Mar 29, 2013

Kegagalan 1 Malaysia

salam semua

aku pasti. dengan tajuk sebegitu rupa, mesti banyak hit malam ini. ppppuihhh

----

baiklah. sementara menunggu waktu sembahyang jumaat biarlah aku mengambil kesempatan untuk bercerita apa yang aku rasa  (mungkin juga orang lain rasa) tentang apa yang orang negara aku sendiri endahkan, tentang kesan penggunaan ayat '1 Malaysia'


semalam ketika misi membuang segala negativiti, stress, penat dan lelah badan ( tengok wayang je pun) , di suatu masa tika itu aku bersama Ipan duduk di sebuah kedai makan melihat pemandangan sambil menunggu Shen mengisi perut. Lalu lubuk hati aku membisik berirama, "sudah tiba masanya untuk kau update ciri ciri isteri idaman kau, dolah" ; Ya, kita masih belum masuk topik sebenar. Sabar ya sabar ya ( baca laju laju bagi bunyi macam sabariah sabariah)


Kerna setelah kegagalan aku mendapatkan gadis berdarah Johor mahupun Kelantan ( pengikut blog ini sudah pasti tahu apa yang aku maksudkan) aku berkata pada diri aku, orang Johor terlalu banyak fikir dan misteri (kerana aku pun berdarah Johor) dan dekat Kelantan pula susah nak tengok wayang which is ada baik dan buruknya tetapi aku tidak ingin mengambil risiko (?) ; Oleh itu aku yang sedang bersilang kaki tak sedar diri membuat keputusan. Orang Sabah yang pandai menyanyi pun apa salah nya kan? Ya, aku looking forward untuk berkenalan dengan gadis gadis Sabah. loghat mereka sexayh~


Ipan memaksa diri gelak melayan diri aku yang semakin lemas dengan ke-poyo-an dan tidak tahu malu ini. Ya, aku perlu dirawat. sambil masih menjeling jeling dengan gadis gadis yang lalu lalang di hadapan kami ketika itu.


"weh, 1 Malaysia"


tiba tiba angan angan aku hilang disampuk oleh Ipan. Sambil dia menunjuk kepada sekumpulan kawan. Cina, India dan Melayu. lengkap satu set! aku tersengih. kita bukan di Melaka, kita Alamanda Putrajaya fikir aku. Kerana tak pernah aku nampak scene ini selain di Melaka. Ya, hendak melihat perpaduan bangsa, cuba ke Melaka. 3 warna, 1 meja, gelak sama-sama.

minda aku pun mencetus fikiran. mengajak perbincangan.

"kau tahu sebab apa perdana menteri usulkan 1 Malaysia?"

"untuk satu kan bangsa la kan?"

itu satu idea. which is really good actually. idea 1 Malaysia untuk menyatukan rakyat. tapi pernah kah kalian terfikir. Kenapa terlalu memaksa diri untuk menggunakan slogan itu? 1 Malaysia sana, 1 Malaysia sini. Salam 1 Malaysia. Satuuuuu? Malaysiaa! Satu apaaa? Satu Malaysiaaaaa~! hakikatnya idea ini akan lebih bagus jika itu hanya dijadikan satu mentaliti, satu visi, dibuahkan melalui fi'il bukan kalam mahupun laungan.


Pentingya didikan yang tersirat.
apa yang kita lihat setakat ini hanyalah yang tersurat. cuba kalian gambarkan, 3 sekawan berbeza kaum, posing bersama untuk bergambar, situasi pertama mereka laungkan "1 Malaysia yohoho" dan situasi kedua mereka hanya senyum ketawa "yohohoh"  ; permasalahannya, kenapa perlu laungkan 1 Malaysia itu? adakah untuk memberitahu antara masing-masing yang bahawasanya "aku tidak kisah yang kau tidak sekaum dengan aku" . sudah kenapa perlu ada persoalan kau kisah atau tidak? kalau kau tidak kisah kau langsung tidak akan kata begitu.!


sudah masuk waktu sembahyang. masih banyak ingin aku nukilkan..mungkin selepas sembahyang atau mungkin selamanya tergantung.

akhir kata aku beri kalian situasi.

yang Melayu (mostly pembaca sini Melayu) , cuba bayangkan kalian berjalan dan terserempak dengan seorang Ah Moi yang cantik dengan peha yang gebu ;

cuba kau tegur kuat kuat dekat dia ;


 " SALAM SATU MALAYSIA!"


agak agak apa reaksi dia?


calu