Salam semua
Masih tidak dapat tidur.
Baru baru ini semakin susah untuk tidur
Kenapa?
Mungkin banyak perkara yang sedang dimainkan minda
Di halwa telinga juga sedang termainnya muzik yang kena dengan jiwa
Di sempadan antara realiti dan mimpi di situlah akal paling rajin berfungsi
Dan terbukanya mata hilanglah segala fikiran hati
Cuba dinukilkan semula pasti tidak akan sama
Damn
Aku terfikirkan tentang penghargaan. Bagaimana kita sebagai insan lemah dalam menghargai. Alpa nya kita mensyukuri. Lupa nya kita apabila diberi. Kita manusia. Fitrah mempunyai kelemahan. Hanya tersentak apabila kehilangan.
Aku lihat sebelah aku.
Yewr aiman kau tidur mengigau...
Aku dirasakan kulitku angin yang mendayu. Kipas rosak set paling laju pun macam gear satu.
But hey, akalku sedang jelas sekarang.
Tidak kisah aiman mengigau. Dia adalah kawan aku. Tidak kisah tiada air cond asalkan tidak berpeluh.
Hargai sekeliling kita
Baru baru ini rakan ku amin kehilangan motor. Dicuri mungkin. Sedih melihat sedihnya dia kehilangan wrr 3450. Aku faham. Hampir 4 tahun kenangan bersama. Dari merah ke biru, hujan dan panas, pancit dan bocor mahupun polis dan jpj, they've been through a lot.
Nyamuk sial!
.
Tapi tahap sedihnya tidak terlalu teruk. Kerana dia menghargai setiap detik bersama jentera nya. Aku nampak amin. Kau jangan risau. Dan aku tahu kau redha dengan takdir.
Dan apabila disebut perkataan menghargai, penghargaan atau seumpanya perlukah adanya selepas kehilangan? Adakah kita perlu kehilangan seperkara atau seseorang baru hendak belajar untuk menghargai?
Kasut tidak cukup banyak. Bilik tidak cukup besar. Kekasih tidak cukup hensem/cantik. Makanan tidak cukup sedap. Kereta tidak cukup laju.
SEGALANYA
Aku pernah lihat seseorang yang beli kasut setiap bulan hanya beralaskan trend. Aku pernah lihat seseorang bertukar kasih hanya atas dasar paras rupa. Aku pernah lihat seseorang sanggup tidur di rumah kawan hanya kerana merajuk bilik sempit. Aku pernah lihat seseorang buang makanan yang baru tiga suap hanya kerana tidak sedap. Aku pernah lihat seseorang sanggup bermandi minyak hanya untuk mendapatkan prestasi terbaik kereta untuk berlumba.
Aku tiada masalah dengan mereka. Aku cuma kasihankan alasan mereka.
Jangan mengikut trend kerana trend adalah satu kawalan minda. Jangan mengikut paras rupa kerana akan sentiasa orang yang berwajah lebik baik dari dia. Jangan merajuk sebab bilik sempit sekurangnya kau duduk seorang dari aku kongsi dengan adik yang selekeh tahu?! Jangan berkira dengan makanan kerana ianya rezeki dan sekurangya ia tidak basi. Dan jangan lah terlalu asyik dengan kereta laju tidak laju sebab dah berkeluarga nanti kau kena beli van juga akhirnya.
Yes. Aku dah mengantuk akhirnya!
Kesimpulan : hargailah setiap perkara di dalam kehidupan kita.
Teehe!
Calu