Showing posts with label industrial training Life. Show all posts
Showing posts with label industrial training Life. Show all posts

May 9, 2014

Bebel

Salam semua

Walaupun aku tahu untuk menarik minat kalian membaca sampai habis bukanlah dengan menulis tentang diri sendiri tetapi menulis perkara yang boleh dikaitkan dengan diri kalian, tetapi biarlah post kali ini aku bercerita tentang diri sendiri. Plus, aku juga ingin mencuba sesuatu ; perenggan ini adalah perangkap.

Ya masih menulis. (menaip) screw the other bloggers who quit!

Or the other reason is, who grew up.

Kerana kita tiada masa untuk melayan hajat otak yang sentiasa ingin memberi tahu, bermanja dan berkomunikasi melalui penulisan. Sekuat daya mereka adalah dengan bercakap menggunakan facebook mahupun twitter, seperti biasa.

Aku masih lagi berusaha. Untuk meneruskan, menghidupkan dunia 'blog' yang kian malap ini. Ya, berusaha. Kerana tiada lagi norma seperti dahulu di mana aku menulis setiap hari dengan mudah dan sepenuh hati. 


Untuk pengetahuan, sejak awal tahun ini aku telah mengubah suai beberapa interface di dalam blog ini. Tiada lagi side section, link - link tempat chat malah ruangan komen juga aku telah buang. Kini sepenuhnya dengan hasil syok sendiri aku (mehehe). Kalian tidak boleh berinteraksi dengan aku dan aku juga tidak akan ada harapan untuk menunggu interaksi kalian.

rumusan blog yang sudah berumur 7 tahun (actual followers:9k)


Kau datang, kau baca, kau calu.

Antara salah satu sebab aku suka mengenai 'blog' adalah actually ianya platform yang independent. Ia adalah privacy. Is seakan rumah, yang terbuka untuk dilawati. Makanya jika ingin dibandingkan dengan facebook mahupun twitter, mereka menggunakan konsep newsfeed dan timeline. Dimana semua orang dikumpulkan didalam satu stream dan masing masing berebut-rebut untuk syok sendiri. Secara tidak langsung perbandingan akan berlaku, tiada penghayatan dalam membaca status/tweet mereka. Sesak bukan?

(Relaks, aku juga pengguna facebook dan twitter. )

Oleh itu 'blog' adalah lebih personal di mana jika kau masuk ke sini kau akan lebih fokus kepada semua yang berada di dalam ini kerana ia adalah 100% milik aku. Kau juga akan lebih mempunyai 'sense of respect', 'curiousity'  dan juga lebih fokus kepada syok sendiri aku. 

Dan aku juga rasa, the closest thing in being myself is by blogging. Seperti yang aku kata sebelum ini, lain orang lain topeng kita pakai. Begitu juga di internet, lain site lain juga kita punya perangai. 



Alhamdulillah berakhir sudah semester itu hari (aku tak ingat yang keberapa) dan kembali aku kepada dunia latihan industri.

Jap, damn, aku nak bebel apa tah tadi. Dalam jamban punyalah geliga otak fikir panjang.

.
.
.

Damn...
.

Ohh ya. Baik. Kisah semester 6(dah ingat semester berapa)

Aku dulu pernah menulis sepotong ayat tentang cita aku untuk menjadi ketua. Dan ianya berlaku ketika semester ini. Dan rumusannya adalah, tugas seorang ketua tidak mudah. Sangat susah. Fakletihsyal jadi ketua ni!

ketua rumah atau hamba rumah?

Bukan kerana dipilih, tetapi sengaja. Hanya kerana matlamat aku untuk belajar cara untuk memimpin. Belajar untuk memikul amanah. Sengaja membebankan diri dengan menggenggam nasib dan masa depan orang orang yang dipimpin.


ketua kumpulan projek filem pendek

mengurusi sesuatu majlis juga boleh dianggap ketua

Walaupun susah, tetapi alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Dari perspektif aku, aku rasa aku bukanlah calon ketua yang terbaik. 

Kemudian sempat juga aku ponteng seminggu untuk pergi ke Jepun melunaskan impian keramat. Daddy minta maaf , dolah ponteng sebenarnya. Minggu tu bukan cuti midterm.

memang aku ambil gambar cun, Mun

Satu satunya perkara yang aku kesal adalah tidak dapat membuat video seperti yang aku inginkan. Pertamanya, tidak membawa tripod untuk dslr( egois diri untuk berhenti merakam menggunakan iphone) Keduanya terlalu menghayati kehidupan (ayat sebenar : terlalu life / life terok) sehingga tiada masa untuk merakam. Ketiganya, kasut parkour hilang (padahal tertinggal)

Klip memang ada tetapi biarlah untuk sendiri. Inspirasi boleh tunggu lain kali. 

Itulah aku punya cerita. Boring?? Give me a break. Sebelum ni dah banyak beritahu biarlah bercerita pula. ( ada beza beritahu dan bercerita. beritahu adalah tentang ilmu, bercerita pula tentang kita)

Gaya penulisansyok sendiri aku pun kian hambar. Macam makin gelap pun ade..

Tsk.


Sebagai pengakhirannya, kini, aku kembali ke Melaka untuk latihan industri aku. 

Doakan. 

Pap!

Calu.
From now on i decided leadership is overrated. Why people so proud of  having an authorities over others? 

Jan 24, 2011

Last Week

salam semua


this if my first time blogging live from my office.


waiting for my boss to finish his meeting.


sebab aku tak sabar nak cakap.


"boss, i quit"


and he's gonna be like..


"nooooo. we need you awesome skillss!!"


and i start laughing


"muehehehe! muhiyaiyaiyai! muahahaha!"


"whatever job u found, we pay you double!"


"huh? cuba untuk rasuah passion aku? no way, no fuckin way..."


and i'm gonna put on my shades(takde pun),


"whatever boss, start living your dreams, or die trying...astalavista..*shows the west side sign* thanks for everything."


"azaaammmm~~~!! D:"


___________________________________



...




kalau dah bosan takde kerja, berangan nombor satu.




calu.
gurau je. boss aku baik kot~

Dec 3, 2010

Semakin Hanyut Diarus Kedewasaan

salam semua

memang betul lah mereka kata zaman belajar lebih seronok daripada zaman bekerja. tetapi bukan bererti kehidupan pekerjaan sucks, cuma jika diberikan pilihan antara mana satu yang lebih gemilang, mereka(pekerja) tentulah memilih zaman belajar sebagai jawapan. tetapi lain pula bagi mereka(pelajar) yang beranggap kehidupan bekerja adalah lebih seronok atau tidak kelam kabut berbanding kehidupan mereka. vice versa.


ini kerana garis suasana kehidupan masing-masing berbeda. jadi mereka tidak dapat membayangkan bagaimana suasana sebenar sebagai pekerja itu. lain bagi pekerja yang sudah merasa zaman pembelajaran, menjadikan mereka lebih berpengalaman sekaligus menjadikan jawapan mereka lebih tepat. teehe!


ramai yang bertanya kenapa abg key tak update blog(?) ceh, padahal Amin seorang je..dan juga 3,4 orang yang aku tak ingat siapa(sengaja tambah!). aku pun terfikir, ye dok ye gok eh? ini membawa kepada kesedaran yang aku sebenarnya lack of inspirasi. yes, sudah lama aku tidak lepak bersama Master Inspirasi yang kini sudah bergelar Tuan Haji barangkali. kehidupan bekerja sangat menenggelamkan diri sendiri. bekerja pejabat i mean, bidang pekerjaan lain mana wa taww.


aku bukan sahaja tidak dapat berfalsafah dan riak dengan teori akal sendiri di tengah malam sambil ditemani teko berasap dan bau wangi..( malique, what up?) malah aktiviti extreme aku juga terpaksa korbankan hanya kerana risau tidak dapat bangun awal di esok hari. aku juga tidak dapat gedik-gedik keluar malam untuk bermain futsal, badminton dan drift(tipu) seperti biasa.


bangun-pergi kerja-makan-balik-tidur-bangun-pergi kerja.

sangat flow.

flow of lameness.


but kesah ape. wehehe. habis kerja pun sampai bulan satu je. that's why aku tak kesah. there will always be another time, insyaAllah.


sambil ditemani karya seni Nomak, Michita dan Nujabes aku berfikir dan mula menyusun langkah kecil kehidupan aku untuk kembali menjadi cool dan awesome. tetapi aku tak akan kongsi di sini. privacy.


well, walau apa status kita sekalipun, pekerja mahupun pelajar, yang pasti kita masing-masing sedang menuju kedewasaan. menuju tanggungjawab dan komitmen. bukan bererti kehidupan, kebebasan kita hilang tetapi terdapat perkara yang pasti kita harus korbankan. terletak pada rasionaliti sendiri if nak serius emo atau gedik emo kalau kita tak dapat genggam semua dalam satu tangan. know our limits, know our boundaries.


ini kerana arus kedewasaan terlalu deras dan kita tidak mampu berpatah balik melawan norma tersebut.


calu

Nov 5, 2010

Hulu UKM

salam semua
ah. akhirnya dapat juga jari aku menari-nari dengan gedik di dalam bilik yang dipenuhi dengan privacy dan juga kicauan burung yang aman permai dan tidak lupa juga bunyi-bunyi kereta yang berderum gear dua sebab baru lepas bumper. ya, rumah aku tepi jalan.

sudah 2 minggu bergelar office boy yang pendiam, kini secara rasminya menjadi practical boy "budak praktikal" di sebuah syarikat yang terletak di hulu UKM. tak boleh detail, nanti fans cari aku. susah. hihi.

apa yang aku boleh kongsikan adalah pengalaman bekerja di sebuah pejabat. ya, seperti di dalam filem - filem, memang macam itulah suasananya. cume secara hakikat, ia lebih kepada persekitaran yang friendly, tenang dan tidak depressing. kalau kita tengok office worker dekat filem masing-masing macam robot masuk kerja. keluar kerja, itu tidak benar ya girls? tetapi kami  office warriors masuk kerja mengular satu pejabat cari hiburan. buat nescafe free, intai2 boss, main pingpong, baring2 dekat sofa, menggeliat dalam surau, baca suratkhabar , sambil minum nescafe, keluar tandas, lupa naikkan zip. ya, secara jujur, quite fun. tetapi bila dah masuk mood kerja, dalam filem suasana senyap, cuma bunyi ketak ketuk keyboard, dan telefon di kanan kiri telinga itu semua sama.

dan apa yang meng-effect kan kepada diri aku. aku dah tidak seaktif sedahulu. secara berperingkat aku menjadi seorang dewasa yang tidak mempunyai stamina 24 jam. aku sekarang tidur paling lewat pukul 2, woot? isnin - khamis takde nye aktiviti berpeluh,woot? dah tidak se spontan macam dulu, woot? dulu nak pergi mana terus je shoot sekarang tak, woot? dan macam-macam lagi yang tidak awesome. boo!

dan semakin aku sedar semua ini. aku juga semakin peka dengan persekitaran aku. mereka memerlukan bantuan aku. sebab itu aku lantik diri aku menjadi ultraman :3 . naah~just kidding. pic profile dekat fesbuk tu ultraman takde sebab pun. dok lepak2 ngan member2 citer ultraman, last2 sume set nak tuka gmba ultraman. hihohihohiho~

tapi. lama kelamaan simbol ultraman ini membawa maksud yang penting sebenarnya. ini kerana kita semua rindu. kita rindukan zaman comel kita yang tiada masalah untuk di fikirkan. zaman yang kita terbatas untuk memikirkan perkara esok. zaman yang kita nak makan, kita nangis. haih~ yes. i kinda miss my old life. with teman sehidup semati, aktiviti yang boleh buat mati, all of that. dulu elok jalan lurus sama sama, sekarang masing-masing pilih haluan sendiri. dan setiap haluan tersebut punya lagi simpang-simpang yang seterusnya. sedih ek semakin jauh dengan member? walhal apa sekalipun, pastikan tali-tali yang terikat dalam hati masing-masing tidak terputus.  bila kita tersesat di dalam simpang sendiri, kita akan sentiasa punya tali tersebut untuk membawa kita kembali.



calu.


Legasi Bapak Dolah

"oh...ni la anak die...hensem macam prof la!"

"ayah awak yang call saya hari tu.."

"hari tu yang redah banjir bawak van tu siape? kau?"

"yang kahwin hari tu abg kan? atau kakak?"

"birthday saya same dengan birthday ayah awak. sebab tu saya ingat"

"yang Hilux tenggelam dekat Johor tu kamu ada sekali kan?"

"lah, encik ni anak dia ke?"

" pernah buat projek dengan dia dulu. sebab tu kenal.."

"kamu dengan ayah ok? memang susah sikit la jadi anak profesor ni kan, pressure dengan high expectation. hahah"

"alah die ni anak proffesor...boleh buat lah, takderhal"

"die ni budak practical baru..... anak profesor *A*** tu...."

"OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!! ni dolah la ye?!"


____________________________________________________________

sangat cool bapak dolah di UKM. nampak nya aku tak perlu perkenalkan diri di sini.



calu

Oct 20, 2010

Office Boy Bebeh

salam semua

wah. 4 followers baru. im so cool...sigh.~ :P

cuba kalian bayangkan. kalian bersama rakan baik masing-masing. nak lebih kaw sat rakan sepermainan ketika kecil (childhood friend) . even hubungan tidak seperti isi dan kuku, tetapi hubungan kalian tidak juga seperti langit dan bumi. walaupun dia mengaku secara technically ada geng baru, kalian dah ada geng baru,( mostly sebab tempat belajar yang berbeza), that 'special bond' thingy as a childhood friend akan sentiasa mengikat anda berdua. jadi kita akan faham, even jarang sekalipun gelak bersama, dia tetap kawan sepermainan ketika kecil. nak dibuat cerita, the special bond semakin lama semakin pudar secara tidak sedar dan disengajakan nafsu. hanya kerana satu ayat, jurang antara kalian berdua semakin jauh. hanya kerana tidak jujur, akan naik naik satu persatu tembok kekecewaan. nak buat jambatan, nak lepas tembok, bukan senang bai.

jika aku dikalangan kalian, aku gelak sabar dan pasrah. hahah!

baiklah.  sudah 3 hari aku merasa kehidupan seorang pekerja pejabat. ada suara di dalam pemikiran/hati cakap seronok. ada suara lain kata boring, takde life. perasaan campur campur. aku still tak boleh nak elaborate life aku sekarang ni. apa yang boleh diumumkan, i got a project as a website designer/developer. dari a ke z , aku kena buat sorang2.

selamat aku pandai Joomla.

teehe!

calu