May 13, 2011

Tak Boleh Tidur

Salam semua

Pertama kali bernukil menggunakan iphone. Wooho!

Pertama kali bernukil baring menghadap siling. Wooho!


Baiklah.aku perlu mencernakan akal aku kembali. Aku sudah lama tidak memberi masa untuk mengekspresikan diri melalui nukilan. Dengan kata lain, syok sendiri, macam biasa.


Wooho!


Well. Kehidupan aku sensasi macam biasa. Masih seorang pengembara.(aku dah pokayyy) negeri terakhir aku lawat adalah Kelantan. Sebuah negeri yang aman. Ya, sangat tenang! orang orang yang aku jumpa baik baik belaka. Murah hati lagi disegani aw~


Dan sepanjang aku berada di sana selain bertemu rakan rakan selompatan yang baru, sempat aku merasa suasana masyarakat mereka yang seperti biasa berbeza dengan suasana negeri negeri lain yang telah aku lawati.


Perkara penting yang hendak aku catat dalam diri aku selain tarikan graviti sana lebih kuat berbanding Selangor adalah selain Johor mungkin gadis Kelantan juga adalah pilihan isteri aku? Yewr! Mereka sangat comel. Comel di dalam bahasa mereka adalah cantik. Ditambah lagi dengan kesejahteraan penghayatan agama mereka, sopan santun dan kesejukan hati aku bila mata memandang dan mengingatkan aku ketika aku sekolah tingkatan satu.


Ada sebab aku perincikan tingkatan satu, bukan tingkatan lain.


Dan seperti biasa. Ini membawa aku untuk berfikir sejenak. Kenapa perasaan kita akan menjadi lain apabila melihat seorang wanita yang bertudung dengan yang tidak bertudung.?


Ya, agama mungkin sama. Tetapi lainnya penghayatan mereka.


Aku masih ingat aku jumpa seorang perempuan ketika berbuka puasa beberapa kehidupan yang dahulu. Dan aku ketika itu berfikir, apa guna berpuasa kalau kau pakai macam ini? 5 minit nak berbuka aku boleh batal.dem. Aku pun cuba mengalihkan pandangan menegakkan iman...Tidak, aku tipu. sebenarnya aku lebih kepada macho seperti biasa dan tingkatkan tahap cool aku. (Tidak, aku tipu lagii dia sangat eye catchyy dan aku gigil maluuuu sampai keliru mana satu cawan akuuuu.) Dan sekarang aku tengok dia sudah mempunyai aura kematangan tersendiri. Mampu berdikari mungkin. memakai tudung. Alhamdulillah.


Penghayatan.


Kerana tidak semestinya kita dilahirkan sebagai muslim kita akan hidup sebagai muslim. Penghayatan kita boleh dicetus dengan pelbagai cara mahupun asbab. Suasana, peristiwa,desakan,hidayah dan lain lain.


Mungkin gadis gadis Kelantan yang menyejukkan hati aku ketika itu adalah hasil daripada desakan keluarga mereka untuk bersekolah agama atau mungkin suasana di Kelantan itu sendiri(parti pas braderr ape lagii).


Mungkin pula perempuan yang aku jumpa dahulunya tidak bertudung dan kini bertudung berubah kerana sesuatu peristiwa yang membuat dia sedar(insaf) ataupun tercetus di akal hati sendiri untuk berubah(hidayah), mungkin. Sekali lagi, Alhamdulillah.


Itulah. Perubahan seseorang kita memang tak boleh agak jangka masa dia. Mungkin dia tahpape semalam tetapi hari ni dia tengah tabligh 40 hari di kl.(Fakrul) Who knows.


Dan apabila kita lihat benda benda yang syahdid ni hati kita rasa Nur Kasih je memandang tak kisah syaitan mana perangai kau, nampak benda benda macam ini lagi lagi kalau muka comel(bonus) rasa macam nak beramal jariah pula.


Itulah bezanya muslimah bertudung dan tidak bertudung. Kemanisan islam di situ agaknya.


Jangan sampai kita sentuh topik yang tidak bertudung pula. Ada banyak pula hujah nak diketengahkan. Kitew tak semestinyew jahat lah. Orang tudung tak semestinyew baiklah. Tunggu masew lah.


....


Shit. Aku hampir masuk ke topik tidak bertudung kot.


Well. Macam post2 kala yang telah aku tulis. Sekali lagi, aku tiada masalah dengan yang tidak bertudung. You are on your own.


Sebab aku layan awek awek korea. Tak boleh bajet bagus sangat. Hipokrit diorang katew.


Tujuan utama aku tulis pun nak beritahu gadis gadis Kelantan molek molek jer. Hik


:>


Calu