May 17, 2011

Tentang

Salam semua


Uhuk uhuk!


*batuk*


Too much soda i guess.sakit tekakk. And yes still can't sleep. Dan ini bukannya insomnia sebab internet laju atau apa, ini memang betul betul tak boleh tidur. Laptop dah lama shutdown. Kesian, dah berapa bulan dia tak rehat.


Kau tanya bagaimana aku bertinta? Haa tentulah dengan gajet kesayangan aku! Ipong 4.hihihihi


Ditemani dengan muzik kesayangan adunan Kondor dan Nujabes. Aku rasa hati aku semakin bersih.


Awal malam tadi baru sahaja bersidang falsafah dan politik atau bahasa orang orang sekarang, melepak. Bercerita tentang pendapatan(income) target peribadi masing masing untuk menjana wang keperluan masing masing. Dan malam itu hampir semua termasuk aku sendiri telah bertukar menjadi akauntan, pakar ekonomi , mesin kalkulator dan sebagainya untuk mengira berapa jumlah yang telah dikumpul mahupun dibelanjakan.


Ka ka kachinggg! (sound effect cash machine)


Wow. Sepanjang tempoh aku mula bekerja di ukm sejak bulan 11 ( mungkin ) tahun lepas sehingga April tahun ini aku telah menjana dan melabur wang sebanyak 7000 ringgit. Agak hebat bagi seorang yang sensasi ea? Tidak termasuk pimjaman ptptn kerana memang itu untuk yuran kolej sepenuhnya dan masih tidak cukup fak!


Ke mana hilang semua itu? Aku buat apa dengan duit itu? Biarlah sekadar itu aku ceritakan. Perbelanjaan tak usah lah aku nukilkan.


Baiklah. Cuba untuk poyo sebentar.


Kawan aku Muril pernah bertanya kepada aku. : aku tengok kawan kawan kau semua muda muda zam?


Aku menjawab spontan untuk memuaskan hati dia. Tetapi cukup untuk membuat aku terdiam. Soal umur tidak menjadi masalah bagi aku tetapi memang betul mostly kawan kawan yang berfalsafah, berpolitik, konspirasi, bajet bagus adalah muda dari aku. Kawan kawan sebaya mahupun yang lebih tua ada. Di kolej, geng sekolah dan lain lain. Tapi aku memang cenderung bersama mereka bukan sahaja kerana mereka membesar di kejiranan yang sama dengan aku. Tetapi juga hati mereka memberi aku inspirasi.


Pernah dengar budak budak sekolah nakal tetapi berjaya di luar? Pernah nampak gangster gangster gaduh tetapi gedik depan kucing? Pernah nampak perokok tetapi lebih jujur daripada seorang yang hipokrit?


Mereka mereka inilah yang aku maksudkan.


Aku suka bersama mereka berbanding mereka lain yang pasif. Walaupun di usia muda mereka lebih banyak pengalaman daripada orang yang biasa. Perspektif mereka lebih meluas matang dan tidak kolot. Cuma keadaan dan ketentuan yang ditakdirkan menjadikan golongan macam ini dipandang hina di mata masyarakat.


Yang tidak pernah mengambil masa untuk melihat ke dalam hati mereka.


Mereka ada impian besar. Ingin menjadi Bill Gates, ingin mempunyai kereta yang laju, ingin menjadi wartawan yang telus, menjadi cikgu mahupun pilot. Dan setiap impian mereka diiringi dengan usaha yang telus. Aku telah saksikan sendiri.


Melihat seorang rakan yang berjaya mendapat pointer yang tinggi dan mendengar luahan hatinya : zam aku tak sangka sepanjang 18 tahun hidup aku, aku dapat berjaya zam. Agaknya macam inilah perasaan orang yamg berjaya. Blackberryyyy


Dia deal dengan ayah dia dapat blackberry kalau dia dapat score dekan. Cihh


Melihat dia terharu membuat aku tersengih. How i wish golongan golongan dahulu yang memandang serong terhadap dia melihat dia sekarang. Adakah mereka dengan matang tumpang gembira atau dengan hina mengutuk : elleh baru semester satu pun!


Aku benci orang yang kolot dan bercakap tanpa berfikir(mengikut perasaan)


Selalunya apa aku akan buat hanya mengiyakan dia dan berusaha untuk mengendahkan dia. Kerana aku tahu tidak ada guna untuk melatah. Tidak ada guna melayan orang yang sempit.


Sempat aku bajet bagus dan memberi nasihat kepada dia untuk tidak terlalu gembira dan sebolehnya tingkatkan lagi usaha.


Well nukilan kali ini adalah mengenai pentingnya kita melihat seseorang itu bukan di luaran, tetapi dalaman yakni hati.


Kerana tak semestinya kau tak masuk neraka dan rempit tak masuk syurga.


Calu