Mar 12, 2012

FudSya

Salam semua


Pernah tidak kalian keluar masuk dapur buka tutup peti ais dan melihat sebiji epal(?) Sebiji epal yang sangat tidak bermaya untuk menarik hati kita untuk ambil dan makan epal tersebut. Reaksi kita kosong dan terus beredar kerana ia hanyalah buah yang normal dan tidak penting.

Akan tetapi, jika buah epal tersebut di hidang oleh ibu kita sendiri dipotong menjadi potongan kecil, di hias di atas pinggan malah diletakkan di atas meja makan tersiap sedia dengan kulit nya yang telah di buang, mungkin sekali kita akan pijak pijak kepala adik abang berebut makan buah tersebut, bukan?


It's all about perspective. The way we see a thing, in different ways.


Di situ juga kita akan merasai erti penghargaan.


Pernah aku memandu di suatu malam beberapa tahun lepas selepas menjalani aktiviti belia remaja aku bersama rakan rakan sehidup semati dan sebuah topik 'kasih' telah dinyalakan. Mula lah maki hamun masing masing berdebat dengan falsafah masing masing.

"aku dari dulu kata, kau break up shj dengan dia."

"kau dengan dia takkan pergi jauh"

"belum kahwin dah gaduh gaduh macam ini, confirm tak pergi jauh ni"


Aku pun turut sama maki hamun kerana naluri jantan sensasi mana yang tak nak menang tegakkan pendirian(join the fun)?

"entah!apa barang kalau dia tak consider tentang kau"


Masing masing kononnya bergurau serius.


Kenyataan nya di saat menunggu lampu traffic menjadi hijau agak terdiam aku berfikir. Alahai aku turut sama hanyut dengan arus maki hamun ini. Alah member member, apa nak serius~!


Dan di saat itu lah mode aku bertukar menjadi diri sendiri. Aku diam dan terus berfikir. Dan di situ aku dengan bajetnya memberi nasihat secara personal. Konon aku lah Proffesor Love ketika itu. Sedangkan aku pun masih keliru dengan erti kebahagiaan ketika itu tapi aku tetap mahu poyo pakar cinta. Kerana sekurang nya aku tahu apa perasaannya mengejar sesuatu yang kita idamkan.


Dan ketika itu sahabat aku hanya mengidamkan kehidupan yang gembira. Menginginkan hubungan yang berjaya.


Membawa lah kepada suatu petang yang hening.


"Fud, aku tahu apa yang sedang kau tuju. Jangan. Kau nak semua yang kau jalani tu sia sia? Apa hubungan kau dengan dia tu kau anggap permainan? "

Sambil aku persoalkan martabat dia sambil aku bertenggek dekat tingkap mengharapkan angin meniup labuh baju aku untuk lebih feel... Fud sangat tertekan. Member2 sangat tidak membantu.

"kita lelaki mengalah. Jangan kau fikir kau betul bermaksud kau kena paksa dia mengalah. Kita mengalah kerana kita sayang mereka. Kau sayang Nana bukan?"


Berusaha aku cuba menyenangkan hati dia walaupun memang putar belit sebab aku sangat seperti tikus membaiki labu. Aku tidap pandai menyampaikan fikiran aku kerana risau IQ dia tak boleh pick up. (gurau..gurau...)


"teruskan hubungan kau Fud. Jangan jadi kan cinta yang bertahun lama ini sebuah cinta dunia. Aku doakan sampai ke jinjang pelamin cinta gedik kau nih!"


"okay ki! Thanks!"

Gembira dia kerana mendengar apa yang dia ingin dengar, mungkin.


*sorry gemok bagi kau dialog sikit dalam post ni. Kau pun selalu taip nama aku 'ki' , patutnye 'key'!


Aku cuba membantu sebagai seorang sahabat, bukan 'member' ketika itu. Kerana apa yang aku lihat hubungan mereka, matang. Yang buat mereka gedik adalah suasana sekalian. Sahabat sahabat yang memainkan peranan member yang mengkaburi kematangan tersebut. Dan aku tidak dapat lari dalam golongan 'member' tersebut.


Membawa semula ke anologi epal tadi. Kita melihat suatu perhubungan dengan perspektif kita sendiri. Cita rasa kita sendiri. Kerana itu kita melihat ianya tidak penting malah cuba bermain dengan hubungan tersebut. Tetapi bagi Fud dan Nana yang sendiri merasai kualiti hubungan tersebut, yang sendiri telah melihat bagaimana epal itu di potong, di hias di atas pinggan, mesti lah dia ingin kannya. Kerana mereka mempunyai dunia mereka sendiri.


Dan lihatlah. Beberapa hari lagi mereka akan di akad nikah kan.


Tahniah.


Fud dan Nana : 1 Member member : forever alone (0)


Barakallah.



Calu.