Oct 11, 2011

Tipu Diri Sendiri

assalamualaikum semua


inshaAllah permulaan nukilan aku akan ku tulis dengan salam yang penuh bermula serta merta!


serta merta...


bapak lama tak guna perkataan tu.


hahahahaha


hagham.....


lama sangat tiada update yang serius. nukilan kali ini tak nak cerita apa yang berlaku pada kehidupan aku kerana tak ada kaitan dengan hidup kalian. jadi tak penting...........ke aku masih sensasi seperti dulu? masih ada secret admire? masih gagah di dalam hati sang penghias dunia?


hahahahaha


hampeh......


aku nak tulis ringkas sahaja.


di facebook semakin meningkat momentum sharing sharing post ini. ada yang berkongsi tentang gambaran hari kiamat, ciri ciri ahli neraka,kisah agama, politik, kisah kisah sedih,teladan, mengarut tetapi ada pengajaran selalunya berkait cinta, dan macam macam lagi.


aku baca. sengih. takut. lol. risau. insaf. gelak. melankolik. macam macam.


tapi ada satu post orang share buat aku berkerut. bila berkerut ni aku memang tak gemar. benda benda macam ini buat aku cepat tua.


" <3 kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah <3 " (link)
(owner blog tiada kaitan. aku ingin ambil link dari facebook tapi tak jumpa. aku pinjam sekejap link blog dia.)


tajuk post tersebut, siap ada tanda '<3' (love) lagi.


dalam setengah jam ada lah seorang dua share tanda setuju mengangguk angguk.


letih aku gerak ibu jari tangan slide turun ke bawah news feed mengelak benda itu. almaklumlah iphone kan~ laptop tinggal berhabuk di rumah sewa haduiyai nye pun~!


------------------------------


pertama, Allah tak pernah sengaja temukan kita dengan orang yang salah. Dia sejak awal sudah tentukan siapa jodoh kita. Kau sahaja yang sengaja bercekerama dengan orang yang salah

kedua, post tersebut hanya sebuah penyesalan seorang yang tidak pandai (baca : yangngadesangatnakcouple) yang disokong oleh orang orang lain (baca : jugayangngadenaksangatcouple) yang juga pernah menghadapi situasi seperti dia.

ketiga, post tersebut seakan menudingkan kesalahan kepada Allah dengan 'cara yang baik' sedangkan Allah tidak pun menyuruh mereka berbuat begitu.

keempat, jelas nyata kelemahan manusia bila di dalam keadaan yang susah, bersedih hati, baru lah ingin mengingati tuhan.


-------------------------------------------------
lebih baik begini : ya Allah aku telah lalai dan ingkar dengan kau. aku meminta maaf kerana mengikut nafsu dengan bergedik gedik dengan orang yang aku suka. aku telah banyak belajar dari kesilapan aku.....


daripada begini : ya Allah terima kasih kerana sengaja temukan aku dengan orang yang aku suka(walaupun bukan jodoh yang Kau tetapkan). dia telah menyakiti aku. terima kasih Allah kerana akhirnya aku tahu kenapa Kau sengaja temukan aku dengan dia. aku telah banyak belajar. terima kasih.


kau kata tuhan memang sengaja suruh kau jumpa orang A,B,C,D,E,F sebelum bertemu dengan orang yang dia telah tetapkan iaitu G? bukan kah itu kesilapan kita? kelalaian kita? ini bukan ke-sengaja-an Allah.


kesimpulan nya walaupun niat yang baik, isi yang baik. tetapi hakikatnya kamu hanyalah hamba yang telah salah dan cuba menggembirakan hati dengan menipu diri sendiri.


jangan main main dengan agama.


calu.
ringkas. seperti yang diinginkan.