Nov 3, 2011

Appreciate Life

assalamualaikum semua


malam yang sejuk. selamat datang musim hujan. sesungguhnya antara waktu doa yang mustajab adalah ketika hujan.


appreciate life.


.....


sumpah minta lempang laju2 bajet nya tajuk!


nukilan kali ini mungkin agak serius. serius tentang emosi. tentang diri sendiri. serius syok sendiri....(?) ah! takde beza!


oh ya. mungkin juga dihiasi dengan gambar.


rambut panjang kaya dengan idealisme



hampir setahun aku tidak berada di dalam suasana ilmu. memang disengajakan. memang salah satu impian. aku bekerja. aku berlatih. aku berjalan. aku melihat. mak dolah naik maki hamun bila nak potong rambut. aku jawab dengan kurang ajar-nya :

"bila lagi ummi nak tengok dolah rambut panjang? ini lah masanya haaa (sambil mengembangkan rambut) "

"meh ummi potongkan, mahu?"


"in your dreams mum! (sambil tonyoh2 mata jelir lidah dekat mak dolah) "



aku memang kurang ajar. kurang ajar dalam bentuk yang baik sebenarnya. jangan ambil serius statement aku. hehhhhh.


ummi rindukan rambut aku yang dahulu.


Bila Kita Suka, Masalah Berat Akan Jadi Ringan

Genting Highland, corporate performance(AIA). bila aku diajukan statement begini,


"untunglah kau, lompat lompat 2-3 minit, 3 ribu masuk! aku ni jual sayur sebulan tak tentu dapat duit macam kau~~" - Ijan.


pertama, kau dah beli rumah. kau tak layak cakap macam ni! mana aci heyy! (haha) aku teringat ketika ini tidur memang tidak cukup. 1 jam mungkin. di kawasan yang memang kedekut oksigen, tenaga terbuang nak set up set, belum lagi kira choregraph tukar tukar ikut suka klien, ya, sebenarnya pekerjaan ini sangat susah. pelbagai perkara boleh berlaku dalam 2-3 minit. jadi statement dia salah.


aku hanya berbekalkan kepuasan. kerana aku suka apa yang aku buat. aku buat apa yang aku suka. rezeki lain kira. kerana setiap perkara yang kita lakukan (umum) , carilah minat di dalam perkara tersebut walaupun ianya di landasan keterpaksaan mahupun beban. sekurangnya itu lah cara untuk terus meringankan dunia kita.


siddiq handsome





Agama Adalah Kekuatan Hati

The Gardens, corporate perfomance (Sony). tipu kalau aku cakap aku tiada niat untuk ponteng puasa (astaghfirullah) atas alasan kerja.


Ketika itu bulan Ramadhan. hari pertama (choreograph) aku berjaya harungi tanpa cela. hari kedua aku ragu ragu dengan diri sendiri. aku sangat letih. tenaga habis digunakan pada hari pertama. malam sebelumnya aku siap 'google' hukum berpuasa jika memudaratkan diri. 'haram'. wooho! aku senyum syaitan lebar lebar. keesokannya aku terus memasang hajat untuk breakfast drive thru mekdi (bulan puasa ni!) dan aku terus beristighfar agar niat aku ini memang diizin Allah. aku singgah di Petronas Sungai Besi. sebab situ ada mekdi drive thru.


selesai isi minyak, aku tersentak. drive thru tutup ddaaaa. spontan aku terus memandang ke langit (metafora) dan faham. yang sebenarnya aku salah. Allah tahu aku mampu. aku terus membatalkan niat aku dan terus ke The Gardens untuk kerja performance.


nyata aku mampu. walaupun dari pagi ke siang hinggalah ke hujung petang membuat persembahan, aku kuat berdiri. - jangan memanipulasikan hujah agama untuk kepentingan nafsu sendiri. kerana sesungguhnya walau apa pun, agama itu memang untuk menyelamatkan kita. agama itu lah kekuatan.


passion dalam memperdengarkan suara

Selagi Kawan Belum Mati, Kawan Tetap Kawan

Musab balik dari Russia setelah kian lama tidak berjumpa, makin handsome! that bastard...


aku kenal dia sejak darjah satu. dia jiran aku. dia bekas jiran aku. dia rakan sekelas aku. dia bekas rakan sekelas aku. dia geng se-bas aku. dia bekas geng se-bas aku. (untunglah bapak kereta besar hmmph!)

berkongsi cinta pertama yang sama....


adik dia comel.


(?)


main point tahu kan. - peganglah tali persahabat sepanjang hayat. walaupun sekecil mana nilai persahabatan, jika kita bertukar salam, di situ perhubungan terjalin. jangan kerana perempuan yang bukan jodoh pun emo berbulan bulan bulan!


aku panggil nenek aku 'nya-yi'



Tiada Atuk Nenek, Tiada Ibu Bapa

Aidilfitri. aku masih ingat lagi segala pengorbanan yang nenek aku buat untuk aku. ketika itu aku berumur..6 tahun mungkin. aku kena tinggal dengan mak dan bapak dolah di kampung. haram jad betul kalau pike pike balik!


tapi, sepanjang aku kena tinggal dengan mereka, sepanjang itulah aku bersama nenek aku. makan minum tidur mandi semua dia tolong. aku ingat lagi dia pernah masak air dalam cerek semata-mata ingin bagi aku mandi air panas!


sekarang dia keseorangan. boleh nampak kesunyian dari mata dia di dalam gambar. arwah atuk sangat tegas. mana tak nya kalau mak dolah tak annoying gitu. haihh.~


tapi dengan mereka lah ada nya mak dolah yang degil tu. dan dengan kedegilan mak dolah tu lah lahirnya aku yang begini. alhamdulillah. terima kasih nenek.ilebiu.



rakan rakan berbuah dada


Kepentingan Komunikasi


Product Marketing (Nokia) . kerja yang paling lama setakat ini. (10 hari) jadi ninja. takut kan orang. lompat lompat.


di sebalik semua cerita yang kononnya 'lancar' sebenarnya banyak juga kena maki hamun dengan klien. haha!


itu akan berlaku bila komunikasi di tutup dengan konklusi kepala sendiri. tiada kerja sama, sikap tidak peduli, pentingkan diri dll. imej akan nampak tidak baik, rakan lain yang susah kena maki. fikir sendiri. (umum)



Nate, 18 tahun.


Tiada Sempadan Jika Ada Passion

satu perkara yang sedar di dalam dunia Parkour, walau di mana kau berlatih, dengan siapa sahaja pun, mereka seolah olah rakan kita sejak kecil. walaupun baru berjumpa tidak sampai satu hari, we're like brothers.


aku berjalan ke seluruh negeri (konon) termasuk Singapura atas tujuan berjumpa dengan orang orang yang juga mempunya passion yang sama (parkour) untuk berlatih sama, nyata tiada kejanggalan antara kami semua. aku sangat selesa. gembira dan terharu.


kerana kita mempunyai kecenderungan yang sama. persefahaman yang sama.


dan aku terfikir, di dalam Islam, saudara semuslim kita kenapa tidak sebegini? semakin hilang penghayatan agaknya.


amek ko Ipad sebijik!


Walau Apa Cara Sekalipun, Pengorbanan Ayah Kita Tak Mampu Balas

Baru baru ini hari lahir bapak dolah. Alhamdulillah impian awal tahun aku berjaya dilaksanakan- memberi hadiah kat bapak dolah guna duit kerja sendiri -


sepanjang perjalanan aku untuk melaksanakan impian ini, punya berangan gaya apa nak bagi dia nanti. kononnya nak provok bapak dolah sampai dia cakap

"kau bukan ada duit pun!"

lalu aku menjawab

"heh? silap besar! nah Ipad untuk kau!"

tak pun buat deal seminit sebelum bagi hadiah tu :

"daddy, if i give you something awesome, what would i get in return?"

"aku tukar nama pemilik Hilux tu kepada nama kau! (tak mungkin kau dapat bagi benda awesome kat aku muehehehe)"


"heh? silap besar! nah Ipad untuk kau!"


"nooo~~~~"


..............................

macam tu lah aku berangan pandang ke langit hidung berdarah senyum haram jadah.


nyata itu semua angan angan syaitan sekali lagi. detik aku bagi kepada dia aku yang nak menangis! tapi tak mungkin..air mata dolah sudah kering sejak darjah satu lagi! (tipuu!) hanya bulu roma yang gagah menari nari di saat itu.


alhamdulillah. dia suka. aku gembira. keluarga bahagia. Hilux tetap nama dia.


i love u dad.


____________________________________________________________________


ini lah nukilan 'emosi' aku. tahun ini sangat bermakna sebenarnya. aku bersyukur atas kehidupan aku ini. atas bawah roda kehidupan, susah senang tetap jalan. apa yang penting, rahsia untuk kehidupan yang sentiasa baik, adalah 'kesedaran'


mungkin juga 'kesedaran' ini adalah bakat. kesedaran dalam mengenal pasti apa yang tersirat. kesedaran dalam mengenal pasti apa yang bakal berlaku. kesedaran dalam mengenal pasti sikap,tingkah laku,isi hati,perasaan manusia. kesedaran tentang apa yang sedang dilakukan. kesedaran dalam mengetahui apa yang dilakukan dengan sengaja atau tidak. dan pelbagai lagi.

dan aku sedar aku ada bakat tersebut.



calu
jangan risau, aku sedar aku syok sendiri