May 25, 2010

Stress

salam semua


ya. korang tak tersalah baca tajuk nukilan aku kali ini. aku selaku jantan paling sensasi seantero dunia ni pun boleh stress. pelik kan? ini membuktikan aku juga manusia.....



AKU TENSYION!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


abang key sedang mengharungi detik-detik penuh LIFE


bagaimana aku boleh stress? let me sum it up. dari segi fizikal aku sedang mengalami sakit belakang kerana terjatuh dari kerusi disebabkan....-- aku tak nak cerita. malah telinga aku juga sedang berdengung setiap masa. sudah 2 minggu aku mengalami masalah pendengaran. kiri kanan, kanan kiri dua-dua same je disebabkan...-- nak aku cerita?

baiklah. pada satu hari...petang actually, aku berpeluh-peluh selepas menjalani rutin conditioning yang sasa dan aggresive. dan apa salahnya aku mandi untuk kali ketiga pada hari itu kan? aku mandi mandi..cuci cuci... ah! lega dan selesa~ kemudian aku berdiri bercekak pinggang di bawah kipas topless sambil menghembus nafas penuh life. *at the same time menunjukkan sasa di hadapan roommate* dan aku terasa semacam...ada satu kekurangan. ada satu spot yang aku tak cuci....ada lubang yang telah aku abaikan.... ya, bagi orang yang normal memang itu jawapannya, lubang telinga aku. kalau orang yang tak normal dan perv, mungkin lubang lain kalian fikirkan.


"acap! ada cotton bud tak?" -- roommate baru aku untuk tahun senior. dia diploma syariah. pakai cermin mata macam orang tua...(detail sangat ke?)


dan aku mengambil lebih kurang 5 batang cotton bud untuk disemadikan bersama lubang telinga aku...ya, nafsu aku agak rakus petang itu.


*korek korek, korek korek* fuuh....sedap bai! kalian pun tau camne rasa korek telinga kan? lagi lagi kalau yang tersayang korekkan..hihi. jadi oleh kerana(mungkin) aku sangat rakus ketika itu, apa salahnya aku masukkan lebih ke dalam sikit cotton bud itu....dan...


kalian sudah tahu apa kesudahannya.


**


jadi aku berusaha menjalani kehidupan sebagai orang yang cool, awesome dan sensasi. dengan harapan masalah ini akan beransur pulih. yeay! chaiyok!



tetapi cabaran itu bukan setakat itu sahaja. malah ia merupakan satu permulaan...


------------


"awak pilih supervisor yang lain. saya tak nak jaga orang malas macam awak"


totetotett. mesej aku baca. ah fuck....masalah baru. ketika itu aku ditengah padang yang panas sedang berjalan kaki menuju ke kelas. aku sedang menjalankan resolusi semester baru aku ketika itu. argh! aku meracau kepanasan. aku tak tahu aku panas kerana cuaca atau panas kerana sms dari lecturer aku. entah, aku hilang pertimbangan kerana telinga yang pekak.


lecturer itu biarlah kita panggil dia...Encik Pening. aku (dengan dua orang kawan aku) di bawah jagaan dia untuk Final Year Project semester ini. our project adalah untuk merealisasikan/ mencipta/ mendesign website. dan aku punya kumpulan dah setuju untuk membuat website parkour (wooho!) tetapi disebabkan Encik Pening ni sentiasa pening, sejak semester lepas dia tegar untuk mereject segala dokumen dokumen proposal kita orang..cam shit!. aura dia sangat kuat sehinggalah kitorang pun pening sekali. jadi aku membuat keputusan untuk berjumpa dia one on one (sebenarnya two on one, aku mintak member aku teman aku, huehue) untuk berbincang secara proffesional , berlipat kaki bersama kopi di dalam pejabat aircond...untuk lebih memahami dan mengenali satu sama lain. mana tahu lecturer tu sekepala dengan aku? tapi disebabkan aku bangun(lewat) pukul 9.30 pagi, dimana appointment sepatutnya pukul 9 pagi. ya, dia mengambil jalan mudah dengan sms aku seperti yang telah aku nyatakan diatas.


tidak apa. kesensasian aku tidak akan tergugat hanya perkara sekecil kumbang nih!


jadi aku mencuri masa sebentar untuk bercuti di facebook.

"baem kalahkan ko 6-0"
"mad dah sama level dengan ko"
"adik ko baru main minggu lepas dah kalahkan ko 4-1!"


waterfakkkkkkk! Application Premier Football juga boleh menambahkan stress aku derrr. aku selaku pemain paling awal antara mereka semua(sejak tahun lepas), malah aku yang mengajak mereka main tau! telah dikalahkan dengan penuh flow! jadi aku berjanji untuk menambah masalah diri lagi dengan membahagikan fokus aku antara study dan Premier Football! di sini ego dan maruah aku bermain peranan. aku tak mahu kalah. aku tak mahu malu.

dalam masa yang sama, aku melihat rakan-rakan parkour aku berbincang perkara yang aku tak faham. aku tanya, tanya, dan tanya. "ko ni lampilah!".......


aku melawan dengan coolness dan awesomeness yang sememangnya termaktub di badan aku. dan ianya berjaya.!



"rugi ko tak men futsal hari tu, ben sepak bola macam bola apiiiiii"


--


aku rasa ketika ini aku ada tertitis setitik dua air mata. bertubi-tubi masalah datang. sudahkan aku sibuk isnin sehingga jumaat di kolej. pada masa ini(weekdays) mereka semua seronok train parkour, berbincang-bincang di mekdi. yang lain pula seronok berjumpa kawan itu, kawan ini. aktiviti itu. aktiviti ini. lepak di gerai burger baru syen... dan aku berusaha macam nak mati di kolej aku yang kasik cuti semester dua hari.....dah sampai weekend aku balik rumah dengan bapak dolah jumpa batang hidung aku je tanya " asal balik?" .... dan bila aku ingin training, ada yang ajak futsal pada masa yang sama...ada juga ajak pergi mencari ketenangan....


SEMUA INI LIFE.


dan aku perah otak aku habis- habisan. bagaimana aku nak menangani semua masalah ni? aku harus fokus perkara yang penting dulu. hancurkan benteng yang paling besar! student diploma life aku! aku pun gelak huahuahuahua! di atas katil di bilik baru aku yang luas... cuma tinggal lebih kurang setahun untuk aku keluar dari semua serabut ini. barulah aku boleh fokus pada life aku yang line dengan jayanya. oh bahagia~


esok pagi aku bergaya santai. aku memutuskan untuk memakai kasut futsal hari ni untuk ke kelas. kalau pakai selipar...mungkin tak cukup gaya.

aku ke dewan kuliah. duduk di sebelah rakan se-course aku. tidak berapa rapat. tetapi aku memang suke buat macam itu, kadang-kadang. bersembang-sembang bisnes dengan dia. melihat gelagat pelajar pelajar international yang pening dengan lecturer mengajar cakap melayu....ah...aku tenang kembali.... aku cuba bayangkan kerusi disekeling aku tumbuh menjalar menjadi pokok-pokok yang menghijau dan mengeluarkan oksigen yang segar gila gaban punya. orang-orang yang bersembang aku convertkan menjadi bunyi bunyi flora fauna sungai burung dan macam-macam lagi....


hik hik. aku mamai seketika.


***

"key, usrah ko dah setel?"


.........................


usrah?usrAH?uSRAH??USRAH!!!!

aku tergamam sat. tiba-tiba aku terbayang muka mak dolah.

"dolah dah ade kumpulan usrah belum? kalau belum nanti umi potong elaun sebab dolah tak jadi anak yang soleh"


grrrrr.


tambah lagi.

"ha key, Final Year Project kita tak setel lagi. kita kena buat surat tuka supervisor lain...."


imaginasi aku:

" baik korang undur sikit sebelum ada yang berdarah"
"asal?"
"kepala aku nak meletup"





aku seorang yang kuat iman agaknya terlalu banyak ujian! :D

---------------------------------------------------------------

aku ada teori kenapa banyak orang stress didunia ni. -- sebab dia terlalu banyak benda yang dibuat dalam satu masa. dia seorang yang malas dan suka menangguh-nangguh. dia terlalu baik dan sering menjadi harapan untuk orang lain. dia terlalu ingin bersama dengan semua orang yang dia kenal. dia kurang bernasib baik berada di tempat yang sial. dia kadang-kadang lupa tujuan dia yang utama. dia suka mendahulukan orang lain berbanding diri sendiri. sebab Allah memang ingin menguji dia sebab itulah peranan dia di dunia ni. --.... ape, aku tak cakap pun sume ni aku?





calu