Oct 7, 2009

Kita Rasa Cool Bile...

salam semua

dalam merenung arus kehidupan akhir zaman ini kita sering didatangi perkara2 yang menyusahkan diri dan perasaan. perkara2 yang tidak diingini merupakan cabaran untuk kita menjadi manusia yang lebih matang. tetapi ianya bergantung kepada diri kita bagaimana untuk menghadapinya. jika ianya betul, ia membawa kepada perkara yang elok2 sahaja. dan jika menggunakan cara yang agak simpang, terletak pada diri bagaimana untuk menghadapi sama ada mungkin menyendiri, hisap rokok, clubbing mahupun emo di blog seperti contoh tajuk post : i have to move on. isi post dia : amalina, aku memang salah. aku tak perfect. puas hati?

(pukul 1.30 pagi, anjing menyalak seram macam haram)

perkara2 ini kita tolak ke tepi. bagaimana pula kalau kita menghadapi perkara2 yang menyenangkan hati?gembira? mungkin juga mereka akan meraikan dengan merokok, clubbing dan berblogging. seperti contoh tajuk post : this the best day of my life. isi post dia : hahaha x100 chelsea menang!, mungkin.


mari kita jenguk sat. apa yang buat aku happy? what makes me awesome? i am cool when...?


dengan ibu bapa kita, barangkali suatu masa itu kita berjaya melakukan sesuatu kejayaan yang hanya akan dipandang apabila kita berjaya. kononlah ketika itu kita memasuki sesuatu pertandingan dimana wang tunai satu juta dipertaruhkan. dan dengan izin tuhan, kita menang. wooho, yeah pap, kita happy everyone happy. dan ibu bapa kita memuji kita, "as expected from my son!" "tahniah" mungkin jika di dalam program tv terus berpelukan (walaupun di rumah tidak pernah bersalam tangan). kita tetap akan mendapat pujian walaupun pada awalnya dibelasah kerana memasuki pertandingan tanpa izin.


apa reaksi kita? di sini ego kita bermain peranan. mungkin kita akan berlagak dan cuba menjadikan diri sendiri sentiasa betul. "kan dah cakap dah...saya boleh"@ " tahu pun" @ "elleh, awal2 marah2 lak..." atau mana2 perkara konon dan sebenarnya ingin menyembunyikan perasaan bangga gembira kita. kalau perempuan mungkin termakan ayat2 bapak dia pastu bagi terus sejuta tu. wallahualam.


keadaan lain apabila kita dipuji mengenai kelebihan diri sendiri. kita dipuji tentang apa yang ada pada diri kita, reaksi kita confirm akan menidakkan pujian tersebut tetapi kenyataannya kita suka dan ingin dimandikan lagi dengan pujian tersebut. seperti contoh, hurm... ketika bermain bola: "kau power doh main bola asal tak main untuk selangor?" "hotak ko, aku biasa je kot ko lagi power do sepak kuat" kita akan menidakkan pujian kaw sat dan merendah diri di sambil memuji orang yang memuji kita. sebenarnya sedar atau tidak, kita memuji semula orang yang memuji kita itu atas dasar berterima kasih kerana memuji kita.

lagi contoh:

"girl, you got nice leg" "are you kidding me?(false denial) my leg is too big..(modesty) nice tits by the way(thank you!)

"hensem sial ko!" "agak2 r...(penidak) aku ada jerawat(rendah diri) tak macam ko..jambu(terima kasih kerana memuji saya!)

tapi kadang2 ada juga orang yang suka memuji diri sendiri(kimek). itu...lain alam.


dan keadaan terakhir ialah apabila bersama dengan seseorang yang baru berkenalan atau kawan kepada kawan kita atau pihak ketiga(third party).


apabila kita duduk minum bersama kawan2 membentangkan falsafah, politik masing2. tiba2 didatangi seorang lagi kawan kita bersama kawannya yang kita tidak kenal@tidak berapa rapat dan keadaan akan menjadi lagi best kalau orang tersebut adalah seorang awek yang mempunyai tarikan tersendiri(cheerleader effect). dan kita berkenalan dengan orang tersebut dengan cara2 tersendiri. masing2 berusaha untuk menjadikan diri paling hot yang semungkin. ada pelbagai cara untuk menarik perhatian tersebut, mungkin seseorang itu akan berlagak cool dengan mendiamkan diri, bajet matang dengan harapan awek tu wusha kat dia. mungkin juga orang itu akan menjadi lebih fokus untuk bermain gitar(kalau ketika itu ada gitar), mungkin orang lain juga akan cuba memberi soalan2 kuiz yang sengal kononnya menunjukkan diri dia seorang yang kuat menggunakan otak. dan ada juga yang akan berlawak berpanjangan walaupun lawak itu sudah basi dikalangan rakan2, tetapi ianya segar di telinga awek tersebut. wallhualam.


dan apabila awek itu bersuara. "ni ke abu(nama orang, suka hati letak apa) yang awak cerita tu? waaaa, hensem gak eh" melihat awek tersebut teruja melihat kita dan dipuji apa reaksi kita? blushing, malu tanpa sebarang ucap. dan kita mesti tertanya-tanya membe aku cerita apa pasal aku dekat dieeee. shiotdamnshitfuck bermain di fikiran. dan ketika perbualan terus berlaku, dan member kita cerita perihal yang baik tentang diri kita, seperti menolong nenek lintas jalan, atau sedang berpuasa enam ataupun sering menolong kawan2 mengenai duit, kita mesti akan tetap mendiamkan diri seribu bahasa. kita akan buat2 menaip sms di handphone, ataupun meletakkan mata di skrin projector tv, dan lain2 perkara yang menunjukkan kita tidak langsung dengar dengan perkara yang mereka bualkan. tetapi realitinya kita memasang telinga sebesar-besarnya dan tersenyum sipu2 cover bangga sebab kawan dah cerita bende best tentang diri sendiri kat awek tersebut.


perkara ini terletak pada naluri kita. kita semua pasti akan merasa cool, awesome dan positif apabila dipuji. ini kerana diri kita berasa dihargai, berbaloi dan terdapat sesuatu perkara di dalam diri yang mencerminkan diri sendiri. kita tidak mampu untuk kawal tindakan ini selepas dipuji. orang kata, perkara ini dikawal oleh hati, bukan otak. oleh itu kita tidak dapat membuat perancangan untuk menerima pujian bagaimana. it all goes naturally. tetapi apabila dipuji otak kau power pastu lompat gila2 atas katil kayu...itu mungkin syaitan yang kawal dia. haha!


calu