Aug 3, 2010

Sebulan Lagi

salam semua


masih berbaki 1 bulan lebih kurang aku akan terperuk dalam kolej aku ini. memang tak dinafikan, sungguh mencabar iman aku yang sensasi ni. kadang-kadang rasa nak bunuh diri pun ada juga. tetapi, sebagai hamba Allah yang gerek aku hanya mampu menumbuk dinding dan mencalarkan sikit jari kelingking kanan aku, ya, itu sahaja yang aku mampu. oh ya, aku juga berjaya menyepak tin cat kosong masuk ke longkang. cool kan~~~


selama 3 tahun lebih kurang aku di sini. aku berani mengatakan ada certain things yang menjadikan aku pasif. dan juga certain things yang aku aktif. aku sangka aku ni seorang yang budak macho yang aktif sepenuhnya. cheyt. mungkin salah berkawan, aku menjadi pasif, kurang bersosial, orang sibuk buat kenangan aku sibuk meniarap menghadap facebook like like status orang. hehhhh!! dan kini, hanya tinggal lebih kurang sebulan lagi aku akan mengharungi final. dan akhirnya cuti yang memang cuti atau lebih dikenali sebagai cuti sejati akan diberikan!, wooho!! api ia tak bermaksud perjuangan aku akan berakhir di situ. aku masih ada praktikal bulan 11 ini. and aku sepatutnya kena cari syarikat praktikal sendiri. sampai sekarang aku tak dapat buat keputusan sama ada ingin bekerja sebagai designer?video editor?photographer?animator? susah betul kalau banyak sangat ilmu ni...sigh~


.


pernah aku syok sendiri pada entri2 sebelum ini tentang bagaimana seriusnya aku untuk fokus handred persen jisim aku untuk belajar, memerah otak di kolej, menaikkan pointer, dengar cakap bapak dolah, dengar pesan mak dolah, dan juga untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti outdoor yang tidak pernah kenal erti stop!


dan aku berjaya.


1) handred persen jisim di kolej : baem : "ye la en~ sekarang budak tu blaja kat oversea~stendet member2~~"

2)menaikkan pointer : carry mark is quite good. sekarang hanya fokus untuk final.meheheh!

3)dengar cakap bapak dolah : "dolah lain kali jangan balik rumah. merayau je keje" - 4 1/2 months away from home.done(padan muka tak dapat sambut birthday aku)

4)pesan mak dolah : "dolah dah jadi imam belum? dolah dah ada kump. usrah belum?dolah itu?dolah ini?" - done

5)mengurangkan aktiviti outdoor : Iwan Zangetsu : "where are youuuu?why not coming to the mini jam??you make me drink ur mineral watterrr D: "

____________________


untuk memiliki masa depan yang comfy, memang perlukan pengorbanan. telah banyak perkara aku korbankan hanya untuk fokus pada pelajaran aku. dada sasa aku makin kecut. isi badan makin susut. jumpa member dah awkward nak bukak mulut. dan lain-lain. tapi pengorbanan ini bukan macam kulit pisang buang ke tong sampah selamanya,tetapi lebih kepada buah-buahan dimasukkan dalam bekas cuka untuk dijadikan jeruk. disimpankan dahulu. bila tiba masanya, aku buka dan rasa la masam manis dia. ya geng!?


dan aku bukannya robot. aku juga ada function2 tertentu untuk mengelakkan diri dari melukakan jari kelingking lagi. sekurang-kurangnya dapat mereleasekan beban di kepala. terima kasih, Wonder Girls. terima kasih kerana memberi malam yang sungguh wet. berbaloi.


.....


so. all im asking is understanding. please. bear with me for just about 1 month. after then im free. at the mean time, please, help me to keep up with you guys.aku benci terpinge-pinge tak tahu pape pastu kena perli


"haaaaaaaa...adee arrrr...tu la ko....kuis lagiiiiiiii~~ ko balik sini dlu~~kite citer~~"




calu.