Oct 10, 2009

Changes

salam semua

selamat hari raya, sekali lagi.


semalam gi open house. malam ni ada. minggu lepas best giler. lam, sori tak gi rumah ko. zaff, aku tak tahu lagi minggu depan boleh ke tak..

dalam usaha memboroikan perut di musim raya ini, tidak lupa juga kita untuk bermain mercun, tengok tv 24/7, melayan tetamu, saudara mara, dan juga konvoi untuk berjumpa semula dengan rakan2 baharu dan juga yang lama.

kadang2 aku merasa janggal untuk berjumpa kawan2 aku yang sudah 2, 3 atau 4 tahun tidak berjumpa. mungkin kerana tiada cerita untuk dikongsi atau sudah malas untuk bernostalgia cerita2 lama. aset ketika itu hanyalah kepakaran dalam mereview perlawanan bola sepak kelmarin, movie2 yang sedang ditayangkan dan lain2.

bagi aku, bukan itu semua menjadi alasan. tetapi situasi di mana hubungan kita dan mereka semakin berjarak. kita tidak berkongsi kehidupan yang sama dalam 2, 3 tahun ini. mungkin dia sudah berubah, kita tak tahu perihal masing2.


jadi, sejauh manakah kita dapat menerima perubahan seseorang?

lets not talk about raya, kita umumkan. dalam kehidupan aku, aku ditemukan kembali dengan sebilangan rakan2 sekolah lama aku. rata2 mereka terkejut dengan perubahan aku. yang biasa selalu kita dengar, makin tinggilah, makin hensemlah. tetapi bila gagal menutup mulut mereka daripada terus beraksi di belakang tabir, makin jahat lah, sosial kuat lah, makin hensemlah, dah berubah gile2 lah. macam2.

jadi sejauh manakah mereka dapat menerima perubahan kita?

ini kerana kita sudah saling tidak mengenal. "kau tiada ketika itu. apa yang kau tahu?" perubahan terjadi kepada semua orang. aku pun naik terkejut. dari sporty2 social ke purdah, dari gaduh2 cikgu jadi warak, dari kurus ke gemuk, dari tudung ke free hair, dari jambu ke pecah. ini semua perubahan yang terjadi kepada rakan2 aku. dan aku terima seadanya. cause when time goes by, people do change.

tetapi ingatlah, even im seem different like i used to, i am who i am. walaupun aku sekolah Al-Amin, aku berubah, tetapi ana tetap ana. ana masih ingat jasa mualim mualimah dan antum semua. walaupun aku hanya 2 tahun di SAM aku masih aku, azzam jamal yang korang kenal. dan key tetap akan menjadi key. bukan aku yang berubah, cuma ko je yg dah x knal aku.

bak kata Obama, Change We Can, Vote Or Die...lebih kurang macam tulah.


calu