Jun 29, 2011

Awkward

Salam semua


Baru baru ini aku dijemput untuk menghadiri sebuah program di Nilai. Oleh sebab aku memang tiada kerja dan kawan kawan semua diam tak ajak ke mana mana, tak salah aku pergi sana untuk mengisi masa lapang walaupun idea asalnya untuk tidak datang dan teruskan misi tidur 18 jam.


Aku macam biasa hanya t-shirt berkolar dan jeans. Entah ke mana kemeja aku ketika itu. Aku bersama jentera kesayangan aku Hilux 2.5 (budak2 macho je bawak kereta niew~) pun shoot ke sana. Dah sampai ke kaunter tahu tahu je member aku tak jadi datang.


Celaka.


Tapi sebab program tu best semacam sebab ada persembahan nasyid kumpulan mana entah, aku pun decide untuk hang out sebentar lagipun banyak orang bertudung labuh. Sejuk semacam memang best.


So aku di kaunter pun datang sign in kedatangan. Boleh pula yang jaga kaunter adalah geng2 perempuan yang agak riang.


Aku pun gemuruh. Cool mode. Turned. On.


Suasana yang tidak begitu meriah menjadi sunyi. Aku datang ; "hai, assalamualaikum"


Akak kaunter ; " waalaikumusalam. Belum daftarkan? Isi borang ni, nama penuh, i.c dan alamat "


Aku pun takderhal. Isi. Macam biasa. Borang tu untuk survey berapa ramai orang datang program tersebut. Standard prosedur. Tapi aku pelik banyak banyak benda kena isi,nombor telefon tak payah.(?)


Aku pun cuba mengambil kepastian ; "nombor telefon tak payah ke?"


Akak kaunter; "awak nak bagi ke?" dia tersenyum


Aku tersedar. Nada aku ketika tanya tadi macam budak sekolah. Damn. Ini menjadikan awek tersebut berjaya menguasai perbualan! No!


"takderlah, selalunya borang macam ini kena kasi nombor telefon sekali, bukan?" aku spontan.


"takpelah tak payah la" awek itu sinis menjawab


" tapi kalau awak nak nombor telefon saya boleh juga. Saya bukan senang nak bagi nombor kat orang tau~"


"hahahahahah"


Suasana yang sunyi tadi menjadi riuh riang dengan gelak tawa


.............



Gelak tawa aku seorang.



.............



Celaka kau Apis! Tak nak datang cakap awal2!


Calu



Jun 23, 2011

Ketinggalan

aku nak promote blog aku. so tak salah la kan sejam aku blogwalking. mak aih follower beriban-riban


............



shik!

Jun 22, 2011

Penulisan

salam semua


master inspirasi pernah berbicara

begini selokanya :


penulisan boleh mendapat kan kawan
penulisan boleh mendapat kan lawan


penulisan boleh melahir kan kehormatan
penulisah boleh melahir kan kebencian


penulisan pencetus revolusi
penulisan katalis dendam hati


penulisan boleh mendatangkan bencana
penulisan boleh mendatangkan sentosa


dengan penulisan diri kita di hayati
dengan penulisan diri kita di maki


penulisan mampu menjelaskan segala salah faham
penulisan mampu mendatangkan salah faham


ianya mampu mempersoal persepsi seorang manusia
ianya mampu mengubah sebuah kehidupan
ianya mampu memutuskan pasangan bercinta
ianya mampu melepaskan apa di genggam


penulisan adalah ilmu
penulisan adalah hati
ianya peluru
ianya ideologi


kita boleh diketawakan dengan penulisan
kita juga boleh mendiamkan tawa dengan penulisan


jangan salahkan penulisan
salah kan mereka yang mencipta
salah kan mereka yang membaca


mereka hanya di situ memainkan peranan
mereka lah yang harus guna akal dan fikiran


calu

Jun 20, 2011

Selamat Hari Bapa!

Salam semua

Angin menderu haru memaksa diri aku untuk buka lampu tandas. Sorry daddy, bil api mahal sikit bulan ini maybe. Sebelum ni serius aku bergelap ketika mahu tidur. Tetapi bukan untuk malam ini, bukan untuk minggu ini. Makhluk halus tak habis habis buat aku giggle sial!

Daripada terus merenung ke luar tingkap mengharapkan sesuatu yang menyeramkan berlaku baik aku syok sendiri sebentar

Baru baru ini aku pergi ke parti sambutan hari jadi anak kawan aku ( tipu: bukan parti, makan makan sopan je )
Sebelum itu aku Abooty, Acapun dan Qiddis decide nak beli hadiah untuk diorang ( anak2 Cat, 2 orang) jadi dengan muka yakin dompet penuhnya aku langkah kanan ke 'Toys R Us' . Yang tak boleh belah nye aku tak sempat nak pegang mainan dalam tu Qiddis dah grab awal2 pamphlet guide nak tengok barang2 harga, offer , diskaun special this month semua ada dalam pamphlet tersebut. Qiddis sangat profesional, bisik hati aku.

Berada di dalam kedai tersebut membuat aku terfikir, the hell? Time aku mentah tak da pun mainan mainan macam ini? Ok, aku sangat dengki. Aku berkemeja hitam dan berseluar jeans dengan butang tercabut entah ke mana berseloka di sudut action figure spiderman.

Qiddis membuka syarat. Hadiah mesti lah berbaloi dan boleh dimainkan oleh 2 budak tuh dan harus berlabel 5 tahun ke bawah dan seorang kena keluar sejumlah wang(private) . Aku dah kata, Qiddis sangat profesional. Tapi last last selepas berdebat secara profesional sama ada mahu beli transformers , ben 10 dan remote control car, kita orang beli hadiah yang sangat boring hanya kerana tertipu dengan design kotak tersebut dan nama watak mainan tersebut yang sangat fancy, Water Slaughter dan satu lagi aku tidak ingat.

Kami sebagai orang dewasa sangat malu kerana telah ditipu dengan design kotak yang sangat menarik hati kami...haramjad!

Ketika berada di rumah Cat dengan penuh kehampaan sebab mainan yang kitorang beli tu tak best langsung, timbul pulak rasa nak jadi seorang ayah.(?)

Walau aku bercadang untuk berkahwin lewat 20an mungkin, tetapi melihat Cat melayan telatah anak dia yang berhingus lagi manja, kenapa kita perlu menangguh masa yang ada? Sekurang nya itu yang aku fikir ketika itu.

Aku kadang kadang memerhati bagaimana bapak bapak yang aku kenal mendidik anak mereka termasuk bapak dolah itu sendiri. Ada yang mengambil pendekatan yang tegas, sambil lewa pun ada. Bapa borek anak rintik, dan bapak dolah pula? Dia sangat misteri...

andai kata aku dikurniakan seorang anak lelaki. Diberikan nama Mail Idris . Mula mula aku akan sekolahlan dia di sekolah agama. Bercermin mata, braces dengan rambut curl dan berwarna perang gelap hasil daripada aku dan ibunya yang berdarah jepun amerika aku pasti dia akan di buli ketika itu. Itulah titik di mana dia akan bermula untuk belajar erti kesusahan secara tidak langsung dia akan belajar erti tidak berputus asa. Dan bila balik disambut oleh ibunya yang sedikit garang dan tegas supaya dia akan lebih rapat kepada diri aku walaupun aku yang busy mencari rezeki di syarikat produksi aku sendiri. Hihihi.

Di zaman teenage pula dia seorang yang hot kaw sat punya Mail Idris. haih sumpah tak tipu! ~ Hubungan dia dengan aku still rapat bro to bro dan ibunya semakin tidak tegas mungkin kerana sibuk menjaga anak keempat bernama Salamiah. Hihihi gediknyew.

Mail Idris akan menjadi seorang ikon atlit yang segak dan sasa. Tangannya yang kuat boleh dibuat urut badan aku dan cinta( nama manja wife aku~) ketika kami sudah tua.

Gila berangan pagi pagi buta ni

Walhal secara seriusnya aku ingin anak anak aku mempunyai beberapa perkara.

- pengetahuan agama
- berfikiran terbuka
- mempunyai pendirian yang mulia
- tidak pondan
- tidak tomboy


..............


happy father's day dad. love u

Calu


Jun 19, 2011

Kembali Melihat

salam semua


sebulan dua ini aku banyak belajar perkara yang baharu.


pertamanya, tidak semestinya kita anggap satu inpirasi mahupun idea itu juga sama dianggap oleh orang lain. mungkin mereka anggap itu memerli mahupun satu ketidak puas hatian aku yang bertapis.


kadang kadang orang lain akan anggap buruk seperti mengganggap diri mereka merupakan bahan celaan di dalam nukilan aku.


aku minta maaf..


keduanya apabila aku bersama kawan kawan aku, kadang kadang aku akan terhenti seketika. aku akan memerhati(secara tidak sengaja). aku mula berfikir. aku suka moment itu. hampir semuanya berlaku ketika kita duduk minum air bancuhan tangan yang sama.


aku gembira. aku berjaya kembali melihat.


aku sedar. dan aku ingin menulis. sebenarnya ia nya penting. walaupun kita anggap itu kecil.


suasana bila kita berduaan bersama seorang rakan, salah seorang geng, teman sehidup semati atau apa lagi istilah yang digunakan sekarang, akan berbeza dengan suasana bersama rakan rakan, geng, sekapal malah rakan seperjuangan.


kita akan lebih jujur, beremosi, cakap mengikut hati, cuba untuk difahami dan memahami apabila hanya berdua. seorang ke seorang. bro to bro. girl to girl. - no homo.


dan kita akan lebih bersifat kompetitif, berdaya saing malah cuba untuk menjadi penghidup suasana apabila berada di dalam keramaian.


mungkin ini adalah fitrah manusia.


dan tentu output juga akan berlainan. mengikut suasana.


..

ah nyamuk. dem u.


----------------------------
(pasang shieldtox. heheh!)



kononlah, kita bersms, chatting, mesej, bersembang antara dua. senang kata privacy antara 'kau dan aku' . kita akan lebih jujur. cuba berkongsi rahsia yang masih tiada siapa tahu kecuali diri sendiri. cuba berkongsi ilmu mahupun fakta tentang diri sendiri yang masih kita tidak bersedia untuk semua orang tahu. kita akan selesa. kerana dia seorang sahaja yang sedang mendengar. bukannya lakonan, jujur semata. sang pendengar juga tidak akan terfikir untuk membuat sesuatu untuk mengubah suasana tersebut. kerana dia hanya seorang diri dan dia tahu beban terletak pada dia seorang sahaja dan dia juga tahu, itu adalah tanggungjawab dia. even if kalau dia mahu juga cuba mempersenda, hanya seorang sahaja yang dipersenda dan dia seorang juga yang mendengar. - awkward. lain lah dia membawa cerita ke telinga yang lain, itu sudah lain cerita.


cuba pula kita bercerita sesuatu yang penting bersama 5 pasang telinga. apa akan jadi.? mesti akan ada pengubah suasana. akan ada seorang yang mencetus suasana kompetetif dan cuba menjadi penghibur ketika itu. dan bila suasana tersebut tercetus, akan dimulakan dengan gelak tawa dan muncullah orang kedua untuk cuba menjadi perhatian dengan menambah lagi apa yang disebut orang pertama. di sambung dengan orang orang seterusnya. lalu suasana tersebut aku mengecilkan hati si pencerita yang cuba untuk mungkin berkongsi masalah, meminta sokongan atau nasihat.


kita tidak pernah kisah semua itu.


kita adalah manusia yang mementingkan diri sendiri. sekurang nya ketika berada di dalam satu kumpulan.


itu kedua..


yang ketiganya baru baru ini aku menonton filem Super 8. seronok tetapi penghabisan agak tidak memuaskan. 4.5/4 . ada satu babak yang sangat menarik perhatian aku. bukan babak, dialog sebenarnya.


"ketika bersama kau aku rasa aku kenal segalanya tentang kau tetapi hakikatnya aku langsung tidak kenal kau"


of course la dia cakap english. aku suka taip melayu skema. rasa serius sedikit. lul.


aku rasa kita pernah merasa moment ini. sebenarnya ianya lebih kepada perasaan. realitinya kita memang ingin kenal segalanya tentang seseorang itu, tetapi kita tidak sedar kita telah membuka pintu yang salah. kita akan terus ke depan mengharungi jalan itu. kita akan gembira. sehinggalah kita akan sampai ke jalan mati dan mula berfikir selama ini jalan apa yang kita telah lalui? dan ketika itulah kita akan bertemu suatu entiti yang akan membuat masa kehidupan kita berlalu dengan sangat perlahan dan seksa.






iaitu kekecewaan.





calu

Susah Kalau Tak Banyak Berkongsi, Selalu Kena Perli

tapi seronok tengok orang memperbodohkan diri. konon tahu semua.

Jun 17, 2011

Fahamkan.

Salam semua


Bermain rumah pokok bersama kawan sejiran. Lawan lawan pedang tanpa mengenal risiko cedera. Bergayut terjatuh menangis dan ketawa. Berpindah meneroka semak dan kawasan sejiranan yang lain. Bergaduh berebut kawasan mahupun kawan perempuan yang paling kurang mempunyai gigi yang elok.


Tsk.


Jangan biarkan kesibukan menghalang untuk meraikan diri.jangan biarkan komitmen menghalang untuk terus tersenyum.


Kenal erti gembira. Kenal erti penghargaan. Kenal erti kehidupan.


Jangan terasa jangan marah jangan sedih mahupun kecewa.


Teruskan senyum.


Kitalah inspirasi. Kitalah realiti.


Masa depan sentiasa menanti. Seberapa bagus itulah persoalannya.


Takdir yang menentukan. Nasib sentiasa menjadi pilihan.


Kehidupan adalah ujian yang disampaikan sebagai pemberian dan diterima sebagai peluang untuk ke arah yang ditetapkan.


Kenapa ingin mengelak?


Calu.