Mar 7, 2012

Gurindam lolol

I cant sleep

...

Sedang aku kira berapa jam lagi yang mampu aku dapat untuk tidur sebelum bangun untuk ke kelas esok, tiba - tiba aku ter-sentimental.


Alahai....!


Sedih kan bila menyedari hakikat jiwa kita kosong


Mulo dah...


Mungkin dari anak mata sekeliling melihat kita sebagai seorang yang riuh. Mungkin juga ada yang melihat kita sebagai seorang yang tenang. Dan apa lagi kemungkinan.


Kerana anak mata tidak mampu melihat jauh ke dalam. Kerana itulah gunanya mulut mahupun bahasa badan yang cuba menjentik keluar apa yang tersirat di isi hati.


Namun jika hati sendiri pun keliru dengan kejujuran situasi, apakah benar yang diungkapkan?


Apakah benar apa yang kalian dengar?


Egois sesetengah mereka tidak ingin mengajukan soalan yang berterus terang. Bermain bunga ungkapan dengan menyelit maksud ; "faham faham je lah kan.."


Egois aku pula menjawab dengan memberi kekeliruan. Aku juga berharap mereka faham dengan situasi aku sendiri. Tetapi sayang, mereka hanya ingin dengar apa yang ingin didengar. Tidak faham, mereka fahamkan dengan mentaliti sendiri.


Aku pun membiarkan tanpa rasa bersalah. Kerana sejujurnya aku memanipulasikan mereka untuk menipu diri sendiri.


Hakikatnya malam ini aku hanya mampu berserah. Tidak mampu lagi bermain dengan fikiran ini.


Aku letih.


Ya, Hakikat nya aku kosong.

.......


Nampak sangat dah lama tak berjemaah fardu dekat masjid.

.......


Haizzzzzz.

..


Fakta 6,7 tahun menunggu tak perlu diulang. Itu hanya permainan kononnya ingin menunjukkan aku setia. Biarlah kita tukarkan kepada fakta 6,7 tahun menipu sendiri yang aku sedang jalani.


Memang berlebihan kalau aku ingin kan yang terbaik jika aku sendiri tidak berubah menjadi yang terbaik.


Minta maaf sebulan dua ini menjadi seakan terdesak. Aku kira inilah masanya untuk dikemuncakkan. Sayang nya aku hanya menjadi bayang yang membebankan.


Selamat sihat tubuh badan. Selamat berbahagia. Selamat dunia akhirat.


Selamat tinggal, sumber gembira aku.


No strings attached anymore.


....


This is like, the most romantic writing evaaaaar


Calu