May 2, 2010

Manoi?

salam semua


kruk krak jari melimberkan diri
zeng zeng elektrik otak beriaksi
semalam banyak fikir banyak inspirasi
sekarang blur oh ye bapak dolah kasik black berry

semalam 'flash of genius' aku muncul secara flashy dan fancy. ada dua perkara aku ingin tulis. "bagaimana nak cari kawan in awesome way" dan "-belum fikir tajuk lagi-" tapi ia menceritakan tentang perspektif2 dan kehidupan manusia yang aku pasti kalian hadapi secara tidak sedar. so for the future post, kalian nak aku tulis yang mana?

in the mean time biarlah aku syok sendiri dahulu.


awalnya biarlah aku yakinkan kalian bahawa aku ini memang seorang yang agak pelik. aku mungkin juga boleh dianggap seperti seekor sesumpah(chameleon). terdetik aku untuk meanggap diri seperti itu oleh kerana cerita "the splendid spy". watak dia seakan-akan seperti aku. perangai, kata-kata, pemikiran, sama seperti aku. dan aku tak tahu kenapa aku sedih melihat dia.

satu perkara yang menjadi defensive mechanism aku adalah kebolehan aku untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai orang. mengikut situasi, peribadi masing masing, aku boleh menjadi salah satu di kalangan mereka. sebab itu aku berani mengaku aku mempunyai banyak kawan. berani di sini bukan nak berlagak, secara nyata, kalian semua pun banyak kawan kan?

pelbagai jenis orang aku berjaya rekod di kepala sendiri. parkour, gamers, nerd komputer, nerd buku, skema, orang baik2 dan alim warak, rempit, kaki kereta, kaki clubbing(yang sejati), kaki clubbing part time, bapak orang, anak orang yang semestinya, kaki bola dan futsal, skaters, budak kampung, .....(aku sedang berusaha sedaya upaya ingat balik kawan2 aku)....artis band,pekerja kerajaan, bengkel, kaki curi, pak guard, dan macam2 lagi.

dan semuanya bukan aku main taip sebarangan, masing2 punya detik kenangan yang tersendiri yang pernah kongsi gelak2, sakit dan lain2. bukan setakat kenal like dat tak tahu name je.. dan sekali lagi aku tak mempersoalkan disini tentang isu bajet famous ape ke..sebab konfirm sekonfirm konfirm!, aku tahu kalian pun masing2 punya kawan seperti ini. malah banyakk lagi.

apa yang aku try nak cakap cuma simple je. (memang gaya aku bajet tulis serius habis, tapi point simple je..kuikui) selama aku mengenali mereka, berkawan dengan mereka sehingga sekarang, kita semua sama sahaja, tetapi, atas dasar kehidupan dan label yang berbeza, perspektif mereka tentang suatu isu itu hampir semuanya berbeza. dan aku seperti biasa, mengambil peluang untuk belajar lagi mengenai perkara itu.

jadi janganlah kita terlalu yakin dengan diri kita menjawab sesuatu perkara itu. tak salah kedepankan idealisme sendiri tapi jangan sampai telinga ditutup tak nak dengar lain pendapat. mana tahu bagi kau dia salah, tapi bagi orang lain kau yang salah?

aku terlalu malas nak berterus terang. dah banyak sangat post aku cerita benda yang sama, malah aku dah cakap banyak kali kat kau. biarlah kali ni aku bermain dengan bunga. kalau KAMU masih tak faham, this might recall you a bit, "jangan jadi bodoh dengan ego kau" consider sikit la brader



im so awesome...


calu