Nov 1, 2012
Muhasabah
Syair ini telah membuatkan Imam Ahmad Bin Hambal menangis apabila mendengar dua bait pertama syair ini , moga ianya juga menjadi momentum kearah muhasabah dan perubahan pada diri kita semua,insyaallah ...
jika tuhanku bertanya kepadaku ...
tidak malukah kau bermaksiat padaku ?
kau sembunyikan dosamu dari makhluk ku ..
dan datang pada ku dengan penuh dosa ..
bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang ?
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku ?
aku terus menyogok jiwa ku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati ..
dan apa yang akan berlaku selepas aku di kafankan ..
seolah olah aku ini telah di jamin untuk hidup selamanya ..
seakan mati tidak akan menemui ku ...
dan telah datang padaku sakaratul maut yang begitu ngeri ..
siapakah sekarang ini yang mampu melindungi ku ?
aku melihat pada wajah wajah ..
apakah ada daripada mereka yang akan menebus ku ?
akan aku disoal apa yang telah ku lakukan didunia
untuk menyelamatkan diri ini ?
maka harus bagaimana kah akan ku jawab
setelah aku mengabaikan urusan agama ku ?
celakanya aku !! ..apakah aku tidak mendengar
ayat ayat allah yang menyeru ku ?
apakah aku tidak mendengar apa yang telah diceritakan
dalam surah QAAF dan YAASIN ?
apakah aku tidak mendengar tentang hari dikumpul kannya manusia
iaitu hari perhimpunan , hari pembalasan dan hari ad deen ?
apakah aku tidak mendengar panggilan ajal maut
yang sentiasa menyeru dan menjemput ku ?
ya rabb ...ya rabb seorang hamba datang bertaubat
siapakah yang dapat melindungi nya ?
melainkan tuhan yang maha luas pembentangan pengampunannya
yang membimbing aku pada kebenaran
aku telah datang kepadamu ya rabb
maka kasihanilah aku
dan beratkanlah timbangan amal kebaikan ku
dan ringankan lah perhitungan hisab ku kerana
engkaulah tuhan yang terbaik dalam perhitungan penghisaban
amin !!!!!!!!!!!!!!!!
Mar 20, 2012
Perkara Yang Tak Mampu Diungkapkan Mulut
Oct 11, 2011
Tipu Diri Sendiri
inshaAllah permulaan nukilan aku akan ku tulis dengan salam yang penuh bermula serta merta!
serta merta...
bapak lama tak guna perkataan tu.
hahahahaha
hagham.....
lama sangat tiada update yang serius. nukilan kali ini tak nak cerita apa yang berlaku pada kehidupan aku kerana tak ada kaitan dengan hidup kalian. jadi tak penting...........ke aku masih sensasi seperti dulu? masih ada secret admire? masih gagah di dalam hati sang penghias dunia?
hahahahaha
hampeh......
aku nak tulis ringkas sahaja.
di facebook semakin meningkat momentum sharing sharing post ini. ada yang berkongsi tentang gambaran hari kiamat, ciri ciri ahli neraka,kisah agama, politik, kisah kisah sedih,teladan, mengarut tetapi ada pengajaran selalunya berkait cinta, dan macam macam lagi.
aku baca. sengih. takut. lol. risau. insaf. gelak. melankolik. macam macam.
tapi ada satu post orang share buat aku berkerut. bila berkerut ni aku memang tak gemar. benda benda macam ini buat aku cepat tua.
" <3 kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah <3 " (link)
(owner blog tiada kaitan. aku ingin ambil link dari facebook tapi tak jumpa. aku pinjam sekejap link blog dia.)
tajuk post tersebut, siap ada tanda '<3' (love) lagi.
dalam setengah jam ada lah seorang dua share tanda setuju mengangguk angguk.
letih aku gerak ibu jari tangan slide turun ke bawah news feed mengelak benda itu. almaklumlah iphone kan~ laptop tinggal berhabuk di rumah sewa haduiyai nye pun~!
------------------------------
pertama, Allah tak pernah sengaja temukan kita dengan orang yang salah. Dia sejak awal sudah tentukan siapa jodoh kita. Kau sahaja yang sengaja bercekerama dengan orang yang salah
kedua, post tersebut hanya sebuah penyesalan seorang yang tidak pandai (baca : yangngadesangatnakcouple) yang disokong oleh orang orang lain (baca : jugayangngadenaksangatcouple) yang juga pernah menghadapi situasi seperti dia.
ketiga, post tersebut seakan menudingkan kesalahan kepada Allah dengan 'cara yang baik' sedangkan Allah tidak pun menyuruh mereka berbuat begitu.
keempat, jelas nyata kelemahan manusia bila di dalam keadaan yang susah, bersedih hati, baru lah ingin mengingati tuhan.
-------------------------------------------------
lebih baik begini : ya Allah aku telah lalai dan ingkar dengan kau. aku meminta maaf kerana mengikut nafsu dengan bergedik gedik dengan orang yang aku suka. aku telah banyak belajar dari kesilapan aku.....
daripada begini : ya Allah terima kasih kerana sengaja temukan aku dengan orang yang aku suka(walaupun bukan jodoh yang Kau tetapkan). dia telah menyakiti aku. terima kasih Allah kerana akhirnya aku tahu kenapa Kau sengaja temukan aku dengan dia. aku telah banyak belajar. terima kasih.
kau kata tuhan memang sengaja suruh kau jumpa orang A,B,C,D,E,F sebelum bertemu dengan orang yang dia telah tetapkan iaitu G? bukan kah itu kesilapan kita? kelalaian kita? ini bukan ke-sengaja-an Allah.
kesimpulan nya walaupun niat yang baik, isi yang baik. tetapi hakikatnya kamu hanyalah hamba yang telah salah dan cuba menggembirakan hati dengan menipu diri sendiri.
jangan main main dengan agama.
calu.
ringkas. seperti yang diinginkan.
Dec 28, 2010
Dia Datang, Slow Slow
da makin ramai tanya pendapat aku tentang si Azwan gay tu. haish. dah gay tu gay jugak. dah salah, dah dosa. toksah layan freedom speech diorang. mengarut. tu semua nafsu minda. kita dengar, nafsu kita yang kuat, kita akan mengiya. jadi jangan dengar langsung.
kita di zaman kejatuhan Islam. zaman datang dajjal. so pepaham la apa akan jadi. sibuk pasal diri sendiri. jangan sibuk pasal duniawi.
calu.
Aug 13, 2010
Nostalgia Ramadhan
selamat datang, Ramadhan.
aku masih ingat lagi ketika aku darjah 3, atau mungkin 4. adik aku Lowt yang 2 atau 3 tahun lebih muda dari aku ( abang celaka umur adik sendiri tak ingat jadah!) tidak berpuasa. mommy dolah dengan selamber menggorengkan pisang untuk dia. aku ketika itu yang hanya matang dari segi rambut memberontak. jiwa kacau kononnya.
"muaz tu tak puase!mane bleh! dolah nak jugak!"
"dolah dah besar... az tu kecik lagi..." nasihat mak aku sambil membelai perut yang sedang berisi adik aku yang kedua, Ateeqa. kalau family aku panggil aku dolah, mereka panggil Lowt sebagai Az (Muadz).
"tamau tamau! nak pisang jugakkk!lapaaaaa" aku cuba menjadi se aggresive semungkin. tapi nyata gagal, aku masih nampak comel. sebab itu mak aku tak terpedaya.
"meh! kalau nak sangat masak sendiri!" sambil memijak-mijak aku yang kecil lagi helpless.
sambil aku menggigit-gigit kaki mak aku, telinga darjah 3 atau 4 aku masih peka dengan cabaran. dia suruh aku masak sendiri. jadi aku akan masak sendiri.
darjah 3 atau 4, itulah kali pertama aku memasak. daripada memanaskan kuali, hinggalah membancuh tepung . aku buat seorang diri. berdikari sejak jambu lagi. meheheh! aku sangat bangga. first time aku berbuka dengan usaha sendiri! selalunya pau makanan member kelas. sekarang aku masak goreng pisang bai. sumpah aku cerita dekat Zul kat sekolah esok. sambil aku menggoreng sambil aku berangan-angan apa nak dilakukan esok. itulah aku, ketika darjah 3 atau 4.
tapi. sebab terlampau ekstrem, angan-angan aku dimakan masa, aku punya pisang tak berapa sedap. mungkin hangus? ini ke colour goreng pisang? atau tepung yang tak cukup acuan? mentaliti kanak-kanak aku tak di sampai tahap kritikal ketika itu. aku tak terfikir semua itu. asal dah goreng pisang dalam kuali, pisang goreng la tuh. aku makan. mmmueh! tak sedap. dua gigit aku dah stop. menyesal. dan mulalah berlakon lapar tunggu masa untuk berbuka.
.
dalam bulan yang mulia dan penuh barakah ini, mesti banyak pengalaman yang berlaku ketika kita hingusan lagi. minum air paip, makan bawah meja, curi2 makan kalau kantoi cakap tak ingat, buat2 tak sehat sebab tak nak puasa, itu dah standard. bila kita kenang-kenang balik, mesti kelakar kan? kita akan tersenyum. ya, sebab itulah ia dipanggil bulan yang mulia. bulan yang penuh berkat. ini kerana mostly kehidupan kita di dalam bulan ini diberkati dengan kenangan-kenangan yang menggembirakan dan kelakar. bulan ini juga mengajak kita untuk spent time bersama rohani kita. meningkatkan amalan, mengurangkan dosa dan segala kebaikan Ramadhan yang kita semua sedia tahu. lemme tell you, syaitan semua dah kena ikat, pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka seluas-luasnya, pahala semua Allah lipat gandakan, bulan apa yang paling menguntungkan selain bulan Ramadhan? ambil lah peluang ini untuk buat bekalan di akhirat kelak.
kalau kita dah buat banyak dosa. inilah masa terbaik untuk bertaubat. masa terbaik untuk berubah. kita selaku umat akhir zaman, kalau lah kita tak boleh jadikan 'hari ini lebih baik dari semalam" sebagai amalan, paling kurang jadikanlah bulan ini sebagai bulan yang terbaik dari bulan bulan yang sebelumnya.
aku masih ingat lagi. ketika zaman sekolah menengah aku dulu. senakal-nakal aku pun, selagho-lagho aku pun, setiap kali bulan Ramadhan. aku bersyukur. bulan ini lah yang membuat batinku berlumba-lumba untuk beramal. lagi-lagi bab tadarus al-Quran. pencabar tegar aku adalah Mud. sebanyak mana aku baca, dia mesti 5-10 muka surat lebih dari aku. kadang-kadang bengang jugak macam tak percaya bila dia baca weh? wat de fish?aku dah khatam dia dah start round ke dua. bila pergi iqtikaf dekat masjid, dia mesti sampai dulu. dem. haha. ini orang cakap persaingan soleh namanya. lol. tapi yang paling aku pasti, setiap kali Ramadhan, ketika isolat tarawikh atau iqtikaf mesti berjumpa dengan kawan kawan lama aku di dalam masjid. bersembang perihal masing-masing. itu lah salah satu keberkatan Ramadhan. mengeratkan hubungan sesama saudara muslim bukan sahaja di bazaar, ketika iftar malah beribadah.
bila dah habis sekolah, naik IPT, rasa lain sangat. langsung tiada pencabar, langsung tiada penguat untuk beramal lebih-lebihan. tiada rasa suasan berlumba-lumba untuk mendapat pahala...apa yang aku dengar hanya lah soalan "esok ko nak pose tak?" "kau pernah pose penuh tak?" dan perlian apabila amalan kita dipandang pelik. "time bulan pose la ko konon nak mengaji.....sebelum2 ni tak pnah plak"
salah ke?
Ramadhan buat aku rindu kan zaman sekolah aku.
calu.
Mar 11, 2010
Lautan
semenjak dua menjak ini aku benci dengan sendiri..
perubahan aku. attitude.sensitivity...dem.
aku mula sedar perkara ini ketika aku mencuri masa dengan melawat blog2 rakan2 sekolah lama aku. statik. itu yang mampu aku katakan.
aku?unstable. kejap itu. kejap ini.
dan aku semakin sedar apabila Halimbo bercerita tentang sebuah lirik lagu nasyid. nasyid? sudah berapa lama aku tak menghayati nasyid?
sudah berapa lama tak dhuha?
alquran?
salam ku menjadi wassup.
aku sudah menjadi lebih teruk sebelum ini. tak, sebelum ni lagi teruk, tapi sebelum lagi teruk abg key adalah seorang yang baekkkkk.
siang semalam aku mengaji. alhamdulillah. masih lancar. siap tarannum laju2 n kuat2 nak halau setan dari bilik. lol.
tak sangka hanya kerana nasyid aku dapat muhasabah diri kaw kaw...dem, im so cool..
aku seperti laut. pasang surut. ada masanya aku leka. ada masanya aku nyata.
well, atleast aku masih ada kesedaran dunia nih.
and terus berdoa esok tak buat lagi.
calu
Dec 21, 2009
Percintaan Di Dalam Islam(forward)
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.
Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.
Apr 14, 2009
Kadang2 Kita Tak Sedar Dimana Kita
sangat 'rare' bila ternampak pak cik kontrak di pantai bersama troli satu tayar, jacket dan helmet safety..rare!salam semua
memang kalau hidup berdidikan agama sejak lahir memberi kelebihan pada diri aku. namun ia juga merupakan beban kerana ilmu yang dipelajari wajib diamalkan dan hukum2 yang diketahui wajib diambil kira.
apabila berpendidikan agama, penampilan juga mesti lah sepadan dengan ilmu. tetapi kadang2 aku pun fikir, gaya penampilan aku ini, siapa sangka sekolah agama dulu? sekarang pun kolej agama!
memang banyak orang bagi alasan. alah, sekolah agama tak semestinya alim. rata2 sekolah paling teruk, sekolah agama teruk lagi! tengok lah, masalah2 bersepah dari sekolah agama. secara automatik memberi tanggapan buruk terhadap sekolah agama. haih..
sakit hati juga bila orang kutuk2 aku. berseluar jeans, rambut tak betul..haih. kita memang tak boleh tutup mulut orang. ini juga merupakan masalah mentaliti masyarakat kita. kalau aku kacau anak dara dia tak pe jugak. kalau aku perangai macam setan tak pe jugak. ini sebab aku pakai jeans dan tak potong rambut boleh cakap aku dari hutan? ngok ngek
perkara ini memang tak boleh ubah. masyarakat melayu sibuk kutuk bangsa melayu sendiri. "alah, melayu ni tak habes2 kutuk orang sendiri" <---dia ni melayu, tak ke sedang kutuk bangse sendiri ni? <--- aku jawa boleh kutuk2 melayu. haha!
cuba kita berfikir lebih terbuka, positif. macam pak cik dekat gambar tu. walaupun dia tak sedar dia ada di pantai Bagan Lalang namun semangat la la la kerjalah itu ada! hati dia ikhlas nak bekerja. ala, sesat ke pantai je pun..bukan sesat kat bandar. kat pantai boleh mandi!
dan bila kita implikasikan contoh tersebut ke dalam kehidupan kita, walaupun aku bersekolah agama, tetapi bergaya seperti remaja biasa. paling kurang aku tak hipokrit. takde lah aku nak berpakaian jubah sepanjang masa hanya sebab aku kolej agama. pergi masjid aku pakai baju melayu what? aku tak buat dosa2 besar. yang kecik2 pun aku cuba elakkan. ilmu aku ada, aku amalkan. jadi apa masalahnya?
kita memang tak boleh ubah hakikat mentaliti melayu sekarang. hanya sikit2 dan perlahan2. jika ingin mengubah secara drastik macam mentaliti jepun yang berdisiplin, bersih dan hao liaou, apa kate kita bom satu malaysia ni dan didik mentaliti yang lebih bagus kepada generasi selepas malaysia di bom.
calu
statement last aku tu boleh bua aku kene tangkap ISA!
Mar 18, 2009
Perihal Kematian 2
baru2 ini aku didatangi berita daripada membe aku, amin husaini b. hafidzi (ya min, name kau masuk blog aku. penuh lagi tu.bangge?) tentang kematian cikgu lama aku, En. Ganapati..entah, tak ingat ejaan dia. orang india.
walaupun tidak sampai 2 bulan aku belajar di situ, aura cikgu disiplin itu masih lagi terasa. yolah, dia tarik ekor aku baiii.
membe2 aku pun banyak mengumpat dia. mana2 cikgu disiplin tak dibenci memang tak sah. ada sampai suatu masa membe aku siap guna nama 'anak murid ganapaty' ketika main Counter Strike. ramai gile semangat nak bunuh dia. "pisau2!! cucuk ganapaty!!" aku ingat lagi weh~
itu lah sedikit sebanyak kenangan aku terhadap dia. bila dah tahu dia meninggal, perasaan aku.. serba salah. perlu sedih ke tak ni? dia bukan orang islam!
oleh itu, aku memulakan siri discovery chanel aku sendiri untuk mengetahui hukum bersedih ke atas orang yang bukan islam. dan pengembaraan aku berakhir ke sebuah tajuk, Kematian Pope, Adakah Perlu Ditangisi.
kalau korang tak tekan link tu memang korang malas membaca la~ilmu tu weh!
jadi serba sedikit yang aku dapat, perbuatan mengulangi takziah adalah makruh. manakala mendoakan dan beristigfar untuk suatu kematian adalah haram jika yang mati adalah kafir.
tidak ada ungkapan khas untuk mengucapkan takziah. ada juga pendapat ulama mengharamkan mengucapkan ucapan takziah ke atas keluarga orang kafir yang mati. kerana ia sama seperti kita memberi salam kepada mereka.
mengucapkan takziah kepada orang kafir agar dapat menghiburkan keluarganya dan meminta mereka bersabar dengan pahala yang dijanjikan adalah sesuatu yang pelik dan ia tidak sepatutnya dilakukan. apatah lagi kalau mendoakan kesejahteraan mereka.
so apa yang perlu aku lakukan? buat bodoh sudah~ En. Gana, sorry to say, it's too late.
calu
Nov 15, 2008
Masalah Saf Pada Jumaat
masalah saf pada hari jumaat. ya, sembahyang jumaat diwajibkan ke atas muslim semua. namun, masalah saf aku lihat, langsung tidak dititik beratkan malah dibuat bodoh oleh orang2 malaysia yang berfikiran, "kaulah ke depan, aku dah angkat takbir". sedangkan khalifah Umar Al-Khattb sendiri meluruskan saf2 menggunakan pedangnya menunjukkan betapa penting kesempurnaan saf itu di dalam sembahyang. apa lagi kita?
aku bukan apa, cuma nak berkata. keadaan ini aku terpaksa katakan kerana aku sudah tidak tahan dengan mereka2 yang langsung tidak bekerjasama untuk meng-connect-kan bahu mereka kepada bahu yang lain.
keadaan ini berlaku semalam. (semalam jumaat, kan?) aku sembahyang di masjid nilai ( blah la wei dak2 UIA, balik x beritahu. bazer minyak je g nilai. ) masjid nilai penuh dia tidak payah la aku perincikan. ketika mendengar khutbah, ramai yang berdiri kerana malas mencari tempat kosong, ada yg lepak di tandas, ada yang sibuk menghisap rokok laju2 kat bawah pokok. inilah melayu. amalan ibadat diumpama budaya.
sudah habis doa, punya berebut2 mereka mencelah2 mencari tempat kosong. kalau boleh nak yang bawah kipas. selesa sikit. nak khusyuk la katakan. aku yang awalnya antara saf2 yg belakang sekali boleh pergi ke depan ha. dan, kiri kanan aku lihat masih banyak yang berlubang. aku lihat luar, masih ramai yang belum dapat masuk masjid. aku cuba membuat pahala dengan menyuruh orang belakang untuk memenuhi lagi saf2 depan. gaya aku seperti "ha..masuk depan, masuk depan, banyak lagi kosong. ha..tambah tambah! (?) " cuma aku menggunakan gerak badan aku yg maskulin la. kalau suara, ingat ini kenduri kahwin ke apa?
dan aku lihat seorang pak cik berumur 40-an aku kira dari penampilan dia. dia memang...eii.. ketika itu sebelah aku masih ada ruang untuk satu orang lagi cukup2. oleh sebab aku ini maskulin dan tidak la gemuk untuk memenuhi ruang itu dengan sendiri, aku pun ajak la pakcik itu yang betul2 direct dengan ruang itu. cuma 2-3 langkah kedepan aja. nak tahu apa dia buat? boleh pulak time aku mintak dia kedepan, time itu la dia sibuk2 nak angkat takbir. hallamak... macam....eii aku tak nak mencarut. aku memang tension. kalau boleh nak aja letak tanda seru, tapi sabar ..
aku renung pak cik itu. tidak puas hati. muka agak dia kidot. time itu dia dah angkat takbir dah. tengah sembahyang. muka dia macam..., "kenapa aku..apa salah aku...malas la nak kedepan..suruh orang lain la..pak cik dah tua..maafkan la ye....eii..muka budak ni hensem lah. yeehaw~" (last2 tu tipu j). cuma yang pasti muka dia rasa bersalah. apa boleh buat? aku sembahyang dengan setan sebelah aku.
aku harap, rakyat malaysia ni ubah la sikap sikit. produktif la. jangan la malas2 sembahyang pun nak takbir laju2. penuhkan la saf dulu dah setel baru la khusyuk sembahyang. aku cakap macam ini sebab aku rasa bangsa melayu je yang ada sikap macam ini. aku tak, aku jawa tegar.
calu
Nov 1, 2008
dilemma pondan
baru sahaja bermain futsal bersama icad. team yang kami belasah adalah loser2 dari matrik kuala pilah. team amir faisal. (kalah 27-15 memang patut dikira loser). dan tidak lah begitu tercabar keimanan kami ketika itu kerana rata2 daripada mereka berwatakan, lembut?
membawa aku kepada dilemma, patutkah aku biarkan spesis ini menghirup udara yang sama dengan aku?
maknyah? pondan? bapok mahupun lembut agak terkeliru aku mengenai istilah2 ini. mana satu yang laki operate jadi perempuan, lelaki tulen cuma lembik, lelaki lembut yang gay. aku tidak tahu dan tidak ingin tahu. jika anda tahu, ada peluang anda menjadi sebahagian dari mereka.
di dalam agama juga telah mengharamkan. even lelaki berpakai atau bergaya seperti wanita, memakai subang, rantai mahupun pakaian sutera mereka berdosa. lagilah kalau laki itu transform penis mereka menjadi pussy! sakit bai! cetek nya akal mereka.
aku tidak tahu sebab apa. hormon? adik beradik semua perempuan? dah bosan melancap?
dan tidaklah juga amir akram, (adik kepada amir faisal) cair dengan perwatakan lembut mereka sehingga sanggup memberi gol percuma kepada mereka.dude, dia sepak mcm angin, kau boleh xleh tangkap? aku yg malu!
dan icad, jangan kau ngade2 tambah citer aku dengki lembut tu puji ko. ko yang suke cari geng pulak. maria macam mane?
aku ada visi. beli airsoft banyak2 dari thailand, modify peluru manik dia jadi besi, tembak semua pondan laju2 dekat kepala. lepas tu blah. kalau kena tangkap takpe! airsoft tu mainan! tunggu mainan tu dibenarkan lah kat malaysia dulu kan. tapi, kalau maknyah semua mati ekonomi negara dramatik r. darurat. najib nak berhorny dgn sape? eishh...dilema!
teringat peristiwa dikejar bapok dekat kajang. die lari laju giler....
calu!
Sep 29, 2008
LAILATUL QADR?
calu
Sep 24, 2008
FADILAT AR-RAHMAN DAN AL-WAKI'AH
hello moto
hurm~last nigt i stayed at masjid hasanah that we muslim called it iktiqaf as an extra ibadah in this ramadhan.woot...abam speaking siott.
ok.semule.
mlm tadi iktikaf dkt masjid hasanah dgn mud.sudah berkali aku tidur masjid.x igt dah kali ke berape. aku x tw...secara kebetulan atau dirancang aku bertemu teman lame, halimbo. so ape lagi.kami bantai sembang.bantai2 sampai la dy leka drpd study dy. dy tgh study time tu.dy ade paper chemistry esok utk trial spm.fuckin shiit.aku telah geletek dy drpd study.berdose kah aku?aku tidak sengaje.ini mmg aku.kerje geletek org. masuk air la katekan.
selepas aku mngerjakan ibadah2 yg patut dilakukan ketika iktikaf, aku bersembang dgn halimbo mengenai agama.tersentuh kami ke topik fadilat2 surah2 al-quran.ketika itu, mlm itu aku mendapat ilmu drpd halimbo.tenkiuu
aku nk cter balek secare terperinci otak aku dah x segar mcm pagi tadi.so secare ringkasnya apabila kita bace suroh ar-rahman nescaya dgn izin allah diri kita akn disenangi ramai.kenapa?byk hikmahnya.dr maksud surah itu tersendiri ar-rahman bermaksud pemurah.secara tidak langsung sifat kemurahan kita akn terbentuk di dlm peribadi.so kepada sesape yg nk diri tu didampingi atau disenangi mahupun diminati ha..banyak2kan bacer surah ini.lagi2 org yg lonely2 sgt tuh.yg mengharapkn org contact dy..haha. tapi, ingat, jgn bacer sekali sahaja dan tunggu mengharapkn balasan.jadikanlah amalan.niat haruuus dibetulkn utk mendapat keredhaan allah.dan insya allah yg lain akn menyusul
dan.surah al-waki'ah pulak.sesiapa yg beramal dgn surah ini dgn izin allah, tidak akan miskin insan itu di dunia mahupun akhirat.nk spesifik miskin tuh miskin harta atau amalan tu aku pun x pasti.tapi sng ckp ko x miskin lah!maksud surah ini pun aku x igt lol.so sesape yg nk menjamin harta dy dan sentiasa kaya peribadi mahupun duit, ha..joinlah bisnes luxor atau mobile money...untung woh!hehe.aku x join pun mnder ni. kalau susah sgt, xd modal, bace surah ini.jadikan amalan.inilah sebaik2 usaha.dapat pahala pulak tuh.eii..untung woh!tapi jgn la korg dok bace mharap duit turun dr langit lak!keje2 gak..bace2 gak k.
ni lak ade satu kisah nk kongsi. tyme aku kesejukan mlm tadi kat masjid tuh..lihat kanan, tgk mud kenyenyakan di dalam buai mimpi nya bersama selimut dan bantal pejal.oh, sungguh selese nya dy... lihat diri sendiri.bersama baju melayu seluar jean berbantalkan sweater k&N akuh.oh...kenapeee. aku pun saje2 la en menggerakkn mulut membace ayat pertame surah al-waki'ah ni.sekali aku lihat kiri, halimbo mengofferkan selimutnye.oh.REZEKI...apakah ini balasan aku membaca surah tadi?tepuk dada tanya iman sendiri.wee~
ape yg aku nk simpulkan kat sini.bacerlah al-quran.wakuikui
calu bete!