Salam semua
Malam tadi ketika di dalam perjalanan Aleng menghantar aku ke restoran untuk aku dinner bersama keluarga dia sempat bertanya kan soalan kepada aku.
Sebenarnya bukan masalah 'sempat' atau tidak kerana sepanjang masa dia membebel falsafah dia naik geram jari aku nak tusuk mata dia.(Aleng banyak cerita)
Soalannya berbaur begini
"zam kalau diberi pilihan, antara mak kau dan kau, kau nak siapa mati dulu?"
Aku berkerut dagu akhirnya topik menarik membuat aku ingin bercakap. Ya, satu jam lebih tempuh trafik sesak dia seorang basah mulut aku tengok ke luar tingkap like a good boy ajew~
Spontan aku terus memikirkan keadaan aku yang longgar iman ini. Emak aku mungkin akan rajin mendoakan aku jika aku mati dulu. Mungkin juga ada kepercayaan kecil aku jika emak aku mati dan aku terus lemah emak aku yang akan tersiksa di dunia sana plus tak kan aku nak jawab nak emak aku mati dulu kot?
"biarlah aku mati dulu. Tak kan nak mak aku mati dulu" susunan jawapan aku.
"salah. Kau patut jawab emak kau mati dulu. Memanglah nampak kejam jawapan tu tapi cuba kau fikir elok elok.
Kalau kau mati siapa yang sedih? Siapa yang akan susah susah menguruskan jenazah kau. Siapa yang akan merindui kau.?
Aku lagi rela bersedih kehilangan emak aku dari dia bersedih kehilangan aku"
Allah. Aku kembali memandang ke tingkap like a 'good boy'. Aku sedih dengan jawapan spontan aku. Longgar. Semakin malas untuk menggunakan akal.
Teruk.
Sampai mati pun kau masih nak harapkan mak kau dolah?
Calu.