Showing posts with label persoalan. Show all posts
Showing posts with label persoalan. Show all posts

Feb 6, 2014

Deep

Salam semua

Memory can change the shape of a room; it can change the color of a car. And memories can be distorted. They're just an interpretation, they're not a record, and they're irrelevant if you have the facts.
Leonard Shelby

Menonton semula filem 'Memento' karya Christopher Nolan menemukan aku mesej terbaru yang cuba di sampaikan olehnya ; mengenai memori.

Memori boleh diubah memori boleh mengelirukan. Oleh itu pentingnya fakta ditulis dan dirakamkan. Itu yang difokuskan di dalam cerita ini dimana Leonard sentiasa menulis nota untuk memastikan fakta baru yang ditemuinya tidak berubah dan tidak dilupak kerana dia tidak mampu membuat memori yang baru.

Dan babak terakhir filem tersebut menunjukkan Leonard mengetahui sebuah kebenaran yang amat pahit untuk dia menerima. Lalu dia membuat keputusan untuk mengubah kebenaran tersebut dan menulis fakta yang diubah itu di dalam notanya. Hakikatnya itu adalah penipuan dan dia sengaja menulis tersebut kerana dia tahu dia akan hilang ingatan selepas itu. Kemudian apabila dia sedar dia akan membaca nota- nota yang ditulisnya dan dia pasti akan percaya tulisan itu. Dia dengan sengajanya menipu diri sendiri.

Dan ini membuatkan kita semua bertanya. Sejarah dunia kita, buku buku yang kita telah baca dan warisi, sejauh mana kebenarannya? Kerana semua benda boleh diubah dengan mudah. Sejauh mana kebenaran sebuah 'kebenaran' itu walaupun ia dipanggil fakta?


calu

Aug 12, 2012

Soalan Kepada Mereka Untuk Diri Sendiri

Salam semua

Sebanyak 3 kali dan selama 3 tahun berturut - turut aku telah bertanyakan soalan yang berwajah sama kepada rakan rakan aku. Dengan niat untuk memuhasabah diri dan juga lebih mengetahui bagaimana tanggapan seorang itu terhadap diri aku. Apakah ia buruk yang harus diperbaikkan, ataupun baik yang juga boleh diperbaikan lagi.


March 17, 2010 : can anyone describe me in one short but cool sentence?


Nana - kau good good

Nuratiq - kau awesome!

Syahirah - you're indescribable!

Bob - poyo

Nana - cntek!

Siddiq - madebitch

Abudi - fucking kuis noob made bitch!

Abu bakar - seorang muslim yang cool

Olie - syaitan?

Qudwah hasanah - you are a muslim

Zahid monday - you are who you are

Iyan - capricious

Nabilah arshad - playboy

Ammar - a dude who sees the world as it is as he provides philosophies about his understanding regarding life but at the same time encounters frequent failures to apply them to himself. Muahahahahah

(ayat diubah suai mengikut kesenangan pembacaan sambil dikekalkan maksud penyampaian)


Dari sini sudah boleh agak yang pada tahun 2010 aku boleh diumpamakan seperti sebuah kapal di tengah lautan yang berombak-ombak. Kadang kala bergerak mengikut ombak yang tinggi dan kadang kala juga hampir terhempas juga dek ombak tersebut. Tidak stabil dan berubah-ubah.


Merujuk kepada respon mereka di atas, ada yang tidak berfikir panjang dan hanya memberi respon mengikut tahap kerajinan mereka ketika itu, ada yang memberi respon yang menarik perhatian aku sebab memerlukan aku google erti perkataan tersebut, ada juga yang memberi respon baik baik dan secara automatiknya menjadikan ia sebagai doa. Juga mustahil aku dapat terlepas daripada respon yang buruk buruk mengikut jenis persahabatan dan tempoh suai kenal masing masing.


Dan aku terima dengan hati yang terbuka walaupun ketika itu respon aku kepada sesetengah daripada mereka agak tahpape. Tapi jauh di dasar hati, sengaja aku percaya bahawa ini lah aku di pandangan mereka. Yang baik alhamdulillah, yang buruk akan aku perbetulkan.


Respon terakhir iaitu daripada Ammar paling menarik perhatian. Walaupun jawapan dia lari daripada arahan soalan ( short but cool sentence) tapi aku terima juga kerana itulah respon yang terbaik ketika itu. Dia berfikir panjang menyusun ayat untuk menerangkan tanggapan dia terhadap aku selama bertahun kita saling mengenal. Menunjukkan kebernasan dan kejujuran dia dalam memperlihat kualiti dan juga keburukan yang ada di dalam diri aku disertakan gelak 'muahahahaha' untuk menghidupkan suasana kasual dan balance untuk statement nya. Terima kasih!


Satu yang buat aku kecewa ketika itu. Awesome sudah ada. Cool sudah ada. Tapi setakat 'cool' dan 'awesome'  rakyat lain pun mampu memikul jolokan itu. Aku menanti statement "you are the most awesome and coolest person i have ever known!" Is that too much to ask??


_______________


Persoalan yang sering aku tanyakan pada diri sendiri ;

Have i been better than before?


Calu

Jun 9, 2009

Bapak Aku Pernah Tanya Dulu Tapi Aku Tak Ingat Jawapan Die, Kalian?

Abu nak beli kasut. kasut tersebut harganya 97r. tipikal abu, dia tiada duit. oleh demikian dia meminjam emaknya 50r dan abangnya 50r. ok. lalu dia membeli kasut tersebut. 100r - 97r = 3r. baki 3r tersebut, 1r abu beri kepada emaknya dan 1r lagi kepada abangnya. hutang abu kat emaknya berbaki 49r. begitu juga abangnya, 49r. ok. nak dikira semula 49r + 49r = 98r. dicampur lagi 1r di tangannya menjadi 99r. mana lagi 1r?




*time aku tulis soalan ini aku baru teringat jawapan die!hehe~

May 22, 2009

Andaikan Masa Dapat Diputarkan Balik,Apakah Yang Anda Ingin Betulkan?

salam semua


oleh kerana petang jumaat yang kering ini aku tiada apa2 aktiviti untuk dilakukan, aku membuat keputusan untuk bersoal. ya, nukilan baru! ini juga kerana aku lihat aku semakin tidak produktif dalam menghasilkan nukilan2 yang membuat orang berfikir sejenak. banyak syok sendiri dan sia2. bukan apa, kang 'si budak tu' fikir aku buat post yang mengarut hanya untuk menambahkan bilangan post. and that's not me. sebab aku ini berpegang pada satu prinsip dalam blogging, 'kualiti dari kuantiti' ha...hemo2!





kejap, petang ni mandi pool! kene taip laju2 !




baiklah. persoalan ini sebenarnya telah lama termaktub dalam pemikiran aku. telah pun diaju kepada beberapa kenalan2 aku. rata2, seperti biasa. jawapan tipikal. ingin memperbetulkan keputusan spm mereka. woot? sebenarnya perkara ini tak payah putar balik masa pun boleh buat lol. pergi je la repeat SPM! hadui~


memang salah sebenarnya jika kita berfikiran seperti ini di dalam agama. "kalau la aku dapat patah balik masa..." ini kerena seakan2 kita tidak redha dengan ketentuan tuhan. oleh itu, jadikanlah persoalan ini sebagai penguat diri untuk menjadi lebih baik di masa hadapan. okeh?


sebenarnya, bagi aku, di dalam diri aku terdapat banyak penyesalan yang telah aku lakukan yang membawa kepada diri aku sekarang ini. tetapi jika hanya ada satu peluang, yang mana kah yang betul2 kita mahu ubah? sebab kadang2 kehidupan ini kita hanya ada peluang kedua. tiada ketiga, keempat dan selanjutnya. kehidupan ini juga tidak seindah seperti drama jepun Proposal Daiskusen di mana setiap gamba kita boleh ubah sejarahnya. kejadah tu weh! kalau macam tu aku pun nak jugak. Hallelujah.....CHANCE! (.........) tengok, tak kemana pun aku. tetap terbaring sambil menahan berak. aku nak terberak weh!





pergi tandas sat!





agaknya berak aku tadi macam proses brain wash sebab aku dah lupa nak tulis ape..



baiklah. jika aku ada peluang untuk kembali ke masa silam. yang pasti aku tidak akan mengubah apa2 tentang pelajaran aku. keputusan teruk ke apa..lantak. sebab itu tak matang. dan ia juga boleh membosankan pembaca. cerita pasal akademik pelajaran, sape nak?apa yang betul2 ingin ubah adalah satu perkara yang betul2 buat aku sedih bila aku kenang. bukan sedih perasaan, sedih malu! ya, malu dengan keluarga aku yang tak habis2 nak sakat aku dengan budak tu! budak perempuan tu! the girl who stole my first kiss woh! keluarga diraja pulak tuh. haha. siapa sangka keyrana yang cool ni, first kiss dia dirampas oleh perempuan yang berasal dari keturunan diraja. hoho~


perempuan2 lain mesti kecewa kan? minta maaf ya sebab petang ini aku masuk air sikit. itu yang kering je cerita aib sendiri. dan baem, aku tak kesah la sakinah POV tu rindu ko ke ape. aku ber'first' kiss dengan keluarga diraja kott. cerita ni lagi sensasi . muahaha


ya, sebenarnya perkara ini aku sangat kesali. dose kot cium2 nih! kenapa la aku yang berumur 5 tahun tu bodoh sangat? tempias nya sampai sekarang. setiap kali keluarga tu datang melawat ngoman aku mesti tak betul. bukan malu dengan perempuan tu,( dia cun kot. badan sedap) malu dengan keluarga aku. lagi2 bapak aku yang tak habis2 tanya "dolah ingat tak dia..dulu kecik2 kat US selalu 'main' same" nada dia dekat perkataan 'main' tu tak betul sikit. dah jelas la apa dia maksudkan. lagi sengal dia sakat pantun dengan aku. " sudah tahu bercendana pula, masih ingat bertanya pula" fuck. ini kerana setiap kali bapak aku tanya mesti aku buat2 tak ingat. cerita dulu, padahal sampai sekarang menahan muka. shit!


oleh itu setiap kali dia datang (sudah lama agaknya dia tak join family dia dtg lawat) aku mesti keluar rumah. lepak sekali dengan membe2 yang menghabiskan masa dengan membalut rokok daun



tetapi kadang2 biarlah perkara itu dibiarkan begitu sahaja. jika aku ubah peristiwa itu mungkin aku tiada pertalian unik dengan bapak aku yang tahu nak sakat aku tuh. ini kerana setiap perkara ada hikmahnya. dan sebenarnya tiada perkara yang aku ingin ubah kerana aku pun dah terima keadaan aku sekarang. cuma ada beberapa kesengalan yang perlu diubah pakai.



bagaimana anda? ada perkara yang ingin diubah? ha, pergi cari kulit pisang dan air tin sebagai bahan bakar untuk kembali ke zaman silam. Back To The Future wohhoh!



calu

Apr 22, 2009

Andaikan besok hari terakhir anda hidup.apakah perkara yg anda ingin buat sebelum mati?

salam semua

mulai hari ini akan muncul tag baru di dalam blog, 'persoalan'.



...



cool kan?


haha. agak lama aku tak mengemas kini blog. mungkin terlalu faking gile sibuk dengan pelajaran di kolej. dan menikmati kehidupan serba gembira aku bersama rakan2 sebilik, sekolej, sebangi, senegara.. faking asam.

dan ya, terima kasih afie, nukilan ini inspirasi dari kamu. tak nak cakap panjang, syok sendiri aje la ya?


ok. andaikan besok hari terakhir anda hidup, apakah perkara yang ingin di buat sebelum mati? bagi aku, sebagai muslim. konferm2 lah aku top up ibadah aku 100 percent. iktiqaf dekat masjid. qiamullail, puasa, yassin 41, dan segala amalan2 yang confirm boleh buat aku masuk syurga. wakaka. oh ya, bayar hutang.


tapi, soalan ini aku tak ingin terlalu beragama. jika dari sudut kehidupan, jujur, apa yang kita akan buat? aku dapat agak mungkin ada yang ingin pergi terjun bungee dekat menara KL, atau bakar rumah orang yang dibenci, tak pun makan 40 biji ketul begedel, tumbuk orang yang selama ni patut kena tumbuk sehingga lah meluahkan perasaan terhadap insan tersayang, euu.


jika dikira dari jawapan afie yang mahu peluk, cium tangan dan dahi ibu bapanya. sangat jujur dan manja. haha. aku tak de masalah dengan ko weh! betul! jawapan yang jujur dari dasar hati nya membuat aku berfikir, apakah kita perlukan sesuatu pengeras atau katalis untuk memotivasikan kita melakukan perkara yang kita langsung tidak akan kita bersedia untuk melakukan? apakah harus diugut mati baru kita akan melakukan perkara tersebut?


majoriti manusia selalunya akan merancang dengan perkara yang akan dilakukan kelak. masa, lokasi merupakan elemen penting dalam perancangan ini. selepas ini aku nak buat itu....lepas itu baru aku buat ini....nanti lah aku buat...aku akan buat dekat situ...blablabla. kenapa tidak sekarang? apa salahnya? kita selalu akan takut dengan akibat. itu merupakan alasan terbesar manusia. dan sejarah mengajar kita alasan adalah penyakit terbesar manusia.


apakah perlu tahu masa kita mati baru kita akan hidup dengan sempurna? mungkin ini hikmahnya tuhan menjadikan ajal tidak mengenal umur, masa dan tempat. bila2 dan mana2 kita boleh mati.

jawapan aku, andailah aku akan mati esok, perkara yang akan aku lakukan adalah.....ngok ngek. biarlah aku simpan untuk diri aku sendiri. dah buat pun. dekat mimpi. mungkin juga aku tiada perkara yang ingin dilakukan kecuali memperbanyakkan ibadat. fuyoh.

kalian bagaimana?


calu