Mar 21, 2012

Mancis



Salam semua.


Kali ini aku meletak tajuk dahulu sebelum menulis isinya. Well technically aku menaip..bukan menulis. Ah kau, diam.

Ya, aku cuba merungkai suatu cerita melalui sebuah tajuk kerana sebelum ini aku jenis yang menulis(menaip) isi dahulu kemudian barulah memikirkan tajuk.


Soalan cepumas : jika anda seorang blogger mahupun penulis, anda jenis yang menulis isi dahulu atau memikirkan tajuk nya dahulu?

...


Berbalik kepada tajuk yang aku telah letak. Bercerita tentang mancis tentulah ia berkaitan dengan penyalaan api ; ianya kecil, halus seperti pencungkil gigi. Senang kata, ah, sebatang terjatuh apa peduli ( tidak penting) tetapi secara dasarnya keupayaan mancis adalah is mampu menyalakan api yang kita tahu apa jenis kerosakan yang ia mampu lakukan.


Haih, mesti sudah kau fikir kan mesej nya bukan? Kecil kecil cili padi..jangan pandang rendah..nope. Kalian salah! Mehehehe!


Nak berak jap.


....


Wokey sambung.


Dari perspektif yang lain mancis itu seakan permulaan kepada sesuatu perkara yang bersifat api, ( api ; marah, panas, masalah dll) . Mancis yang bersifat kecil pula boleh disamakan dengan kesalahan kecil, perkara yang tidak dipeduli dan remeh. Dan itu lah salah satu masalah kita sebagai manusia. Tidak sedar dan memandang rendah akan perkara yang remeh.


Pernah suatu masa aku bersama drebar aku yang bernama Aaron, ditakdirkan melalui jalan yang gampang banyak simpang dia. Sedang dia memberi laluan untuk kereta lain membelok aku terkejut dengan hamun maki nya.


"pookeymoklanshewnakharemmmm tak bagi signal!"


Terkejut, lalu aku pun ter tweet


"Aaron mencarut macam zikir harian"


Ya, Aaron Aziz seorang yang kuat mencarut sebenarnya. Tetapi itu bukan ingin aku sampaikan. Tetapi sedar atau tidak punca nya adalah ke-tidak-consider-an pemandu yang tidak memberi signal yang hanya be berapa inci jarak dari jarinya yang sedang beradacdi stering.

Dasar pemalas pookeymoklanshewnakharemmmm tersebut, (bak kata Aaron Aziz).

Dan membawalah kepada maki hamun Aaron yang mengejutkan aku untuk tweet dengan tidak sengaja. Dan juga membawa kepada peminat peminat Aaron Aziz terkejut mendapat tahu dia kuat mencarut. Maka keluar lah berita gossip yang mengatakan dia mencarut bergaduh dengan isteri nya...


Kita tak kan tahu apa lagi masalah yang akan terjadi hanya disebabkan kemalasan pookeymoklanshewnakharemmmm untuk memberi signal kereta!


.



Hingga saat ini aku harap kalian sedar banyak polan kat lua tu nama Aaron Aziz... Dan lagi gagal lah akal kalian jika masih belum tahu ini cuma cerita rekaan untuk dijadikan contoh.


Kalau tidak mampus aku deyh?


..


Cukup sudah introduksi untuk nukilan ini. Mari ke tujuan sebenar. Pendek tetapi men dalam seperti biasa. Abang key kan cool?


Aku telah dapat tahu punca sebenar seorang kawan yang aku hargai kecewa dengan aku. Kekecewaan dia telah membawa kepada kedinginan layanan sahabat sahabat lain terhadap aku. Tetapi mujur mereka matang menafsirkan mana yang betul mana yang tidak.


Ego dia sekuat setia dia. I respect that. Mungkin aku sedikit cuai, menganggap ianya remeh dan tidak peduli..


Ya, sebenarnya aku boleh disamakan dengan pemandu pookeymoklanshewnakharemmmm tersebut..


Tetapi dari sudut pandangan yang lain, pernah kau terfikir signal kereta pemandu tu rosak?


Calu.