Dec 13, 2010

Aku Akan Jadi Begini Bila Susah Menerima Kenyataan

salam semua


sedang aku stalk stalk stalk di facebook kerana free time yang ekstreme, sempat aku menjenguk profile fans aku yang jarang aku jenguk. 3/50. dan kezutan demi kezutan, ketidak sangkaan, pendedahan, konspirasi, freemason, semua banjir masuk ke kepala.


ingin aku amarkan pada kalian, tajuk memang nampak menarik, isi sumpah wa cakap lu, not as expected. macam keropok paket besar beg, isi dapat segenggam je.


baiklah, ketika dalam proses menstalking , setiap kali perihal baru yang aku berjaya dedahkan kepada diri sendiri adalah sangat menge'shock'kan. aku terperanjat sehingga melatah "haaaah??" 3, 4 kali pun ada. serius, benar.


ketak ketuk aku diinspirasikan dengan maklumat baru beberapa minit sahaja tadi. selepas melihat gambar, selepas melihat caption, aku terus "haaaah?? nak kahwin??!" ketika itu segala persoalan, segala kenangan, gedik gedik keluar melayang mengelingi otak kepala. kerana perkahwinan memang memberi aku perasaan seribu satu macam. seram sejuk ada. blues pun ada. macam nak panjat bumbung bercakap dengan bintang sekarang.


apa yang mengeraskan lagi latah "haaaah??nak kahwin??!" aku adalah kerana aku sudah berjuta celik tidak mendengar berita dia, sang perempuan yang merupakan kawan aku. begitu juga sang pria. tetapi yang membuat aku bingung adalah sang pria memang aku kenal, tapi di maaanaaaa ya? yes, perasan itu sangat wtf lagi lagi bila di campur adukkan dengan perasaan perkahwinan. dan menambahkan lagi perasaan wtf aku adalah apabila persepsi aku terhadap sang perempuan pula dia adalah comel comel nakal. yes. membawa maksud 'dianiakurasakahwin24tahunkeataspalingcepat' tetapi nyata segenius mana pun aku, aku tetap kecundang.


dan tidak lupa juga penutup latah aku. adalah "haaaa!?nak kawin?! WTF!" kerana bukan sahaja aku angin tidak bertiup kepada aku, tetapi gambar yang di bina oleh adik sang pria itu sendiri itu sangat mengkagumkan dan pada masa yang sama sangat wtf. dan tarikh yang sangat cantik
"11022011" (sudah, aku ter cadangkan tarikh power utk wedding kalian kah?) ahhhh aku nak ape sebenarnya niiiii


sebenarnya aku masih tidak tahu berita. jadi aku tidak ingin memetik nama. siapa yang terasa, maaf la ya?


selain cerita di atas. aku baru tahu ada seorang kawan yang aku anggap(was) sebagai rakan sehidup semati delete aku daripada list friend facebook. wuuuuu~ sedih kan? hah! pfft. apa boleh buat. maruah dia sangat tebal. maruah ya kalian, baca: MARUAH. not ego not childish. but MARUAH~


and now, the best part is, i don't feel anything. why a? bukan ke aku patut rasa bersalah atau rasa sedih atau panik memikirkan cara penyelesaian? atau memang sebab aku tak tahu mana satu kesalahan aku? ketika aku berfikir di puncak broga, aku disedut arus masa silam. habis pecah kaca yang hampir 3 tahun aku bina untuk dia. setiap serpihan melantunkan kesusahan aku bersama dia. dan baki nya adalah usaha aku untuk mengekalkan ikatan. di sini rasionaliti aku mengambil peranan. mungkin aku jumpa punca keretakan kali ini. (walaupun sangat busuk) secantik mana bunga mawar, ingin kau genggam sampai ke akhirat pun, tetapi kalau dia tetap berduri, apa gunanya menyakitkan diri. jadi what the hell. bencilah aku selama mana yang kau mahu sahabatku, aku di sini meneruskan perjalanan sendiri, sambil mengharapkan yang terbaik untuk kamu. sampai bila kau nak menggelapkan hati, hanya kerana aku taip CHELSEA CHELSEA. (ada rhyme tu bai. lolz.)


jangan risau jika pembaca berasa wtf. yes, itu lah perasaan penulis.penulis menjadi begini ketika sedang menelan kenyataan. penulis menjadi abstrak bila susah menerima kenyataan.



calu.