Feb 6, 2014

Deep

Salam semua

Memory can change the shape of a room; it can change the color of a car. And memories can be distorted. They're just an interpretation, they're not a record, and they're irrelevant if you have the facts.
Leonard Shelby

Menonton semula filem 'Memento' karya Christopher Nolan menemukan aku mesej terbaru yang cuba di sampaikan olehnya ; mengenai memori.

Memori boleh diubah memori boleh mengelirukan. Oleh itu pentingnya fakta ditulis dan dirakamkan. Itu yang difokuskan di dalam cerita ini dimana Leonard sentiasa menulis nota untuk memastikan fakta baru yang ditemuinya tidak berubah dan tidak dilupak kerana dia tidak mampu membuat memori yang baru.

Dan babak terakhir filem tersebut menunjukkan Leonard mengetahui sebuah kebenaran yang amat pahit untuk dia menerima. Lalu dia membuat keputusan untuk mengubah kebenaran tersebut dan menulis fakta yang diubah itu di dalam notanya. Hakikatnya itu adalah penipuan dan dia sengaja menulis tersebut kerana dia tahu dia akan hilang ingatan selepas itu. Kemudian apabila dia sedar dia akan membaca nota- nota yang ditulisnya dan dia pasti akan percaya tulisan itu. Dia dengan sengajanya menipu diri sendiri.

Dan ini membuatkan kita semua bertanya. Sejarah dunia kita, buku buku yang kita telah baca dan warisi, sejauh mana kebenarannya? Kerana semua benda boleh diubah dengan mudah. Sejauh mana kebenaran sebuah 'kebenaran' itu walaupun ia dipanggil fakta?


calu