May 22, 2009

Andaikan Masa Dapat Diputarkan Balik,Apakah Yang Anda Ingin Betulkan?

salam semua


oleh kerana petang jumaat yang kering ini aku tiada apa2 aktiviti untuk dilakukan, aku membuat keputusan untuk bersoal. ya, nukilan baru! ini juga kerana aku lihat aku semakin tidak produktif dalam menghasilkan nukilan2 yang membuat orang berfikir sejenak. banyak syok sendiri dan sia2. bukan apa, kang 'si budak tu' fikir aku buat post yang mengarut hanya untuk menambahkan bilangan post. and that's not me. sebab aku ini berpegang pada satu prinsip dalam blogging, 'kualiti dari kuantiti' ha...hemo2!





kejap, petang ni mandi pool! kene taip laju2 !




baiklah. persoalan ini sebenarnya telah lama termaktub dalam pemikiran aku. telah pun diaju kepada beberapa kenalan2 aku. rata2, seperti biasa. jawapan tipikal. ingin memperbetulkan keputusan spm mereka. woot? sebenarnya perkara ini tak payah putar balik masa pun boleh buat lol. pergi je la repeat SPM! hadui~


memang salah sebenarnya jika kita berfikiran seperti ini di dalam agama. "kalau la aku dapat patah balik masa..." ini kerena seakan2 kita tidak redha dengan ketentuan tuhan. oleh itu, jadikanlah persoalan ini sebagai penguat diri untuk menjadi lebih baik di masa hadapan. okeh?


sebenarnya, bagi aku, di dalam diri aku terdapat banyak penyesalan yang telah aku lakukan yang membawa kepada diri aku sekarang ini. tetapi jika hanya ada satu peluang, yang mana kah yang betul2 kita mahu ubah? sebab kadang2 kehidupan ini kita hanya ada peluang kedua. tiada ketiga, keempat dan selanjutnya. kehidupan ini juga tidak seindah seperti drama jepun Proposal Daiskusen di mana setiap gamba kita boleh ubah sejarahnya. kejadah tu weh! kalau macam tu aku pun nak jugak. Hallelujah.....CHANCE! (.........) tengok, tak kemana pun aku. tetap terbaring sambil menahan berak. aku nak terberak weh!





pergi tandas sat!





agaknya berak aku tadi macam proses brain wash sebab aku dah lupa nak tulis ape..



baiklah. jika aku ada peluang untuk kembali ke masa silam. yang pasti aku tidak akan mengubah apa2 tentang pelajaran aku. keputusan teruk ke apa..lantak. sebab itu tak matang. dan ia juga boleh membosankan pembaca. cerita pasal akademik pelajaran, sape nak?apa yang betul2 ingin ubah adalah satu perkara yang betul2 buat aku sedih bila aku kenang. bukan sedih perasaan, sedih malu! ya, malu dengan keluarga aku yang tak habis2 nak sakat aku dengan budak tu! budak perempuan tu! the girl who stole my first kiss woh! keluarga diraja pulak tuh. haha. siapa sangka keyrana yang cool ni, first kiss dia dirampas oleh perempuan yang berasal dari keturunan diraja. hoho~


perempuan2 lain mesti kecewa kan? minta maaf ya sebab petang ini aku masuk air sikit. itu yang kering je cerita aib sendiri. dan baem, aku tak kesah la sakinah POV tu rindu ko ke ape. aku ber'first' kiss dengan keluarga diraja kott. cerita ni lagi sensasi . muahaha


ya, sebenarnya perkara ini aku sangat kesali. dose kot cium2 nih! kenapa la aku yang berumur 5 tahun tu bodoh sangat? tempias nya sampai sekarang. setiap kali keluarga tu datang melawat ngoman aku mesti tak betul. bukan malu dengan perempuan tu,( dia cun kot. badan sedap) malu dengan keluarga aku. lagi2 bapak aku yang tak habis2 tanya "dolah ingat tak dia..dulu kecik2 kat US selalu 'main' same" nada dia dekat perkataan 'main' tu tak betul sikit. dah jelas la apa dia maksudkan. lagi sengal dia sakat pantun dengan aku. " sudah tahu bercendana pula, masih ingat bertanya pula" fuck. ini kerana setiap kali bapak aku tanya mesti aku buat2 tak ingat. cerita dulu, padahal sampai sekarang menahan muka. shit!


oleh itu setiap kali dia datang (sudah lama agaknya dia tak join family dia dtg lawat) aku mesti keluar rumah. lepak sekali dengan membe2 yang menghabiskan masa dengan membalut rokok daun



tetapi kadang2 biarlah perkara itu dibiarkan begitu sahaja. jika aku ubah peristiwa itu mungkin aku tiada pertalian unik dengan bapak aku yang tahu nak sakat aku tuh. ini kerana setiap perkara ada hikmahnya. dan sebenarnya tiada perkara yang aku ingin ubah kerana aku pun dah terima keadaan aku sekarang. cuma ada beberapa kesengalan yang perlu diubah pakai.



bagaimana anda? ada perkara yang ingin diubah? ha, pergi cari kulit pisang dan air tin sebagai bahan bakar untuk kembali ke zaman silam. Back To The Future wohhoh!



calu