Showing posts with label universiti. Show all posts
Showing posts with label universiti. Show all posts

Jan 4, 2012

5 Jam Asah Pensil Guna Pisau

assalamualaikum semua


Duduk bertapa di dalam aliran seni tidak lah banyak bermain dengan imaginasi yang aku sangka kan. Setakat ini lah, kan.


Tapi secara keseluruhannya, ianya sangat okay. kawan kawan baru. siap ada artis lagi tuew~! tiada masalah. happy happy. senyum. teruskan kehidupan macam biasa.


tapi masih ada yang tidak kena sebenarnya.


Mungkin yang sedang cuba mempengaruhi akal riot aku adalah nafsu tamak sahaja. Tamak akan kesenangan. fitrah manusia, sentiasa inginkan lebih dari apa yang dipunyai.


Walau pun dikurniakan akal seni, ( aku pengguna otak sebelah kanan) kecenderungan kidal ( aku pengguna tangan kiri) dan juga pemilik kaki Theo Walcott (aku pengguna kaki kanan) , sudah tampak aku seorang insan yang menghampiri landasan yang sangat seimbang. Kanan > kiri > kanan.


....


Heheh.. Gediknyew!


Tapi itu lah, bila aliran cas badan mengalir dengan seimbang ada juga keburukannya. Seperti aku ingin membuat j turn yang memerlukan sepakan kaki kanan aku. Dan pada masa yang sama corkscrew yang menggunakan kecenderungan kiri aku untuk berpusing ke kanan. akhir nya kedua - dua aku malas nak latih. tubuh badan keliru. Sangat. Kontra.


Bila di katakan aliran seni, mahupun sastera. Entah aku lebih berfikir kepada diri sendiri. Mengekspresikan diri. Berkongsi. Atau pun menyampaikan sesuatu baik melalui lukisan grafik itu sendiri, tidak pun melalui penulisan, percakapan apa sekalipun.


Senang kata seni itu bebas. seni itu 'berlambak' kemungkinan, soalan dan jawapan. Seni itu mustahil dinoktahkan. Seperti nombor, ia adalah infinity.


Dan itu lah apa yang aku harapkan sebenarnya di dalam dunia pelajaran seni aku. Duduk bertaaruf dan berkongsi pendapat tentang masalah dunia tidak kisah melalui tutur bicara mahupun gerakan dakwat tangan, mungkin?


Tapi letihnya minda aku, apabila kecewa diminta melukis garisan lurus selama lebih kurang 5 jam.


kerana ianya adalah asas. asas kepada seni. sejak bila...like wtf


Tidak sangka seni itu akademik juga. Tidak sangka seni itu dikongkong serta.


Dec 22, 2011

New Chapter

assalamualaikum semua


hampir 2 minggu berada di suasana baru sepatutnya sudah ada maki hamun yang aku patut nyatakan. supaya tempat ini boleh di majukan dan lebih sejahtera. kerana setiap tempat yang kita berada, tentu kita fikir perlu ada penambah baikan, bukan? admit it.


tapi tiada. (?)


mungkin agaknya fasa aku 'bajet' sebagai pengkritik terhebat sudah berlalu. terlalu sibuk untuk meluangkan masa melayan jiwa kacau yang masih berusaha untuk memberitahu apa yang patut di lakukan. sudah. persetan kan itu semua.


ini fasa baru. ini episod baru.


aku telah sampai ke pintu yang... ke berapa aku sudah terlepas kira. aku cuba memandang ke belakang, alahai, jejak aku tunggang langgang. aku tersengih, bangga sebenarnya. aku mampu sampai ke detik ini. cuba meneropong jauh mana perjalanan yang bakal aku lalui, aku kira sekali lagi, mungkin paling lama 3 tahun. tidak jauh lari dengan sebelum ini.


langkah kanan aku berhati hati. sebelum ini langkah kiri yang mengawal diri, takdir hidup sangat pincang malah sangat diragui oleh diri sendiri. dulu tidak cukup kuat untuk membuat pilihan diri sendiri, sebab itu dikatakan langkah kiri. kini impian sedang dijadikan kenyataan, sebab itu dikatakan langkah kanan.


hai hai, masih berdiri, perspektif tidak lari, inspirasi masih di jadikan hobi, menuju masa depan yang menyilau kaca.


kecewa,gembira akan aku hadapi semua.


abam, abang key, dolah, azzam, what ever you want to call me, i will always be there.


even better


im planning on to be a leader.


calu