Mar 20, 2012

Perkara Yang Tak Mampu Diungkapkan Mulut

Salam semua


Sekarang ini aku sedang persetankn semua mention mention di twitter, mesej mesej di what's app, malah apa lagi comment comment di facebook. Aku dengan dunia sendiri, masalah sendiri, walaupun di sebelah tilam Naqibun sedang guling guling bermain handphone..boleh je aku geletek kaki dia sekarang... tetapi ah, persetankn sekeliling.


Bila berkata tentang masalah tentu kita akan fikir sedalam dalam jiwa :


"kenapa harus jadi begini?"


Bukan ingin mengkhususkan suatu permasalahan tetapi secara total nya, kenapa ia berlaku?


Bukan sahaja emosi yang sedang pilu akal juga buntu, bukan setakat itu lagi, malah fizikal yang tidak membantu, persekitaran yang sayu sehinggalah ke masalah agama politik negara sekalipun.


Dan kita terdiam. Buntu. Dan ketika itu lah naluri survival berusaha untuk membawa diri keluar daripada perasaan yang celaka tersebut. Usaha di lakukan. Memalingkan fikiran terhadap subjek yang lain, mengekspresikan diri di mana mana, berdoa, merungut, keluar melayang kan jiwa, memaki hamun dan apa lagi cara yang mampu dilakukan dek tunuh badan.


Cuba pejamkan mata kita. Dengar suara kecil berkata kata.


"adakah semua ini yang kita inginkan?"


"adakah semua ini yang kita harapkan?"


Kita hanya perlu kembali kepada asas segala perkara. Punca segala kewujudan.


Agama.


Tuhan.


Allah.


Yakin kan diri kita. Hikmah segala takdir. Capai semula tali ikatan kita dengan tuhan. Sesungguhnya tali tersebut telah dicemari segala noda yang dicipta kaum kita sendiri.


Celaka lah kita jika persoalkan segala yang berlaku.


Celaka lah kita jika memaki takdir yang berlaku.


Selemah kita hanya mampu bersedih.


Harus lah sedar. Allah cuma membantu. Allah sedang memanggil kita semula. Kerana tiada cara lain lagi yang setimpal dengan kita jika bukan dengan memberi kita 'masalah' tersebut. Tiada cara lain lagi untuk kita kembali kepadaNya selain melalui permasalahan tersebut.


Kerana jika Allah membawa kamu masuk ke dalam masalah itu, Allah jualah yang akan membawa kamu mengharungi masalah tersebut.


Calu