salam semua
memang mimpi kerana kita tidak tahu bagaimana kita berada di pertengahan situasi. aku melihat keluar tingkap. ombak tinggi luar biasa bersedia menghentam rumah keluarga aku
"what?"
keliru dengan mimpi tersebut aku melihat suasana. oh. ini bukanlah rumah realiti aku. tetapi sebuah kondo besar yang berada di pulau entah apa.
*konon kondo aku rasa apartment biasa aja*
di dalam kesibukan menyelamatkan keluarga klimaks nya bertambah runcing dengan tiba tiba alien memburukkan lagi keadaan
............
sekaligus kerana aku tidak berjaya mengharungi mimpi itu, aku telah dibawa ke masa hadapan. mungkin selepas beberapa tahun. kini suasa aman. di sebuah taman. aku berada di dalam posisi larian.
mungkin aku sedang menjalankan rutin senaman petang, jogging mungkin.
dan di situ lah. dia. bersama ayah nya.
di saat celik mata aku bertukar dari bertarung alien ketika tsunami kepada jogging di taman aku sudah sedar, ini hanya mimpi. tetapi entah. tiada keinginan mahupun dorongan untuk aku mengawal mimpi tersebut seperti biasa.
aku mengelak kan diri daripada dia. mungkin ayah nya ada bersama.
ayu nya tidak mampu tanggung tanggung. apatah lagi tika bersama penjaganya. seakan pasir sungai bersama pasir laut tak mungkin aku pisahkan.
tetapi di saat aku berehat bersama Mad, dia sekali lagi berlegar di belakang aku.
"azzam, saya nak jumpa kamu sekejap"
*defakdefakdefakdefak* how come they saw me.? tangan aku berpeluh gemuruh bila di tegur.
oleh ayahnya.
sial. kalau dia yang tegur aku paling cool. ini bapak dia kot.
aku tak tahu pelbagai soalan telah di aju kan. dan ayah dia suruh aku lukis potrait dia. aku pun bersetuju. ketika aku sedang menyusun barang barang untuk memulakan lukisan sempat aku berkata kepada nya sepatah dua, yang kembali ke telinga pun sepatah dua juga. seperti biasa.
memang tidak boleh melihat wajahnya lebih daripada 6 saat. tidak tahu mungkin keadaan dia tidak bersedia. wajahnya seakan terdapat lecuran kerana air panas atau apa. tetapi tidak ternampak oleh aku kerana ia tertutup dengan kasih hati.
masih lagi menyusun alat lukisan. dia bercerita kepada Mad tentang apa yang aku lakukan di realiti. haish, memalukan.
dan aku lari ke tandas. shell. yang sangat kotor.
.
selamat pagiiii
calu