Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

May 14, 2013

Sedikit Tidak Senang

Sedikit tidak senang. 

Bukannya kecewa. 

Cuma tidak senang.

Sedikit. 

"Mari buat kerja gila!"

"Kau gila? Pergi mampus"

Baiklah. Cuma cadangan sahaja. Janganlah sampai mencaci jadikan aku yang bermasalah.

*sedang buat kerja gila*

"Kenapa kau tak ajak aku? Pergi mampus"

Nampaknya walau apapun aku lah watak jahat.

Manusia. Beribu alasan beribu cemuhan.

Bertahun-tahun tetap sama. Malam tadi mendapat jolokan yang baru.

"Life seekers" kononnya. Bukan bentuk pujian. Tetapi hanya ejekan. 


Orang kecil hati jangan harap mereka nak kisah. 


"They who take things for granted often blame anything but themselves. They are too selfish to admit it" - Bikey Brutyon 

Oct 31, 2012

Ludah Ke Langit Jatuh Ke Muka

Tidak kisah rakan lelaki atau perempuan yang kau sedar ilmu darjat (agama) mereka lebih tinggi sedikit dari diri kau sendiri. Dan kau sengih merogol telinga rakan rakan kau yang lain dengan meyakinkan mereka yang lelaki/perempuan itu mengalami kejutan budaya.

Sebagai contoh kau 'budak' kl, jiwa pun kl. mempunyai rakan yang mungkin bukan dari kl, jiwa pun bukan di kl tetapi susuk tubuh mereka tika itu bersama kau, di kuala lumpur. Kau memaki mereka meludah konon mereka "culture shock", "poser" , "you dont have any idea what you are now my friend?"

Percaya atau tidak asas perubahan mereka datang daripada pergaulan dengan kau sendiri. Naluri survival untuk mengadaptasi dengan persekitaran mereka.

Jika kau memaki mereka maka kau memaki diri sendiri. Kerana mereka hanya mencerminkan keseluruhan zahir dan batin kau. Dan kini kau patutnya sedar betapa jijiknya personaliti kau sendiri.


Calu.

Mar 21, 2012

Mancis



Salam semua.


Kali ini aku meletak tajuk dahulu sebelum menulis isinya. Well technically aku menaip..bukan menulis. Ah kau, diam.

Ya, aku cuba merungkai suatu cerita melalui sebuah tajuk kerana sebelum ini aku jenis yang menulis(menaip) isi dahulu kemudian barulah memikirkan tajuk.


Soalan cepumas : jika anda seorang blogger mahupun penulis, anda jenis yang menulis isi dahulu atau memikirkan tajuk nya dahulu?

...


Berbalik kepada tajuk yang aku telah letak. Bercerita tentang mancis tentulah ia berkaitan dengan penyalaan api ; ianya kecil, halus seperti pencungkil gigi. Senang kata, ah, sebatang terjatuh apa peduli ( tidak penting) tetapi secara dasarnya keupayaan mancis adalah is mampu menyalakan api yang kita tahu apa jenis kerosakan yang ia mampu lakukan.


Haih, mesti sudah kau fikir kan mesej nya bukan? Kecil kecil cili padi..jangan pandang rendah..nope. Kalian salah! Mehehehe!


Nak berak jap.


....


Wokey sambung.


Dari perspektif yang lain mancis itu seakan permulaan kepada sesuatu perkara yang bersifat api, ( api ; marah, panas, masalah dll) . Mancis yang bersifat kecil pula boleh disamakan dengan kesalahan kecil, perkara yang tidak dipeduli dan remeh. Dan itu lah salah satu masalah kita sebagai manusia. Tidak sedar dan memandang rendah akan perkara yang remeh.


Pernah suatu masa aku bersama drebar aku yang bernama Aaron, ditakdirkan melalui jalan yang gampang banyak simpang dia. Sedang dia memberi laluan untuk kereta lain membelok aku terkejut dengan hamun maki nya.


"pookeymoklanshewnakharemmmm tak bagi signal!"


Terkejut, lalu aku pun ter tweet


"Aaron mencarut macam zikir harian"


Ya, Aaron Aziz seorang yang kuat mencarut sebenarnya. Tetapi itu bukan ingin aku sampaikan. Tetapi sedar atau tidak punca nya adalah ke-tidak-consider-an pemandu yang tidak memberi signal yang hanya be berapa inci jarak dari jarinya yang sedang beradacdi stering.

Dasar pemalas pookeymoklanshewnakharemmmm tersebut, (bak kata Aaron Aziz).

Dan membawalah kepada maki hamun Aaron yang mengejutkan aku untuk tweet dengan tidak sengaja. Dan juga membawa kepada peminat peminat Aaron Aziz terkejut mendapat tahu dia kuat mencarut. Maka keluar lah berita gossip yang mengatakan dia mencarut bergaduh dengan isteri nya...


Kita tak kan tahu apa lagi masalah yang akan terjadi hanya disebabkan kemalasan pookeymoklanshewnakharemmmm untuk memberi signal kereta!


.



Hingga saat ini aku harap kalian sedar banyak polan kat lua tu nama Aaron Aziz... Dan lagi gagal lah akal kalian jika masih belum tahu ini cuma cerita rekaan untuk dijadikan contoh.


Kalau tidak mampus aku deyh?


..


Cukup sudah introduksi untuk nukilan ini. Mari ke tujuan sebenar. Pendek tetapi men dalam seperti biasa. Abang key kan cool?


Aku telah dapat tahu punca sebenar seorang kawan yang aku hargai kecewa dengan aku. Kekecewaan dia telah membawa kepada kedinginan layanan sahabat sahabat lain terhadap aku. Tetapi mujur mereka matang menafsirkan mana yang betul mana yang tidak.


Ego dia sekuat setia dia. I respect that. Mungkin aku sedikit cuai, menganggap ianya remeh dan tidak peduli..


Ya, sebenarnya aku boleh disamakan dengan pemandu pookeymoklanshewnakharemmmm tersebut..


Tetapi dari sudut pandangan yang lain, pernah kau terfikir signal kereta pemandu tu rosak?


Calu.







May 17, 2011

Tentang

Salam semua


Uhuk uhuk!


*batuk*


Too much soda i guess.sakit tekakk. And yes still can't sleep. Dan ini bukannya insomnia sebab internet laju atau apa, ini memang betul betul tak boleh tidur. Laptop dah lama shutdown. Kesian, dah berapa bulan dia tak rehat.


Kau tanya bagaimana aku bertinta? Haa tentulah dengan gajet kesayangan aku! Ipong 4.hihihihi


Ditemani dengan muzik kesayangan adunan Kondor dan Nujabes. Aku rasa hati aku semakin bersih.


Awal malam tadi baru sahaja bersidang falsafah dan politik atau bahasa orang orang sekarang, melepak. Bercerita tentang pendapatan(income) target peribadi masing masing untuk menjana wang keperluan masing masing. Dan malam itu hampir semua termasuk aku sendiri telah bertukar menjadi akauntan, pakar ekonomi , mesin kalkulator dan sebagainya untuk mengira berapa jumlah yang telah dikumpul mahupun dibelanjakan.


Ka ka kachinggg! (sound effect cash machine)


Wow. Sepanjang tempoh aku mula bekerja di ukm sejak bulan 11 ( mungkin ) tahun lepas sehingga April tahun ini aku telah menjana dan melabur wang sebanyak 7000 ringgit. Agak hebat bagi seorang yang sensasi ea? Tidak termasuk pimjaman ptptn kerana memang itu untuk yuran kolej sepenuhnya dan masih tidak cukup fak!


Ke mana hilang semua itu? Aku buat apa dengan duit itu? Biarlah sekadar itu aku ceritakan. Perbelanjaan tak usah lah aku nukilkan.


Baiklah. Cuba untuk poyo sebentar.


Kawan aku Muril pernah bertanya kepada aku. : aku tengok kawan kawan kau semua muda muda zam?


Aku menjawab spontan untuk memuaskan hati dia. Tetapi cukup untuk membuat aku terdiam. Soal umur tidak menjadi masalah bagi aku tetapi memang betul mostly kawan kawan yang berfalsafah, berpolitik, konspirasi, bajet bagus adalah muda dari aku. Kawan kawan sebaya mahupun yang lebih tua ada. Di kolej, geng sekolah dan lain lain. Tapi aku memang cenderung bersama mereka bukan sahaja kerana mereka membesar di kejiranan yang sama dengan aku. Tetapi juga hati mereka memberi aku inspirasi.


Pernah dengar budak budak sekolah nakal tetapi berjaya di luar? Pernah nampak gangster gangster gaduh tetapi gedik depan kucing? Pernah nampak perokok tetapi lebih jujur daripada seorang yang hipokrit?


Mereka mereka inilah yang aku maksudkan.


Aku suka bersama mereka berbanding mereka lain yang pasif. Walaupun di usia muda mereka lebih banyak pengalaman daripada orang yang biasa. Perspektif mereka lebih meluas matang dan tidak kolot. Cuma keadaan dan ketentuan yang ditakdirkan menjadikan golongan macam ini dipandang hina di mata masyarakat.


Yang tidak pernah mengambil masa untuk melihat ke dalam hati mereka.


Mereka ada impian besar. Ingin menjadi Bill Gates, ingin mempunyai kereta yang laju, ingin menjadi wartawan yang telus, menjadi cikgu mahupun pilot. Dan setiap impian mereka diiringi dengan usaha yang telus. Aku telah saksikan sendiri.


Melihat seorang rakan yang berjaya mendapat pointer yang tinggi dan mendengar luahan hatinya : zam aku tak sangka sepanjang 18 tahun hidup aku, aku dapat berjaya zam. Agaknya macam inilah perasaan orang yamg berjaya. Blackberryyyy


Dia deal dengan ayah dia dapat blackberry kalau dia dapat score dekan. Cihh


Melihat dia terharu membuat aku tersengih. How i wish golongan golongan dahulu yang memandang serong terhadap dia melihat dia sekarang. Adakah mereka dengan matang tumpang gembira atau dengan hina mengutuk : elleh baru semester satu pun!


Aku benci orang yang kolot dan bercakap tanpa berfikir(mengikut perasaan)


Selalunya apa aku akan buat hanya mengiyakan dia dan berusaha untuk mengendahkan dia. Kerana aku tahu tidak ada guna untuk melatah. Tidak ada guna melayan orang yang sempit.


Sempat aku bajet bagus dan memberi nasihat kepada dia untuk tidak terlalu gembira dan sebolehnya tingkatkan lagi usaha.


Well nukilan kali ini adalah mengenai pentingnya kita melihat seseorang itu bukan di luaran, tetapi dalaman yakni hati.


Kerana tak semestinya kau tak masuk neraka dan rempit tak masuk syurga.


Calu

May 16, 2011

Aiman Ketiak Busuk

Salam semua


Masih tidak dapat tidur.


Baru baru ini semakin susah untuk tidur


Kenapa?


Mungkin banyak perkara yang sedang dimainkan minda


Di halwa telinga juga sedang termainnya muzik yang kena dengan jiwa


Di sempadan antara realiti dan mimpi di situlah akal paling rajin berfungsi


Dan terbukanya mata hilanglah segala fikiran hati


Cuba dinukilkan semula pasti tidak akan sama


Damn


Aku terfikirkan tentang penghargaan. Bagaimana kita sebagai insan lemah dalam menghargai. Alpa nya kita mensyukuri. Lupa nya kita apabila diberi. Kita manusia. Fitrah mempunyai kelemahan. Hanya tersentak apabila kehilangan.


Aku lihat sebelah aku.


Yewr aiman kau tidur mengigau...


Aku dirasakan kulitku angin yang mendayu. Kipas rosak set paling laju pun macam gear satu.


But hey, akalku sedang jelas sekarang.


Tidak kisah aiman mengigau. Dia adalah kawan aku. Tidak kisah tiada air cond asalkan tidak berpeluh.


Hargai sekeliling kita


Baru baru ini rakan ku amin kehilangan motor. Dicuri mungkin. Sedih melihat sedihnya dia kehilangan wrr 3450. Aku faham. Hampir 4 tahun kenangan bersama. Dari merah ke biru, hujan dan panas, pancit dan bocor mahupun polis dan jpj, they've been through a lot.


Nyamuk sial!

.


Tapi tahap sedihnya tidak terlalu teruk. Kerana dia menghargai setiap detik bersama jentera nya. Aku nampak amin. Kau jangan risau. Dan aku tahu kau redha dengan takdir.


Dan apabila disebut perkataan menghargai, penghargaan atau seumpanya perlukah adanya selepas kehilangan? Adakah kita perlu kehilangan seperkara atau seseorang baru hendak belajar untuk menghargai?


Kasut tidak cukup banyak. Bilik tidak cukup besar. Kekasih tidak cukup hensem/cantik. Makanan tidak cukup sedap. Kereta tidak cukup laju.

SEGALANYA

Aku pernah lihat seseorang yang beli kasut setiap bulan hanya beralaskan trend. Aku pernah lihat seseorang bertukar kasih hanya atas dasar paras rupa. Aku pernah lihat seseorang sanggup tidur di rumah kawan hanya kerana merajuk bilik sempit. Aku pernah lihat seseorang buang makanan yang baru tiga suap hanya kerana tidak sedap. Aku pernah lihat seseorang sanggup bermandi minyak hanya untuk mendapatkan prestasi terbaik kereta untuk berlumba.


Aku tiada masalah dengan mereka. Aku cuma kasihankan alasan mereka.


Jangan mengikut trend kerana trend adalah satu kawalan minda. Jangan mengikut paras rupa kerana akan sentiasa orang yang berwajah lebik baik dari dia. Jangan merajuk sebab bilik sempit sekurangnya kau duduk seorang dari aku kongsi dengan adik yang selekeh tahu?! Jangan berkira dengan makanan kerana ianya rezeki dan sekurangya ia tidak basi. Dan jangan lah terlalu asyik dengan kereta laju tidak laju sebab dah berkeluarga nanti kau kena beli van juga akhirnya.


Yes. Aku dah mengantuk akhirnya!


Kesimpulan : hargailah setiap perkara di dalam kehidupan kita.


Teehe!


Calu




May 12, 2011

aku rasa kau dah boleh blah dari hidup aku sekarang

mu dok matang.

muke je hensem.

tapi dok matang.

taleh dah nak sehidup semati ngan mu.

huh.


mu mosti teraso kat celah hensem tu kan?


eheheh

May 9, 2011

Untuk Raider

salam semua


idea


idea


idea


idea

........................


demmit amin! aku blur nak tulis apa!


last time nukilan adalah pada 27 April. padahal ia adalah draft tahun lepas.defak?


baiklah. aku akan cuba tulis apa yang berada di dalam fikiran aku ketika aku mandi tadi


yang pertama, mengenai kelab Chelsea yang kalah malam tadi. aku tak ingin menjadi freak mode atau terlalu fanatik. kalau kalah, kalah juga. Hernandez memang ada sengat semalam. Luiz tak berapa gangster seperti yang aku harapkan. tetapi dia gangster dekat Ancelotti pulak? memang salah dia tetapi tak nak mengaku. Torres macam biasa muka stok isi padang. Drogba dah tua freekick tak masuk masuk.


well.


sekali lagi, kalau kalah, kalah juga. maki hamun la kau dekat wall aku sekali pun, news feed ke what's app ke, sms ke apa. aku tak boleh buat apa. dah serik nak berhujah panjang. kang ada yang merajuk. yang sepatutnya merajuk comel comel aku! tetapi orang yang menang tu merajuk, kita yang gedik gedik pujuk. haih?


itu cerita dulu.


ada cerita baru.


yang kedua pula.


soal 'ex-girlfriend'


pertama sekali biar aku tekankan, yang facebook, is a social site. well memang sekarang dah boleh jadi tempat pertukaran maklumat, bisnes dan macam macam tetapi pertama sekali kita fikir facebook adalah laman sosial. pertama sekali kita fikir laman sosial adalah facebook.


dan apabila kita berfikir laman sosial, yakni bukan realiti, hanya menggunakan mata dan jari untuk berinteraksi, dan otak pemikiran sebagai diri, dont take it as serious as fuck. (!) aku boleh tukar nama jadi TOP , tuka jadi gambar dia, cakap korea guna google translate and still orang boleh percaya, kan?


so bila kau nampak sesuatu yang berlaku di facebook. please. gunakan kematangan masing masing untuk berfikir secara waras.


facebook is just a game. it is a switch to change yourself wholefully. kau huduh kau boleh jadi cantik hensem. kau happening, tak semestinya happening kau terasa dekat facebook. kau pendiam, tapi kau gedik gedik comel(aku la ni) dekat facebook. begitu juga sebaliknya. you get the point. people these days suka judge orang guna facebook masing-masing. (?) hey! bes gak ayat tu, confirm banyak like kalau aku update status macam tu. heee.


dah bersambung ke soal the so called the 'ex girlfriend' . ada member tanya aku. "bam, ex aku dah ada bf lain. macam mana ni?" aku pun tengah pekena sup ekor time tu terbahak. buhahahk!

"camanoi koi boleyh break oip dengoin dioi?"

"i was being a jerk"

"well then your lost"

she's you ex. kau dah takde hak. kau gedik kalau emo pasal ni! dan kau sangat naif. couple2 pun nak melodrama. konon.


tak salah kita gedik gedik dekat facebook meh. makin kau gedik makin kau famous kot. macam main game meh. aku pun gedik dekat facebook. tapi kita kena tahu, kita tak boleh gedik serius. cuma gedik main main. gedik main main adalah bila tengah bosan dan masuk air kau masuk ke profile seseorang kau wallpost benda yang kononnya gedik dan 5 minit lepas tu kau lupa apa kau buat. kalau gedik serius kau gedik dengan dia setiap hari sampai kalau kau gedik wallpost , kau tunggu macam 3 tahun nak dia balas, padahal dia stop typing nak hembus hingus je.


dan ketiga. video. the main reason why i have been really busy. tak boleh blog dengan ikhlas dan gentle. semua terjawab dengan video ini. mostly scene aku travel ke Kelantan and some backstage randoms during performances and tv show.

..

aku rasa aku dah start rindukan aku yang dulu. (?)








calu

Feb 10, 2011

Manusia Berubah

salam semua





hiperaktif, curiosity yang kuat, pendek, itulah abang key di zaman 90an



ok. sebenarnya aku pun tidak pasti budak depan sekali memang diri aku atau tidak. 90% aku memang rasa itu aku. (gila tak kenal diri) yang pasti belah kanan aku yang pose gedik itu Icad. still contact, still rakan sehidup semati, alhamdulillah. sebelah kiri bersongkok diri tegak itu Hanep. kerek gila amek jurusan nursing dekat kolej aku, tapi aku tegur buat bodoh! ukhwah bro! ukhwah mana? . belakang aku, putih bersikat tepi kemas ala anak-anak cina dalam cerita Stephen Chou itu Capek Bulan. ditambah bulan sebab kepala dia bulat putih yang berseri. minta maaf Capek, ini semua kenangan.(huhe). Still study, di UKM dan seorang skuba diver yang berjaya. aku tidak tipu. dan yang kirii sekali sebelah kanan Icad adalah Hasif. belajar di MIAT, status update dia dekat facebook tak habis habis pasal dota memanjang. sabar jer la. 3 belakang tu aku tak dapat cam muka.


sorry.


baiklah.


dalam kehidupan kita akan melalui pelbagai fasa yang akan mengubah perangai sikap, dan pendirian kita. siapa sangka kanak-kanak di atas akan menjadi seorang yang berjaya? (bagi aku kita dapat hidup sampai sekarang kira berjaya la tuh) siapa dapat agak salah satu dari muka muka atas akan menjadi seorang mekanik kapal terbang? saintis hidupan laut? jururawat? walhal ketika di zaman itu bila masing-masing ditanya kita mahu jadi ahli bomba, askar, angkasawan, doktor dan pelbagai lagi aliran kerja-kerja yang ketika itu kita tidak terfikir pun apa tugas sebenar pekerjaan tersebut.


dengan minda yang comel dan innocent kita akan beranggap wow! jadi bomba. helmet besar! baju merah naik lori besar! weeheuuu~ wow! jadi askar. baju hijau.muka conteng conteng, pegang pistol, pegang machine gun tembak orang bunuh orang. wow! jadi angkasawan. pakai topeng keluar bumi terapung-apung. wow! jadi doktor. selamatkan nyawa. baju putih. cool~~!


itu yang kita fikirkan ketika kecil. dan sekarang tanya diri kita. apakah proses untuk menjawat pekerjaan tersebut. apa perspektif kita tentang pekerjaan tersebut. mungkin segelintir sudah memikirkan kerja bomba dan askar sangat susah dan tidak berbaloi. bayaran rendah, kerja dan latihan yang payah dan seksa, lagi tugasan yang membahayakan nyawa. angkasawan, rakyat Malaysia baru seorang je dapat pergi itu pun tak jejak bulan, so dah mengalah awal awal. doktor? kena bijak pandai, kalau tak bijak pun takpa, kena rajin study jadi pandai. kalau still tak pandai pun takpa, kena ada banyak duit. still boleh belajar swasta. doktor kerja tak tentu. bedah itu bedah ini siang malam pagi petang. tapi yang positif adalah bayaran yang masyhuk, mungkin.


ini lah topik yang aku terfikir sepanjang aku berangan satu hari di bilik aku yang langsung tiada feng shui.bilik aku buat aku sangat malas untuk bergerak. nak kuatkan kipas dari 3 ke 5 pun boleh menangguh! wtf.


bukan walhal kerja. malah lain-lain perihal lagi. perangai dan sikap. seperti aku sendiri yang mulanya hiperaktif, curiosity kuat dan sering mempersoalkan sesuatu. pernah aku berada didalam kelas agama (Aqidah) darjah satu, guru aku mengajar tentang sifat-sifat Allah. and then dia bagi setiap murid sebiji guli, dan suruh sorok ditempat yang paling ceruk kami rasa. punyalah aku lari ke hujung padang bawah pokok nak sorok guli tersebut. patah balik ke kelas. dan kami semua tanya lepas tu apa jadi? cikgu aku dengan cool menjawab : " Guli-guli yang antum sorok tu, Allah tahu setiap celah mana yang antum sorok" . and then semua kelas like woooahhhhh soo cooool.. tanpa apa apa bantahan, dan aku penuh curiosity tanpa banyak fikir dan penuh kecomelan lagi innocent bertanya, "camnew nak tawu Allah tawu guli tuw kat manew muallimah?" 'w' tu untuk lebih kecomelan..kot. tak ingat apa yang dijawab tapi yang penting pengajaran dia itulah pentingnya kita harus ada kepercayaan. kita akan ada pegangan. kita akan ada matlamat.


dan contoh lain seperti Icad. yang sekarang macho, casanova, pemain futsal yang gerek, penuh life sana sini. siapa sangka dulu dia cumalah kanak kanak hingusan yang manja. ya, Icad, dulu kau manja, kau bongsu.


aku ingat lagi ketika darjah 4, dia berkata kat aku "azzam, aku lantik kau jadi kawan baik aku" i was like huh? time zaman jambu fikir apa. "okeh! jom icad! kita kawan baik!" bermula la setiap perjalananku icad akan follow. tak kira ke tandas ke, ke kelas lain ke. dia folllowww~~ je. dah macam sidekick aku pula kan. ada satu masa pelajar perempuan semua sibuk mengorat aku , Icad dengan tebal nye sound. "diam la banat!" and then diorang tak puas hati "asal azzam bising boleh?" Icad dengan coool nye jawab "biar r! dia kawan baik aku!" weeeheheheheh~~ comel gila kan. sorry Icad, ini semua kenangan. weekend belanja shisha. tenkiu.


dan walaupun jarang dah lepak bersama. kami still contact. aku dah anggap dia kawan sehidup semati( kenal dari darjah satu kot~). dia ada komitmen dia. aku ada komitmen aku. itu kehidupan. kita akan tetap harus jalan di landasan yang ditetapkan.


dan lihat kami sekarang. aku, abg key, dolah, telah menjadi seorang yang tak malu dan poyo dengan menggelar diri cool, sensasi lagi awesome dan selesa dengan perangai ini. malah ada yang kata aku sombong, kerek dan macam - macam. langsung tidak comel seperti dahulu. Icad pula telah menjadi seorang gentle, romantik, sentimental dan bab bab menolong kawan dia paling laju. sebab itu banyak perempuan suka lepak dengan dia.


memang tak boleh agak masa depan masing masing. manusia memang sering berubah. kerana kita sering lupa. kita sengaja lupa. malah ada yang mahu lupa. kita lupa asal usul kita. kepercayaan kita. matlamat kita. kerana itulah kita berubah. untuk berjaya dalam kehidupan ini kunci dia satu je. kepercayaan. kerana kepercayaan membawa kepada pegangan iaitu pendirian diri, perspektif diri. lalu membawa kepada matlamat dan cita-cita kita.


kalau kalian membaca nukilan ini dengan khusyuk, apa kata dok pikiaq sat kalian sedang berbuat apa. are you on the right track of achieving your dreams? atau masih belum menentukan haluan hidup? kalau belum, ini kerana kamu masih belum mempunyai matlamat, kamu masih belum mempunyai pegangan. kamu tiada kepercayaan kepada diri sendiri.



ini semua kerana kamu telah melupakan diri sendiri.



teehe!


calu


Aug 24, 2010

Random Repek :3

salam semua

apa khabar?


ceh. bajet cool lak aku.


pemikiran otak pagi abg key ini bermacam-macam: sahur. paper e-commerce(6 jam lagi!) practical training. parkour. yui. girls generation. facebook. celcom. dan lain lain.


aku tak tahu nak bertulis tentang apa sebenarnya. tapi jari aku terasa ingin menari-nari pulak.sangap.


aku masih excited kaw sat tentang kamera baru. Canon 550D. :3 . walaupun aku goyang kaki time diorang cari duit. terasa macam a part of it lak. haha. stender member~ :3
dan ya, the pussy face..( :3 ) ...amir buat aku addicted dengan the pussy face. dem.! :3 so aku selaku producer yang kickass, sedang memikirkan bermacam jalan cerita untuk dirakamkan 550D tuh. muehehehe! kalah produksi malaysia wa cakap lu. otak aku ni kreatif gila babi. takut diorang tak faham lak. haih~


futsal...dalam memantapkan lagi ground moves aku dan mencari finishing yang elegan, aku semakin gilakan futsal. dulu seminggu sekali sehaja. sekarang setiap kali buka, makan sikit je, nak jaga perut. takut berat. heh!!


segala kerja coursework selesai. lega gila babi. segala tensi berubah menjadi belon helium terbang ke langit entah ke mana. awesome. lepas ni nak jaga hubungan dengan family pulak. especially bapak dollah. daddy, bibik dah lari, mesti daddy perlukan dolah di rumah kan?~~


bila bercakap tentang problems, aku mendengar luahan abudi.

"OH UIA! aku nak berak takde air!"

luahan rap tuh! cuba kita baca balik.

"ohh you ai airrrr,
aku nak berak takde airrrrr"


ketika sedang gedik stalk tentang bermacam jenis luahan tension pengguna facebook, pertama sekali aku fikir, "faking emow this kid is?" and secondly, "why is he so emow?" membuat aku kepada satu penjelasan..


this is because, when someone shitting out their problems, before this, they had a kickass life. seperti aku. sebelum aku menjejak kaki di kuis, i had a fineee life. my parkour mates, family, friends and such. bila perkara baru yang menghadiri kehidupan kita, kolej, studies, works, its hard to deal with it. that's why sometimes we'll be pissed off. perasaan itu akan membawa kepada kreativiti jari kita untuk ketak ketuk di facebook atau blog. mungkin kita akan bersyair:

"oh uia, aku nak berak takde air..."


atau membuat sebagai hiburan

"bab2 game orang, bapak dolah no. 1!"


mungkin straight forward

"kemak la...saper curi baju aku...meh sini aku blasah bapak die...."


atau mungkin juga sebagai kata nasihat berinspirasi

"hari ini sangat berat ujian. mak ayah nak pergi mekah, saye masih demam, assignment pun tak siap2 lagi...huhu..moge2 hati tetap tabah menghadapi liku2 kehidupan.chaiyokk!"

.

setiap orang ada jalan penyelesaian masing-masing. tidak kisah.


*alarm ibal lembu ni dari tadi bunyik,tak bangon2. bapak annoying!*


kerana kita manusia ada masanya akan merasai detik-detik kegemilangan tersendiri. kenangan-kenangan yang sweet. bila terfikir kita akan senyum2 pussy( :3 ). kemudian kita akan merasai detik-detik takde air, kejar deadline, work pressure, bibik lari, mak bapak pergi mekah, kasut hilang, takde duit,tayar bocor, kena lempang, well, we just have to hang on. macam aku. paper final sat lagi, rilek.tak tido. tak study. mungkin aku give up? atau confident tinggi? carry mark full? who knows? :3


dan always remember, 'sesusah mana kita berak, bila dah ceplop, kita akan lega!'. kuis menemukan aku dengan life baru, perspektif baru, lecturer2 yang naughty, orang2 yang sissy, member yang kickass, korchi ozawa, aaron aizad,man tiger,justin budean, fud gemok,bob kurus, man tiger, zarep bajet kaper, uze osbourne, afie bboy, hujan , fuzukun, ali satu tangan, ali patah tangan, arip lawak blur, wan freestyler, muaz jonas(sekarang dah rebonding weh~), ibal lembu(setan), nasih kawad sampai hitam, ketua farid, acap tue, syakir kuis, husaini budak tue, aji tokan movie, the nigga brothers....yang girls, aku tak nak tulis. kang tak sempat ambik paper pukul 9 nanti.


walaupun aku lega dengan semua work yang selesai. study yang hampir ke penamat, itu bukan bermaksud perjuangan aku sudah selesai. perjuangan kita di dunia tak pernah selesai selagi nyawa di badan. lepas ni, rasanya aku tak tahu nak tulis sebab apa sebab dah nak habis study, so dah takde aset, kekurangan inspirasi :3 . tapi, kita lihat time practical nanti. confirm ada shit punya.


nak sahur dah.


calu.

:3

Apr 4, 2010

Ta'aruf

salam semua


its 4 in the morning...and im blogging in a serious mood...lame. haha.


kau orang ada kawan tak? beribu-ribu kan? kalau dikira kawan dari myspace, facebook, friendster, twitter, dan so on...fuh..banyak. kan? dan hembuslah nafas bangga dengan berkata "yeay, im so hot~"


baiklah. apa yang aku cuba ketak ketuk di sini adalah melalui tema persahabatan. sejauh mana kita kenal kawan kita.


pernah aku bermonolog pada diri aku. banyak mana budak kenal ko ni dolah? jorg betul betul kenal ko dolah? ko kenal tak diri ko dolah?


kadang kadang aku terfikir. siapa sebenarnya kawan sebelah aku ini. bergurau kasar dah hampir dua tiga empat lima tahun, but i don't fuckin know about him, at all. ayah dia kerja apa? dia ada berapa adik beradik? dia dulu sekolah mana? apa sejarah dia?dan as a round up, siapa dia sebenarnya? (ceh, macam citer spiderman la plakk)


secara sedar atau tidak, kita berhubung dengan manusia (berkawan) melalui pelbagai landasan dan sebab. pelajaran, minat, social life, facebook, pekerjaan, dan lain-lain.


for example.

dalam pelajaran, mungkin kita akan kenal seseorang itu sebab berada di kelas yang sama. ditakdirkan group assignment yang sama. so kita akan bercerita tentang study je memanjang. setiap kali berjumpa, " kerja dah buat?" "assignment dah hantar?" "bilik cikgu kat mana?"


dalm minat ; contoh paling senang mungkin dalam parkour. kita berkenalan dalam forum, bincang itu ini, bincang skill itu ini. bila berjumpa, less talk but more jumping around. kalau nak basah sikit mulut, "eh, ko boleh buat double backflip tak?", "weh cane nak buat gainer r?" or anything related to parkour.


dan facebook, lain sikit.topik sembang fleksibel dan berbagai, but still ia tak membuktikan yang kita kawan yang saling kenal mengenali luar dan dalam. tetapi hanya berkawan dalam facebook. kawan di atas landasan saling bekerjasama memperbanyakkan bilangan komen masing2. nak comel sikit letak simbol smiley hujung2 ayat, XD, :P, :), dan lain2. bila berjumpa depan2, diam tak terkata. cakap sepatah jawab sepatah, nak buat comel tapi muka pecah, layan handphone masing2. biasalah, lain pendekatan, lain penghayatan.


dan bila fenomena ini berpanjangan, kita akan secara automatik meng-apply satu peribadi khas untuk kawan kita. we'll see our friends the way we wanna see it. kita akan assume yang kawan kita ni macam ni orangnya, macam itu, macam blablabla.


secara tidak langsung, bila perhubungan ini mahu naik satu level, dari kawan sepelajaran naik ke kawan selepak, kita akan nampak perkara baru dari kawan kita yang kita anggap sudah kenal dua tiga empat tahun itu. kita melihat dia dari perspektif yang berbeza. dan mulalah kita melatah " tak sangka kau macam ni kan...." "fuyyo...rupanya ko macam ni ekkk..." "apasal ko makin mengade-ngade r? " kau dah berubah doe...." "poyo sial ko.." dan lain lain yang berkaitan mengikut situasi masing masing.


aku pun pernah menghadapi situasi ini. aku yakin kita semua pernah. bila kita rasa kita dah kenal dia, tetapi sebenarnya dia bukan seperti itu, kadang kadang memang susah untuk menerima. tetapi memang hakikat, kita secara realiti, masih tidak tahu apa apa mengenai dia.


seperti baru baru ni, aku lepak berdua dengan housmate aku. gurau dah memang kasar. gelak2 sama memang dah gila babi gelak. tapi bila kena tempat, kena masa, kena feel, bercerita perihal masing2...wah! aku duduk dua tiga sem dengan kau, tak sangka lak kau macam tu dulu! ; aku langsung tak tahu sejarah dia. ketika itu baru aku tahu ayah dia kerja apa..dia ada berapa adik beradik...walhal kenal dah lama dah. jadi ketika itu aku mengambil kesempatan untuk mengenali dia lebih mendalam. secara tak langsung, hopefully kita akan berkawan dengan lebih baik. insyaAllah.


dan aku pun masih banyak lagi tak tahu perihal kawan2 aku yang aku sudah anggap cukup rapat untuk digelar kawan sehidup semati. kita semua akan melalui proses ta'aruf ini dan persoalan nya apakah ia akan mengambil masa yang sesaat cepatnya atau bertahun lamanya?


dalam dunia ni ada banyak jenis orang. ada yang mengambil masa seminggu je untuk kenal, ada juga yang mengambil masa bertahun lamanya. dan ia juga bergantung kepada daya berani kita sama ada mampu atau tidak untuk meningkatkan lagi level persahabatan kita. apakah kita hanya akan dikenali sebagai kawan sekelas, sekerja, facebook untuk selamanya atau kita akan menjadi kawan sehidup semati?


calu

Mar 22, 2010

Sedot

salam semua

waktu ini aku berasa gembira. walaupun perasaan gembira tidak setahap gembira yang sebelum ini, aku tetap bersyukur. ini semua hikmah Allah yang memberi kita ujian, penat lelah tension kehidupan, kemudian kita diberikan kegembiraan, kita akan berasa bersyukur.

aku ditemukan semula kawan2 lama yang pernah berjuang bersama menghadapi kehidupan suatu ketika dulu. duduk bersama bercerita kisah2 lepas, mencungkil kembali memori2 yang sudah kian, membuat aku senyum terharu.

semangat inilah yang membuat aku terus tegar untuk hidup.

kadang2 aku berasa bersalah juga sebab menaruhkan motor2 kawan aku hanya untuk mengecapi perasaan ni. aku tiada kenderaan. dan tangunggjawab untuk menjaga motor kawan aku, kalau rosak hilang, mampos haih~

dan terima kasih Allah memberi aku antibodi yang kuat. setiap minggu ulang alik redah hujan tak demam2. hoho~

ada sesekali masa aku bertanya kepada diri aku. apakah kejayaan yang telah aku kecapi setakat ini? kepada diri sendiri, keluarga atau agama. aku menjadi keliru.



(?)



aku bertapa..beramal. dan memahmudahkan diri seketika



dan aku berjaya menyelamatkan diri daripada ketakutan tersebut.



jelas sudah tujuan aku, tanggungjawab aku. keluarga, sahabat, pelajaran, parkour, cinta dan sebagai salah satu nyawa yang hidup di bumi. persoalannya sekarang sejauh mana mampu aku pergi, setakat mana aku akan berhenti. dan apakah aku akan terkeliru sekali lagi?

dan aku bersyukur. sekali lagi.

ada suatu malam. aku set kepada diri aku, malam ni, time lepak, aku tak nak sembang yang sia2!

malam itu berjalan dengan lancar~

aku mendapat pengajaran, inspirasi pada malam itu. terima kasih kawan2~

tanya pada diri kita.
apakah kejayaan yang bermakna pada diri kita yang telah dikecapi?
apakah kita gembira dengan gaya hidup sekarang?
apakah cita2 dan impian terlaksana?
adakah kita akan menyesal dengan cara hidup kita jika mati sekarang juga?
adakah kita sedang berusaha dalam mengecapi cita2 kita?


jangan kau sibuk bercerita zaman kegelimangan yang lepas jika kau sekarang adalah seorang yang gagal.

manusia yang berjaya adalah manusia yang bermatlamat.

manusia yang berjaya adalah manusia yang berusaha mencapai matlamat.

"live with no regrets. its never too late to start"

hoho. aku semakin semangat untuk hidup.

k nak tido.bye


calu

Jan 12, 2010

'Cool'

salam semua

orang kata bila aku umur 50 lebih nanti aku akan jadi seorang yang tua kutuk

(?)

sial ko siddiqhead. aku syahdid kot.haha!


baiklah.nukilan kali ini tentang perasaan. permainan perasaan manusia yang sering tak tumpah dengan cuaca malaysia. kejap panas, kejap hujan.


ketika bercinta, kononnya saat bunga tengah mekar, kalau boleh mulut kita semanis madu. kalau boleh penggunaan kata ganti diri pertama dan kedua tidak digunakan. sebolehnya mencipta kata ganti diri yang sendiri mengikut kreativiti masing2 : 'sayang,bi,mucuk,nenek,muncit,gemok' dan lain2 lagi. sigh~ remaja, nowadays..hah!


tapi,


kalau bergaduh mengalahkan cerita troy. lidah pisau berusaha menikam hati pasangan masing2. otak diperah-perah memikir ayat nak menang. habis madu disepah buang bak kata bapak dolah. <-- hey!bapak dolah! kalau boleh masing2 menggunakan ayat sekeras-keras tulang. "weyh, ngko ni kan..! &^$#@!!" bukan guna sayang sudah, bukan hubby mahupun nenek, atuk muncit dan sebagainya. tetapi 'ngko'. bukan 'kau', atau 'ko', tapi 'ngko'. <-- sebutan dia 'enggggko' kononnya nak menunjukkan sekeras-keras perasaan time tuh.


tapi.


bila hujan dah reda. pipi dah masin. baru tegar balik. mula la wusha handphone masing2. menunggu pujuk rayu olehnya. kali ni pertandingan ego pula. selalunya siapa yang paling cepat mengalah? laki ke pompuan? dua2 samo jo. kemudian selepas menyibukkan diri dengan menaip status di facebook, myspace ataupun yahoo seperti : "argh...tension!!" , "i dont believe in love anymore" , " sial punye jantan!" , "awek aku menyusahkan" , "thinkin of being lesbian.." dan macam2 lagi.


tiba2.


"mail mothafucka!" <-- ini ringtone sms


melonjak-lonjak ke handphone dengan harapan setinggi 7 petala langit mesej tu dari tersayang. tapi, " mak suruh pergi beli sayur bayam" . orang kata keadaan ni sebagai 'wrong timing' tengah frustasi, ada pulak hal lain. balik2 dibeli bukan bayam, tapi kacang panjang.


sekali lagi.


"mail mothafucka!" <--ini ringtone sms


kali ini memang dari awek/balak korang. "finally i realise, i'm nothing without you, forgive meh~" <-- ini lirik opening lagu Bing Bang - Haru Haru. cuba dengar, baru feel sikit~ orang tu pun maafkan : "jom dating!" esoknya pun gi dating. buat dosa sikit2. geli sikit. happy2. esok2 keadaan sama berulaaaang lagi on and on. tak letih ke?


manusia. perasaan manusia. kadang2 memang tak dapat dikawal. sekejap suka sekejap gaduh. sekejap nangis, sekejap gembira. bila putus cinta, cari baru. bila pulau kawan, kawan balik. bila tumbuk kawan, kene tumbuk balik.


semua ni boleh dielakkan kalau kita ada kesedaran yang tinggi dalam diri. atau, korang kene cool je macam aku. tengok aku, orang kutuk aku, selamba adab je. wat doh. sakit memang sakit, tapi kita kena sabar la kan? bila2 nanti Allah boleh tolong balaskan.


pernah ada satu masa ni. (biar aku cerita sikit pasal kecoolnessan aku) aku lepak2 layan angan2. sekali membe2 ingat kita sasau mana, dia ngumpat2, kutuk diri aku. takpe, aku rilek, walaupun perasaan time tu agak membara. nak diikutkan aku nak tapak je muka dia tuh. tapi aku suka memainkan peranan buat bodoh dalam hal2 macam ni. sebab keganasan hanya dilakukan oleh orang yang malas berfikir. jadi aku rilek, tapi oleh sebab agak kecil hati dengan dia, mungkin attitude aku kat dia lain sikit. mungkin nak bagi dia rasa bersalah sikit lolo. tapi, mulut aku diam, senyum. hari demi hari berlalu. mungkin ketika itu aku sudah lupakan atau maafkan dia. tapi kemudian, dia buat benda yang sama lagi. menghina. tapi aku, coooool. relaks and still kickin! happy go lucky. di pandangan mereka. tapi di hati, hanya Allah yang tahu. then aku sedar, kalau dulu dia sakitkan hati aku,pastu aku dah sepak muka dia macam mana perhubungan dia dengan aku sekarang? dan bila aku buat bodoh, peredaran masa yang memaafkan dirinya. dan sekarang, apabila dia buat lagi? *berfikir* haha. buat bodoh ajalah. biar masa yang memaafkan dia dan Allah yang menentukan. soo cool kan? mungkin ada dikalangan korang yang baca pike aku menggelabah, atau riak, atau bajet, aku beritahu awal2 korang berfikiran sempit. dan korang memang memang sempit kalau still tak faham kenapa aku cakap korang berfikiran sempit.


oh ya. ade 3 4 call dan sms tanya aku pasal post bawah ni. kejadah dia wey! aku cuba menulis keadaan sambutan tahun baru zaman sekarang ni. bukan aku la. vavi.
Master Inspirasi mesti cakap : "kamu gagal menyampaikan mesej, saya fuckin kecewa!"



calu

Dec 16, 2009

Baru Bangun Tido

salam semua


mukaddimahnya, biar aku berterima kasih kepada pembaca semua kerana masih lagi bersama blog aku yang serba cool ini. kalian awesome, macam aku. iyalah, tanpa apa-apa nukilan, masih lagi bertambah bilangan stalker2 aku. thanks y'all~. ada satu masa ni aku tengok follower aku sampai 77...DOUBLE SEVEN baii. cantik nombor itu, kan?


aku masih sihat, cool dan awesome. masih lagi bersama Sunny kesayangan. tiada apa2 yang berubah. aku cuma sangat sibuk dengan life aku...mungkin ini ayat yang paling sesuai untuk mencerminkan diri aku sekarang bak kata mereka : " ya lah key, ko dengan life kooooo je" . 'ko' panjang2 tu loghat orang bandar sri putra.


aku sibuk dengan pelajaran aku. keluarga aku. kawan2 aku. Sunny aku. kerja aku. parkour aku. Sunny aku(?)...senang kata aku sibuk....tidak, aku tipu. yang sebenarnya aku cuma sibuk study komik One Piece dari episode satu sampai latest(500++). dan juga sibuk dengan Sunny aku.


ketika membaca komik, aku terfikir, bagaimana seseorang itu terlalu taksub, addicted dengan sebuah cerita yang tidak wujud? kenapa aku suka sangat? kenapa mereka sukeee sangat? sedangkan cerita2 tersebut hanyalah ciptaan manusia yang juga mempunyai daya fikir seperti kita semua. kenapa la aku sanggup duduk melecetkan punggung berjam2 di hadapan komputer hanya untuk komik One Piece? kenapa juga mereka menangis menonton drama2 televisyen? ini kerana manusia suka berangan! kita angankan perkara yang peratusnya sangat kecil akan berlaku dalam hidup kita. kita berangan nak menjadi sebahagian dalam cerita tersebut. dan apabila angan-angan ini didokumentasikan melalui gambar,komik, mahupun tv video, sedikit perasaan kepuasan itu yang membahagiakan, menyentuh hati kita.


mungkin aku bukan watak utama di dalam pentas lakonan dunia ini, tetapi aku mampu melihat watak2 di sekeliling aku. sedar atau tidak, realiti kehidupan kita kadang2 ada sama macam dekat tv. aku bukannya Adam yang memiliki Nur Amina mahupun Aidil yang alim warak.aku juga bukan Zorro yang boleh bercakap sambil menggigit pedang. aku bukannya Makio, yakuza kuat tapi bodoh bendul.


aku cuma aku.kita adalah diri kita. manusia yang punya akal fikiran.



dan filem hidup aku ini diberkati dengan dikelilingi oleh watak2 yang mempunyai pelbagai ragam dan macam di mana kewujudan mereka membentuk peribadi aku. ada yang party people, ada yang tukang menghangatkan suasana, ada orang kedah, ada yang cool(aku), kereta kancil, gen-2,ada taik lalat dekat hidung,kaki techtonik,tukang parkour, ada yang pendiam, bijak pandai, keling,awesome(aku), rempit, ada yang tukang bahan, ada yang dibahan, kaki gossip, kaki perempuan dan macam2 lagi.


kehadiran mereka di dalam hidup aku merupakan satu rahmat yang aku terima dengan penuh kesyukuran. tanpa mereka, hidup aku tidak sebegini.



tetapi di sebalik kerahmatan, ada juga masa2 buruk.salah faham, kawan makan kawan, kawan pulau kawan, mengumpat, caci maki, bergaduh dan macam2.


ada antaranya berbaik semula, ada antaranya berbaik tetapi tidak mungkin seperti dahulu. dan ada juga yang putus langsung tali persahabatan dimana hukumnya haram di dalam islam. haram sebab apa, apa dalil dia aku tidak ingat, yang aku tahu berdosa.



kita dicipta sebagai manusia yang mempunyai daya fikir. fikiran seharusnya dimanfaatkan dengan berfikir bagaimana untuk meluaskan pemikiran.(?)


cuba bayangkan apabila kita menonton sebuah cerita drama. untuk lebih jelas aku bagi contoh drama jiwang yang bertajuk: 'Nur Kasih 2'

nak diringkaskan(sebab aku dah letih menaip, dah lama tak taip panjang, stamina kurang :P) sepasang kekasih mesra, nama dia Azzam dan Nur Amina. mereka makan sama2,saling senyum malu2, geli2 sikit, adegan romantik, background music pun layan..everythings going well. esoknya, kita tengok scene Azzam menunggu Nur Amina dekat tasik, semalam tak puas date, esoknya nak lepas rindu. dalam masa yang sama, Nur Amina pulak kebetulan pulak lupa nak amik dobi. jadi dia terpaksa lambat. Azzam tu tunggu punya tunggu tiba2 datang seorang awek. shot kamera dari belakang mungkin kita tengok tu macam Nur Amina. tetapi tidak. (unsur2 dramatik, aku berbakat buat filem kan?) awek yang datang kepada Azzam itu sebenarnya bekas kekasih Azzam yang breakup 3 tahun lepas hanya kerana Azzam time itu tersalah peluk perempuan dalam wayang time tayangan perdana cerita hantu. dan kini awek tu belajar di Mesir dan sedang bercuti semester. apa lagi, balik Malaysia la kan. so Azzam terserempak dengan ex dia. time dua2 tengah kaku mengflashback memori2 indah 3 tahun lepas, sambil kamera amik shot 360 darjah mengelilingi mereka, tiba2 ex Azzam tu terjatuh tangga. untung belajar parkour, Azzam punya reaksi power, dia sempat selamatkan ex dia. dalam pada masa yang sama, Nur Amina datang termengah-mengah kerana sedar dia sudah lewat sejam. tiba2 dia tengok Azzam sedang memegang(nampak macam memeluk) awek tersebut. Nur Amina sedih, dia berlari dan menangis. walaupun menangis dia tetap nampak cun.


-------


korang yang menonton pun berkaca-kaca mata gigit baju kesedihan. pastu korang buat apa? mesti jerit2 "salah faham la siol!" kan?mesti tak puas hati kan?


begitu juga di dalam kehidupan kita. apabila kita nampak sesuatu, dengar sesuatu, perkara yang buruk, perkara yang mampu mengubah sesuatu perhubungan kita dengan kawan mahupun kekasih, don't just jump into conclusion and think its over tanpa sebarang penjelasan dari orang tersebut. tak rasa macam salah faham ke? cuba kita berfikir semula, memahami situasi dan bukan terikut2 dengan kata caci maki orang lain. kita ada kepala sendiri, fikiran sendiri. oleh itu anggapan orang lain terhadap orang lain tidak semestinya sama seperti anggapan kita. kadang2 apa yang kita boleh buat cuma duduk berbincang dengan orang itu dan memahami situasi yang berlaku.


kalau terdapat ketidak puas hatian, berterus teranglah kepadanya. jangan mengata belakang. sedar tidak sedar perkara ini mempengaruhi sang telinga yang mendengar dan mereka pun mengiakan je.


pernah tak rasa, kawan yang selama ini kita anggap nakama (ceh!pfft!) atau seorang yang dipercayai, tiba2 kita mendapat tahu dia mengata belakang kita, menikam belakang kita, tanpa kita langsung tidak tahu apa sebabnya, dimana salahnya.. apa perasaannya?

....


sakit kan?



calu



jantan2 sekalian ayuh kita angankan Nur Amina!

Nov 6, 2009

Hemo

salam semua

dalam keadaan emosi bercelaru bersama keadaan badan yang tidak beberapa sihat (batuk2 dan demam). dan juga bau badan macam bau ketiak orang gemok. ingin aku cuba merekodkan apa yang terlintas di dalam hati aku sekarang ini.


entri kali ini mungkin agak berperasaan...perasaan laki la. tak bunge2 macam pompuan.



pertamanya, aku nak cakap kolej aku teruk. teruk gila babi. apa nak dimegahkan aku pun tak tahu. selain connection internet yg pasang surut macam laut, bangunan asrama baru yang takde air. setiap sorang bayar ribu2 ke mana sumer tu? tempat parking berbumbung rektor? woott. lama2 aku semakin ragu2 dengan pilihan mak ayah aku masuk ke sini. dari situ kamu semua tahu aku tidak memilih tempat ini dengan sendiri. intitusi pembelajaran aku sepenuhnya ditentukan oleh mak ayah aku. aku tidak ingin mempersoalkan mereka, kerana sebagai anak, kita wajib mematuhi walau dengan apa cara sekalipun. jika tidak, kita hanya mendekatkan kita dengan perang armageddon. yerp, im halfway through the book, Perang Armageddon : Kedatangan Imam Mahdi.



tak tahu kenapa aku taksub benda2 macam ini.



tetapi apa yang aku ingin mempersoalkan, kredibiliti sesuatu kolej itu sehingga bagaimana mereka boleh mempengaruhi pemikiran mak ayah aku untuk menghantar aku ke sini. mungkin tidak lain tidak bukan, dengan nama Islam. kolej dimana mentarbiyah mahasiswa nya mentauhidkan diri ke jalan Allah dan sebagainya. aku tidak pandai bermadah agama. cukup asal korang paham.ok. aku turut. darjah satu sampai tingkatan lima sekolah agama, apa salahnya IPT kita agama kan? hampir dua tahun aku di sini, sejujurnya tiada apa2 yang melambangkan mereka yang kononnya mentauhidkan itu ini. cuma apa yang aku nampak, sebagai cukup syarat mewajibkan usrah ke atas semua pelajar, mengasingkan tempat makan laki dan perempuan dan...tak tahu, mungkin mewajibkan penutupan aurat? apa yang aku cuba sampaikan, apa yang aku lihat kolej aku yang Islam nya hanya di sisi undang2 peraturan. bukan dari segi penghayatan dan juga suasana.


aku bukan nak bajet bagus, sebab antara evil dan baik aku mungkin evil sikit. tapi macam mana mereka ingin membaikkan pelajar2 yg notti2 seperti aku sedangkan pentadbiran yang lemah? politik wang? wah..macam tengah bagi speech pilihan raya nih. pekerja2 yang kita bayar mahal2 semua tu lebih kurang ajar. mintak tolong dicaci maki. sengaja tak letak subjek supaya kita kena buat proses add/drop supaya dorang dapat duit daripada bayaran proses add/drop. macam mana pelajar2 semua tak naik hangin. pecah itu pecah ini. kene saman memanjang. duit hilang memanjang. dah tension mesti rebel. dah kena saman, mak pak marah. macam ni ke blaja agama?zupzapzupzap. bagi aku, mana2 kita belajar, kolej itu tidak melambangkan siapa kita. kita yang melambangkan bagaimana sesuatu itu kolej.



air takdo lagi nih..badan da gatai nih....butoh pak ang!!



sekarang aku sedang emo dibilik sorang2. membe aku ajak makan, aku tak pi. takda duit. ntah kemana hilang aku pun tak tahu. ada rasa sikit terkilan perasaan bila memikirkan kawan2 aku nih. bermacam ragam aku lihat, aku rasa. mula seorang ni terkedu, kena kutuk2 membe sendiri. dia takleh buat apa2. mmbe dia lak langsung tak sensitif tak kenal erti had. aku tak boleh buat apa2. its up to him how to deal with it. ada pulak membe pindah. pindah kolej. sebab apa aku pun tak tahu. agak sedih dan keliru kerana dah sampai sem 4 ni baru nak chow. kenapa tak blah dari sem 1 lagi? tak de la hilang duit bayar mahal2 kolej fuck ni. lagipun kalau time sem 1 aku tak sedih sangat, kita tak rapat lagi time tu. wuuuu. mula2 aku tak nak percaya pedon dia nak pindah. sebab dari sem 1 dia kata nak pindah situ. pastu sem 2 ada lagi. pastu cakap lagi nak pindah lagi. setiap sem kata nak pindah. tak pindah2. aku naik lali. tapi, nampaknya doa kau menjadi kenyataan juga kan Iman? ada pulak kawan yang naik berang dengan aku. tak tahu, naik bengang ke, touching ke, ape ke..aku tak tahu. aku tak tahu apa aku buat, aku tak tahu asal dia jadi macam tu. lantak dia lah. apa yg aku things will never be the same as before.


oh ya, aku sem ni dapat projek video. tak tahu la movie or video ke pe...papehal aku nak buat pasal parkour. harap2 dapat guna kamera besar gampang tuh pastu edit guna apple mac mnde tah skrin besar gila babi. so harap2 dak2 parkour dapat bekerjasama. wooho!


sekarang ni..aku nak berak. tapi tak de air. KUIS babi!




sekarang ini dak2 tengah rebel bakar mercun banyak2 : "nak air nak air!"



penutup entri sudah : aku baca balik apa yang aku tulis ni, pertama sekali aku fikir, gampang bodoh betul penulisan nih. mungkin ni la sebab nye orang cakap jangan blog time emo, atau hakikatnya aku nak lari dari kenyataan aku dah lama tak menaip? walau pape pun, bak kata siddiq dari post terbaik nya yang dulu.. life is about ups and downs. kita sedih ada orang gembira. kita gembira ada orang sedih. life is full of problems. sehingga pada akhir zaman itu tiada satu masalah dapat diselesaikan, ketika itulah kiamat menjelang. takde kaitan langsung ayat aku ni..ah, mampos.



sekarang ni tunggu connection ada, baru post. yerp, notepad FTW~

Jul 30, 2009

Nukilan Ini Untuk Polan itu Polan ini

susah. susah betul nak berkawan. dem




mungkin tidak pernah wujud. mungkin aku yang syok sendiri





mungkin juga diri aku yang lemah




salam semua. hai apa khabar.




aku suka berkawan. sebab tu ramai kawan. banyak geng. line2 aku bersepah ke hujung utara sana. abang adik aku.....isssh. tak nak taksub. haram jadah mane suka hidup sorang2? emos? emos pun ade geng emo sendiri jugak.cuma bila perasaan ' ini-lah-orang-boleh-buat-contact-kalau-bosan' itu hanyalah harapan palsu semata-semata.... kecewa juga kan? aku bukan men cakap kat sape2. cuma inilah perasaan aku. dem. touching kuat malam nih!



memang seronok lepak ngan kawan kawan. panjat bangunan sama2. sembang kosong. ngorat awek ramai2. tolong balutkan rokok. itu sebahagian dari life bukan? aku gembira. mungkin cara gembira aku unik sket. diam tak bermakna aku tidak suka. cuma bila dikira dalam hal aku ni, aku seorang yang bila dalam berkawan, aku perhatikan dia dahulu. perangai dia, perlakuan, sejarah kehidupan. sebab aku suka mengagak sama ada seseorang itu layak digelar sebagai kawan sehidup semati. atau dalam erti lain orang tu boleh buat kawan sampai tua. boleh buat sembang dengan isteri masing2 di bawah bumbung di rumah tepi pantai barangkali. ada atau tidak aku tak nak sebut. korang syok sendiri aje lah mengiyakan yang ko ni salah satu dalam kumpulan tersebut.




terkilan agaknya bila seseorang yang kita anggap kawan baik, yang telah kita kongsi masalah sama2, perkara yang kita berdua sahaja tahu, yang memang boleh buat minum kopi sama2 bila dah tua di tepi pantai tadi tiba2 mengecewakan kita. belum tua lagi dah buat hal sendiri. mungkin hal nya seperti sudah ada geng yang lain, atau terlalu sibuk dengan komitmen kerja dan lain2. mungkin salah kita sendiri menganggap dia 'he's the one'. macam gay la pulak..



tension juga kalau, (kalau ok), contoh, kawan rapat yang selalu bersama tapi masih tak faham dengan keadaan kawan yang lain. mungkin dia akan membuat conclusion syok sendirinya lalu menyebarkan pemahaman dia kat orang2 lain. lalu terjadilah silap faham dan mungkin juga akan jadi kejadian pulau memulau. mungkin orang tersebut tidak berani untuk bertanyakan hal sebenar. atau mungkin dia terlalu malas untuk berusaha mencari kebenaran. dengan ini terjadilah jurang persahabatan yang semakin menjauh. sehinggalah suatu hari kelak tiada jambatan yang mampu mendekatkan jarak antara dua darjat tersebut.




itulah. life memang banyak masalah. cinta, duit, kereta, keluarga dan kawan adalah salah satunya.




mungkin juga kadang2 masalah itu terletak dalam di lubuk hati kita sendiri. mungkin kita yang terlalu takut menghadapi kebenaran. mungkin kita yang terlalu mencomplicated kan diri sendiri menyendiri, menyedihkan diri tanpa ada keberanian untuk menghadapi realiti. kita terlalu manja, untuk didampingi, diberi perhatian.


dalam kes aku, ramai juga yang kata (bukan ramai, cuma sorang, yang lain mengiyakan aje sebab malas nak layan) aku ini suka hidup dengan dunia sendiri sehingga orang kutuk aku depan aku pun tak dengar. well man, aku nak jelaskan kat kau. aku nak cakap dekat kau depan2 tapi kau selalu potong cakap aku mungkin sebab kau takut menghadapi kekalahan jadi aku tulis di sini aje kayh?. mungkin nasib baik juga kalau kau baca ini. aku bukan dengan dunia aku sendiri. malah sedar atau tidak , aku sebenarnya berada dalam dunia korang semua. cuma kalau speaker laptop aku tak rosak dan aku tak pakai headphone time layan youtube mungkin kau belum kentut lagi aku dah boleh dengarlah!




calu


si POLAN ini tidak khusus kepada sesiapa. its just a title

Nov 25, 2008

The Old Jambu Days

keyrana dulu adalah seorang yang innocent..

salam semua

sedang sengih2 sendiri melihat gambar2 lama. fufu

Fazan, lalan, mus, zambo, alien,albo, hakim, oyak, olie, nazri, izhar, syamel, ijat, gemok1, gemok2, hazwan, rahmat, hanapi, nazrul, wan, gila, iki, badang, fazi, pojie, najib, pokli, ajim, didi, paan, ali, aman, arep, muhammad, fahmi, asimo, syuk, beruang, husaini, dini dan lain2

di mana anda semua?

ingat tak korang dengan Ustaz Ramly? warden kita yang kalau period mengamuk macam sawan. sebab utama aku pindah sekolah.aku ingat lagi

ingat tak dia pernah belasah Gila macam kena sawan?

ingat tak korang dengan kes Fahmi dan Robek kena kahwin sebab kantoi dating dekat belakng dewan? aku ingat lagi

ingat tak korang dengan kes sekolah kita kena tutup 2 minggu sebab kes keracunan makanan? aku ingat lagi. sebab tokei dia isteri pengetua sekolah lama aku!

ingat tak korang Nazrul bagi hadiah keychain naruto dekat Nama-aku-tak-ingat time jamuan akhir tahun? kesian punya pasal kita pakat ramai2 beli teddy bear pastu buat cabutan bertuah. kita buat2 budak tu yang dapat padahal kita dah set up. aku ingat lagi sebab keychain tu aku punya

ingat tak korang kes hantu kejar Husaini dan kepala jembalang keluar dari locker sebelah katil Rahmat? pastu semua orang pakat sama Hadi suruh azan kuat2 dalam dorm. aku ingat lagi.

ingat tak korang hari pertama kita PMR, cermin pintu dewan kita pecah sebab kena tiup angin? aku ingat lagi sebab aku duduk sebelah pintu tu

ingat tak korang kita pakat belasah ramai2 senior2 Form 5 kita sebab tak bagi main bola? aku baru ingat setelah tengok cerita Crows Zero. budak2 sekolah gangster kaw2

ingat tak korang dengan budak-tak-boleh-sebut-nama mengandung sebab di bang boom oleh pekerja dewan makan?aku ingat lagi sebab budak tu jiran aku!

ingat tak lagi kita suruh Gila fly keluar asrama beli makanan?aku ingat lagi sebab aku masih kesian dekat dia. apa rasional korang suruh seorang budak amik order untuk 15 orang?

korang ingat tak lagi sekolah kita juara takraw?aku ingat sebab perlawanan tu kontroversi gila

Asimo, kau ingat tak lagi kau terdelete gamba2 jamuan Malam 1000 Kenangan? aku ingat sebab itu semua gamba2 dari kamera aku!

korang ingat tak lagi Nazrul gaduh dengan aku hanya sebab aku lambung ais terkena muka dia? aku ingat lagi sebab sebelum tu dia ketuk kepala aku guna pinggan besi. sakit bai!

korang ingat tak lagi aku kena kejar akak2 senior hanya sebab tak mahu masuk team debat B.I dan tak mahu ajar mereka B.I? ya, aku hot dan English aku superb tika itu.

korang ingat tak lagi aku? sebab aku masih mengingati korang!

precious moments should be treasured as your life depends on it. yolah!




calu