Jan 22, 2014

Hipster

salam semua


ya berjaya mengendahkan kehadiran tahun baru seperti hipster dengan jayanya


selama aku membaca buku buku ilmiah(poyo) pelbagai perkara telah aku belajar. dan dari situ satu persamaan juga yang aku boleh lihat. masing masing penulisan yang diajar sebenarnya berulang - ulang. isi yang sama cuba gaya penyampaian berbeza. aku syak mungkin ini ada kaitan dengan plagiarism mahupun inspirasi yang memberi kesan kepada orang lain.

salah satu  topik yang menarik yang akan aku kongsi adalah mengenai perhubungan kita antara manusia. persahabatan. hendak difokuskan, aku ingin berkongsi bagaimana kita kehilangan sahabat kita.


kerana tiada yang asli lagi di dunia (?)

makanya..

terimalah.


biar aku mulakan dengan persoalan. berapa ramai lagi kawan kawan yang masih kita berjumpa? masih bersama gelak tawa? kawan kawan sekolah? kolej universiti? kawan kejiranan?sekerja? secara realiti nya, kita secara individu mempunyai ramai kenalan(kawan) . tapi di mana mereka sekarang? apakah masih bersama? apakah masih kenal lagi kawan meja sebelah anda ketika darjah 3? 4 atau 5? apakah masih bersama lagi gelak tawa bersama kawan berkongsi duit kereta sewa yang sama? atau sudah terputus hubungan dan terlalu dengan komitmen sekarang untuk berdiam memikirkan perjalanan silam?


hakikatnya manusia berubah. itulah kebenarannya. itulah antara punca persabahatan kita mati. ini kerana perkara ini berlaku ketika kita masih muda remaja lagi. zaman itu kita masih tiada pendirian yang tetap. kita tidak kenal diri sendiri lagi. dan apabila zaman berlalu dan kita semakin kenal arus kehidupan dewasa, kita semakin kenal dengan diri sendiri, sudah tahu apa yang perlu dilakukan untuk terus ke hadapan, maka kita membuat perubahan ke atas diri kita. ini adalah antara punca hilangnya persahabatan. dan kita tidak boleh salah kan sesiapa. kita hanya membesar, mendewasa menjadi seorang yang berbeza.

selain itu, antara persahabat kita terputus, tentulah kerana bergaduh. tetapi pergaduhan di sini bukan kerana isu mahupun maruah, tetapi masa yang anda letak di dalam pergaduhan menjadikan nya lama dan tidak dapat di selesaikan. adalah normal bergaduh ketika sekolah mahupun kolej, kerana anda pasti akan berjumpa semula di kelas mahupun kuliah lalu memaksa kita untuk berbaik semula. bagaimana ketika kita sudah habis belajar? tiada keterpaksaan dan ego masing masing menjadikan masa berlalu dengan terlalu lama. apabila bertemu untuk memperbaiki keadaan ianya sudah terlambat akan menjadi janggal. lalu kita memilih jalan mudah. iaitu dengan melupakan segala kenangan dan meneruskan kehiduan masing masin.

komitmen kita. apabila kita sudah dewasa, kita sudah ada komitmen masing masing. perkerjaan, pelajaran, keluarga, pasangan dan lain lain. perjalanan masa kita tidak akan sama lagi dengan orang lain seperti dahulu yang berkongsi jadual pelajaran yang sama. dunia kita makin meluas. komitmen kita juga tidak terhad kepada kawan kawan. lalu kita mengambil jalan mudah untuk fokus akan komitmen komitmen yang lebih penting daripada sahabat sahabat kita.


antara sebab lain dan mungkin juga sebab yang paling kontroversi adalah perhubungan cinta. maaf dikata, tapi memang hakikat mereka yang bercinta akan mabuk dan buta untuk melihat kawan kawan mereka yang sentiada berada di sisi. mereka tiada masa mahupun sudah tidak mampu berfikir perihal kawan mereka. 100 peratus masa hanya untuk kekasih yang dicintai.

dan yang terakhir, dan paling mudah, anda telah sedari bahawa rakan adalah sebenarnya 'camsyal' (baca laju2 : macam sial) mahupun 'camfak' (baca laju2 : macam fuck) iaitu di mana golongan2 ini harus dihindari. dan akhirnya anda bersedia untuk meninggalkan mereka.



yap. thas about it. keyboard aku murah. nak taip panjang letih.



calu.


demam itu comel