Feb 20, 2012

Nota

salam semua


sudah hampir sebulan duduk keseorangan di dalam rumah ini...


abang key sudah membiasakan diri (?) *kyaaa comeynyew~!*


demmiitttt. aku sudah janggal syok sendiri menulis. bahasakan diri 'abg key' pun mahu tak mahu je apasal~?


biarlah. perubahan mungkin. menjadi yang lebih kemas. dan mungkin sederhana. tengok sahaja suasana blog ni. mana ada iklan. mana ada komitmen. aku nak kemas kini ikut suka aku lah.


_________________________________


bercerita tentang idea mahupun visi tentulah banyak varia nya. boleh di katakan satu otak boleh memproses pelbagai cadangan. tetapi. apakah mampu dilaksanakan?


membaca nota mengenai kepimpinan dan kerja berpasukan bernilai rm2 agak bermanfaat bagi aku untuk suatu petang.... sekurang kurang nya dapat mengisi masa aku yang sunyi..di dalam...rumah ini..


pemikiran manusia juga terdapat pembahagian. sama ada engkau seorang yang lurus bendul yakni seorang yang konvergen ; iaitu membataskan kegunaan akal mereka untuk berfikir suatu yang linear, semaklum ada, lazim untuk menghasilkan idea. boring bukan? sayangya, itu lah kebanyakan manusia di dunia ini. seorang konvergen.


tidak seperti kebanyakan manusia yang lain (?) . seorang yang unik malah segar dengan pemikiran yang baru dan sentiasa asli. itulah seorang yang divergen. kreatif dan cekal. aku dengan tidak malu nya mengaku aku lah diantara mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini. ya, parking kereta di tengah tengah jalan kerana malas mencari kawasan parking yang sah menjadikan anda seorang yang divergen. berfikiran kritikal huhe!



itu cuma pendahuluan. di saat ini mungkin orang malas sudah tidak meneruskan pembacaan mereka membolehkan aku untuk terus ke matlamat utama, untuk memboringkan lagi anda semua!


peranan kita sebagai seorang yang mempunyai kehidupan


kita hidup di dunia telah disertakan dengan matlamat. janji. fitrah. dan lain lain(dah takleh pikiaq apa snanyaq)


kita dengan lagaknya menjalani kehidupan sebagai seorang manusia, dengan takdir masing masing. dibersamakan dengan keluarga, sahabat,masyarakat.


.


bila difikirkan. kesedaran kita tentang peranan itu. apakah kita jelas melihatnya?


ahli keluarga bertarung nyawa. ahli keluarga bertekak. kawan kawan sindir menyindir. kawan kawan bergurau senda. masyarakat memaki hamun. masyarakat peduli tidak peduli.


dan hati kita yang mengalami semua ini malah mungkin banyak lagi bereaksi. fitrah hati manusia memproses tugasan mereka. dan datanglah kita kepada ruang emosi. di mana peranan kita semua bergantung kepada kecerdasan emosi kita, sikap kita. secara tidak sedar (unconsciously) ada yang pandai mengendalikan sikap ini, dan ada juga yang mampu mengawal ini secara sedar (conscious). mungkin ada terma teknikal untuk semua ini, maaf, aku cuma mengekspresi.


walaupun emosi bukanlah sesuatu objek yang mampu dipegang, tetapi ia mampu di lihat, malah di rasa. hebat bukan. (praise the Lordd for that yo)


kita mampu melihat emosi melalui emosi muka/bahasa badan seperti kecewa, marah, bosan, gembira dan pelbagai lagi. ia juga mampu di tafsir melalui fizikal seperti degupan jantung, air mata bla.bla.bla.


dan apakah kaitan emosi ini dengan peranan seorang individu?


apabila kita memahami tentang seloka emosi ini, baru lah kita akan memahami peranan kita. peranan kita sebagai satu jiwa, kepada jiwa yang lain (keluarga,sahabat,masyarakat). kita akan memahami betapa pentingya hubungan baik sesama manusia lain. kita harus fikirkan diri sendiri. kerana dengan itulah baru kita akan fikirkan orang lain. letak kan diri kita di dalam suasana orang itu.


" apakah perasaan kau jika kau adalah dia? " - pokok segala kefahaman.


terpaksa berhenti sekejap