Sep 6, 2010

Karangan Noob Ketika Form4

salam semua

raya dah nak dekat! yeay.! tak sabar nak lepak lama-lama dekat traffic. tak sabar nak mencarut. teehe!


sedang semua sibuk beli baju topmen, kasut supra, bapak dolah beli kereta mercedes!. serius awesome. heh, stenderd jejaka sensasi awal 20an, benda2 macam ni aku cool dan relaks, dah besar, tak payah la nak jakun.

..

dan ya, as expected! aku tidak dapat menahan kecomelanku untuk dok jakun bersama adik2 sekolah rendah aku. ramai-ramai dok intai cermin kereta mercedes dekat2, ( tinted dhoh!). ramai-rami dok raba-raba gear, stereng, jilat-jilat kerusi kulit, tekan butan tu, tekan butang ni. yeah, kami keluarga bahagia.


dan sedang juga semua sibuk beli seluar raya, selipar raya, bapak dolah ada cara yang tersendiri untuk meraikan raya tahun ni. dia berikan aku tandas raya, dia bagi kakak aku bilik raya, dia kasik mak dolah washing machine raya, and he also gave bibik techno aku bilik raya. walaupun dah hampir 2 bulan dia lari pergi join pertandingan tektonik, bilik raya dia masih boleh diguna pakai sebagai stor raya.


baiklah! sebenarnya bukan hal2 raya ingin abg key ceritakan. (sudah lama aku tak guna perkataan abg key kan? yewr~~) sedang keluarga aku yang pelbagai karakter sibuk mengemas rumah untuk raya menjelang. aku juga tidak terlepas dengan turut sama mengemas teratak aku ni. dan membawa aku kepada pertemuan dengan buku-buku sekolah lama aku. oh. nostalgia~. jadi aku terjumpa karya aku ketika tingkatan 4 ibnu khaldun. ya, aku sekolah agama dulu kalau ada yang masih tidak tahu lagi.


dan subjek kegemaranku adalah Bahasa Malaysia yang diajar oleh Muallimah Ayu. kerana aku memang minat penulisan, paling senang nak faham( bahasa melayu kot~LOL) dan kerana Muallimah Ayu which is also my favourite teacher that time. :3 sekarang dia juga telah tiada sebagai guru kerana telah menjadi pensyarah di KUIS. ya, sama tempat dengan aku actually, namun aku masih tiada courage untuk menegur dia. mungkin setelah kian lama tidak berjumpa, atau aku tidak bersedia lagi untuk memanggil dia sebagai puan, kerana bagi aku, dia adalah muallimah aku. wee~


baiklah. biar kalian baca sahaja karangan noob aku ini. aku baca pun tergelak bahak. haha.
___________________________________________________________________


Bunyi jam berdering menusuk ke lubang telinga Aben apabila sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Aben bergegas bangun daripada tidurnya dan tergesa-gesa untuk bersiap seakan-akan terlambat akan sesuatu.

"Apahal dengan kau ni Ben? Relaksla...baru pukul 6.30, kelas start pukul 7!" Tegur Sam yang sudah bangun 30minit lebih awal. Sam merupakan salah seorang daripada rakan sebilik Aben di Kolej Universiti Teknikal Malaysia (KUTeM)

"Aku nak sembahyang subuh la ngoi!" balas Aben yang masih tidak pasti siapa yang menegurnya di dalam bilik yang gelap itu. "Kau dah sembahyang belum?" sambung Aben.

Jelas Sam yang faham akan keadaan Aben yang tidak pasti siapa yang menegurnya.

"Eh, ingatkan Adam..dia kat mana?" Tanya Aben yang sedang memakai kain untuk sembahyang.

"Dia dah lama bangun!Sekarang tengah beli sarapan untuk kita la.." kan hari ini dia yang bertugas!" Jawab Sam dengan nada indianya itu.

Adam juga merupakan teman sebilik Aben dan Sam. Mereka bertiga merupakan rakan karib kerana telah berkenalan sejak bangku sekolah menengah lagi.Mereka bertiga amat akfif dalam sukan bola sepak serta bola keranjang.

* * *

Selepas 3 jam sesi ceramah Encik Wang, sehabat bertiga ini menjalankan aktiviti mereka seperti biasa. Mereka sering melepak di gerai Wak yang terkenal dengan ''tariknya' itu.

"Fuuh letih betul la kat kelas Encik Wang!" keluh Sam sambil menggeliat keletihan.

"Kalau dia mengajar best, ok la jugak. ini mengajar syok sendiri!" sambung Aben dengan nada yang tidak puas hati.

Adam hanya mendengar rungutan mereka sambil menghirup teh tarik Wak yang lazat dan berkrim itu. Adam seakan-akan sedang memikirkan sesuatu.

"Kenapa dengan kau ni Adam?Muka macam rindu kat orang jer? sms on rindu..hehe.." gurau Aben yang sedang menceriakan Adam.

"Ingat nak sms, tapi takder kredit! hahaha!" sambung Sam dengan nada indianya yang pekat.

Adam tersenyum, gurauan mereka berjaya tetapi Adan hanya senyum untuk seketika sahaja.

"Aku ingat nak masuk ujibakat Pop Cintan lar..." kata Adam sambil membuat muka yang seakan-akan meminta pandangan daripada rakan-rakannya.

Pop Cintan merupakan rancangan realiti televisyen yang berjaya mengukir sejarah apabila bilangan penontonnya melebihi daripada penonton bola sepak. Rancangan ini kini sedang memasuki musim kelapan.

"Huh?biar betul kau Adam?" tanya Sam terkejut.

Sam dan Aben seperti tidak percaya rakan mereka itu ingin menyertai rancangan televisyen yang tidak berfaedah itu.

"Jangan Adam, benda itu tak bawa kau ke mana pun.." tegas Aben. Aben memang tidak suka akan rancangan-rancangan realiti seperti Pop Cintan ini kerana bercanggah dengan agama.

"Biarlah dia Ben, lagipun seuara Adam kan sedap...muka kacak.." balas Sam ini menyokong hasrat Adam.

Petang itu mereka berdebat membincangkan isu Pop Cintan. Aben tegas dengan pendiriannya manakala Sam menyokong dengan hasrat Adam.

"Nantilah aku fikir, lagipun aku masuk bukan untuk kemasyhuran, aku masuk demi hadiahnya yang lumayan.Aku nak bayar hutang kat Wak!" jelas Adam.

"Kau ada hutang dengan Wak??"tanya Aben dan Sam terkejut.

Adam menjelaskan bahawa dia telah berhutang dengan Wak di atas sebab-sebab tertentu. Sam dan Aben akhirnya menyokong hasratnya kerana tidak dapat membantu Adam.

* * *

Sebulan telah berlalu..Adam sudahpun tersenarai ssebagai finalis-finalis Pop Cintan. Pada minggu ini Adam ditugaskan untuk menyanyikan lagu 'Bila Larut Malam' karya P. Ramlee. Nama Adam semakin melonjak naik. Adam kini semakin berlagak dan sombong kerana namanya yang terkenal itu. Ketika ditemu ramah oleh pengacara, Adam memberitahu bahawa dia tidak mempunyai rakan yang sentiasa menyokongnya. Dia seoranglah yang berusaha untuk sampai ke peringkat ini sambungya lagi.

"Celaka Adam! Dia lupakan kita berdua!" jerit Aben kemarahan ketika menonton rancangan itu.

"Aku tak percaya dia sanggup cakap begitu.." sambung Sam kekecewaan.

Mulai hari itu, Aben dan Sam menyebarkan perkara-perkara yang buruk tentang Adam kepada pelahar-pelajra KUTeM. Semenjak itu, peratusan undi untuk Adan semakin menurun lalu menjadikan dia sebagai orang yang pertama disingkir.

Adam, Aben dan Sam kini menyesal. Mereka masing-masing menyesal akan kesilapan sendiri. Adam yang melupakan rakan-rakannya kini menderita diburu oleh konco-konco Wak. Aben dan Sam menyesal kerana menyebabkan Adam tersingkir. Kini mereka sudah tidak saling berhubung lagi.

Persahabatan mereka diibaratkan 'makan hati berulam jantung'. Mereka saling membenci kerana tidak mengerti erti sebenar persahabatan. Hasad dengki serta sifat kacang lupakan kulit haruslah kita buangkan dalam meneruskan persahabatan yang sejati. Jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran bagi meneruskan kehidupan kita yang penuh liku ini.
____________________________________________________________________

gampang gila kan? aku dok maki hamuh jadah siapa aku time form 4 dulu?? haha! ada lagi satu, karangan karya adik aku Lowt. lagi macam sial. aku gelak je baca. haha. esok aku post.



calu