Aug 13, 2010

Nostalgia Ramadhan

salam semua


selamat datang, Ramadhan.


aku masih ingat lagi ketika aku darjah 3, atau mungkin 4. adik aku Lowt yang 2 atau 3 tahun lebih muda dari aku ( abang celaka umur adik sendiri tak ingat jadah!) tidak berpuasa. mommy dolah dengan selamber menggorengkan pisang untuk dia. aku ketika itu yang hanya matang dari segi rambut memberontak. jiwa kacau kononnya.


"muaz tu tak puase!mane bleh! dolah nak jugak!"


"dolah dah besar... az tu kecik lagi..." nasihat mak aku sambil membelai perut yang sedang berisi adik aku yang kedua, Ateeqa. kalau family aku panggil aku dolah, mereka panggil Lowt sebagai Az (Muadz).


"tamau tamau! nak pisang jugakkk!lapaaaaa" aku cuba menjadi se aggresive semungkin. tapi nyata gagal, aku masih nampak comel. sebab itu mak aku tak terpedaya.


"meh! kalau nak sangat masak sendiri!" sambil memijak-mijak aku yang kecil lagi helpless.


sambil aku menggigit-gigit kaki mak aku, telinga darjah 3 atau 4 aku masih peka dengan cabaran. dia suruh aku masak sendiri. jadi aku akan masak sendiri.


darjah 3 atau 4, itulah kali pertama aku memasak. daripada memanaskan kuali, hinggalah membancuh tepung . aku buat seorang diri. berdikari sejak jambu lagi. meheheh! aku sangat bangga. first time aku berbuka dengan usaha sendiri! selalunya pau makanan member kelas. sekarang aku masak goreng pisang bai. sumpah aku cerita dekat Zul kat sekolah esok. sambil aku menggoreng sambil aku berangan-angan apa nak dilakukan esok. itulah aku, ketika darjah 3 atau 4.


tapi. sebab terlampau ekstrem, angan-angan aku dimakan masa, aku punya pisang tak berapa sedap. mungkin hangus? ini ke colour goreng pisang? atau tepung yang tak cukup acuan? mentaliti kanak-kanak aku tak di sampai tahap kritikal ketika itu. aku tak terfikir semua itu. asal dah goreng pisang dalam kuali, pisang goreng la tuh. aku makan. mmmueh! tak sedap. dua gigit aku dah stop. menyesal. dan mulalah berlakon lapar tunggu masa untuk berbuka.


.


dalam bulan yang mulia dan penuh barakah ini, mesti banyak pengalaman yang berlaku ketika kita hingusan lagi. minum air paip, makan bawah meja, curi2 makan kalau kantoi cakap tak ingat, buat2 tak sehat sebab tak nak puasa, itu dah standard. bila kita kenang-kenang balik, mesti kelakar kan? kita akan tersenyum. ya, sebab itulah ia dipanggil bulan yang mulia. bulan yang penuh berkat. ini kerana mostly kehidupan kita di dalam bulan ini diberkati dengan kenangan-kenangan yang menggembirakan dan kelakar. bulan ini juga mengajak kita untuk spent time bersama rohani kita. meningkatkan amalan, mengurangkan dosa dan segala kebaikan Ramadhan yang kita semua sedia tahu. lemme tell you, syaitan semua dah kena ikat, pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka seluas-luasnya, pahala semua Allah lipat gandakan, bulan apa yang paling menguntungkan selain bulan Ramadhan? ambil lah peluang ini untuk buat bekalan di akhirat kelak.


kalau kita dah buat banyak dosa. inilah masa terbaik untuk bertaubat. masa terbaik untuk berubah. kita selaku umat akhir zaman, kalau lah kita tak boleh jadikan 'hari ini lebih baik dari semalam" sebagai amalan, paling kurang jadikanlah bulan ini sebagai bulan yang terbaik dari bulan bulan yang sebelumnya.


aku masih ingat lagi. ketika zaman sekolah menengah aku dulu. senakal-nakal aku pun, selagho-lagho aku pun, setiap kali bulan Ramadhan. aku bersyukur. bulan ini lah yang membuat batinku berlumba-lumba untuk beramal. lagi-lagi bab tadarus al-Quran. pencabar tegar aku adalah Mud. sebanyak mana aku baca, dia mesti 5-10 muka surat lebih dari aku. kadang-kadang bengang jugak macam tak percaya bila dia baca weh? wat de fish?aku dah khatam dia dah start round ke dua. bila pergi iqtikaf dekat masjid, dia mesti sampai dulu. dem. haha. ini orang cakap persaingan soleh namanya. lol. tapi yang paling aku pasti, setiap kali Ramadhan, ketika isolat tarawikh atau iqtikaf mesti berjumpa dengan kawan kawan lama aku di dalam masjid. bersembang perihal masing-masing. itu lah salah satu keberkatan Ramadhan. mengeratkan hubungan sesama saudara muslim bukan sahaja di bazaar, ketika iftar malah beribadah.



bila dah habis sekolah, naik IPT, rasa lain sangat. langsung tiada pencabar, langsung tiada penguat untuk beramal lebih-lebihan. tiada rasa suasan berlumba-lumba untuk mendapat pahala...apa yang aku dengar hanya lah soalan "esok ko nak pose tak?" "kau pernah pose penuh tak?" dan perlian apabila amalan kita dipandang pelik. "time bulan pose la ko konon nak mengaji.....sebelum2 ni tak pnah plak"



salah ke?



Ramadhan buat aku rindu kan zaman sekolah aku.



calu.