dia akan hilang ingatan selepas itu. Kemudian apabila dia sedar dia akan membaca nota- nota yang ditulisnya dan dia pasti akan percaya tulisan itu. Dia dengan sengajanya menipu diri sendiri.

Dan ini membuatkan kita semua bertanya. Sejarah dunia kita, buku buku yang kita telah baca dan warisi, sejauh mana kebenarannya? Kerana semua benda boleh diubah dengan mudah. Sejauh mana kebenaran sebuah 'kebenaran' itu walaupun ia dipanggil fakta?


calu

Jan 22, 2014

Hipster

salam semua


ya berjaya mengendahkan kehadiran tahun baru seperti hipster dengan jayanya


selama aku membaca buku buku ilmiah(poyo) pelbagai perkara telah aku belajar. dan dari situ satu persamaan juga yang aku boleh lihat. masing masing penulisan yang diajar sebenarnya berulang - ulang. isi yang sama cuba gaya penyampaian berbeza. aku syak mungkin ini ada kaitan dengan plagiarism mahupun inspirasi yang memberi kesan kepada orang lain.

salah satu  topik yang menarik yang akan aku kongsi adalah mengenai perhubungan kita antara manusia. persahabatan. hendak difokuskan, aku ingin berkongsi bagaimana kita kehilangan sahabat kita.


kerana tiada yang asli lagi di dunia (?)

makanya..

terimalah.


biar aku mulakan dengan persoalan. berapa ramai lagi kawan kawan yang masih kita berjumpa? masih bersama gelak tawa? kawan kawan sekolah? kolej universiti? kawan kejiranan?sekerja? secara realiti nya, kita secara individu mempunyai ramai kenalan(kawan) . tapi di mana mereka sekarang? apakah masih bersama? apakah masih kenal lagi kawan meja sebelah anda ketika darjah 3? 4 atau 5? apakah masih bersama lagi gelak tawa bersama kawan berkongsi duit kereta sewa yang sama? atau sudah terputus hubungan dan terlalu dengan komitmen sekarang untuk berdiam memikirkan perjalanan silam?


hakikatnya manusia berubah. itulah kebenarannya. itulah antara punca persabahatan kita mati. ini kerana perkara ini berlaku ketika kita masih muda remaja lagi. zaman itu kita masih tiada pendirian yang tetap. kita tidak kenal diri sendiri lagi. dan apabila zaman berlalu dan kita semakin kenal arus kehidupan dewasa, kita semakin kenal dengan diri sendiri, sudah tahu apa yang perlu dilakukan untuk terus ke hadapan, maka kita membuat perubahan ke atas diri kita. ini adalah antara punca hilangnya persahabatan. dan kita tidak boleh salah kan sesiapa. kita hanya membesar, mendewasa menjadi seorang yang berbeza.

selain itu, antara persahabat kita terputus, tentulah kerana bergaduh. tetapi pergaduhan di sini bukan kerana isu mahupun maruah, tetapi masa yang anda letak di dalam pergaduhan menjadikan nya lama dan tidak dapat di selesaikan. adalah normal bergaduh ketika sekolah mahupun kolej, kerana anda pasti akan berjumpa semula di kelas mahupun kuliah lalu memaksa kita untuk berbaik semula. bagaimana ketika kita sudah habis belajar? tiada keterpaksaan dan ego masing masing menjadikan masa berlalu dengan terlalu lama. apabila bertemu untuk memperbaiki keadaan ianya sudah terlambat akan menjadi janggal. lalu kita memilih jalan mudah. iaitu dengan melupakan segala kenangan dan meneruskan kehiduan masing masin.

komitmen kita. apabila kita sudah dewasa, kita sudah ada komitmen masing masing. perkerjaan, pelajaran, keluarga, pasangan dan lain lain. perjalanan masa kita tidak akan sama lagi dengan orang lain seperti dahulu yang berkongsi jadual pelajaran yang sama. dunia kita makin meluas. komitmen kita juga tidak terhad kepada kawan kawan. lalu kita mengambil jalan mudah untuk fokus akan komitmen komitmen yang lebih penting daripada sahabat sahabat kita.


antara sebab lain dan mungkin juga sebab yang paling kontroversi adalah perhubungan cinta. maaf dikata, tapi memang hakikat mereka yang bercinta akan mabuk dan buta untuk melihat kawan kawan mereka yang sentiada berada di sisi. mereka tiada masa mahupun sudah tidak mampu berfikir perihal kawan mereka. 100 peratus masa hanya untuk kekasih yang dicintai.

dan yang terakhir, dan paling mudah, anda telah sedari bahawa rakan adalah sebenarnya 'camsyal' (baca laju2 : macam sial) mahupun 'camfak' (baca laju2 : macam fuck) iaitu di mana golongan2 ini harus dihindari. dan akhirnya anda bersedia untuk meninggalkan mereka.



yap. thas about it. keyboard aku murah. nak taip panjang letih.



calu.


demam itu comel



Mar 23, 2013

Aku

Aku berkurung di dalam kegelapan. Menulis ini cuba untuk melakar sesuatu sebagai rujukan..

Aku baru sahaja mandi. Kenapa? Kerana petang tadi tidak mandi. Kenapa? Kerana tiada perancangan yang mengharuskan untuk aku mandi. Jadi, kenapa mandi malam ini? Tiada perancangan juga. Kenapa tetap mandi walau tiada desakan?

Menatap cermin sambil mengeringkan rambut dan bersenyum untuk meningkatkan keyakinan diri. Juga tidak tahu sebab kenapa.

Berpakaian, duduk di atas lantai dan mula bertutur jari.

Malam yang sepi. Malam yang sunyi. Tiada desakan untuk menyiapkan kerja. Tiada desakan untuk menghiburkan diri. Hanya duduk rapi menjalani takdir ilahi.

Berfikir ; diri aku sebagai manusia. Yang punya agama. Yang disertakan akal jiwa dan maruah. Tetapi masih tidak jumpa satu perkara yang membuat diri ini untuk rasa bahagia, rasa tenang mahupun rasa penuh hidayah. Dan tersedarlah aku bahawa akan kewujudan nafsu, yang tidak berjisim, tidak berbau dan tidak berasa.

Nafsu adalah kata hati. Yang kontra dengan fitrah. Apa yang perlu dia tidak mahu. Apa yang tidak mampu, dia mahu. Apa yang dilarang, dia lagi melonjak keriangan menerima cabaran.

Nafsu adalah pemujuk. Nafsu adalah penggoda. Nafsu adalah benteng kepada segala kebenaran.

Di umur yang penuh kekeliruan antara muda dan tua, perjuangan makin hebat. Makin susah. Dosa adalah dosa. Ia juga pahala. Tidak malu lagi. Malah berbangga. Tetapi bersyukurlah jika masih ada serba serbi kesalahan di dalam lubuk hati kerana sesungguhnya itulah kebenaran iman yang meronta untuk dimenangkan.

Saban hari melalui kehidupan seorang yang berakal, seorang yang mampu bersuara dan menyoal, aku semakin hilang arah kerana terlalu selesa dan taksub dengan berkat ini. aku cuba menembusi batas akal, membuat orang tidak selesa, marah dan berdendam.

Dahulu diri yang sentiasa mengajar, yang memberi suntikan pemikiran, kini menghamparkan diri meminta pertolongan. Meminta kasih sayang dan penghargaan.

Tetapi.

Senyumlah aku. Sengihlah aku. Sebagaimana tersenyum dan tersengihnya aku di depan cermin mencipta keyakinan. Aku masih punya kesedaran. Ini hanya fasa pemikiran. Ini hanya fasa kesesatan. Aku boleh laluinya. Semua manusia boleh mengharunginya.

Hanya perlu yakin. Hanya perlu cipta keyakinan, membina kekuatan. Sebagaimana kita mandi walau tiada perancangan, terus menatap cermin membina keyakinan untuk sentiasa bersedia, menghadapi dunia di luar sana.


Calu

Nov 22, 2012

Don't Try Too Hard

Kita manusia tak akan lari daripada di tiup desakan kehidupan. Aktiviti harian kita akan sentiasa terpengaruh dengan apa yang akan kita fikir. Dan fikiran kita pula terpengaruh dengan apa yang kita lihat, apa yang sedang berlaku.


Dan jika fikiran kita tiada pencetusnya, dan hanya bekerja tanpa sebarang panduan, perbuatan yang dizahirkan melalui fikiran itu akan menjadi buruk malah memburukkan lagi pemikiran orang lain yang melihatnya.


So, pergilah bertapa. Diorang tak berfikir, diorang sangat cool

Nov 12, 2012

I Will, I Want, I Should


Salam semua 


Ah..

cuaca nyata tidak akan pernah memuaskan diri kita yang berfitrah mementingkan diri sendiri ini. Ada sahaja perkara yang akan dirungutkan, ada sahaja perkara yang dipintakan. 


Tapi itu tidak akan menghalang aku yang sedia cool lagi topless(sedang) untuk menulis perkara yang aku kira patut dikongsikan untuk kebaikan minda bersama lalu membuahkan manfaat melalui perbuatan.


Baru baru ini aku membaca. Ya, abang key membaca. Dolah suka membaca. Abam banyak membaca! Baca facebook, tweet, tajuk tajuk youtube, papan tanda jalan, no plat kenderaan...ya, nyata aku suka membaca. Heh, (angkuh) tidak seperti kalian yang tidak suka membaca, apatah lagi benci membaca. You know what...shame on you! Shameee.


Cukuplah aku berlagak dengan sifat murni aku ya. Apa yang ingin dikongsi di sini, ketika sibuk menjalani aktiviti murni lagi berfaedah aku, aku terbaca sebuah artikel yang agak menarik. Mengenai sebuah perkara. Yang tidak dapat lari dari diri kita, satu satunya makhluk yang berakal. Apa dia kamu tanya? Heheh!  Baca bawah ;

.

.

"procrastination" 


Haa...tu dia...dok tengah tengah siap ada pembuka dan penutup kata ditambah lagi style italic..goosebumps rightt? (puih)


..


Biarlah aku guna perkataan "procrastinate" sebagai medium ya?


Ramai yang berfikir kita procrastinate kerana kita malas dan tidak pandai untuk mengurus masa. Kenyataannya ia adalah salah. Kerana yang sebenarnya kita procrastinate kerana kegagalan kita untuk menyedari cara kita berfikir.


Procrastinate sebenarnya meliputi perkara yang lebih meluas. 


Kita tunggu hari rabu untuk membuat kerja sekolah yang harus di hantar pada hari khamis. Kita tunggu  last minute untuk membuat persiapan raya. Kita tangguh untuk berjumpa lecturer, doktor, renew lesen atau baiki kereta. Kita lupa untuk membayar hutang, kita lupa janji hari ini yang dibuat pada minggu lepas. Pinggan pinggan di sinki dah bertimbun, sampah sampah yang penuh sudah berbau. Kita lagi suka tidur dari keluar bersukan. Nanti kita akan buat. Kita akan buat esok. Nak belajar ni mengambil masa yang lama. Baca twitter dulu sebelum pergi sana. Tak salah last batang rokok sebelum balik. Lagi 5 episode kita tidur. Pukul 8 nanti kita datang.


Kita berazam tahun ini kita akan jadi lebih kuat. Kita berazam tahun depan kita akan jadi  lebih baik. Dan kita mula membuat sesuatu sebagai perubahan. Kita menulis perancangan di buku, membuat reminder di phone sendiri, menampal kalendar di dinding, membeli barang barang yang berkaitan untuk mencipta suasana yang baru dan segar di sekeliling untuk menambah semangat diri kita. 


Tetapi semua ini tidak akan membantu jika kita fikir diri kita seorang yang tidak pandai mengurus masa. Sedangkan kita cuma lemah dalam mengawal apa yang sedang berlaku di dalam otak kita.


Dimudahkan lagi skop nya, pernah tak kita pada suatu masa dalam mode "kaki donwload" ? Dimana bila kita sedang mendownload seakan semua benda lain kita ingin download. Kita mahu download satu movie sahaja tapi alang alang tengah download dan internet pun laju naharom, otak kita pun decide ; "tak salah dowh download movie tu movie ni " dan otak kita mengulangi hasutan nya itu sebanyak 34 kali menjadikan kits 'ter' download sebanyak 35 movie. Dengan hanya satu alasan, "apa salahnya, esok nanti aku nak tengok movie movie ini" 

Dan dari 35 movie itu hanya 4 sahaja yang kita tengok dan baki nya kita delete untuk mengosongkan ruang hard disk. 


Tidak apa, bukan salah kita. Salah otak kita. Scumbag brain.


Itu lah dia kesilapannya. Kita membuat suatu keputusan untuk diri kita di masa hadapan, pada masa sekarang. 


Kunci untuk mengalahkan ini mudah. "berfikir mengenai pemikiran"  usaha untuk memilih antara apa yang kita mahu dengan apa yang kita patut.


Procrastinate penjelasannya adalah kita membuat keputusan memilih apa yang kita mahu berbanding apa yang kita patut di masa hadapan kerana di masa hadapan kita tiada perancangan dan kita tidak berfikir tentang apa yang akan berlaku ketika itu. Kita gagal untuk mengagak apa yang akan kita fikirkan pada masa hadapan. Kita gagal untuk memilih sekarang dan kemudian. Kemudian adalah tempat yang sangat tidak stabil. 


Diberikan contoh ; katakan aku akan memberi kalian 50r hari ini. Tetapi aku akan memberi kalian 100r tahun depan. Jika disuruh pilih, secara kebiasaanya pasti kalian akan memilih 50r bukan? Kerana tiada siapa akan tahu apa yang akan berlaku dalam masa setahun itu. Bagaimana pula jika aku kata yang aku akan berikan kalian 50r 5 tahun lagi tetapi akan berikan kalian 100r 6 tahun lagi. Apakah yang akan kalian pilih? Kali ini tentunya kalian akan pilih 100r untuk 6 tahun kerana kalian sudah dalam mode menunggu, dan seperti biasa otak meyakinkan anda " tak salah dowh tunggu satu tahun lagi"


Kerana itu aku sebut di awal nukilan, fitrah kita manusia mementingkan diri sendiri. We even being selfish to ourselves. Our future self. Kita membuat keputusan dengan apa yang kita hendak sekarang ini, dan mengharapkan diri kita di masa hadapan untuk melakukannya untuk kita. Bila kita bersifat ini, kita tak mampu membezakan antara apa yang kita mahu pada masa ini, dengan apa yang kita mahu pada masa hadapan. Itu yang menjelaskan kenapa apabila kita beli makanan yang banyak tetapi terpaksa buang sebab lambat makan lalu basi. Kenapa kanak kanak pelik ibu ayah mereka tidak beli hadiah untuk diri sendiri. Kenapa kita pelik melihat orang yang lebih dewasa dari kita tidak travel dengan wang yang mereka ada.


Pada tahun 2010 aku telah menulis nota untuk diri sendiri. Dan aku baru sahaja baca semalam. Tersenyum, tergelak terlempang diri sendiri. Nota nya ringkas sahaja. Tetapi duka citanya 60% dari isi nota itu aku lupa apa yang aku cuba sampaikan pada diri sendiri...


Haha!


Yang aku ingat tika itu aku membuat resolusi pada tahun 2011 untuk travel seluruh Malaysia dan akhirnya ke Jepun. Pengakhirannya ia berjaya kecuali Jepun yang ketika itu dilanda tsunami (sedapkan hati) Secara tidak sedar aku sebenarnya telah membuat apa yang aku ingin buat di dalam nota tersebut cuma nya aku tidak tahu kerana apa. Nak tahu nota tu tulis apa, baca di facebook aku ada di sana dan bertajuk "read this when its April 2011" (aku baru baca semalam lol!)


Kerana itu aku langsung. Ya, seriously langsung tidak pernah berjanji mengenai masa hadapan. Kita patut tahu betapa beratnya beban janji itu dan betapa kecewa jika janji itu dimungkiri.


Jadi bagaimana?
Caranya adalah berfikir sebagai kita di masa hadapan. Apakah yang kita di masa hadapan akan lakukan pada masa ini jika dia dalam situasi ini. Berfikir apakah kita di masa hadapan masih mempunyai semangat seperti semangat yang kita ada pada masa ini. Terapkan semangat aku akan,aku mahu dan aku patut di dalam setiap objektif dan impian.


Tanya diri sendiri
"kau yakin ke masa depan kau akan masih seperti ini?"


Jadi bagaimana dengan impian, cita-cita, harapan kita untuk masa hadapan? Apakah ia juga satu procrastination?
Ia bergantung. Jika kita mampu, ya kita procrastinate. Jika kita tidak mampu, lihat diri kita apakah kita sedang berusaha menuju ke arah itu. Atau hanya sembang dan guling guling menunggu masa yang sesuai. Kerana sebagai muhasabah untuk diri aku sendiri, mengambil nota itu sebagai pengajaran dan beberapa lagi objektif yang tercapai, aku tidak procrastinate. Malah aku sedang berusaha dan tarian jari aku ini juga adalah sebahagian usaha aku mencapai objektif(impian)  yang seterusnya. 


Apa impian terulung abdula?
Mana boleh tahuuuuu



Calu

Sep 6, 2012

It's Not Over Yet.

Salam semua


Niat untuk berduka malam tadi terbatal kerana aku tidak selemah itu. Fikiran yakin tidur mampu menenangkan jiwa ini tampak salah kerana masih lagi terasa kedukaan ini sehinggalah kesaat ini.


Semakin terasa sengsara apabila kau melihat di sekeliling kau tiadalah sejasad pun yang menemani dan hanya iMac iMac yang tersusun rapi. Konon bright student datang awal ke kelas, siapa tahu kelas dilewatkan ke pukul 9? I don't know naharom!


IMac is so overrated btw...


Kedukaan yang aku galas ini mudah penjelasannya sebenarnya. Yang pertama aku tamak. Yang keduanya, aku bukanlah anak raja. Yang ketiganya aku terlalu naif.


Aku sangka aku mampu mempunyai 4(atau lebih) kehidupan berbeza. Aku sangka aku mampu memenangkan hati semua. Aku hanya menyeksa diri sendiri dan semua. Di mana sahaja di setiap masa, wajib ada pihak yang tidak akan dapat dipuaskan. Sebagai mana aku rasa bersalah terhadap pihak itu, semakin jauh lah aku terhadap keperluan diri sendiri. Lantas tiada langsung tenaga untuk merawat diri untuk kembali memberikan yang terbaik untuk mereka.


Berpuluh kali aku menasihati diri aku. Mungkin beratus? I have to set my priorities. You can't have'em all. Dan berpuluh kali dan beratus kali juga aku melawan diri sendiri. I don't care. I will prove it to myself. Nothing is impossible. People will acknowledge me. People will see the quality of me. Dan berpuluh kali dan mungkin beratus kali juga aku salah. Kecewa dan terus tenggelam. Aku tidak mempunyai batu loncatan mahu pun bantuan. Hanya badan dan madah rintihan yang mungkin mampu menyentuh 3,4 hati untuk satu malam dan kemudian hilang dimamah zaman.


Dan apakah kedukaan ini sekali lagi hanya untuk merawat jiwa yang kian hancur? Atau sekali lagi sebagai semangat untuk menambah lagi selangkah ke hadapan.? Walau apa pun, aku teruja untuk melihat sedalam mana aku akan tenggelam. Tapi aku juga teruja dan tidak sabar untuk melihat setinggi mana aku akan terbang.


Kerana jika kita fikir kita sudah menang mahupun kalah, kita selamanya akan salah. We never know the result till our last breathe.


Its like counting yes and no with your fingers. At the end of the counting you get no. But you choose yes instead. In life you never be clear on what you really want till you know what u'll get.


Calu

Jun 28, 2012

Kaya Yang Miskin

Salam semua 


 Pagi ini abg key masih terjaga..memikirkan masalah ummat...yang semakin rosak.. 


Tsk. 


Aku letew.


 Baiklah sebelum aku terlelap dan sebelum aku maki sesiapa yang cuba kacau misi tidur aku sampai petang biar aku bercerita. 


 Akal aku pagi ini cerdas. Terpancar semula ingatan. Kisah yang terbaca dari mana, di olah dengan syok sendirinya. 


Di kisahkan sebuah keluarga yang kaya di sebuah bandar metropolitan. Sang ayah yang bernama Dolah dan anak bongsunya yang di namakan suka hati Khalid Alwalid, berumur 8 tahun. Tidak seperti abang abang dan kakak kakaknya yang lain (6 adik beradik kesemuanya - dolah seorang yang memahami keperluan batin isteri) Khalid si bongsu merupakan seorang yang agak temberang. Mungkin dimanjakan dengan kekayaan yang melimpah ruah atas kekacakan strategi Dolah dalam bisnes perfileman dan sukan, Khalid tiada bayangan untuk menjadi ulamak, atlit sukan, doktor mahupun peguam seperti abang abang dan kakak kakaknya. Dan ini membuatkan Dolah risau. Lalu Dolah mendapat idea untuk memberi Khalid pengalaman untuk merasai kehidupan seorang yang miskin.
 
 Dolah membawa Khalid untuk duduk di rumah desa milik teman lama nya Nah Jib Kor, seorang melayu yang keliru menyangka dirinya cina. Selama seminggu penetapan mereka di situ, Dolah mengharapkan anaknya mampu belajar sesuatu daripada keluarga Nah Jib Kor yang serba sederhana dan kampung. Dolah ingin kan anak nya mengerti bahawa dia harus berusaha untuk mengecapi kejayaan. Dan kejayaan itulah yang membolehkan dia untuk hidup senang. 

Nah Jib Kor merupakan teman sepermainan Dolah sejak kecil tetapi menjadi daif kerana terlalu banyak menipu. Rumah nya kecil, tidak berpagar hanya mempunyai ladang pokok jagung yang tidak subur dan anak anak nya sering bermain layang layang di situ. Selain itu dia juga mempunyai beberapa binatang ternakan dan seekor kuda yang sudah tua. Kira kira 5 minit perjalan kaki dari belakang rumahnya terdapat sepasang sungai yang panjang dan jernih. Dolah dan Nah Jib sering bermain bersama di sungai itu 30 tahun dahulu. 

Seminggu yang tidak terasa, beransur pulanglah Dolah dan anak nya Khalid ke banglo mereka di bandar. Mengharapkan Khalid mempelajari sesuatu selama peninggalannya di rumah desa itu Dolah pun bertanya,

"bagaimana nak? Ada belajar apa apa tak selama seminggu duduk dekat rumah Pakcik Nah Jib dan Bik Mama?" Dolah mengharapkan anaknya memahami perbezaan antara orang kaya dan miskin 

 "Waah gila la abi!" jawab Khalid. "Kita kena besarkan swimming pool kita sebab dia orang punya sangat cantik dan panjang sampai tak nampak hujung!" sambil mengorek hidung Khalid menambah, "Halaman kita sempit sebab ada dinding, dia orang punya sangat luas! Siap boleh main layang layang lagi! Kita nak beli jagung pun kena pergi kedai tapi dia orang tak payah pun sebab dah ada pokok jagung dekat rumah dia orang, tak payah bayar pulak tu!"

 Masih lagi mengorek- ngorek hidung, Khalid menambah , "  abi kena pergi beli lampu dari luar negara nak bagi terang ketika malam tapi rumah pakcik punya lampu lagi cantik berkelip - kelip, siap terbang terbang dan ada juga yang melekat di angkasa lagi! Kita kalau nak tengok binatang kena pergi zoo tapi diorang kerbau lembu unta ular semua ada! Abi siang malam kena pergi kerja tapi Pakcik Nah Jib dan Bik Mama tak kerja pun duduk rumah main dengan anak anak dia..nampak nya kita lagi miskin dari mereka kan Abi? Dia orang lagi kaya dengan kita..."

 Dolah diam membisu. Tiada satu ayat nasihat, motivasi mahupun inspirasi yang mampu diberikan kepada anaknya. Hanya satu kekeliruan bermain di kepalanya. 

"ular? Shit my son almost die!"


calu

Apr 8, 2012

Life is Fun

as we grow up, we learn that even the one person that wasn't suppose to ever let us down, probably will. you'll have you heart broken and you'll break others' heart. you will fight your best friend and maybe even fall in love with them, and you'll cry because time is passing by. so take lot of pictures, laugh much,  forgive freely and love like you've never been hurt. life comes with no guarantees, no time outs, no second chances. you just have to live life to fullest. don't be afraid to take chances or fall in love and most of all , live in the moment because every second you spend angry or upset is a second of happiness you can never get back.

Feb 20, 2012

Nota

salam semua


sudah hampir sebulan duduk keseorangan di dalam rumah ini...


abang key sudah membiasakan diri (?) *kyaaa comeynyew~!*


demmiitttt. aku sudah janggal syok sendiri menulis. bahasakan diri 'abg key' pun mahu tak mahu je apasal~?


biarlah. perubahan mungkin. menjadi yang lebih kemas. dan mungkin sederhana. tengok sahaja suasana blog ni. mana ada iklan. mana ada komitmen. aku nak kemas kini ikut suka aku lah.


_________________________________


bercerita tentang idea mahupun visi tentulah banyak varia nya. boleh di katakan satu otak boleh memproses pelbagai cadangan. tetapi. apakah mampu dilaksanakan?


membaca nota mengenai kepimpinan dan kerja berpasukan bernilai rm2 agak bermanfaat bagi aku untuk suatu petang.... sekurang kurang nya dapat mengisi masa aku yang sunyi..di dalam...rumah ini..


pemikiran manusia juga terdapat pembahagian. sama ada engkau seorang yang lurus bendul yakni seorang yang konvergen ; iaitu membataskan kegunaan akal mereka untuk berfikir suatu yang linear, semaklum ada, lazim untuk menghasilkan idea. boring bukan? sayangya, itu lah kebanyakan manusia di dunia ini. seorang konvergen.


tidak seperti kebanyakan manusia yang lain (?) . seorang yang unik malah segar dengan pemikiran yang baru dan sentiasa asli. itulah seorang yang divergen. kreatif dan cekal. aku dengan tidak malu nya mengaku aku lah diantara mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini. ya, parking kereta di tengah tengah jalan kerana malas mencari kawasan parking yang sah menjadikan anda seorang yang divergen. berfikiran kritikal huhe!



itu cuma pendahuluan. di saat ini mungkin orang malas sudah tidak meneruskan pembacaan mereka membolehkan aku untuk terus ke matlamat utama, untuk memboringkan lagi anda semua!


peranan kita sebagai seorang yang mempunyai kehidupan


kita hidup di dunia telah disertakan dengan matlamat. janji. fitrah. dan lain lain(dah takleh pikiaq apa snanyaq)


kita dengan lagaknya menjalani kehidupan sebagai seorang manusia, dengan takdir masing masing. dibersamakan dengan keluarga, sahabat,masyarakat.


.


bila difikirkan. kesedaran kita tentang peranan itu. apakah kita jelas melihatnya?


ahli keluarga bertarung nyawa. ahli keluarga bertekak. kawan kawan sindir menyindir. kawan kawan bergurau senda. masyarakat memaki hamun. masyarakat peduli tidak peduli.


dan hati kita yang mengalami semua ini malah mungkin banyak lagi bereaksi. fitrah hati manusia memproses tugasan mereka. dan datanglah kita kepada ruang emosi. di mana peranan kita semua bergantung kepada kecerdasan emosi kita, sikap kita. secara tidak sedar (unconsciously) ada yang pandai mengendalikan sikap ini, dan ada juga yang mampu mengawal ini secara sedar (conscious). mungkin ada terma teknikal untuk semua ini, maaf, aku cuma mengekspresi.


walaupun emosi bukanlah sesuatu objek yang mampu dipegang, tetapi ia mampu di lihat, malah di rasa. hebat bukan. (praise the Lordd for that yo)


kita mampu melihat emosi melalui emosi muka/bahasa badan seperti kecewa, marah, bosan, gembira dan pelbagai lagi. ia juga mampu di tafsir melalui fizikal seperti degupan jantung, air mata bla.bla.bla.


dan apakah kaitan emosi ini dengan peranan seorang individu?


apabila kita memahami tentang seloka emosi ini, baru lah kita akan memahami peranan kita. peranan kita sebagai satu jiwa, kepada jiwa yang lain (keluarga,sahabat,masyarakat). kita akan memahami betapa pentingya hubungan baik sesama manusia lain. kita harus fikirkan diri sendiri. kerana dengan itulah baru kita akan fikirkan orang lain. letak kan diri kita di dalam suasana orang itu.


" apakah perasaan kau jika kau adalah dia? " - pokok segala kefahaman.


terpaksa berhenti sekejap

Jan 30, 2012

Yang Berharap, Teruskan

Dan aku duduk seperti hari hari biasa yang aku duduk. Memetik suis bernada sembang. Sambil rancak pergerakan mulut sehinggalah ke tangan, mata aku terus memerhatikan nya. Tingkah laku nya, cara pemakanannya, matanya, senyumannya, tutur katanya, silang kaki nya, lipatan tudung nya.

Ah. Memang tak boleh teruskan. Mendabik dada memasang telinga kemudiannya.

Ah. Masa semakin perlahan. Apakah kau sedang menyuruh aku menghayati detik kehidupan ini wahai masa?

Tiba tiba telinga seakan di jentik. Hasshhh! Penyakit apa ini la sial? Atau syaitan yang mendamping? Apa yang sedang cuba disampaikan?

__________________________

dewasa ini semakin rancak jiwa muda berhajat ingin bahagia. Sesuci mana hajat itu? Atau cuma terikut arus semasa?


Bila aku berdiri di dalam dunia aku sendiri. Aku memegang hati ini memejam mata. Mengharapkan angin meniup celah fizikal untuk menambah lagi rasa.


Ceh.


Hakikatnya kita tidak tahu apa apa. Mengenai masa hadapan. Langsung.


Aku sering berhujah bernada sembang dengan rakan sekeliling dengan memulakan wajah idea ;

" apa kata, dari sini, kau dengan dunia kau, aku dengan dunia aku, kita lihat siapa yang berjaya laksanakan idea sendri dahulu"


Kerana kita tidak dilihat oleh pencipta sebagai sebuah entiti. Tetapi individualiti. Tuhan menghargai setiap ciri ciri yang Dia berikan kepada kita.


Mungkin aku semakin perlahan mengenai sesuatu hal. Tetapi di dalam masa yang aku semakin rancak mengenai sesuatu hal yang lain.


Manusia berubah atau tidak, itu bukan persoalan. Tetapi manusia semakin baik atau tidak itu yang harus di titik beratkan.


Bila ketika melihat sesuatu yang baik akan berlaku terhadap seseorang, jangan di halang. Tumpang gembira dan bersabar jika ia manyakitkan. Walaupun secara tidak sedar hampir segenap perlakuan kita lakukan terdorong kerana orang yang kita inginkan.


Dongaklah. Akuilah. Masih ada lagi dinding dinding yang kita endahkan.


Wokey. Nasi goreng dah sampai.


Calu.

Dec 9, 2011

Yewr

Assalamualaikum semua


Sering kita bertanya kepada diri sendiri,

"sampai bila harus begini?"

Tidak kira apa jenis keadaan sama ada salah faham, silap laku, atau pun situasi yang paling tidak kita harapkan.

Tetapi ianya tetap berlaku. Dan kita tetap meratapi keadaan dengan perasaan

"sampai bila sial?"

Tidak sedar yang tenaga kita ditumpukan untuk mengekspresi sahaja di dalam jiwa mahupun suara dan sudah terlalu lemah untuk bertindak.

Oh. Tindakan yang paling jujur pun melepas batuk di tepi tangga. Atau di alih ke bahasa moden, melepas geram di laman sosial.

Dan seluruh rakyat yang berjiwa caring pun like like like like.

'masalah selesai'

Dan kita berubah secara metafora bersilang kaki memegang rokok paip mula berfalsafah seakan kau hidup sejak jepun menjajah

"hidup ini umpama roda, sedetik masa kau di atas, se detik kemudian kau di bawah"

*hembus asap-sengih-i am awesome

Hakikatnya masalah tetap tidak selesai. Selagi kau tidak bertindak secara jujur, selagi itu masalah akan ada.

Kau tidak akan memperbetulkan keadaan selagi kau bercerita tentang keadaan itu. Bercerita hanya penyelesaian palsu, hanya sembang.

Rasa bersalah berjaya di tutup dengan egois diri. Apabila dijentik bisa digerakkan tetapi tak kan terbuka selagi perubahan itu tidak datang dari hati.

Dan di sini aku terlihat satu cerita. Bagaimana kehidupan dijelaskan melalui perspektif yang berbeza. Perspektif yang di cetus oleh masalah masalah sekeliling.

Manusia mengalah. Manusia berhenti. Manusia tidak berani.

Untuk menghadapi hanya diri sendiri.

Dan aku bertanya sekali lagi

"sampai bila harus begini,sial?"


Calu

Jun 19, 2011

Kembali Melihat

salam semua


sebulan dua ini aku banyak belajar perkara yang baharu.


pertamanya, tidak semestinya kita anggap satu inpirasi mahupun idea itu juga sama dianggap oleh orang lain. mungkin mereka anggap itu memerli mahupun satu ketidak puas hatian aku yang bertapis.


kadang kadang orang lain akan anggap buruk seperti mengganggap diri mereka merupakan bahan celaan di dalam nukilan aku.


aku minta maaf..


keduanya apabila aku bersama kawan kawan aku, kadang kadang aku akan terhenti seketika. aku akan memerhati(secara tidak sengaja). aku mula berfikir. aku suka moment itu. hampir semuanya berlaku ketika kita duduk minum air bancuhan tangan yang sama.


aku gembira. aku berjaya kembali melihat.


aku sedar. dan aku ingin menulis. sebenarnya ia nya penting. walaupun kita anggap itu kecil.


suasana bila kita berduaan bersama seorang rakan, salah seorang geng, teman sehidup semati atau apa lagi istilah yang digunakan sekarang, akan berbeza dengan suasana bersama rakan rakan, geng, sekapal malah rakan seperjuangan.


kita akan lebih jujur, beremosi, cakap mengikut hati, cuba untuk difahami dan memahami apabila hanya berdua. seorang ke seorang. bro to bro. girl to girl. - no homo.


dan kita akan lebih bersifat kompetitif, berdaya saing malah cuba untuk menjadi penghidup suasana apabila berada di dalam keramaian.


mungkin ini adalah fitrah manusia.


dan tentu output juga akan berlainan. mengikut suasana.


..

ah nyamuk. dem u.


----------------------------
(pasang shieldtox. heheh!)



kononlah, kita bersms, chatting, mesej, bersembang antara dua. senang kata privacy antara 'kau dan aku' . kita akan lebih jujur. cuba berkongsi rahsia yang masih tiada siapa tahu kecuali diri sendiri. cuba berkongsi ilmu mahupun fakta tentang diri sendiri yang masih kita tidak bersedia untuk semua orang tahu. kita akan selesa. kerana dia seorang sahaja yang sedang mendengar. bukannya lakonan, jujur semata. sang pendengar juga tidak akan terfikir untuk membuat sesuatu untuk mengubah suasana tersebut. kerana dia hanya seorang diri dan dia tahu beban terletak pada dia seorang sahaja dan dia juga tahu, itu adalah tanggungjawab dia. even if kalau dia mahu juga cuba mempersenda, hanya seorang sahaja yang dipersenda dan dia seorang juga yang mendengar. - awkward. lain lah dia membawa cerita ke telinga yang lain, itu sudah lain cerita.


cuba pula kita bercerita sesuatu yang penting bersama 5 pasang telinga. apa akan jadi.? mesti akan ada pengubah suasana. akan ada seorang yang mencetus suasana kompetetif dan cuba menjadi penghibur ketika itu. dan bila suasana tersebut tercetus, akan dimulakan dengan gelak tawa dan muncullah orang kedua untuk cuba menjadi perhatian dengan menambah lagi apa yang disebut orang pertama. di sambung dengan orang orang seterusnya. lalu suasana tersebut aku mengecilkan hati si pencerita yang cuba untuk mungkin berkongsi masalah, meminta sokongan atau nasihat.


kita tidak pernah kisah semua itu.


kita adalah manusia yang mementingkan diri sendiri. sekurang nya ketika berada di dalam satu kumpulan.


itu kedua..


yang ketiganya baru baru ini aku menonton filem Super 8. seronok tetapi penghabisan agak tidak memuaskan. 4.5/4 . ada satu babak yang sangat menarik perhatian aku. bukan babak, dialog sebenarnya.


"ketika bersama kau aku rasa aku kenal segalanya tentang kau tetapi hakikatnya aku langsung tidak kenal kau"


of course la dia cakap english. aku suka taip melayu skema. rasa serius sedikit. lul.


aku rasa kita pernah merasa moment ini. sebenarnya ianya lebih kepada perasaan. realitinya kita memang ingin kenal segalanya tentang seseorang itu, tetapi kita tidak sedar kita telah membuka pintu yang salah. kita akan terus ke depan mengharungi jalan itu. kita akan gembira. sehinggalah kita akan sampai ke jalan mati dan mula berfikir selama ini jalan apa yang kita telah lalui? dan ketika itulah kita akan bertemu suatu entiti yang akan membuat masa kehidupan kita berlalu dengan sangat perlahan dan seksa.






iaitu kekecewaan.





calu

May 16, 2011

Aiman Ketiak Busuk

Salam semua


Masih tidak dapat tidur.


Baru baru ini semakin susah untuk tidur


Kenapa?


Mungkin banyak perkara yang sedang dimainkan minda


Di halwa telinga juga sedang termainnya muzik yang kena dengan jiwa


Di sempadan antara realiti dan mimpi di situlah akal paling rajin berfungsi


Dan terbukanya mata hilanglah segala fikiran hati


Cuba dinukilkan semula pasti tidak akan sama


Damn


Aku terfikirkan tentang penghargaan. Bagaimana kita sebagai insan lemah dalam menghargai. Alpa nya kita mensyukuri. Lupa nya kita apabila diberi. Kita manusia. Fitrah mempunyai kelemahan. Hanya tersentak apabila kehilangan.


Aku lihat sebelah aku.


Yewr aiman kau tidur mengigau...


Aku dirasakan kulitku angin yang mendayu. Kipas rosak set paling laju pun macam gear satu.


But hey, akalku sedang jelas sekarang.


Tidak kisah aiman mengigau. Dia adalah kawan aku. Tidak kisah tiada air cond asalkan tidak berpeluh.


Hargai sekeliling kita


Baru baru ini rakan ku amin kehilangan motor. Dicuri mungkin. Sedih melihat sedihnya dia kehilangan wrr 3450. Aku faham. Hampir 4 tahun kenangan bersama. Dari merah ke biru, hujan dan panas, pancit dan bocor mahupun polis dan jpj, they've been through a lot.


Nyamuk sial!

.


Tapi tahap sedihnya tidak terlalu teruk. Kerana dia menghargai setiap detik bersama jentera nya. Aku nampak amin. Kau jangan risau. Dan aku tahu kau redha dengan takdir.


Dan apabila disebut perkataan menghargai, penghargaan atau seumpanya perlukah adanya selepas kehilangan? Adakah kita perlu kehilangan seperkara atau seseorang baru hendak belajar untuk menghargai?


Kasut tidak cukup banyak. Bilik tidak cukup besar. Kekasih tidak cukup hensem/cantik. Makanan tidak cukup sedap. Kereta tidak cukup laju.

SEGALANYA

Aku pernah lihat seseorang yang beli kasut setiap bulan hanya beralaskan trend. Aku pernah lihat seseorang bertukar kasih hanya atas dasar paras rupa. Aku pernah lihat seseorang sanggup tidur di rumah kawan hanya kerana merajuk bilik sempit. Aku pernah lihat seseorang buang makanan yang baru tiga suap hanya kerana tidak sedap. Aku pernah lihat seseorang sanggup bermandi minyak hanya untuk mendapatkan prestasi terbaik kereta untuk berlumba.


Aku tiada masalah dengan mereka. Aku cuma kasihankan alasan mereka.


Jangan mengikut trend kerana trend adalah satu kawalan minda. Jangan mengikut paras rupa kerana akan sentiasa orang yang berwajah lebik baik dari dia. Jangan merajuk sebab bilik sempit sekurangnya kau duduk seorang dari aku kongsi dengan adik yang selekeh tahu?! Jangan berkira dengan makanan kerana ianya rezeki dan sekurangya ia tidak basi. Dan jangan lah terlalu asyik dengan kereta laju tidak laju sebab dah berkeluarga nanti kau kena beli van juga akhirnya.


Yes. Aku dah mengantuk akhirnya!


Kesimpulan : hargailah setiap perkara di dalam kehidupan kita.


Teehe!


Calu




May 13, 2011

Tak Boleh Tidur

Salam semua

Pertama kali bernukil menggunakan iphone. Wooho!

Pertama kali bernukil baring menghadap siling. Wooho!


Baiklah.aku perlu mencernakan akal aku kembali. Aku sudah lama tidak memberi masa untuk mengekspresikan diri melalui nukilan. Dengan kata lain, syok sendiri, macam biasa.


Wooho!


Well. Kehidupan aku sensasi macam biasa. Masih seorang pengembara.(aku dah pokayyy) negeri terakhir aku lawat adalah Kelantan. Sebuah negeri yang aman. Ya, sangat tenang! orang orang yang aku jumpa baik baik belaka. Murah hati lagi disegani aw~


Dan sepanjang aku berada di sana selain bertemu rakan rakan selompatan yang baru, sempat aku merasa suasana masyarakat mereka yang seperti biasa berbeza dengan suasana negeri negeri lain yang telah aku lawati.


Perkara penting yang hendak aku catat dalam diri aku selain tarikan graviti sana lebih kuat berbanding Selangor adalah selain Johor mungkin gadis Kelantan juga adalah pilihan isteri aku? Yewr! Mereka sangat comel. Comel di dalam bahasa mereka adalah cantik. Ditambah lagi dengan kesejahteraan penghayatan agama mereka, sopan santun dan kesejukan hati aku bila mata memandang dan mengingatkan aku ketika aku sekolah tingkatan satu.


Ada sebab aku perincikan tingkatan satu, bukan tingkatan lain.


Dan seperti biasa. Ini membawa aku untuk berfikir sejenak. Kenapa perasaan kita akan menjadi lain apabila melihat seorang wanita yang bertudung dengan yang tidak bertudung.?


Ya, agama mungkin sama. Tetapi lainnya penghayatan mereka.


Aku masih ingat aku jumpa seorang perempuan ketika berbuka puasa beberapa kehidupan yang dahulu. Dan aku ketika itu berfikir, apa guna berpuasa kalau kau pakai macam ini? 5 minit nak berbuka aku boleh batal.dem. Aku pun cuba mengalihkan pandangan menegakkan iman...Tidak, aku tipu. sebenarnya aku lebih kepada macho seperti biasa dan tingkatkan tahap cool aku. (Tidak, aku tipu lagii dia sangat eye catchyy dan aku gigil maluuuu sampai keliru mana satu cawan akuuuu.) Dan sekarang aku tengok dia sudah mempunyai aura kematangan tersendiri. Mampu berdikari mungkin. memakai tudung. Alhamdulillah.


Penghayatan.


Kerana tidak semestinya kita dilahirkan sebagai muslim kita akan hidup sebagai muslim. Penghayatan kita boleh dicetus dengan pelbagai cara mahupun asbab. Suasana, peristiwa,desakan,hidayah dan lain lain.


Mungkin gadis gadis Kelantan yang menyejukkan hati aku ketika itu adalah hasil daripada desakan keluarga mereka untuk bersekolah agama atau mungkin suasana di Kelantan itu sendiri(parti pas braderr ape lagii).


Mungkin pula perempuan yang aku jumpa dahulunya tidak bertudung dan kini bertudung berubah kerana sesuatu peristiwa yang membuat dia sedar(insaf) ataupun tercetus di akal hati sendiri untuk berubah(hidayah), mungkin. Sekali lagi, Alhamdulillah.


Itulah. Perubahan seseorang kita memang tak boleh agak jangka masa dia. Mungkin dia tahpape semalam tetapi hari ni dia tengah tabligh 40 hari di kl.(Fakrul) Who knows.


Dan apabila kita lihat benda benda yang syahdid ni hati kita rasa Nur Kasih je memandang tak kisah syaitan mana perangai kau, nampak benda benda macam ini lagi lagi kalau muka comel(bonus) rasa macam nak beramal jariah pula.


Itulah bezanya muslimah bertudung dan tidak bertudung. Kemanisan islam di situ agaknya.


Jangan sampai kita sentuh topik yang tidak bertudung pula. Ada banyak pula hujah nak diketengahkan. Kitew tak semestinyew jahat lah. Orang tudung tak semestinyew baiklah. Tunggu masew lah.


....


Shit. Aku hampir masuk ke topik tidak bertudung kot.


Well. Macam post2 kala yang telah aku tulis. Sekali lagi, aku tiada masalah dengan yang tidak bertudung. You are on your own.


Sebab aku layan awek awek korea. Tak boleh bajet bagus sangat. Hipokrit diorang katew.


Tujuan utama aku tulis pun nak beritahu gadis gadis Kelantan molek molek jer. Hik


:>


Calu













Feb 10, 2011

Manusia Berubah

salam semua





hiperaktif, curiosity yang kuat, pendek, itulah abang key di zaman 90an



ok. sebenarnya aku pun tidak pasti budak depan sekali memang diri aku atau tidak. 90% aku memang rasa itu aku. (gila tak kenal diri) yang pasti belah kanan aku yang pose gedik itu Icad. still contact, still rakan sehidup semati, alhamdulillah. sebelah kiri bersongkok diri tegak itu Hanep. kerek gila amek jurusan nursing dekat kolej aku, tapi aku tegur buat bodoh! ukhwah bro! ukhwah mana? . belakang aku, putih bersikat tepi kemas ala anak-anak cina dalam cerita Stephen Chou itu Capek Bulan. ditambah bulan sebab kepala dia bulat putih yang berseri. minta maaf Capek, ini semua kenangan.(huhe). Still study, di UKM dan seorang skuba diver yang berjaya. aku tidak tipu. dan yang kirii sekali sebelah kanan Icad adalah Hasif. belajar di MIAT, status update dia dekat facebook tak habis habis pasal dota memanjang. sabar jer la. 3 belakang tu aku tak dapat cam muka.


sorry.


baiklah.


dalam kehidupan kita akan melalui pelbagai fasa yang akan mengubah perangai sikap, dan pendirian kita. siapa sangka kanak-kanak di atas akan menjadi seorang yang berjaya? (bagi aku kita dapat hidup sampai sekarang kira berjaya la tuh) siapa dapat agak salah satu dari muka muka atas akan menjadi seorang mekanik kapal terbang? saintis hidupan laut? jururawat? walhal ketika di zaman itu bila masing-masing ditanya kita mahu jadi ahli bomba, askar, angkasawan, doktor dan pelbagai lagi aliran kerja-kerja yang ketika itu kita tidak terfikir pun apa tugas sebenar pekerjaan tersebut.


dengan minda yang comel dan innocent kita akan beranggap wow! jadi bomba. helmet besar! baju merah naik lori besar! weeheuuu~ wow! jadi askar. baju hijau.muka conteng conteng, pegang pistol, pegang machine gun tembak orang bunuh orang. wow! jadi angkasawan. pakai topeng keluar bumi terapung-apung. wow! jadi doktor. selamatkan nyawa. baju putih. cool~~!


itu yang kita fikirkan ketika kecil. dan sekarang tanya diri kita. apakah proses untuk menjawat pekerjaan tersebut. apa perspektif kita tentang pekerjaan tersebut. mungkin segelintir sudah memikirkan kerja bomba dan askar sangat susah dan tidak berbaloi. bayaran rendah, kerja dan latihan yang payah dan seksa, lagi tugasan yang membahayakan nyawa. angkasawan, rakyat Malaysia baru seorang je dapat pergi itu pun tak jejak bulan, so dah mengalah awal awal. doktor? kena bijak pandai, kalau tak bijak pun takpa, kena rajin study jadi pandai. kalau still tak pandai pun takpa, kena ada banyak duit. still boleh belajar swasta. doktor kerja tak tentu. bedah itu bedah ini siang malam pagi petang. tapi yang positif adalah bayaran yang masyhuk, mungkin.


ini lah topik yang aku terfikir sepanjang aku berangan satu hari di bilik aku yang langsung tiada feng shui.bilik aku buat aku sangat malas untuk bergerak. nak kuatkan kipas dari 3 ke 5 pun boleh menangguh! wtf.


bukan walhal kerja. malah lain-lain perihal lagi. perangai dan sikap. seperti aku sendiri yang mulanya hiperaktif, curiosity kuat dan sering mempersoalkan sesuatu. pernah aku berada didalam kelas agama (Aqidah) darjah satu, guru aku mengajar tentang sifat-sifat Allah. and then dia bagi setiap murid sebiji guli, dan suruh sorok ditempat yang paling ceruk kami rasa. punyalah aku lari ke hujung padang bawah pokok nak sorok guli tersebut. patah balik ke kelas. dan kami semua tanya lepas tu apa jadi? cikgu aku dengan cool menjawab : " Guli-guli yang antum sorok tu, Allah tahu setiap celah mana yang antum sorok" . and then semua kelas like woooahhhhh soo cooool.. tanpa apa apa bantahan, dan aku penuh curiosity tanpa banyak fikir dan penuh kecomelan lagi innocent bertanya, "camnew nak tawu Allah tawu guli tuw kat manew muallimah?" 'w' tu untuk lebih kecomelan..kot. tak ingat apa yang dijawab tapi yang penting pengajaran dia itulah pentingnya kita harus ada kepercayaan. kita akan ada pegangan. kita akan ada matlamat.


dan contoh lain seperti Icad. yang sekarang macho, casanova, pemain futsal yang gerek, penuh life sana sini. siapa sangka dulu dia cumalah kanak kanak hingusan yang manja. ya, Icad, dulu kau manja, kau bongsu.


aku ingat lagi ketika darjah 4, dia berkata kat aku "azzam, aku lantik kau jadi kawan baik aku" i was like huh? time zaman jambu fikir apa. "okeh! jom icad! kita kawan baik!" bermula la setiap perjalananku icad akan follow. tak kira ke tandas ke, ke kelas lain ke. dia folllowww~~ je. dah macam sidekick aku pula kan. ada satu masa pelajar perempuan semua sibuk mengorat aku , Icad dengan tebal nye sound. "diam la banat!" and then diorang tak puas hati "asal azzam bising boleh?" Icad dengan coool nye jawab "biar r! dia kawan baik aku!" weeeheheheheh~~ comel gila kan. sorry Icad, ini semua kenangan. weekend belanja shisha. tenkiu.


dan walaupun jarang dah lepak bersama. kami still contact. aku dah anggap dia kawan sehidup semati( kenal dari darjah satu kot~). dia ada komitmen dia. aku ada komitmen aku. itu kehidupan. kita akan tetap harus jalan di landasan yang ditetapkan.


dan lihat kami sekarang. aku, abg key, dolah, telah menjadi seorang yang tak malu dan poyo dengan menggelar diri cool, sensasi lagi awesome dan selesa dengan perangai ini. malah ada yang kata aku sombong, kerek dan macam - macam. langsung tidak comel seperti dahulu. Icad pula telah menjadi seorang gentle, romantik, sentimental dan bab bab menolong kawan dia paling laju. sebab itu banyak perempuan suka lepak dengan dia.


memang tak boleh agak masa depan masing masing. manusia memang sering berubah. kerana kita sering lupa. kita sengaja lupa. malah ada yang mahu lupa. kita lupa asal usul kita. kepercayaan kita. matlamat kita. kerana itulah kita berubah. untuk berjaya dalam kehidupan ini kunci dia satu je. kepercayaan. kerana kepercayaan membawa kepada pegangan iaitu pendirian diri, perspektif diri. lalu membawa kepada matlamat dan cita-cita kita.


kalau kalian membaca nukilan ini dengan khusyuk, apa kata dok pikiaq sat kalian sedang berbuat apa. are you on the right track of achieving your dreams? atau masih belum menentukan haluan hidup? kalau belum, ini kerana kamu masih belum mempunyai matlamat, kamu masih belum mempunyai pegangan. kamu tiada kepercayaan kepada diri sendiri.



ini semua kerana kamu telah melupakan diri sendiri.



teehe!


calu


Dec 3, 2010

Semakin Hanyut Diarus Kedewasaan

salam semua

memang betul lah mereka kata zaman belajar lebih seronok daripada zaman bekerja. tetapi bukan bererti kehidupan pekerjaan sucks, cuma jika diberikan pilihan antara mana satu yang lebih gemilang, mereka(pekerja) tentulah memilih zaman belajar sebagai jawapan. tetapi lain pula bagi mereka(pelajar) yang beranggap kehidupan bekerja adalah lebih seronok atau tidak kelam kabut berbanding kehidupan mereka. vice versa.


ini kerana garis suasana kehidupan masing-masing berbeda. jadi mereka tidak dapat membayangkan bagaimana suasana sebenar sebagai pekerja itu. lain bagi pekerja yang sudah merasa zaman pembelajaran, menjadikan mereka lebih berpengalaman sekaligus menjadikan jawapan mereka lebih tepat. teehe!


ramai yang bertanya kenapa abg key tak update blog(?) ceh, padahal Amin seorang je..dan juga 3,4 orang yang aku tak ingat siapa(sengaja tambah!). aku pun terfikir, ye dok ye gok eh? ini membawa kepada kesedaran yang aku sebenarnya lack of inspirasi. yes, sudah lama aku tidak lepak bersama Master Inspirasi yang kini sudah bergelar Tuan Haji barangkali. kehidupan bekerja sangat menenggelamkan diri sendiri. bekerja pejabat i mean, bidang pekerjaan lain mana wa taww.


aku bukan sahaja tidak dapat berfalsafah dan riak dengan teori akal sendiri di tengah malam sambil ditemani teko berasap dan bau wangi..( malique, what up?) malah aktiviti extreme aku juga terpaksa korbankan hanya kerana risau tidak dapat bangun awal di esok hari. aku juga tidak dapat gedik-gedik keluar malam untuk bermain futsal, badminton dan drift(tipu) seperti biasa.


bangun-pergi kerja-makan-balik-tidur-bangun-pergi kerja.

sangat flow.

flow of lameness.


but kesah ape. wehehe. habis kerja pun sampai bulan satu je. that's why aku tak kesah. there will always be another time, insyaAllah.


sambil ditemani karya seni Nomak, Michita dan Nujabes aku berfikir dan mula menyusun langkah kecil kehidupan aku untuk kembali menjadi cool dan awesome. tetapi aku tak akan kongsi di sini. privacy.


well, walau apa status kita sekalipun, pekerja mahupun pelajar, yang pasti kita masing-masing sedang menuju kedewasaan. menuju tanggungjawab dan komitmen. bukan bererti kehidupan, kebebasan kita hilang tetapi terdapat perkara yang pasti kita harus korbankan. terletak pada rasionaliti sendiri if nak serius emo atau gedik emo kalau kita tak dapat genggam semua dalam satu tangan. know our limits, know our boundaries.


ini kerana arus kedewasaan terlalu deras dan kita tidak mampu berpatah balik melawan norma tersebut.


calu

Aug 24, 2010

Random Repek :3

salam semua

apa khabar?


ceh. bajet cool lak aku.


pemikiran otak pagi abg key ini bermacam-macam: sahur. paper e-commerce(6 jam lagi!) practical training. parkour. yui. girls generation. facebook. celcom. dan lain lain.


aku tak tahu nak bertulis tentang apa sebenarnya. tapi jari aku terasa ingin menari-nari pulak.sangap.


aku masih excited kaw sat tentang kamera baru. Canon 550D. :3 . walaupun aku goyang kaki time diorang cari duit. terasa macam a part of it lak. haha. stender member~ :3
dan ya, the pussy face..( :3 ) ...amir buat aku addicted dengan the pussy face. dem.! :3 so aku selaku producer yang kickass, sedang memikirkan bermacam jalan cerita untuk dirakamkan 550D tuh. muehehehe! kalah produksi malaysia wa cakap lu. otak aku ni kreatif gila babi. takut diorang tak faham lak. haih~


futsal...dalam memantapkan lagi ground moves aku dan mencari finishing yang elegan, aku semakin gilakan futsal. dulu seminggu sekali sehaja. sekarang setiap kali buka, makan sikit je, nak jaga perut. takut berat. heh!!


segala kerja coursework selesai. lega gila babi. segala tensi berubah menjadi belon helium terbang ke langit entah ke mana. awesome. lepas ni nak jaga hubungan dengan family pulak. especially bapak dollah. daddy, bibik dah lari, mesti daddy perlukan dolah di rumah kan?~~


bila bercakap tentang problems, aku mendengar luahan abudi.

"OH UIA! aku nak berak takde air!"

luahan rap tuh! cuba kita baca balik.

"ohh you ai airrrr,
aku nak berak takde airrrrr"


ketika sedang gedik stalk tentang bermacam jenis luahan tension pengguna facebook, pertama sekali aku fikir, "faking emow this kid is?" and secondly, "why is he so emow?" membuat aku kepada satu penjelasan..


this is because, when someone shitting out their problems, before this, they had a kickass life. seperti aku. sebelum aku menjejak kaki di kuis, i had a fineee life. my parkour mates, family, friends and such. bila perkara baru yang menghadiri kehidupan kita, kolej, studies, works, its hard to deal with it. that's why sometimes we'll be pissed off. perasaan itu akan membawa kepada kreativiti jari kita untuk ketak ketuk di facebook atau blog. mungkin kita akan bersyair:

"oh uia, aku nak berak takde air..."


atau membuat sebagai hiburan

"bab2 game orang, bapak dolah no. 1!"


mungkin straight forward

"kemak la...saper curi baju aku...meh sini aku blasah bapak die...."


atau mungkin juga sebagai kata nasihat berinspirasi

"hari ini sangat berat ujian. mak ayah nak pergi mekah, saye masih demam, assignment pun tak siap2 lagi...huhu..moge2 hati tetap tabah menghadapi liku2 kehidupan.chaiyokk!"

.

setiap orang ada jalan penyelesaian masing-masing. tidak kisah.


*alarm ibal lembu ni dari tadi bunyik,tak bangon2. bapak annoying!*


kerana kita manusia ada masanya akan merasai detik-detik kegemilangan tersendiri. kenangan-kenangan yang sweet. bila terfikir kita akan senyum2 pussy( :3 ). kemudian kita akan merasai detik-detik takde air, kejar deadline, work pressure, bibik lari, mak bapak pergi mekah, kasut hilang, takde duit,tayar bocor, kena lempang, well, we just have to hang on. macam aku. paper final sat lagi, rilek.tak tido. tak study. mungkin aku give up? atau confident tinggi? carry mark full? who knows? :3


dan always remember, 'sesusah mana kita berak, bila dah ceplop, kita akan lega!'. kuis menemukan aku dengan life baru, perspektif baru, lecturer2 yang naughty, orang2 yang sissy, member yang kickass, korchi ozawa, aaron aizad,man tiger,justin budean, fud gemok,bob kurus, man tiger, zarep bajet kaper, uze osbourne, afie bboy, hujan , fuzukun, ali satu tangan, ali patah tangan, arip lawak blur, wan freestyler, muaz jonas(sekarang dah rebonding weh~), ibal lembu(setan), nasih kawad sampai hitam, ketua farid, acap tue, syakir kuis, husaini budak tue, aji tokan movie, the nigga brothers....yang girls, aku tak nak tulis. kang tak sempat ambik paper pukul 9 nanti.


walaupun aku lega dengan semua work yang selesai. study yang hampir ke penamat, itu bukan bermaksud perjuangan aku sudah selesai. perjuangan kita di dunia tak pernah selesai selagi nyawa di badan. lepas ni, rasanya aku tak tahu nak tulis sebab apa sebab dah nak habis study, so dah takde aset, kekurangan inspirasi :3 . tapi, kita lihat time practical nanti. confirm ada shit punya.


nak sahur dah.


calu.

:3

Jul 25, 2010

Semua Perkara Berlaku Kerana Inspirasi

salam semua


bila membaca frasa "segala perkara berlaku ada sebabnya" usually kita akan berfikir tentang perkara kesusahan, masalah yang dialami dan yakin bahawa perkara yang berlaku pasti akan diikuti dengan kesenangan dan kemudahan.


tapi bukan itu yang ingin aku nukilkan. aku tak nak cerita tentang macam mana peningnya aku kena buat assignment sorang2 dalam pada masa yang sama memasak masakan yang agak kompleks (teehee!) dengan perut yang tak cukup jisim dan tiba-tiba dapat call kena turun kawasan time itu jugak, dan dengan perut lapar dan masakan yang belum selesai aku tinggalkan, aku pack assignment aku, bersama laptop pra sejarah bapak dolah, aku gerak dengan kancil Mad. on the way, sempat aku berpantun masalah dengan Mad, dan tiba-tiba, tayar kancil meletop...bocor...tengah jalan...highway...dan kitorang parking...atas..sarang semut....


ok.


itu bukan apa yang aku cuba nukilkan. kerana semua itu hanya small matter bagi aku yang tegar dengan problems. baiklah , kita fokus dengan perkara yang simple. menggunakan perkataan 'inspirasi' kita tukar ayat menjadi " segala perkara berlaku kerana inspirasi". jika kalian mengikuti blog syok sendiri aku ini, aku memang gemar guna perkataan inspirasi. (lately, penulisan aku tahpape je...huih..) kerana bagi aku inspirasi ini juga merupakan perasaan seperti marah, sedih, gembira, suka, cinta dll. jika kita melihat seseorang menindas orang yang lain, kita berasa marah. begitu juga akan berlaku jika kita melihat seseorang atau perkara yang awesome dan cool, kita akan berasa inspired.


as in english they said, "everything that happens because of a reason". it is true, effing true. nak dikaitkan dalam life aku, aku rasa kalau aku tak promote video Girls Generation diorang takkan menari-nari gee gee gee sekarang ni, diorang pun takkan minat jepun atau korea. kalau aku tak minat brand Romp, aku rasa diorang pun tak kan punya pakai jeans Romp pergi ke kelas. as they said before "Romp is for rempit der~". nampak nya aku mengubah perspektif mereka di situ :P. diorang takkan guna perkataan 'life' untuk memerli aku dan mungkin juga diorang tak kan guna perkataan 'awesome' mahupun 'cool' jika aku tidak selalu poyo menggunakannya.


aku tidak cakap aku ini kononnya pembawa budaya., revolutionary or what shiz. kononnya aku lah orang yang memulakan segalanya. tidak. tapi ini semua kerana inspirasi. aku cuma berasa aku menginspirasikan mereka. huhuhuhuhu. XD.!aku takkan tahu pasal Romp jika aku tidak kenal orang yang juga minat Romp. dan aku juga tak kan tahu mengenai gerak tari tektonik mahupun breakdance jika aku tidak mengenali mereka yang kaki menari. (walaupun aku menari kayu je). hahaha. aku banyak belajar daripada mereka. aku diinspirasi oleh mereka. aku takkan tahu mengenai enjin , drift, saiz tayar mahupun Mazda rx8 itu auto atau manual jika aku tak berkawan dengan mat kereta. aku juga takkan tahu pasal komputer jika aku tiada kawan yang pandai tentang komputer. dan pelbagai lagi inspirasi.


hidup ini we are all connected. kita saling menginspirasi. sebagaimana pepatah, apabila kita berkawan, merekalah yang mencerminkan diri kita. kawan aku minat Jepun, aku pun terikut dengannya dan kawan aku yang lain juga terikut dengan aku. aku takkan minat Supra atau Radii kalau aku tak nampak Pete Wentz pakai kasut tersebut. member aku pun takkan tergila-gilakan Supra kalau Justin Bieber tak pakai kasut tuh. haha! aku tahu~~


and it goes on and on and on~ parkour di Malaysia takkan ada jika tiada parkour di Perancis. parkour di Perancis takkan wujud kalau tiada David Belle. David Belle tak kan mencipta parkour jika ayah dia bukan seorang ahli penyelamat bomba...ke askar? tak ingat. :P


fenomena Rock n Roll terjadi kerana meletupnya lagu kumpulan Joan Jett and The Black Hearts di carta. kumpulan ini menjadi fenomena kerana Joan Jett. Joan Jett takkan mampu melakukannya jika dia tidak famous. Joan Jett famous kerana sebelum ini dia adalah lead gitaris kumpulan The Runaways. dan the Runaways juga takkan famous tanpa populariti Cherrie Currie.


The Ramones, Patti Smith, Bad Brains, tanpa kewujudan mereka Sex Pistol dan The Clash takkan ada.


kumpulan U2 diinspirasi oleh band daripada Ireland dan kumpulan The Killers takkan tercipta jika mereka tak menonton persembahan kumpulan U2 di Las Vegas.


too much fact? haha. sorry too much movie for me..lol.


senang kata the list is endless. kita tak boleh bangga kata perkara ini terjadi kerana diri kita. kerana kita pun buat perkara itu jika tak diinspirasi oleh orang lain. sebab kadang-kadang aku paneh au. (haaa......da start dah.~~) paneh = panas = bengang. aku agak bengang bila aku jumpa kawan aku yang sorang nih. selamat dia tak tahu aku ada blog. ada satu hari aku tengok dia melayan Youtube. specifically dia tengah tengok Wonder Girls. kening aku menari-nari, aku pun tanya dia " sejak bile ko layan Wonder Girls?" "aku da lame gilerrrrr kot layan Wonder Girls...ko yang tak tahu. huh!"


punya berlagak dia kan? sambil aku tengok sombong bodoh dia tu boleh lagi dia menari-nari Tell Me Tell Me tepuk2 tangan depan aku. aku ingat nak lempang laju2 je.


baiklah, kita pergi dua minggu lepas. (ya, aku ingat lagi...aku ingat lagi...)


dengan kawan aku yang sama. aku tanya dia"weh ko nak pergi MTV World Stage tak?ade Wonder Girls! hik!" dia pun jawab lah "(muka pelik) Wonder Girls?" <--tengok dia="" kejap...kejap..ada="" lagi.="" span="" style="font-style: italic;" tahu="" tak="" tuh="">"ala Wonder Girls...kumpulan dari Korea tuh!~"

"oh...yang ko tunjuk tu kan? yang gee gee gee tu kan?"


hah!Wonder Girls dan Girls Generation pun tak boleh beza kau nak berlagak dah lama layan Wonder Girls?? F!




calu.

Jul 19, 2010

Freedom

salam semua

"aku x bleh post status sb nnt kne delete balik. kekurangan freedom." - ibzzie von matterhorn


hiho!


apabila menyentuh perihal freedom(kebebasan), aku rasa seperti melihat orang topless berlari-lari dengan penuh dedikasi dan kesungguhan menuju ke arah yang tidak diketahui dengan mimik muka senyum lebar bahagia macam baru dapat hadiah 1juta euro selepas dilantik sebagai raja! langsung tiada masalah dan bersedia untuk mati bila bila masa sahaja. itulah freedom yang aku fikirkan, agaknya.


perkataan 'freedom' boleh disubjektifkan kepada pelbagai perkara. kebebasan hidup, kebebasan memilih, kebebasan bersuara, berpakaian, berfikir, aktiviti, dan apatah lagi. sengaja aku quote ayat di atas dari kawan baik aku di facebook. ya, nama dia ibzzie von matterhorn. unik kan? sebab sebutan nya berlainan apabila menggunakan dialect lidah melayu, amerika dan british. cuba kalian test sebut satu satu. (lain kan~)


dan dia juga mempunyai adik beradik yang tidak ketinggalan juga bersosial di facebook. seperti benn von matterhorn dan ruzzo von matterhorn (walaupun aku menaip, entah asal lidah aku terbelit-belit..). mungkin masih banyak lagi bloodline von matterhorn yang aku masih belum jumpa dan add sebagai friend, heh. bukan masalah aku. dan aku tak tahu kenapa mereka diberikan nama sebegitu. mula-mula memang tak kesah sebab tuan dia lagi pelik dari nama, tapi sekarang tertanya pulak. baem, asal ko guna nama tu doh? memang dak2 unisel macam tu ke?


okeh! enough with the free promotion of him. so what the hell is freedom? is it something we do without interference? perkara yang kita buat suka hati, bebas~? dan apabila membaca status dia di facebook (heuheu~) aku secara umumnya setuju. memang kita kekurangan freedom. secara spesifik pula....entah, mungkin dia dah ada awek baru. so kena queen control la kot. haha. never mind.


bila dikatakan tentang had kebebasan diri. sebenarnya bukan sahaja Palestin yang belum terbebas daripada bulian Israel. malah diri kita juga sebenarnya tidak pernah bebas. apa yang mengongkong kita? what is it that holding us back? ya, sebenarnya banyak ,dan juga terdapat dalam pelbagai bentuk. ibu bapa, keadaan sekeliling, cinta, manipulasi, iluminati, kawan, cikgu, duit, umur, jantina, masa dan pelbagai-bagai lagi alasan dan perkara yang mengongkong 'kebebasan' kita.


kita nak sleepover rumah kawan, kadang-kadang kita akan fikir mengenai keizinan ibu bapa.
kita nak ngorat perempuan, eh tak boleh, awek sendiri ada kat sebelah.
kita nak beli kereta, eh tak boleh, duit 5 ringgit je ada.
aku nak pakai skirt, eh aku lelaki lah!
malasnya aku nak pergi kelas, tapi takut lecturer bar pulak.
aku nak berak, tapi ini dekat ruang tamu!


kadang-kadang aku mendengar falsafah perempuan yang tidak pakai tudung, gaya seksi sakan lawak jugak. "ske ati la. kite bebas pkai ape jewww!" bebas kah? apabila kita melihat mereka terang-terang dikongkong pengaruh orang barat sana? itu tidak bebas, itu dimanipulasi. dan ada juga sebahagian yang tidak memakai tudung yang aku tiada masalah dengan mereka. mereka adalah dikalangan yang baik-baik dan mungkin masih belum bersedia untuk membuat perubahan. aku tidak kisah. (suka sikit-sikit :P)


kadang-kadang aku melihat mereka dok taksub dengan segi tiga, mata satu, piramid lukis itu lukis ini, bintang pentagram, "mana ada, niat yang penting. niat aku tak worship setan pon" itu dikatakan iluminati. which the original objective is to worship setan dajal iblis semua. sebab dah terlalu biasa tengok iluminati kat mana-mana, terpengaruh, itu yang tertolong sekali sebarkan free2 je.


kita memang tak pernah bebas. kita akan dipengaruhi, mempengaruhi. diikuti dan mengikuti.


macam aku ini. langsung lagi la berkali-kali takde freedom . aku nak makan takde duit. aku nak balik takde transport. aku nak parkour banyak assignment. aku nak gedik gedik kat facebook takde internet. aku nak manje manje takde awek. aku nak free willie mak dolah suruh kahwin. aku nak cakap bebas sekarang ni pun dah tak boleh sebab ada kakireportloserbacadiamdiamlikeabitch. seluar labuh sikit je dah kena cop bboy. (actually that is kinda cool. what up homie?yo?wazzzapppp~~)


aku tengok movie movie amerika kalau pasal sekolah/universiti time senior last year punya la enjoy lengang kaki menari-nari fun. yerla last year kan, main suka hati enjoy gila babi. tapi, kenapa senior year aku ni tak lengang kaki menari-nari fun langsung? kenapa aku tak boleh main suka hati enjoy gila babi? kenapa senior year aku busy kaw sat gaban gila babi? bitch!


.....


apa yang cuba disampaikan...untuk menyenangkan hati aku... we take the word 'freedom' to a higher level. sebab aku tak bebas, kalian pun sekali aku cakap tak bebas, ngiahahaha. - sepanjang hayat kita adalah seorang hamba. dan sebagai hamba kita sentiasa mempunyai batasan. macam seorang bibik main handphone depan majikan, sumpah kena lempang.


we will only gain our freedom afterdeath. dekat syurga nanti nak buat apa pun, buatlah.


calu