Jun 19, 2011

Kembali Melihat

salam semua


sebulan dua ini aku banyak belajar perkara yang baharu.


pertamanya, tidak semestinya kita anggap satu inpirasi mahupun idea itu juga sama dianggap oleh orang lain. mungkin mereka anggap itu memerli mahupun satu ketidak puas hatian aku yang bertapis.


kadang kadang orang lain akan anggap buruk seperti mengganggap diri mereka merupakan bahan celaan di dalam nukilan aku.


aku minta maaf..


keduanya apabila aku bersama kawan kawan aku, kadang kadang aku akan terhenti seketika. aku akan memerhati(secara tidak sengaja). aku mula berfikir. aku suka moment itu. hampir semuanya berlaku ketika kita duduk minum air bancuhan tangan yang sama.


aku gembira. aku berjaya kembali melihat.


aku sedar. dan aku ingin menulis. sebenarnya ia nya penting. walaupun kita anggap itu kecil.


suasana bila kita berduaan bersama seorang rakan, salah seorang geng, teman sehidup semati atau apa lagi istilah yang digunakan sekarang, akan berbeza dengan suasana bersama rakan rakan, geng, sekapal malah rakan seperjuangan.


kita akan lebih jujur, beremosi, cakap mengikut hati, cuba untuk difahami dan memahami apabila hanya berdua. seorang ke seorang. bro to bro. girl to girl. - no homo.


dan kita akan lebih bersifat kompetitif, berdaya saing malah cuba untuk menjadi penghidup suasana apabila berada di dalam keramaian.


mungkin ini adalah fitrah manusia.


dan tentu output juga akan berlainan. mengikut suasana.


..

ah nyamuk. dem u.


----------------------------
(pasang shieldtox. heheh!)



kononlah, kita bersms, chatting, mesej, bersembang antara dua. senang kata privacy antara 'kau dan aku' . kita akan lebih jujur. cuba berkongsi rahsia yang masih tiada siapa tahu kecuali diri sendiri. cuba berkongsi ilmu mahupun fakta tentang diri sendiri yang masih kita tidak bersedia untuk semua orang tahu. kita akan selesa. kerana dia seorang sahaja yang sedang mendengar. bukannya lakonan, jujur semata. sang pendengar juga tidak akan terfikir untuk membuat sesuatu untuk mengubah suasana tersebut. kerana dia hanya seorang diri dan dia tahu beban terletak pada dia seorang sahaja dan dia juga tahu, itu adalah tanggungjawab dia. even if kalau dia mahu juga cuba mempersenda, hanya seorang sahaja yang dipersenda dan dia seorang juga yang mendengar. - awkward. lain lah dia membawa cerita ke telinga yang lain, itu sudah lain cerita.


cuba pula kita bercerita sesuatu yang penting bersama 5 pasang telinga. apa akan jadi.? mesti akan ada pengubah suasana. akan ada seorang yang mencetus suasana kompetetif dan cuba menjadi penghibur ketika itu. dan bila suasana tersebut tercetus, akan dimulakan dengan gelak tawa dan muncullah orang kedua untuk cuba menjadi perhatian dengan menambah lagi apa yang disebut orang pertama. di sambung dengan orang orang seterusnya. lalu suasana tersebut aku mengecilkan hati si pencerita yang cuba untuk mungkin berkongsi masalah, meminta sokongan atau nasihat.


kita tidak pernah kisah semua itu.


kita adalah manusia yang mementingkan diri sendiri. sekurang nya ketika berada di dalam satu kumpulan.


itu kedua..


yang ketiganya baru baru ini aku menonton filem Super 8. seronok tetapi penghabisan agak tidak memuaskan. 4.5/4 . ada satu babak yang sangat menarik perhatian aku. bukan babak, dialog sebenarnya.


"ketika bersama kau aku rasa aku kenal segalanya tentang kau tetapi hakikatnya aku langsung tidak kenal kau"


of course la dia cakap english. aku suka taip melayu skema. rasa serius sedikit. lul.


aku rasa kita pernah merasa moment ini. sebenarnya ianya lebih kepada perasaan. realitinya kita memang ingin kenal segalanya tentang seseorang itu, tetapi kita tidak sedar kita telah membuka pintu yang salah. kita akan terus ke depan mengharungi jalan itu. kita akan gembira. sehinggalah kita akan sampai ke jalan mati dan mula berfikir selama ini jalan apa yang kita telah lalui? dan ketika itulah kita akan bertemu suatu entiti yang akan membuat masa kehidupan kita berlalu dengan sangat perlahan dan seksa.






iaitu kekecewaan.





calu