Jul 7, 2010

7/7/1990 (2)

salam semua


pernah engkau semua punyai perasaan ini? bayangkan kalian berdiri di tengah jalan. dan disekeliling kalian terdapat 8(atau lebih) jalan pilihan. tanpa arah tanda, tanpa guide yang ditetapkan, kalian harus choose salah satu antara jalan tersebut. depan, belakang, kiri atau kanan, jam 1, jam 5, 8 mahupun 10. jalan mana yang harus anda pilih? bagi pemikiran seekor binatang, mudah. jalan yang pertama dipandang, jalan itu yang dipilih. tetapi kita berbeza. kita diberikan otak untuk berfikir. sudah tentu kita akan berfikir bukan?

dengan segala pengalaman, ilmu, pengetahuan dan daya bijak masing-masing, kita akan berusaha untuk membuat keputusan untuk berfikir. mungkin kita akan berfikir, "sentiasalah ikut jalan yang lurus" lalu mungkin kita akan memilih jalan dihadapan kita. but wait, macam mana kita nak tahu hadapan kita ini adalah hadapan? rasanya kita dah terpusing badan sikit.? heh. tak apa lah. sunnah nabi sentiasa mendahulukan kanan. easy, kita guna jalan kanan~. tapi, what if we're wrong? jalan kiri nampak macam lebih terang? jalan belakang pula lagi luas... jalan jam 5 ada sungai! ya, kalau jalan jauh kita boleh minum~ baik. jalan ini aku pilih! selangkah..*wait* kenapa jalan ini ada sungai, jalan lain tiada? perangkap? racun? alah, kita percayakan nasib. kita pusing sambil tutup mata dan jalan dihadapan kita pilih! *pusing pusing* .. *buka mata* .. jalan yang ada sungai dihadapan. *....* ah, aku pilih kiri. tuah aku selalu di kiri.


..


amazing isn't it? kemampuan otak kita hampir sukar untuk dibataskan. sehingga perihal alam ghaib yang Allah larang bicarakan, manusia masih mampu membayangkan dengan teori nafsu otak sendiri. dan itu lah keadaan yang hampir setiap masa aku hadapi. bukan kata aku keliru. tetapi terlalu banyak berfikir. sehingga ada juga member aku nasihat "ko banyak sangat pike key..banyak sangat..." ayat dia ni pun buat aku berfikir...wait. ayat ini pun kau nak buat fikir? memang banyak fikir lah kau! hah. ya, aku mengaku. aku banyak sangat fikir, berimaginasi, berangan, dan segala perkara yang melibatkan otak. kadang-kadang aku jadi kan ketidak sengajaan itu sebagai alasan aku untuk meminati bidang penulisan, sosiologi, blog, dan psikologi. tetapi aku tidaklah sampai nak kerja sebagai pakar psikologi macam Acap uh. aku cuma minat rilek2 comel.

semakin aku membesar. semakin banyaklah jalan baru akan muncul sebagai pilihan. dan sebagai seorang deep thinker yang sensasi, memang susah bagi aku membuat sebarang keputusan. kalian bertuah tidak menjadi aku tau?

blog memberi aku kesempatan untuk mencatat segala pemikiran aku ini. lantak lah pemikiran lurus bendul ke, pemikiran abstrak, imaginasi, ayat madah bunga balaghah, semua aku hentam. tetapi ada juga sebahagian pemikiran aku yang simpan di dalam kamar notepad, kerana ianya tidak necessary untuk diumumkan.
aku tulis apa yang aku fikir. aku juga mahu tahu dengan apa yang orang lain fikir. kerana mereka mempunyai pemikiran yang aku tiada. perspektif berbeza, pengalaman hidup, suasana life yang berlainan daripada aku. jadi pemikiran di blog mereka, komentar mereka, aku suka baca. bagi aku, itu merupakan satu ilmu free free je yang leh aku dapat~

salah satu perkara yang aku selalu fikirkan adalah mengenai kematian. mati woh~ mati~~ tiada siapa yang dapat lari dari kematian. persoalan yang boleh diajukan hanyalah bilakah kita akan mati? bagaimanakah aku akan mati? apakah kematian aku akan ditangisi seperti Michael Jackson? (weh, dah genap setahun MJ mati tapi rasa macam bulan lepas je kan? kuat tak kuat la pengaruh dia brader~) ..apakah perihal kita kelak selepas kematian? syurga neraka? bahagia, siksa? dan pelbagai lagi perkara. and there is no such thing as the question, boleh tak aku tamau mati? aku rasa soalan macam tu syirik ek? entah..~

sebab itu apabila menyentuh soal kematian. aku agak sensitif. bukan yang tua je mati. yang bayi pun apatah lagi. kematian tak pandai mengira. dia tak tahu kita tua ke tidak, kalau mati, mati lah kau. aku 4 tahun berturut2 kehilangan kawan mahupun kenalan. Allah lebih sayangkan mereka. kita redha je lah kan? dan kesedihan itu, kita tidak boleh samakan dengan kesedihan break up dengan awek, kereta kena curi, ataupun gagal subjek peperiksaan. kerana kesedihan kehilangan seseorang, amat berbeza. dia macam ada sikit2 geram, terkejut, tersentak, keliru, kenapa, menyesal dan lain2 kerana kita sudah tahu, tidak mungkin yang mati akan kembali hidup. dan apabila aku mendengar ayat, : "alah, dia bukan pergi mati pun. nanti dia balik sini kita jumpa la lagi" aku macam terpana sikit. hanya satu persoalan timbul di pemikiran aku. kenapa dia terlalu yakin mengenai kematian seseorang? dan bila aku tanyakan persoalan ini kepada dia, dia berfikir aku cuba berdebat sengal dengan dia. mungkin dia tak faham dengan niat aku. jadi aku cuma mengalahkan diri, biarkan.

kerana bagi aku soal kematian tidak disamakan dengan perancangan seharian kita. ya kita boleh cakap, "esok jumpa dekat maplay. calu~" mahupun " 10 minit aku sampai" kerana ia merupakan satu perancangan, bukannya ketentuan kita kerana hanya Allah yang yang menentukan perancangan seseorang. jika ia digagalkan, kita redha aje lah kan? peluang lain masih ada. tetapi kematian, boleh kah kita merancang untuk menidakkan sesuatu yang pasti? mati? "alah, dia bukan pergi mati pun~" bagaimana kalau dia esok betul2 mati? apakah masih ada peluang lain?

entahlah. aku rindukan Opie. kali terakhir aku berjumpa dia seminggu sebelum dia mati kemalangan. aku janji nak belanje ais krim sebelum kemalangan tu, aku sedih... :(

oleh itu aku sangat setuju dengan perumpaan perkara yang paling dekat dengan diri kita adalah kematian. actually itu adalah soalan teka teki dari seorang yang quite famous..Imam Nawawi kah? entah, aku tidak ingat. dan sedarlah, semakin banyak hari yang kita lalui, semakin dekatlah lagi kita dengan kematian. lagi-lagi yang umur semakin meningkat nih. haih!


selain itu. aku juga sering memikirkan rakan rakan aku yang berbilang perangai. hahah, macam sial perangai korang weh! kawan is the best. memang betullah kata orang berkawan biar seribu, bercinta biar satu. dan aku pun cubalah berkawan dengan seramai orang yang aku mampu. friends dekat facebook aku...500 lebih...boleh diambil kira ke? hahah. tetapi, entah. mungkin roda hidup aku sekecil tayar basikal budak budak, oleh itu ups and downs aku bertukar-tukar dengan kadar yang agak cepat. kejap aku gembira, kejap aku sedih. kerana realitinya bila kita di tahap sedih, kita akan rasa kitalah yang paling malang di dunia, kita sering mempersoalkan mereka. kita sering mengamati nasib sendiri. ketika sedih, kita bertanya kepada diri kita : apakah kita dihargai di dalam kehidupan mereka? dengan segala perkara yang kita lakukan, kenapa kita rasa tidak diraikan?

dan aku juga kadang-kadang merasai pengalaman seperti itu. tetapi apa yang baik nya bersedih ni, kadang kadang aku boleh buat pendirian baru. selepas ini, kalau mereka memang perlukan aku, mereka akan berusaha contact aku. bukannye setakat contact through facebook tuh. mentang-mentang internet aku haram jadah lambat bila aku tanya, persoal, alasan semua nak tipikal, nak konklusion. "aku dah bitau kat fesbuk kan?.." "bukan ko bz ke?" , "ko kate xnak main tadi" , "ko kan kat kuis..aku ajak bukannye leh datang pun..(so buang mase ajk ko)" , "ko kat bilik ke tadi?..aku mana tau". "ko kan banyak program~" haha. aku senyum. secara fakta semua ini adalah cara terbaik humanity nak lari dari kesalahan sendiri. dan aku sedang menyaksikannya secara langsung. setiap kali benda ini berlaku, aku buat bodoh je. iyalah. kerana aku juga salah satu daripada humanity, aku juga seperti itu kadang kali. kadang kadang, sebab aku realise fenomena ini, aku mengambil jalan mudah , " takpelah benda dah berlaku". tapi keadaan akan lagi buruk kalau dah memang bersalah, tapi boleh lagi perli.. "kesian~". "noob~lampi~" ini kalau boleh i wanna kick'em in the groin!


aku rasa syarikat telefon akan bankrupt sebab sekarang semua contact through internet je. hahahah! whatever it is. im awesome. slamber derk je kita lalu semua ni kan?~


pernah tak kita duduk duduk berjemur matahari bersembang perkara-perkara love, romance and marriage? kebiasaannya pernah la kot kan? dan pernah tak ada orang cakap "alah, orang zaman sekarang ni memang susah gilew nak cari yang baik baik. yang pakai tudung tak semestinye baik,ntah2 pernah main. yang pakai kopiah tak semestinya alim, ntah2 dulu die tu perogol. dah kena tangkap baru nak insaff. fuhh fuhh(hembus rokok)" dengan penuh yakin dan arrogant dia berfalsafah kan?

well. to me that is bullshit. baca ayat ni.

Surah Al-Nur, ayat 26, “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”.

faham? jadi sebelum kita semua memikirkan calon pasangan kekasih masing-masing kita ukur diri sendiri. kalau diri sendiri dah faktap tapi nak cari pasangan yang baik-baik? pfft! memang gelak-gelak la aku. sekarang akhir zaman. ya, memang dah bersepah dah bitch bitch kat mana mana. duda duda faktap pun meliar mencari lubang. tapi tak bermaksud orang yang kalian label sebagai 'baik baik' tiada. ada malah ramaiii~~alhamdulilah. apa, tidak pernah jumpa? kenapa ek? meh tengok kalian dekat mana. night club? mapley kol 2 pagi? bukit bintang hari sabtu? senang kata tempat2 yang lagho.memang la tak pernah jumpa, orang baik baik mana lepak tempat tempat yang lagho lol(obviously der~). senang kata mereka yang lagho tidak layan untuk mereka yang baik baik. jadi korang toksah nak bajet bagus dengan falsafah korang tu. kerana ia semua telah dinyatakan dalam ayat tersebut. itu adalah khabaran Allah. kalau tuhan kita sendiri sudah mengkhabarkan kau masih nak persoalkan, kau kena start sembahyang balik la kawan.

aku pun yang sudah dewasa comel2 ni pun masih tidak ingin memikirkan mengenai jodoh. kah? meh~aku belum bersedia. duit setiap minggu pun bapak dolah masih bank in...nak kahwin..pfft! tapi aku pelik, semenjak pertunangan kakak aku dahulu, semakin berduyun-duyun perkataan tunang dan kahwin masuk ke benak telinga aku.

"dia dah tunang"

"dia kahwin minggu depan"

"ko gi tak kenduri kahwin"

"dia tunang aku la"


aku merenung ke langit seolah-olah meminta jawapan direct dari Allah. "whyyyyyyyyyyy??" why so much member member aku dah bertunang? why so many dah kahwing awal? why they kahwin in such an early age?


"noooooahhhhh~~!"



..



otak adalah anugerah Allah yang amat berharga. jangan kuning2kan. tetapi isilah free space dia dengan ilmu, pengalaman dan pemikiran yang berguna untuk diri sendiri dan semua. semakin kita membesar, semakin banyak perkara yang otak kita rekod, semakin banyak pengalaman kita alami, dan semakin banyaklah perkara yang kita lalui. otak aku sekarang rasanya tengah hang-hang sikit. macam komputer, terlalu banyak perkara dilakukan dalam masa yang sama, sangkut sangkut kan? dan aku berfikir...(hihik, berfikir lagi..) macam mana aku nak mantapkan lagi performance otak aku? rasanya dah lama dah otak aku ni...kena upgrade.. Iphone 3gs pun dah upgrade jadi Iphone4. kalau komputer lambat...dia upgrade tambah ram jadi laju...

so....


otak aku...


kena upgrade.........


dengan....


umur badan!!!


hahahahaha!


its faking double seven twenty ten yo! its my birthday!


dolah v1.9 upgrade toooooooooooooooo



DOLAH 2.0!!!!!



calu