May 15, 2012

Tinta Yang Gagal

Salam semua


Pelbagai perkara sedang berlaku di akal fikiran aku sekarang ini. Takdir semester pendek. Kondisi kereta. Kasut baru. Seluar baru. Anak buah pertama yang sakan tidur. Kawan minta tumbuk. Anak anak kucing yang sangat tak perlu kisah apa hanya perlu cakar cakar almari baju. Masa depan. Parkour. Berat badan. Kawan kawan lama. Kekasih kekasih hati. Masa depan. Masa depan. Masa depan....


Apabila semua perkara ini bermain di dalam fikiran kita tidak mampu fokus akan satu perkara sekali pun. Nyata kita sedang serabut. Aku sedang serabut.


Dan aku mula terfikir dengan ayat


"life engkau yang entah macam mana aku pun tak tahu"


Jujur nya aku pun tidak tahu apa sedang berlaku sekarang ini. Yang aku tahu segenap peluk tubuh aku hanya tidur dan makan. Persetankan semua perkara. Itu lah apa yang aku rasa sekarang ini. Sedang menuju kegagalan. Sedang menuju kelemahan. Dan mula lah aku cuba mengetuk hari inspirasi untuk bangun dan meneruskan perjalanan yang sedang sedia cool dan sensasi ini.


Jika ingin bermuhasabah diri pasti ada mereka yang mencela ;

"hah! Gagal! Bilang berapa kali kau seperti ini? Tak berubah dan sedia gagal seperti kala"


Baiklah kali ini biar aku mencela mereka yang setan di dalam akal fikiran aku yang serabut ini.


....


Tidak.


Some things are better left unsaid. Silence is golden.



Calu.