Dec 3, 2010

Semakin Hanyut Diarus Kedewasaan

salam semua

memang betul lah mereka kata zaman belajar lebih seronok daripada zaman bekerja. tetapi bukan bererti kehidupan pekerjaan sucks, cuma jika diberikan pilihan antara mana satu yang lebih gemilang, mereka(pekerja) tentulah memilih zaman belajar sebagai jawapan. tetapi lain pula bagi mereka(pelajar) yang beranggap kehidupan bekerja adalah lebih seronok atau tidak kelam kabut berbanding kehidupan mereka. vice versa.


ini kerana garis suasana kehidupan masing-masing berbeda. jadi mereka tidak dapat membayangkan bagaimana suasana sebenar sebagai pekerja itu. lain bagi pekerja yang sudah merasa zaman pembelajaran, menjadikan mereka lebih berpengalaman sekaligus menjadikan jawapan mereka lebih tepat. teehe!


ramai yang bertanya kenapa abg key tak update blog(?) ceh, padahal Amin seorang je..dan juga 3,4 orang yang aku tak ingat siapa(sengaja tambah!). aku pun terfikir, ye dok ye gok eh? ini membawa kepada kesedaran yang aku sebenarnya lack of inspirasi. yes, sudah lama aku tidak lepak bersama Master Inspirasi yang kini sudah bergelar Tuan Haji barangkali. kehidupan bekerja sangat menenggelamkan diri sendiri. bekerja pejabat i mean, bidang pekerjaan lain mana wa taww.


aku bukan sahaja tidak dapat berfalsafah dan riak dengan teori akal sendiri di tengah malam sambil ditemani teko berasap dan bau wangi..( malique, what up?) malah aktiviti extreme aku juga terpaksa korbankan hanya kerana risau tidak dapat bangun awal di esok hari. aku juga tidak dapat gedik-gedik keluar malam untuk bermain futsal, badminton dan drift(tipu) seperti biasa.


bangun-pergi kerja-makan-balik-tidur-bangun-pergi kerja.

sangat flow.

flow of lameness.


but kesah ape. wehehe. habis kerja pun sampai bulan satu je. that's why aku tak kesah. there will always be another time, insyaAllah.


sambil ditemani karya seni Nomak, Michita dan Nujabes aku berfikir dan mula menyusun langkah kecil kehidupan aku untuk kembali menjadi cool dan awesome. tetapi aku tak akan kongsi di sini. privacy.


well, walau apa status kita sekalipun, pekerja mahupun pelajar, yang pasti kita masing-masing sedang menuju kedewasaan. menuju tanggungjawab dan komitmen. bukan bererti kehidupan, kebebasan kita hilang tetapi terdapat perkara yang pasti kita harus korbankan. terletak pada rasionaliti sendiri if nak serius emo atau gedik emo kalau kita tak dapat genggam semua dalam satu tangan. know our limits, know our boundaries.


ini kerana arus kedewasaan terlalu deras dan kita tidak mampu berpatah balik melawan norma tersebut.


calu