Oct 5, 2009

Blogging Dah Makin Kureng

aku mula berblogging start dari form 4. ketika itu aku bukanlah seperti aku yang sekarang. aku tidak pandai berinteraksi melalui penulisan. aku hanya memaki hamun orang sekeliling aku, aku mempersoalkan kehidupan2 yang serba tidak kena. apa2 perkara yang kontra dengan diri aku, aku cela.itulah gaya blog aku ketika itu, bajet bagus mungkin.


sekarang, aku semakin galak menulis. aku selesa meluahkan apa yang terbuku di dalam pemikiran. aku tidak memandang kepada pandangan2 orang lain walaupun ianya pujian, atau kritikan. kerana bagi aku itu semua hanyalah perkara yang akan mengubah diri aku sendiri. jika aku mengambil pujian orang, aku akan bangga dan terus galak menulis sehingga kehilangan ciri2 aku yang tersendiri. begitu juga apabila dikritik, aku akan mengubah apa yang sudah termaktub di dalam diri aku.


tidak, aku tipu.


yang sebenarnya aku akan sangat gembira apabila orang memuji penulisan aku. ini membuatkan aku rasa seperti seorang yang mampu membuat sesuatu. dan apabila gembira, idea akan melambak-lambak dan aku akan menjadi semakin galak untuk menulis.kehkeh


tetapi apabila dikritik, haram jadah mana suka kan? ketidak puas hatian aku akan menjadikan aku berasaa down dan malas untuk berkarya. keadaan ini sebenarnya yang sedang menekan aku selama ini.


bagi aku, blog merupakan tempat mencatat perjalanan kehidupan pemikiran aku ini. ianya tempat persendirian aku. tempat penghibur diri sendiri. kerana apabila aku membacanya semula, aku pun akan tersenyum sekali. oh ya, kalau nak tahu, artis yang sejati akan terhibur dengan hasil karnyanya sendiri. thats a fact. made by myself.


namun perasaan ini semakin menghilang apabila privacy aku ditemui oleh orang ramai. aku tidak senang apabila aku bersama dengan rakan2 aku, mereka akan bercerita tentang blog aku. ini kerana blog adalah dunia aku yang lain. perwatakan aku juga mungkin berbeza. aku tidak kisah kalau setakat kawan2 rapat. ini sampai pondan kelas sebelah, akak nurse klinik zalfah pun tahu pasal blog aku macam mana? haih...poning den. oh ya, bapak dolah rupa2nya tahu tentang blog aku ini. MATI AKU