Feb 27, 2014

Malap

Salam semua

Bila aku sedih aku benci. Dan aku selalu ingin lari dari sedih. Dan aku sedar kalau aku lari dari sedih ia akan sentiada ada. Jadi aku harus mencari jalan untuk menjadikan sedih itu sebagai pendorong.

Masalahnya bila aku ingin mendorong diri untuk bergembira menghayati kehidupan. Kawan kawan aku datang dgn sombongnya menunjukkan mereka caring. Mereka tahu aku sedih. Mereka ingin menolong aku dengan memaksa aku bercerita mengapa aku sedih. 

Dan aku pelik. Kerana aku tiada lagi cerita ingin diberitahu kerana kesedihan itu telahpun berubah mnjadi dorongan. Dan mereka berusaha dgn memaksa aku untuk sedih. 

Aku pening kepala. Apakah mereka sedar apa yg mereka sedang lakukan atau mereka memang sengaja tidak mmbenarkan aku pulih kesedihan itu. Kerana apa yang aku lihat mereka ingin aku mengaku yg aku sedih. Mengaku aku dlm kesakitan. Dan aku keliru. Maka utk tidak menyakitkan lagi kepala. Baik, aku sedih. Dan mereka tersenyum. 

"Oh kau sedih. Kenapa?"

Dan aku sedar. Mereka hanyalah penonton yg menonton drama dan memberi ulasan setelah mnontonnya. Mereka tidak kisah dgn apa yg berlaku selepas drama itu. Mereka hanya menghiburkan diri dgn drama. Perkataan sahabat yang mngambil berat tidak layak mereka pegang jika mereka hanya ingin mndengar drama aku dan tidak ingin membawa aku pergi dari kesedihan itu.


- Keyrana , May 2011


Calu