padamkan sahaja lilin itu
langsung tidak terasa kehangatan tersebut
hanya cahaya yang tidak kepastian
apatah lagi batang putih yang tidak kelihatan
apakah masih panjang mahupun hampir kehabisan
memang seronok bergantung dengan kebodohan
kerana bodoh itu tidak berfikir cukup dalam
dalam itu dalam realiti
bodoh itu kerana lari
lari daripada realiti itu sendiri
ada gelap yang boleh diterangkan
ada juga gelap kerana nalurinya
yang membantu untuk membezakan hanya masa
dan masa sudah cukup lama menunjukkan pengertian
menunjukkan perbezaan
jadi mahu masih lari atau sudah bersedia?
maka bodohlah jika masih berlari
kerana masa sudah siap menunjukkan cahaya
cahaya itu dalam
cahaya itu realiti.