a year older a year wiser
"dah tua"
komen daripada Ameng dekat status aku untuk awal pagi tadi.
'4 likes'
dem. banyak pula orang sokong komen budak tua seorang ni. well. memang betul. hajat aku untuk menjadi dewasa tercapai akhirnya. aku berjaya hidup sehingga detik ini. syukur.
Abem pernah mention dalam facebook chat yang annoying ;
"aku rasa macam rugi tak menghayati setiap masa kita lepak lepak sebelum ni. jom lepak malam ni"
itu lah dia. mamat tak sihat yang berpegang kepada prinsip tak nak lepak kalau orang main laptop atau iphone sendiri(buat hal sendiri). kalau tak, tak mungkin tiap kali Salam bukak laptop dia balik awal? huh.~
aku pun sambut kerugian dia dengan teman bersama duduk termenung di meja makan bersama Icad, Mundek, Qibun dan kutu kutu malam yang lain. berbincang isu isu politik yang semakin runcing, falsafah sampah masing masing, tidak lupa juga ber bajet mesra dengan akak restoran yang sekejap bertudung sekejap tidak. (haih.) cuba untuk menghayati malam seperti yang diinginkan.
tidak mungkin.
haih jiwa youth kita ini memang tak boleh diam lah~!
tapi memang betul kata dia. kita kena cuba untuk menghargai detik detik yang sedang berjalan di sekeliling kita.
kerana kita masih hidup.
itu adalah hadiah yang sangat nikmat. satu kehidupan sehingga ke detik ini. untuk menghayati kebesaran tuhan.
aku tak nak cakap banyak kali ini tak seperti post post birthday aku yang sebelum ini.
aku tak kisah bapak dolah cancel beli motor time aku form 4 ke, cancel bagi laptop time aku hampir dekan ke, cancel bagi handphone ke, tak jadi beli apa apa yang aku letak sepenuh pengharapan sebelum ni,
abah dolah nak Myvi 'lagi best' boleh?
hahahahahahaharam
sengaja sekali lagi cuba kecewakan diri sendiri~hik
calu.