Mar 13, 2012

Masih Tidak Pasti Siapa Neelofa

Salam semua


Bila aku termenung aku tersenyum sinis. Aku sedar, oyeah aku sudah masuk ke dunia imaginasi dan angan angan. Dan apabila passion kita terhadap dunia tersebut membakar bakar, jangan kata manusia, lalat yang menghinggap pun sanggup kau pijak pijak tak ingin diganggu.


Aku berada di puncak gunung. Di mana awan turut serta turun menziarahi. Sejuk. Nafas aku kelihatan dan aku fikir aku dari keturunan naga ketika itu. Ah! Sejuk gila, aku pun menyalakan api dari tangan aku yang kosong.


Oro? Hoho..memang aku keturunan naga ketika itu. Aku lah Key! The Dragon Warrior!


"ehh comelnya~!"


Huh? Manusia normal mana kah yang memanggil aku dengan jolokan yang hina ini? Jantan, sensasi, cool lagi murni aku boleh terima. Tetapi comel? Comel tidak sama sekali!


Suara lantang aku bergema di pertengahan petala. Ya, aku lah Key The Dragon Warrior.


"maaf kan saya, oppa"


Hoh, gemersik merdu apakah itu?


Susuk tubuh keputihan kian jelas keluar dari genggaman awan. Berkaki ayam, berhati hati melangkah timbunan batu puncak gunung. Yang penting, yanggg penting sekali ! Wajah putih dan bibir yang munggil.


Sangat penting untuk kita emphasize kan angan angan kita ya.


"nama saya Ais. Mata saya biru.."


Heh. Sangat kelakar kamu menaarifkan diri wahai wanita. Kerana yang sebenarnya sudah aku lihat mata mu sejak awal lagi.hrmp!


Bersilang tangan dan cuba mengeraskan kaki yang sedang lembik. Ah, diam kau gigil!


Saya Key, The Dragon Warrior. Nice to meet you, beautiful.

"oh hai key.~!"


Sangat menjatuhkan hati bila kamu melambai tangan sambil berkata begitu wahai wanita tetapi salah! Aku Key! The Dragon Warrior!


"key?"

Salah.

"dragon?"

Salah

"warrior?"

Bukan juga tetapi Key! The Dragon Warriorrr!

"Key The Dragon Warrior?"


Ya! Sangat tepat wahai sayangku. Hahaha!Baiklah. Sudah puas kita berkenalan wahai Ais yang bermata biru bercahaya kaca lagi dan bersinarrrr, apa kamu single? Hihi


"saya sudah dimiliki..oleh seseorang yang biasa..tetapi dia ada nikon"


Apa semua ini? Kau daki gunung yang tinggi ini semata mata hanya untuk mempermainkan perasaan aku wahai Ais yang bermata biru cantik bercahaya kaca lagi bersinarrrr?


"tidak. Saya datang menyampaikan harapan. Apakah Key The Dragon Warrior sudah tidak percayakan harapan?"


Ah aku mengantuk. Burn you girl. Fire Blast!


Calu