May 15, 2011

Sukan

Salam semua


My dad once told me :

"keturunan kita bukan berasal dari golongan yang bersukan(atlit) atau lasak. dont focus on that. Kita adalah keturunan yang kuat di hati dan akal."

I replied :

"jadi biar dolah yang mulakan. Biar keturunan kita selepas dolah akan belajar untuk menghargai akal dan kebolehan fizikal."


Dia tersengih. Tak tahu nak jawab apa. Terus ke laptop sambung kerja.

Hehe

Agak nya bapak dolah tidak tahan melihat aku terlalu aktif di dalam bidang fizikal.


Pengakap, bomba, komander muda, hoki, jungle treking, bola tampar,basikal,olahraga, bola sepak, futsal, badminton, basketball, ping pong, parkour,tricking...apa lagi dah?


Semua ini telah menghiasi kehidupan aku sejak aku belum baligh lagi.


Piala piala tak boleh hias perabot rumah. ummi dolah buang sebab banyak sangat. Tak akademik sambungnya.


Satu satu nya aktiviti yang mungkin mereka bangga dan boleh buat cerita gossip dengan kawan kawan adalah aktiviti debat aku yang aktif selama 3 tahun. Diorang tak ingat agaknya.


Aku memang suka berdebat dulu. Pergh~~


No wonder aku seorang paling gelap dalam keluarga. Aktif sangat la kononnya. Legam.


Sampai bapak dolah 'puji' ; "bermati matian kau sukan sampai pukul 3 pagi!!"


"sorrry daddyyyy(terima kasih) "


Tertinggal kunci rumah ketika itu. Bapak dolah yang buka kan pintu. Pui pui


Kalau kalian slow sangat tak faham dia tak puji tapi maki. Aku je anggap tu pujian. Huh.

.


Apa salahnya kita aktif sihat bersukan?


.


Aku berangan bila dah kahwin dengan wanita kelahiran Jepun tak pun Johor or Kelantan, aku akan latih anak aku menjadi ahli sukan yang disegani!


Mungkin akan dinamakan Roronoa(Jepun) ataupun Rizal(Johor) mahupun Rafidaudin(Kelantan) dan dia bakal menjadi duta produk coklat Kinder Bueno ataupun air Mountain Dew. sukan apa aku tak kisah. dari ke seni pedang mahupun ke bidang sukan permotoran atau boling padang sekalipun, asalkan ia nya dianggap sukan. ya, i really love physical activities that much.


Dan dia juga akan dijemput ke forum sukan untuk membincangkan apa apa masalah sukan yang negara kita hadapi kelak kerana dia juga mempunyai akal fikiran yang geliga seperti yang telah termaktub di dalam keturunannya.


Silap silap boleh jadi dato' ?? Heheehe. Aku berangan macam orang gila. Mueheheh!


Aku cuba untuk mengetengahkan perspektif aku mengenai sukan dan masa depan. Dan dua ini punya chemistry. Aku tak kata aku. Tapi secara umum. kerana masa depan aku akan melibatkan akal pemikiran, kreativiti, kesucian hati, kredibiliti dan keyakinan diri sebanyak 70 %. lagi 30 % diperlukan untuk tahap fizikal.


Tetapi berbeza pula dengan bapak dan ummi dolah. Mereka tidak setuju apabila dikatakan sukan boleh dijadikan career.


Kami berdebat. Aku gunakan pengalaman naib juara debat inggeris peringkat zon aku. Heh. Confirm menang, sigh~! Point2 mereka penuh dengan flaw. Bila aku jentik sikit aku mampu naikkan volume suara mereka.


Tapi aku silap.


We are talkin about bapak dan ummi dolah.


"umi yang lahirkan dolah.... jaga dolah sejak kecil. Menyusukan ,mandikan.sudah ,umi tak nak dengar cakap dolah...dengar cakap umi.. Sukan tak boleh dijadikan career...jadi lah doktor..pensyarah..engineer... lawyer...Sudah. Sudah. Dengar cakap umi...that's it,muktamad"


Aku cam...


"mane aci!!!!mane bleh camtu! Not coool!tak adil!"


Aku merajuk!


Masuk bilik.


Main facebook.

..........


dato' lee chong wei, aku terpaksa potong nama mu daripada senarai inspirasiku..


huk.


Calu
kita hebat mana pun, mak yang mengandung tetap menang