Sep 6, 2012

It's Not Over Yet.

Salam semua


Niat untuk berduka malam tadi terbatal kerana aku tidak selemah itu. Fikiran yakin tidur mampu menenangkan jiwa ini tampak salah kerana masih lagi terasa kedukaan ini sehinggalah kesaat ini.


Semakin terasa sengsara apabila kau melihat di sekeliling kau tiadalah sejasad pun yang menemani dan hanya iMac iMac yang tersusun rapi. Konon bright student datang awal ke kelas, siapa tahu kelas dilewatkan ke pukul 9? I don't know naharom!


IMac is so overrated btw...


Kedukaan yang aku galas ini mudah penjelasannya sebenarnya. Yang pertama aku tamak. Yang keduanya, aku bukanlah anak raja. Yang ketiganya aku terlalu naif.


Aku sangka aku mampu mempunyai 4(atau lebih) kehidupan berbeza. Aku sangka aku mampu memenangkan hati semua. Aku hanya menyeksa diri sendiri dan semua. Di mana sahaja di setiap masa, wajib ada pihak yang tidak akan dapat dipuaskan. Sebagai mana aku rasa bersalah terhadap pihak itu, semakin jauh lah aku terhadap keperluan diri sendiri. Lantas tiada langsung tenaga untuk merawat diri untuk kembali memberikan yang terbaik untuk mereka.


Berpuluh kali aku menasihati diri aku. Mungkin beratus? I have to set my priorities. You can't have'em all. Dan berpuluh kali dan beratus kali juga aku melawan diri sendiri. I don't care. I will prove it to myself. Nothing is impossible. People will acknowledge me. People will see the quality of me. Dan berpuluh kali dan mungkin beratus kali juga aku salah. Kecewa dan terus tenggelam. Aku tidak mempunyai batu loncatan mahu pun bantuan. Hanya badan dan madah rintihan yang mungkin mampu menyentuh 3,4 hati untuk satu malam dan kemudian hilang dimamah zaman.


Dan apakah kedukaan ini sekali lagi hanya untuk merawat jiwa yang kian hancur? Atau sekali lagi sebagai semangat untuk menambah lagi selangkah ke hadapan.? Walau apa pun, aku teruja untuk melihat sedalam mana aku akan tenggelam. Tapi aku juga teruja dan tidak sabar untuk melihat setinggi mana aku akan terbang.


Kerana jika kita fikir kita sudah menang mahupun kalah, kita selamanya akan salah. We never know the result till our last breathe.


Its like counting yes and no with your fingers. At the end of the counting you get no. But you choose yes instead. In life you never be clear on what you really want till you know what u'll get.


Calu