Jul 19, 2010

Freedom

salam semua

"aku x bleh post status sb nnt kne delete balik. kekurangan freedom." - ibzzie von matterhorn


hiho!


apabila menyentuh perihal freedom(kebebasan), aku rasa seperti melihat orang topless berlari-lari dengan penuh dedikasi dan kesungguhan menuju ke arah yang tidak diketahui dengan mimik muka senyum lebar bahagia macam baru dapat hadiah 1juta euro selepas dilantik sebagai raja! langsung tiada masalah dan bersedia untuk mati bila bila masa sahaja. itulah freedom yang aku fikirkan, agaknya.


perkataan 'freedom' boleh disubjektifkan kepada pelbagai perkara. kebebasan hidup, kebebasan memilih, kebebasan bersuara, berpakaian, berfikir, aktiviti, dan apatah lagi. sengaja aku quote ayat di atas dari kawan baik aku di facebook. ya, nama dia ibzzie von matterhorn. unik kan? sebab sebutan nya berlainan apabila menggunakan dialect lidah melayu, amerika dan british. cuba kalian test sebut satu satu. (lain kan~)


dan dia juga mempunyai adik beradik yang tidak ketinggalan juga bersosial di facebook. seperti benn von matterhorn dan ruzzo von matterhorn (walaupun aku menaip, entah asal lidah aku terbelit-belit..). mungkin masih banyak lagi bloodline von matterhorn yang aku masih belum jumpa dan add sebagai friend, heh. bukan masalah aku. dan aku tak tahu kenapa mereka diberikan nama sebegitu. mula-mula memang tak kesah sebab tuan dia lagi pelik dari nama, tapi sekarang tertanya pulak. baem, asal ko guna nama tu doh? memang dak2 unisel macam tu ke?


okeh! enough with the free promotion of him. so what the hell is freedom? is it something we do without interference? perkara yang kita buat suka hati, bebas~? dan apabila membaca status dia di facebook (heuheu~) aku secara umumnya setuju. memang kita kekurangan freedom. secara spesifik pula....entah, mungkin dia dah ada awek baru. so kena queen control la kot. haha. never mind.


bila dikatakan tentang had kebebasan diri. sebenarnya bukan sahaja Palestin yang belum terbebas daripada bulian Israel. malah diri kita juga sebenarnya tidak pernah bebas. apa yang mengongkong kita? what is it that holding us back? ya, sebenarnya banyak ,dan juga terdapat dalam pelbagai bentuk. ibu bapa, keadaan sekeliling, cinta, manipulasi, iluminati, kawan, cikgu, duit, umur, jantina, masa dan pelbagai-bagai lagi alasan dan perkara yang mengongkong 'kebebasan' kita.


kita nak sleepover rumah kawan, kadang-kadang kita akan fikir mengenai keizinan ibu bapa.
kita nak ngorat perempuan, eh tak boleh, awek sendiri ada kat sebelah.
kita nak beli kereta, eh tak boleh, duit 5 ringgit je ada.
aku nak pakai skirt, eh aku lelaki lah!
malasnya aku nak pergi kelas, tapi takut lecturer bar pulak.
aku nak berak, tapi ini dekat ruang tamu!


kadang-kadang aku mendengar falsafah perempuan yang tidak pakai tudung, gaya seksi sakan lawak jugak. "ske ati la. kite bebas pkai ape jewww!" bebas kah? apabila kita melihat mereka terang-terang dikongkong pengaruh orang barat sana? itu tidak bebas, itu dimanipulasi. dan ada juga sebahagian yang tidak memakai tudung yang aku tiada masalah dengan mereka. mereka adalah dikalangan yang baik-baik dan mungkin masih belum bersedia untuk membuat perubahan. aku tidak kisah. (suka sikit-sikit :P)


kadang-kadang aku melihat mereka dok taksub dengan segi tiga, mata satu, piramid lukis itu lukis ini, bintang pentagram, "mana ada, niat yang penting. niat aku tak worship setan pon" itu dikatakan iluminati. which the original objective is to worship setan dajal iblis semua. sebab dah terlalu biasa tengok iluminati kat mana-mana, terpengaruh, itu yang tertolong sekali sebarkan free2 je.


kita memang tak pernah bebas. kita akan dipengaruhi, mempengaruhi. diikuti dan mengikuti.


macam aku ini. langsung lagi la berkali-kali takde freedom . aku nak makan takde duit. aku nak balik takde transport. aku nak parkour banyak assignment. aku nak gedik gedik kat facebook takde internet. aku nak manje manje takde awek. aku nak free willie mak dolah suruh kahwin. aku nak cakap bebas sekarang ni pun dah tak boleh sebab ada kakireportloserbacadiamdiamlikeabitch. seluar labuh sikit je dah kena cop bboy. (actually that is kinda cool. what up homie?yo?wazzzapppp~~)


aku tengok movie movie amerika kalau pasal sekolah/universiti time senior last year punya la enjoy lengang kaki menari-nari fun. yerla last year kan, main suka hati enjoy gila babi. tapi, kenapa senior year aku ni tak lengang kaki menari-nari fun langsung? kenapa aku tak boleh main suka hati enjoy gila babi? kenapa senior year aku busy kaw sat gaban gila babi? bitch!


.....


apa yang cuba disampaikan...untuk menyenangkan hati aku... we take the word 'freedom' to a higher level. sebab aku tak bebas, kalian pun sekali aku cakap tak bebas, ngiahahaha. - sepanjang hayat kita adalah seorang hamba. dan sebagai hamba kita sentiasa mempunyai batasan. macam seorang bibik main handphone depan majikan, sumpah kena lempang.


we will only gain our freedom afterdeath. dekat syurga nanti nak buat apa pun, buatlah.


calu