Jul 16, 2011

Mimpi Yang Berkait Dengan Realiti 006

salam semua


terima kasih kepada mimpi kerana membuat aku menulis ini
terima kasih kepada kerusi kerana membuat aku mimpi ini
terima kasih kepada lantai kerana membuat aku ke kerusi
terima kasih kepada adik aku kerana membuat aku tidur di atas lantai


aku berpakaian seorang guru. guru baru. ok tipu, ustaz sebenarnya.


hampeh tak nak mengaku.

di sekolah agama.


dan dia juga merupakan guru di sekolah tersebut.


dia, dia lagi.


rindu.


tetapi walaupun sebagai guru perangai aku masih belum jinak sepenuhnya. sekurangnya itu yang dialami aku di dalam mimpi tersebut.


dia malu. seakan takut juga. sering mengintai aku disebalik dinding.


yang membuat dia terus memberi perhatian kepada aku mungkin atas ikatan janji yang pernah dipateri. sekurangnya itu yang dialami aku di dalam mimpi tersebut.


tiba tiba aku ditundukkan. aku seperti telah membuat masalah. mungkin bergaduh dengan murid. atau sedang menegakkan keadilan. tetapi yang pasti aku sedang dijatuhkan.


mimpi. mana nak jelas haih.


dan yang menenangkan aku adalah dia. dan sempat dia berpesan kepada umum


"how am i suppose to marry you if he(aku) couldn't stop acting like this? at least he is dependable"


dia seperti mengeluh mengenai aku. but in a good way. di dalam masa yang sama dia menerima aku.

(?)


"siapakah pembunuhnya encik mouri?"

oro?


detektif conan. sialan. kerusi depan t.v


kenapa lah mimpi tak pernah complete.


calu